Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 26, 2013

Stok EBM

ye puan-puan dan bakal puan sekalian.eh.encik-encik pun boleh.hari ni saya nak share cara saya storage ebm yang tak seberapa banyak pun.tapi sukati la nak share jugak.dan ni hasil peng-goggle-an
saya sepanjang pregnant haritu.maaf sangat dah tak ingat dari mana saya baca.tapi ilmu yang terlekat kat kepala saya nak share dengan semua.
 
ehemm..disebabkan saya wanita bekerjaya.(-__-') jadi haruslah kena buat stok ebm.
dan memang dari awal pregnant saya dah bersedia.
saya sedia dengan storage bottle 10 autumz + 10 bumble bee + 6 hadiah dari kawan office kak lily yang omey tomey memahami jiwa ini jenama mum's little ones.
 
sebotol dah pecah sebab terhempas time beku.maka tinggal lah 25 botol kesemuanya.
dan saya juga sediakan breastmilks storage bags.2 kotak jingle jungle + 2 kotak autumz.ada free dalam kotak waktu beli botol autumz tu..free dalam 5 kot.ohh ye..satu kotak ada 25 storage bags.;') jadi 100++ lah!
 
ini rupa saya simpan stok ebm.dalam peti.ni sebelum susun betul-betul.
 
 
 
oh ye puan-puan bakal puan dan encik-encik sekalian.sila jangan ikut kaedah diatas.ni sesat.takleh simpan kat pintu.sebab nanti suhu dia kurang sejuk bila kita buka pintu.
 
dan sekarang saya nak mulakan share kaedah yang sepatutnya.
 
pertama nya memerlukan beg kertas dan pisau/gunting.

 
bahagian bawah beg kertas kita buat lubang.
 

jadi lebih kurang macam ni.
 
jadi boleh la mula susun ebm ikut yang paling awal diperah dibawah.kita pulak nanti bila nak guna tarik yang paling bawah.first come first out!erkk..;'p
 

 

ini lah hasilnya lepas di susun.yang dalam storage bags dalam beg kertas!susun botol yang paling awal diperah letak depan-depan ye..hehe...kena cari kaedah susun botol pulak.tapi rasa nya saya nak guna storage bags kot.lagi jimat ruang!
 
tips nak pakai storage bag.
time nak bekukan,baringkan storage bag tu.jangan berdirikan bag tu.macam gambar saya yang kat atas tu,gambar no 2.sebelaha ais tu..haa..jadi senang nak simpan.;')
 
oh ye..setakat ni stok ebm saya dah 160oz ++. memang kalau tengok blog lain lagi melimpah ruah stok mereka.tapi saya masih bersyukur ada jugak stok dari takde.;')
dengan keadaan Zakwan yang memang melekat menepek kat ibu dia ni..masih ada stok..alhamdulillah.
 
saya pump time dia tengah tidur tengahari.dapat 4-5oz alhamdulillah.malam time ada abi dia,bia abi dia main dengan dia.pump sekejap.dapat 2,3 oz pun alhamdulillah. sekarang sehari dalam 7,8 oz.sabtu ahad cuti pump.biar Zakwan takeover sepuas-puasnya.;'p bagi pump rehat..;'p
 
sekian perkongsian buat masa ni.selamat mencuba!;')
 
 

No comments:

Post a Comment