Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 10, 2013

Muhammad Haris Zakwan Ibu

 
harap suatu hari nanti bila Zakwan dah reti membaca zakwan akan baca blog ibu ni.hehe..;')
 
sayang.harini umur Zakwan lebih kurang 2bulan 10 hari.;')
tinggal beberapa minggu je.lepas ni ibu dah nak mula kerja.
semalam ibu dengan abi berdua ke NSK untuk beli barang dapur.buat persiapan sahur dan berbuka nanti.semalam selasa malam rabu.ibu dengan abi ingat nak pergi kejappp je..
 
Zakwan tinggal dengan tok umi.ibu dah susukan Zakwan kenyang-kenyang.sampai NSK,Allah ramai nya manusia.kalah sabtu malam ahad.nak cari parking pun ambil masa.dah ambil barang,beratur nak bayar punya lah lama.sepanjang beratur nak bayar ibu dah bising kat abi.ibu rindu Zakwan..;')
 
 
macam tu rupanya rindu ibu kepada anak.Allah..
sampai-sampai rumah abi tau ibu tak sabar-sabar nak turun kereta.belum mati enjin abi dah buka lock pintu dulu..;') memahami sungguh.cepat-cepat ibu masuk.dengar suara Zakwan nangis.tok umi kata dari tadi zakwan nangis.jenuh dukung,masuk buai keluar buai.ibu pegang peluk Zakwan terus zakwan diam..Zakwan tak lapar.tapi nak ibu peluk je..ya Allah.nak menangis rasa. baru lah tau perasaan benar-benar diperlukan seseorang..
 
lagi satu perangai Zakwan.kalau tidur.zakwan terjaga tengok ibu takde kat sebelah mesti Zakwan bangun..T___T pagi tadi ibu bangun awal nak masak sahur.zakwan pun bangun sama..;')
abi pun masuk kan Zakwan dalam buai..tidur la balik..;')
 
Sayang..ibu dah nak mula kerja.jangan la macam ni..
mudahkan urusan tok umi nak tolong jaga Zakwan ye..;')
anak ibu budak baik..bijak..;') ya Allah.sihatkan Muhammad Haris Zakwan ya Allah..;')
tambahkan rezeki kami.
Zakwan doa abi bertambah rezeki.boleh kita peluk 24/7..hehe..;')
cita-cita nak jadi suri rumah.in shaa Allah.
Allah tengah atur yang terbaik.
 
oh ye..nak share je..hari ni first time puasa waktu menyusukan anak.;') persiapan..mesti kena ada.saya tak beli pun suppliment apa..mana yang ada je.eh.semalam beli kurma.;'p 100gram RM6.mahai gila..tak sabar nak pergi mekah makan puas-puas..;')
 
pagi tadi sahur saya,
nasi,ayam goreng,sawi masak bening.(asal nak masak sup ayam.tak sempat.balik NSK dah 12 lebih.kul 1 lebih tidur.kul4.30 dah bangun.T__T)
lepas tu makan pil lepas bersalin set amway yang tak habis-habis lagi..;'p
kalsium,multivitamin,iron tablet (semua lebihan time mengandung)kehkeh
lepas tu kurma 3 biji,buat air milo.dan minum air masak banyak-banyak
sekian sahur saya untuk hari pertama.;')
 
nah gambar permata hati jiwa raga..;')
 


baru 2,3 hari belajar tidur buai.nak mudahkan tok umi nak jaga Zakwan nanti..;')
jangan buat perangai macam semalam ye sayang..buai pun tak jalan..T__T
 
ok selamat berpuasa.;') happy breastfeeding during ramadhan.;')


No comments:

Post a Comment