Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 26, 2013

I miss My Blanket So Much T_T

malam semalam.saya tidur berdua dengan Zakwan. Abi ada kursus. sebenarnya tak tidur lagi.tengah tunggu suami soleh habis kelas malam. dengan berspek.handphone charge.saya terlelap.aircond pasang 17c.bekuuu..

biasanya akan pasang 17c untuk sejuk kan bilik.lepastu slowkan la 22 ke 23 ke kan..
sejuk betul..sengal-sengal tulang.Zakwan sedappp je tidur..lena sungguh.hehe.
saya pun terus peluk dia..tangan pegang badan hangat dia..hehe..ni kira blanket kecik laaa..;'p


betul kan orang kata ada suami tak perlu selimut.hangat badan dia lagi sedappp..;'p


so conclusion, i really miss my blanket. owh..big blanket what i meant.hehe.
apa pun thanks Zakwan.cepat besar supaya boleh jadi second big blanket ibu..;'p ehh..dah besar tidur sendiri la kann..hehe..love you big blanket and small blanket!

Monday, November 25, 2013

Sepetang Bersama Zakwan

Gambar lama.nak post jugak.;')
 




motif gambar abi dengan Zakwan je??sebab Zakwan memang anak Abi dia.sah.abi pergi kursus.demam.abi balik.peluk.tidurkan.bangun pagi dah sihat Alhamdulillah.kuasa Allah.
moga Zakwan dan ibu tabah nak tempuh lagi 2 minggu ye sayang...


Sunday, November 17, 2013

Travel Tanpa Suami


Bismillah..nak cerita.pengalaman yang agak mencabar.
oh.suami soleh saya berkursus.3minggu lebih kurang.

dan kebetulan kami ada kenduri di Johor.
perjalanan harus diteruskan.

makanya dengan pantas mencari car seat..


sebenarnya memang lama dah dalam list..tapi tak beli-beli.last minute beli..google ter berkenan pada aldo hidalgo.pergi one baby world kat gombak..sampai-sampai takde stok..T__T
nasib suami soleh layankan je..sampai ke putra height kami menjejaki si aldo hidalgo ni..terima kasih sayang..

ok sambung cerita..perjalanan mula pada lebih kurang 2.30 petang jumaat.kami ber6.2 dewasa 4 kanak-kanak.mintak kat bos half day.kalau tak bagi halfday minta bagi cuti fullday jumaat tu..kehkeh.dan bos pilih nak bagi halfday..;'p

berhenti solat asar kat hentian mana entah.(lupa) lepastu sambung perjalanan..tak lama tu Zakwan pulak melepaskan hajat.stop lagi..pastu yang dewasa plak nak melepaskan hajat.stop lagi..
sampai la kami kat johor pukul 8 lebih malam..kehkeh.

sabtu lepas pengantin dah sampai..agak borak sikit-sikit.kul 3 dah gerak balik.
stop nak gi toilet.lepastu isi minyak.then deside nak singgah solat maghrib kat masjid KUIS.rindu..rindu..



apa yang mencabarnya?
perjalanan pergi dan balik adalah hujan lebattt..bukan sepanjang jalan.tapi bila hujan, lebatttt sangat.tak nampak jalan.(pakcik saya accident on the way nak pergi kenduri) T__T kereta je teruk..alhamdulillah semua selamat..;')
saya kan full breastfeed Zakwan.jadi kena buat stock susu fresh.sebelum jalan pump.stop solat pump.ada tu sambil drive pump.(time ni tak tau la superwomen ke wonder women -,- )
paling takbest time drive Zakwan terjerit-jerit..T__T Allah..rasa nak stop breastfeed dia..peluk dia..
pergi dari rumah dah mengamuk.balik tu halfway tu tidur lena.punya la driver ni tahannn nak buang air..sebab tau stop mesti Zakwan jaga..lebih sejam tahan..tengok dia tidur lena taknak stop rasa.sekali rasa macam stop la kejap.benti je kereta,tak tarik handbreak lagi..Zakwan dah menjerit..T__T
tapi ok laa..dah 2jam lebih dia tidur..;')
sepatutnya boleh sampai awal..tapi sebab deside nak singgah solat lat masjid KUIS jadi rehat-rehat..breastfeed Zakwan sampai dia puas..pastu singgah pasar malam..dan sampai la rumah lebih kurang 9 malam.



Zakwan ok jee abi..don't worry.ibu can handle everything..kata Zakwan.
kata ibu..
Sayangggg...i missed you soo much..cici taknak travel jauh-jauh takde bibi..T__T
K bai.

Friday, November 1, 2013

Zakwan 6 Bulan


Ehemmm..bomm bomm cakkk... ^__^
Zakwan ibu dah 6 bulan 30 Oktober 2013.
alhamdulillah..syukur ya Allah.atas kurniaan yang indah ni..





zakwan, ibu dan abi dah cuba yang terdaya bagi segala yang kami fikirkan baik untuk Zakwan.
namun tak semestinya apa yang kami atur itu terbaik disisi Allah.
moga Zakwan maafkan ibu abi atas segala kekurangan.
moga Zakwan membesar jadi anak soleh.




takpernah sehari terlepas ibu doakan, moga zakwan membesar jadi manusia terpuji..
pemelihara agama,maruah diri dan keluarga.moga Zakwan jadi manusia yang bijaksana. sebab tu Allah ilhamkan nama Muhammad Haris Zakwan. moga zakwan mampu tanggung makna-makna baik nama ni.
besar tanggungjawab Zakwan.in shaa Allah apa terdaya ibu abi tolong tunjukkan jalan ye..^__^





Loving U,
Ibu..