Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 13, 2013

Cerita Kelahiran Anak Pertama : Bahagian 3

erm.sepanjang petang dan malam ramai datang melawat zakwan.waktu tu nampak macam ok lagi.tapi bila dah start duduk bawah oksigen rasa dah lain.dah tak boleh nak breastfeed.sedih sangat.;'(



 
bangun pagi esoknya doktor cakap pagi tadi pukul 6 dia sedut 60ml air ketuban+najis+susu. lepastu pagi tu Zakwan dah mula kena drip.masuk air gula apa ntah;'( doktor kata zakwan kena puasa susu.;'( tangan Zakwan dah mula kena cucuk.yang ni ibu tak sampai hati nak tangkap gambar.T__T

1 April 2013.nurse dan doktor kata kena refer Zakwan kat hospital lain. call selayang penuh.ampang penuh.sampai ke kajang putrajaya la call..last sekali sungai buloh.tu pun penuh.dia kata dia try call back kalau esok nya kosong. ibu dah kena balik rumah. petang tu ibu balik.Zakwan kena tinggal kat GMC.T__T

ya Allah.perasaan dah bersalin tapi balik masih berdua dengan suami sungguh menyayat hati..T__T rindu nya.menaip ni pun air mata mengalir. ya Allah.biarlah kali ni je ujian macam ni.moga lepas-lepas ni semua anak-anak sihat walafiat.

balik dah petang.malam tu lepas isyak pergi balik GMC nak tengok Zakwan. pukul 10 lebih balik rumah. malam tu tidur tak lena. bangun 3,4 pagi saya pump susu. saya taknak nanti bila Zakwan boleh breastfeed susu takde.saya buat power pumping. bangun pukul 4 pagi.telefon GMC.tanya keadaan Zakwan.nurse risau saya takleh tidur.

pagi khamis GMC call kata boleh refer hospital Sungai Buloh. tapi nak tunggu confirmation dalam pukul 2 petang.nurse suruh saya siap-siap.sebab katanya ibu pun kena admitted sekali.saya lagi suka!boleh ada kat sisi Zakwan.

pagi tu pun masih meneruskan power pumping.alhamdulillah susu dah mula keluar.nampak macam sikit.tapi saya yakin sesuai untuk perut Zakwan yang baru berapa hari.;')

petang tu GMC call suruh datang.kami pun pergi GMC.dah sampai baru pihak GMC call ambulans.ye Zakwan naik ambulans.sebab pakai gas oksigen tu.
 
 
2 orang nurse GMC iringi Zakwan dalam ambulans.;')


sampai-sampai hospital Sungai Buloh kat bahagian Emergency daftarkan Zakwan.lepastu pergi bahagian NICU.
 
 
dah sampai NICU.elok je doktor kat sana cabut bekas oksigen tu.bacaan pun cantik je..-__-" tak faham.
 
tapi apa pun alhamdulillah.dapat tidur dengan Zakwan.cuma kuning Zakwan dah mula tinggi.jadi zakwan kena duduk bawah lampu.
 
tapi duduk bawah lampu ni ok lagi.dari duduk dalam bekas oksigen.bawah lampu ni bila nak breastfeed boleh angkat kejap.oh ye.bapa boleh melawat dari 9pagi sampai 10 malam tak silap. jadi tinggal lah saya berdua dengan Zakwan.malam pertama kami berdua.boleh dikatakan saya tak tidur.
 
saya breastfeed Zakwan sepuas-puasnya.dan hasilnya bila dia beyakk..saya orang paling happy!;'p
makin kerap dia kencing beyak makin saya happy.oh ye,kat sana kena timbang pampers!hehe.;'p
 
sebab saya pernah baca,ubat penyakit kuning ialah breastfeed.dan kuning akan keluar dari bahan buangan bayi.;')
 
3May2013.abi Zakwan datang pagi-pagi bawa makanan ibu.hehe.kat hospital tak sediakan makanan pantang.harap maklum.;'p
 
suami jadi peneman saya dengan Zakwan.kesian sangat.kat situ takde kerusi selesa untuk suami duduk berehat.suami duduk hujung katil tak bersandar.T__T setia tunggu Zakwan beyak abi basuhkan.;') oh ye.katil saya kat sana bukan katil tilam empuk macam kat wad biasa.mungkin sebab saya hanya pesakit refer.maka katil lipat je yang disediakan.-__-" apa pun alhamdulillah untuk itu.
 
yang penting Zakwan sihat.
 
doktor buat ujian x-ray alhamdulillah paru-paru Zakwan ok.takde apa-apa radang.
jadi cuma tunggu result darah zakwan.nak makesure Zakwan takde apa-apa infection.;')
selain tu tunggu result darah kuning Zakwan.
kalau semua ok esok boleh balik...yeayy!!



 

 

4may2013

berdebar-debar tunggu result darah Zakwan.abi Zakwan positif sangat.confident kami boleh balik.
dup dap dup dap menanti.alhamdulillah result darah keluar.Zakwan sihat alhamdulillah.kuning pun dah better.;')

petang tu suami settlekan bil semua.dan kami pun pulang!alhamdulillah.
Zakwan sampai rumah pukul 6 petang.disambut tok umi dengan kak ain,abang mizi dan kak aina sambil nyanyi "Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu.Allah selamatkan Haris Zakwan.Allah selamatkan kamu." ok ibu dia yang nak menangis.;'p

amin ya Rabb.moga Allah selamatkan Zakwan dari segala bahaya dunia dan gangguan syaitan.;')



 
gambar Zakwan latest.;') hadiah hari ibu.;')

 

2 comments:

  1. smoga baby sehat sentiasa... anak buah owg siap mandi air herba lagi utk kurangkan kuning.. huhu

    ReplyDelete
  2. ubat dia menyusu je ja..bia dia berak kencing byk2..hehe..;'p tp ada juga petua2 ajar mnd air teh la herba la..hehe..yg penting usaha..;')

    ReplyDelete