Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 29, 2013

Cerita/Tips Merawat Demam Denggi

haaaa..tipss kauu..ingat senang mak nak buat entry ilmiah ni nokkkk..haha.
sebab ilmiah maka takde gambar.

haa..haritu suami ditakdirkan demam denggi..nak menghapus dosa..patut la pun.sekali dapat jadi imam.seeee...rancangan Allah..teratur sugguh.. ;')

ok berbalik pada kisah demam,suami soleh memang besa demam..sejak ada zakwan dah kurang sikit.sebab dia gilir-gilir anak beranak.kehkeh

jadi suami mula demam hari rabu.balik kerja tu dah rasa tak sedap badan.cek-cek suhu memang demam la..suami ingat demam bisa jeee...esok pagi ok lah tu.sekali khamis tak ok jugak.makin naik suhunya...pergi klinik.doktor siap nak cek darah.

petangnya result darah keluar,ok normal..takde apa..bahagia kami laki bini...tapi tetttt...kami silap.soknya jumaat demam tak kebah-kebah.tak pernah dibuat demam lama camni.

balik kerja jumaat tu terus cari pokok bunga raya.time nak pakai baru menggagau nak mencari...kutip daun dengan bunga.mandikan suami denagn air tu..

malam jumaat gi klinik lain pulak.doktor kata mungkin denggi.cerita la dah cek darah ok semua..doktor kata,denggi memang tak nampak awal-awal..hari ke4,5 baru boleh nampak.haa...

malam jumaat ni dah makin teruk.suami dah tak boleh nak tidur.
lenguh-lenguh katanya.memang tak boleh tidur la.pastu urut-urut sikit..pegang kasih sayang je sebenarnya..-__-" pastu basahkan tuala lap-lap..cepat jee kering..tampal cool fever bagai..

start sabtu dah rasamacam superwomen sangat...pagi-pagi pergi pasar cari ketam.nak buat sup ketam.pastu mintak tolong umi cari daun betik.

k daun betik tu,tumbuk-tumbuk.pastu perah kat sudu.biar jadi pati.terus telan sesudu tu.kalau campur dengan air takut lagi susah nak habiskan.haa

yang sup ketam tu masak macam biasa je..takde resepi rahsia pun.kehkeh.dan seumur baru pertama kali makan sup ketam.selama ni ingat ketam memang dilahirkan untuk masak lemak cili api..kahkah.rupanya sodappp masak sup...manis dia..uhhh...k.k.masak untuk orang sakit....sekor RM15 kottt...bukan kedekut beli sekor.tapi pasal memang saya takleh makan ketam..gataiii...jadi memang masak untuk orang sakit.

pastu suami soleh request minta ubat tidur kat klinik.gi klinik jumpa doktor...doktor kata nan hadooo ubat tidur..nak ubat tidur ada kat psikiatri jeee...

cerita kat doktor bagi daun betik tu...doktor kata pahit tu...buah betik pun ok dah..pastu doktor kata bagi makan aiskrim.bukan yang murah tu...beli yang mahal...haaa..yang tu original aiskrim...

pastu balik bagitau suami nak gi mydin.gi naik motor ok.sebab nak rempit.eh tak.time tu baru keluar gaji...so mesti susah parking..nak cepat kaann..

sampai-sampai ambik betik,aiskrim mahal,roti,air 100 plus.
pastu beratur bayar.balik.dalam 40minit weh.campur perjalanan pergi balik dan beratur nak bayar.

ha..balik-balik potong buah betik.letak kat tepi suami.

ahad..
masih demam pagi tu..macam sabtu.pergi pasar cari ketam.pastu balik masak.dah suap suami soleh,
merempit ke mydin beli 100 plus dengan betik.
balik tu pong pang pong pang setuju nak gi hospital selayang.
sebab dah lebih 3hari..
lepas zohor jugak pergi.tunggu umi balik jaga zakwan.

sampai-sampai memang ada zon demam..
so ambil no pastu pergi kat zon tu terus.

mula-mula ambil suhu dah tak panas.mungkin sebab sebelum pergi tu dah mandi daun bunga raya.memang suami soleh peluh-peluh pastu..haa
jadi dia tak ambil darah.

pastu tunggu jumpa doctor.doktor cek-cek..Tanya-Tanya..lepas tu suruh ambil darah.
tunggu...result keluar..doctor panggil..kena masuk air..

gitu la..pastu masuk air dekat 2 beg tu.
kami pun boleh balik.appointment isnin kat klinik dekat rumah.kena cek darah..

hari isnin platlet turun lagi..
kena bebel-bebel dengan doctor.
baru suami soleh nak minum air banyak-banyak.

selasa cek Alhamdulillah dah naik balik.appointment cek darah seminggu kemudian.

gitu la kisahnya.

so ringkasnya,tips rawat denggi ni:

1) minum..minum..dan minummmmm...itu lah ubat dia..tak kisah la air apa nokk..janji halal.
2) saya mandikan daun bunga raya untuk turunkan suhu..bila panas sangat..
tu yang badan lenguh-lenguh.jadi cuba untuk turunkan suhu..lap-lap dengan tuala dan sebagainya..
3) kena bagi tenaga..sebab mereka ni tak lalu makan.jadi bagi apa yang dia boleh makan.tu yang doctor suh bagi aiskrim tu..nak bagi tenaga sebenarnya..isotonic pun boleh..buah-buah macam buah betik yang terbaik..
4) yang ni saya baca kat en google..tumbuk-tumbuk daun betik,perah kat sudu telan macam makan ubat.kalau campur dalam air takut tak habis minum.saya pun tak rasa.tapi pahit sungguh katanya.
5) buat sup ketam.yang ni kata doctor petua orang jepun.

itu la antara yang boleh dicuba..

sekian entry ilmiah dari saya..ilmiah sangattt..k bai,;'p

No comments:

Post a Comment