Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 27, 2014

Kisah/Tips Penyusuan Penuh Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (Part 2)

Assalamualaikum!
bagi sesiapa yang dari part 1 dan sampai kesini, tahniah kerana anda memang manusia hebatt..;'p
asalnya nak buat satu entry je pasal susu ibu ni.tapi rasa tak adil.tak patut pun ada.kisah/pengalaman lebihkurang 14 bulan nak muatkan dalam satu entry?saya tak sehebat tu nak buat karangan ringkasan.

ok kita sambung.saja janji nak cerita ujian/pengalaman kan..
ya sungguh pengalaman cikgu terbaik dalam hidup.

ok.waktu saya mula-mula study mengenai penjayaan susu ibu ni, (haa ayat penjayaan sangat)
antara yang saya belajar adalah saiz perut bayi sewaktu lahir dan tumbesaran perutnya.

gambar dari Google.

yang saya baca, bayi boleh hidup tanpa susu lebih kurang sela 72 Jam. sejujurnya bagi saya pengetahuan saiz perut ni sangat lah penting.sebab mereka-mereka yang tak tahu pasal saiz dan keperluan bayi ni lah punca kepada kegagalan mereka menyusu badan. saya rasa ramai yang diawalnya cuba susukan bayi mereka, tapi bila tak nampak susu banyak,terus mind set kata susu badan takda/tak cukup.kat situ sebenarnya punca kegagalan ramai ibu-ibu.

pengalaman saya sendiri, memang saya bukan dikalangan mereka yang bertuah.baru mengandung 9 bulan susu dah keluar.ya, ada kawan saya yang begitu.saya tak. tapi alhamdulillah sangat hasil dari pembacaan buat saya sangat positif. waktu Zakwan lahir-lahir, memang saya tak nampak setitik pun susu yang keluar.tapi mind set saya "susu ada.susu ada.cukup untuk Zakwan!" dan keadaan yang memerlukan saya untuk pump waktu awal kelahiran Zakwan, memang tak banyak.lebih kurang susu dalam botol Day one tu lah yang saya dapat waktu tu..

makcik datang melawat, tengok saya pump banyak tu, makcik pun cakap, laa..banyak tu je susu..saya dengan positif jawab, in sha Allah cukup untuk Zakwan.saya tak cepat melatah.sebab tu penting ada ilmu kan..^__^

alhamdulillah Zakwan hari ke 3 saya dah terus direct feeding.perasaan gembira Allah je yang tahu. waktu tu zakwan ada kuning sikit.kena duduk bawah lampu.sekejap-sekejap saya angkat susukan dia..;'p sebab saya baca,susu ibu ubatnya..susukan bayi,biar dia berak/kencing.itu yang bagi hilang kuning bayi. dekat sana kena catat ambil bacaan berat pampers setiap kali dia kencing/berak.punya laa happy bila tiap kali dia berak..hehe ;'p oh ya, kuning adalah normal untuk ibu yang berdarah 'O'. saya rasa antara punca kuning zakwan naik sebab saya tak dapat nak kerap menyusukan zakwan 2 hari sebelum tu.

alhamdulillah hari ke4 Zakwan dah boleh balik.;') esoknya saya pergi mengundi.hehe..;'p

maka bermula lah kisah penyusuan kami..ehh..;'p
saya mula buat stok ebm ketika Zakwan 2 minggu. sebelum masuk kerja saya dapat buat stok ebm hampir 200oz. 

keh..nak share antara perkataan-perkataan yang selalu disebut-sebut dalam proses penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerjaya.

EBM : Express Breast Milk
Tandem Nursing : Sebelah anak menyusu, sebelah kita pump susu..hehe.. ;'p
Marmet : Perah pakai tangan
BF : Breast Feed.(bukan best friend uollss)
Power Pumping : Kaedah nak banyak kan susu badan.

apa lagi ehh??
hehe..nanti next part kita share up and down sepanjang ibu bekerjaya ni lalui nak menjayakan misi full breastfeed keh.

tata..^_^



Thursday, June 26, 2014

Kisah/Tips Penyusuan Penuh Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (Part 1)

Assalamualaikum!
hai ibu-ibu yang ohsemmm.. ^__^ eh..kot ada bapa-bapa yang baca, hai bapa-bapa/ suami-suami yang ohsemmmm!!

Setelah Zakwan hampir setahun dua bulan.baru berani (ke baru rajin??) nak post entry ni.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.semua nya atas izin Allah kan.. ^__^
tapi betul, kita kena usaha.macam awak-awak yang comel ni yang tengah baca entry ni..ni usaha la ni..sila gigih baca sampai habis okeyy.. ;'p

ok secara jujur.memang saya dah target nak fully breastfeed anak sebelum bersalin.(ke sebelum kawin lagi?)
tak tahu kenapa.saya sangat lah adore dengan mak-mak yang susukan anak dengan susu badan.(lagi-lagi yang gigih kerja dan pump) 

jadiiii..waktu saya mengandung..first time pergi ekspo baby.tahu apa yang saya beli dulu?baju baby?takkk..waktu ni awal sangat.tak tahu jantina lagi.mana boleh beli baju lagi..makanya..segala perkara yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu ni la yang saya beli dulu! 



ye.breastpump, storage bottle dan nursing pillow.

nampak dak semangat kat situ.

lepas tu next ekspo saya beli steriliser dan warmer.selain tu baju nursing!!bra nursing..segala tok nenek yang berkaitan dengan penyusuan.mehmehmeh.. ^__^

steriliser dan warmer.ni option.pakai cara lain pun boleh.;')


ni krim madela untuk luka-luka kat niple.in shaa Allah membantu.kurangkan rasa pedih.yang madela ni anak boleh terus menyusu.takde bahan kimia.tak perlu basuh dulu.giteww..coller bag dengan ice pack.tapi ice pack dalam plastik tu tak tahan..beli yang warna biru seketul tu..

yang ni storage bags..untuk jimatkan ruang peti ais..;')

jadi tu lah antara barang-barang kelengkapan nak menjayakan misi penyusuan ibu..mahal?apa lah sangat nak dibandingkan dengan beli bertin-tin/berkotak-kotak susu anak setiap bulan. tapi sejujurnya saya langsung tak fikir pasal duit nak beli susu tepung.sebab memang saya tahu dan yakin, susu ibu yang terbaik untuk bayi.kalau dah sayang mesti kita nak bagi yang terbaik..kan??

pendapat peribadi, wanita/ibu tugas nya membesarkan anak.jaga/layan suami.itu priority. jujurnya saya kerja kerana keperluan.duduk KL sekarang.memang payah nak hidup dengan gaji suami sorang kan..ya. jadi saya kerja. tapi hak anak kena tunaikan. Allah cipta susu ibu untuk anak kita.mudah?ada mudah.ada susahnya.

antara mudahnya susu ibu berbanding susu tepung. semestinya terasa bila waktu malam.^__^ baby menangis tak perlu bangun bancuh susu.terus selak dan bagi baby menyusu..hehe. selain tu waktu berjalan tak perlu bawa banyak peralatan botol susu,bekas susu tepung, air panas. nak berjalan dukung baby je..tak perlu nak angkut segala benda berat-berat.

tapii..kan dah cakap,takde perkara yang mudah..next post in shaa Allah saya share apa yang perlu di set kan difikiran waktu awal-awal nak menyusu.punca masalah awal yang selalu ibu-ibu hadapi dan gagal nak menyusu badan anak mereka.

Bye-bye. ;')

Monday, June 23, 2014

Percutian Ke Melaka

Assalamualaikum!
alhamdulillah.walau rancangan manusia tak menjadi.. perancangan Allah yang terbaik.
rancang percutian melalui ruang udara.ke kota kinabalu.Allah takdirkan terlepas flight. nanti cerita kat entry lain macam mana rasa dan perasaan nya..huhuhu.. jadi last minute punya program.tukar destinasi ke Melaka! ^__^ 

subhanallah..cantikkan langit dan awan. dari selangor nampak jerebu sangat...T__T



Kami pilih Bayou Resort Melaka.Sebab seminggu sebelum tu family husband ramai-ramai duduk situ.waktu tu tak join sebab tak sampai hati nak minta cuti banyak sangat..T__T




Pose kasih sayang anak dan ibu.

sampai-sampai hari kamis kami solat zohor dan jama' asar.
lepastu kami ke bandar hilir melaka!!


jalan-jalan dekat tempat jual-jual yang berhadapan dengan kapal tu..makan mee goreng mamak kat atas tu..
beli baju melaka.sebenarnya nak cari pelampung zakwan.tapi tak jumpa..T__T

lepastu balik hotel.





sampai hotel dah 6.30 petang sebenarnya.tapi nak jugak turun kolammm!! ;'p

malam tu suami gigih nak cari pelampung zakwan jugak..(eh..gambar kat atas tu esoknya tuu..;'p)
lepas solat maghrib jama' isyak kami keluar, ingat nak cari kat toy r us di mahkota parade. sekali cari-cari tak jumpa macam yang dikehendaki.(boleh duduk) pergi kedai D.I.Y sebelah tu ada jumpa yang ni..yeayyy!!hip hip horrey!RM15.90 lepastu boleh pergi cari makan.. ;')

dah sampai Melaka tak sah rasanya kalau tak makan kat UMBAI ni.restoran Parameswara.




siakap masak 3 rasa.

sayur kailan.

sotong goreng.

harga RM80++ . Campur nasi dengan air la..Makan 3 orang.
sampai hotel dah pukul 11 lebih.masing-masing keletihan tidur...

pagi Jumaat bangun pergi sarapan,lepas tu naik atas tukar-tukar baju kita turun berendam lagi kat kolam....muahaha..naik-naik mandi keletihan masing-masing tidur sekejap sementara tunggu zohor.

bangun solat zohor jama' asar kami sambung perjalanan.jalan-jalan cari makan.kali ni kita try asam pedas Melaka. google-google jumpa kedai Asam Pedas Pak Man. Pakai waze je wehh..taip-taip keluar..so tak tau alamat..tapi kat kedai tu dari luar nampak signborad apa ntah kuih-kuih.tak nampak sign board pak man nya.sampai kami call tanya lokasi.lepastu betul la tu yang kami sampai ikut waze.(tak percaya waze sebab tak nampak signboard mula-mula.hahaha)



ni lah lebih kurang. saya pilih asam pedas ikan tenggiri.umi dengan naim pilih asam pedas ikan pari.bagi saya cukup rasa..sedapp..;') lepastu ayam nasi ayam untuk zakwan.^__^ set nasi dia dengan telur masin.tapi telur nya tak masin langsung..T__T tawar habis..;'p semua sekali RM23++ campur air..murah la..;') boleh pergi!


lepastu layan Durian depan kedai Pak man tu..seberang jalan.
sodappp..tengok la kuning dia..pehh..makan sebijik RM23.-__-" mahal warna kuning tu agaknya..


zakwan pun layan durian.dalam perut dulu pokok atok berbuad lebat.memang Zakwan duk makan durian je waktu dalam perut tu..;'p

lepas makan suami iteww memang ohsemmm..nak gi planetarium Melaka.suami korang hadoo?? hahaha..isteri pun layankan je la..^__^









pukul 5 dia ada pasang 3D.besttt..besttt..pasal cakerawala agaknya..memula tokumi tidur..pastu cucu dia..pastu anak dia..hahahaha..*,* ngantuk.tapi memang best.tak payah pakai spek 3D tapi nampak real.yang best kerusi dia baring..tanyangan keluar kat atas..hahaha..mana la tak tidur..-__-"

balik petang tu sampai hotel pukul6.kami berendam lagi..T__T

naik pukul7.siap-siap solat maghrib jama' isya' kami pun keluar..cari makan.malam ni makan biasa-biasa je..


lepas selesai makan malam, kami pi naik river cruise Melaka.tiket dewasa RM10 seorang.bawah 2 tahun free..

ok la..cantik la..lama juga perjalanan pergi balik..;') ni kampung Morten tu..katanya biaya pembaikan/maintenance rumah ditanggung kerajaan.sebab ni harta warisan...untunglahhh....;') tapi melaka memang dah cantik.sepanjang perjalanan tu..memang cantik la pemandangan nya..kan ala-ala Venice katanya..hehe..ada rezeki kita sampai sana ye..in shaa Shaa Allah..;') dalam hati terdetik,pergi sabah kononnya nak hoping island.mesti naik speed boat.sekali Allah takdirkan naik cruise ni..hehehe..^__^  



ya Allah mira..selambak mukanya..penuh betull..nangis..T__T

lebih 30minit perjalanan..tapi tak sampai sejam..pastu balik masing-masing pengsan.
esoknya bangun breakfast.terjun lagi kolam.pastu siap-siap gi Johor.singgah rumah kakak ipar kat Kluang..hehe

bye bye Melaka.

pastu tidur semalam kat Kluang.ahad balik rumah..tu lah cerita nya.apa pun Melaka memang banyak tempat nak melawat.tak cukup sehari dua sebenarnya.banyak benda tak sempat buat.tak tengok a famosa.tak naik beca..rugi..rugi.suami ajak gi lagi hujung tahun bawak anak-anak saudara.hehe ^_^ dapat budak-budak tu sampai ke bayou resort ni memang happening habis la..hehe..ada rezeki sampai lagi in sha Allah.k tu je..

selamat melawat Melaka.

















Wednesday, June 11, 2014

Kisah/Tips Menunaikan Umrah Bersama Bayi/Anak Kecil

Alhamdulillah.dah 5 bulan berlalu. rindunya Allah yang tahu.
keh.ni nak share sikit kisah/tips sikit-sikit.pengalaman guru terbaik kan..hehe..^__^

kami berempat, saya,suami,zakwan, dan umi saya menunaikan umrah dari 13 hingga 24 Januari 2014.
kenapa pilih tarikh/waktu ni?ada beberapa sebab..sebab utama ialah nak sambut kelahiran umi saya di sana!!;') ulangtahun kelahiran umi 17 Januari. alhamdulillah umi rasa berada di madinah dan mekah pada ulangtahun kelahiran ke 66..;') kebetulan tarikh tu kami berangkat dari madinah ke mekkah. Allah..untungnya umi..malam tu jugak sampai mekah kami terus buat umrah.umrah wajib buat saya dan suami.umrah sunat buat umi.

sebab kedua ialah, saya cari musim sejuk..;') hasil kajian (ceh kaji sangat) mendapati musim sejuk sekitar bulan 12 ke bulan 2.bulan 3 dah mula panas.sebab memang hajat nak bawa zakwan.saya kan full breastfeed.(alasan) sebenarnya memang nak bawa zakwan kemana-mana.;')

kos untuk kanak-kanak bawah 2 tahun adalah sekitar RM1500. saya pergi dengan pakej Andalusia.alhamdulillah mutawif sangat terbaikkk..hehe.

sesampai di LCCT malam nak berangkat, saya nak ambil tagging,boarding pass dan passport dari mutawif.sebut nama suami, terus beliau sambut..haa ni yang dengan bayi zakwan kan..hehe ^__^ dah kenal sebelum jumpa..zakwan satu-satu nya bayi dalam jemaah kami. waktu tu zakwan sekitar 8 bulan.;')

alhamdulillah.sepanjang penerbangan, sekitar 9 jam, zakwan tak banyak ragam.hampir tiada sebarang masalah.ada lah waktu jam terakhir tu tiba-tiba dia merengek..cek-cek rupanya dia beyak..hehe..;'p orang kata bayi beyak tanda serasi..serasi sangat dengan Air Asia ye Zakwan..huhuhu..pastu abi dia tukar pampers zakwan sambung main dengan pakcik-pakcik..berpass pass zakwan kat mereka..legaa..hehe ^_^ mereka panggil zakwan haji muda..aminn ya Rabb..moga muda lah zakwan waktu tunaikan haji nanti..

Sampai-sampai di terminal haji Jeddah, kami naik bas pulak sekitar 6 jam ke Madinah.

 Zakwan happy sesangat dah sampai tanah arab..;') alhamdulillah..

 ni lah dalam bas perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Zakwan dah terlentok..hehe ^__^

 singgah masjid solat jama' zohor dan asar.
sambung perjalanan.

Alhamdulillah.naik kenderaan udara, mahupun darat,zakwan langsung tak membawa sebarang masalah..syukur ya Allah..
tak lah ganggu jemaah lain.ada yang siap kata,ehh..tak dengar bunyi menangis pun..^__^ alhamdulillah..(padahal dia nak merengek je cecepat bagi susu..muahahaha..;'p)

sampai di madinah azan asar.sebab kami dah solat jama' tadi,jadi kami rehat dulu. siap-siap maghrib baru kami berangkat ke masjid nabawi..(Allah..taip ni pun dah bergenang air mata kerinduan)



waktu ni kami dapat masuk dalam.tapi agak crowded. saya solat maghrib berjemaah.waktu ni zakwan ada menangis sikit.mungkin tengok ramai sangat orang.atau takut tengok ramai berpurdah..hehe..
tapi solat isyak tu alhamdulillah zakwan dah ok..

malam pertama zakwan di masjid nabawi. indah subhanallah..;') ni lepas maghrib..zakwan dah ok.hehe

hari-hari seterusnya..ada yang zakwan dah terlalu eksited sampai merangkak punya la jauh kan..huhu..selesai solat tengok entah main dengan sapa entah..hehe..pandai bersosial dah anak ibu..cari kawan pelbagai bangsa..hehe ^__^ alhamdulillah kat sana ramai sangat sayang dan doakan Zakwan.
siap ada sorang peniaga dah booked nak buat menantu.(zakwan,nama dia marwah.nanti dah besar pergi cari okey..^__^) ada yang bagi coklat,kismis,kurma.duit pun ada..ada sekali tu,kami nak carikan zakwan kopiah.tanya la kat pak arab tu.kam?(berapa) lepas tu dia jawab..halal!halal!..terkejut kami..Allah..rezeki Zakwan.terus kami beli benda lain kat pak arab tu..hehe ^_^

alhamdulillah saya berkesempatan sekali masuk raudhah..(Allah..bergenang airmata) waktu tu suami soleh tolong jaga zakwan.nak masuk Raudhah sungguh bukan mudah.lelaki senang.hampir setiap waktu boleh.untuk wanita ada masa-masa tertentu.alhamdulillah yang sekali tu saya boleh solat sunat betul-betul di karpet hijau saff kedua.tampa sesiapa melangkah.Allah..alhamdulillah ya Allah.saya anggap ni hadiah dari Allah dan nabi buat saya.sungguh jemaah umrah adalah tetamu yang dijemput oleh Allah tapi masuk ke raudhah sungguh bonus besar buat saya.dan kebetulan hari tersebut adalah maulid nabi!!Allah..mungkin untuk saya kongsikan.bawa anak kecil bukan penghalang utama kita nak beribadah.

sebelum pergi saya study.sebenarnya cita-cita nak bawa zakwan buat haji.tapi memang tabung haji tak benarkan.jadi rezeki umrah dulu..waktu saya search pasal bawa bayi/anak kecil,ada yang cerita pengalaman dia melihat,macam mana orang bawa anak kecil dipermudahkan Allah.waktu tawaf dia lihat lapang je keliling orang yang dukung anak kecil.waktu tu dia rasa nak menangis rugi tak bawa anak.

betul.semua bantuan Allah.saya yakin dengan janji Allah.niat baik.in shaa Allah Dia permudahkan."Allah bersama dengan apa yang kamu sangka," sentiasa sangka yang baik-baik..jangan set dalam kepala anak akan menyusahkan kita di sana.

sekitar 4 hari di madinah.kami berangkat ke makkah..pertama kali nampak jam besar tu dah meleleh air mata.waktu mutawif cakap kita dah masuk tanah haram..Allah..macam tak sangka dah sampai..bersyukur yang amat kerana dijemput Allah. Zakwan masih tenang seperti biasa. sampai dah malam.mutawif bagi masa untuk angkat beg masuk bilik hotel.kemudian kami berkumpul di bawah. mutawif terangkan serba sedikit.

Zakwan elok duduk didalam baby carrier.
macam ni.harus la abi yang berbaby wearing..hehe..tak larat ibu.

umrah pertama kami buat berempat dengan zakwan. sebelum keluar kami salin pampers zakwan. alhamdulillah Allah atur yang terbaik.bayangkan waktu buat umrah lewat malam.(sekitar 12-2 pagi) tak panas untuk zakwan.zakwan lena tidur sepanjang kami tawaf dan saie. waktu nak solat sunat tawaf baru abi buka. baby carrier dan keluarkan zakwan.langsung tak menangis.

pakej ada sediakan 3kali umrah.dan umrah tambahan 2kali. kami pergi umrah yang disediakan je.dan kurang sekali.hehe..sebab abi tak larat.zakwan bambam..hehe^_^ jadi yang wajib je kami buat sekali.
yang umrah sunat kami bergilir. 

saya dan umi buat umrah, abi jaga zakwan. abi zakwan pergi buat umrah dengan ahli jemaah yang lain. saya dan umi jaga zakwan.;') jadi masing-masing buat 2kali.hehe

waktu kami sampai dimekah, kebetulan Arab Saudi tengah cuti seminggu,saya pun tak pasti cuti apa.mungkin semperna maulid nabi atau apa saya tak pasti.jadi mekkah jadi tumpuan rakyat arab saudi.pertama kali sampai buat umrah,walau lewat malam,masya Allah..penuh orang..
mutawif kata lebih ramai dari umrah ramadhan.

mutawif terbaik..hehe

jadi di mekkah saya tak boleh nak lepas kan zakwan.di madinah masjid nabawi agak lapang untuk zakwan merangkak.tapi di masjidil haram, Allah..penuh tak terkata. pernah sekali kami keluar lewat ke masjid nak solat maghrib, sampai ke luar pagar kami solat..hehe..^_^

ini lah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi. sekarang saya akan rumuskan mungkin boleh dijadikan tips bagi mereka yang berniat nak bawa anak kecil/bayi menunaikan umrah.

1) Niat (apa-apa dimulakan dengan niat) niat segala yang baik-baik.nak beribadah,tapi taknak lepas tanggungjawab pada anak.macam saya menyusu badan.bayangkan pahala berganda-ganda disana!!

2) yakin dengan janji Allah..Allah bersama dengan apa yang kamu sangka..bayangkan perkara-perkara baik je yang berlaku.anak tak meragam.anak sihat.mudah nak beribadah dengan anak..bayangkan je..in shaa Allah..itu lah yang jadi dekat sana.andai kata ada apa-apa,anggap itu ujian.bagi nak menambahkan pahala kat sana.setiap kesusahan ada pahalanya..;')

3) berbaby wearing.zakwan waktu tu sekitar7-8kg kot..;'p ok lah abi dia yang kendong..alhamdulillah. kalau bawa stroller pun ok.tapi susah sikit nak masuk dalam masjid kot.nak kena tinggal kat luar masjid..nanti cleaner campak entah mana hala..hehe..

4) bawa pampers secukupnya.(berlebihan seeloknya) kat sana katanya mahal sikit pampers.kat sana kerap juga tukar..setiap kali nak pergi masjid saya akan ganti pampers Zakwan. pergi bag penuh.balik ruang pampers boleh isi barang yang kita beli waktu di sana..hehe ^__^

5)pilih waktu yang terbaik nak bawa anak kecil.waktu saya, saya cari waktu penghujung sejuk.sejuk yang tak keterlaluan.sebelum nak masuk musim panas.waktu kat madinah paling sejuk rasanya sekitar15-17 darjah celcius. 

6)bawa baju ikut cuaca. macam waktu saya pergi sejuk.tapi sejuk yang sesedapnya.;') di madinah je kot kena pakai baju sejuk.(kadang-kadang tak pakai pun) di makkah suhu dah macam kat malaysia je..malam kot sejuk sikit.. kat sana masih boleh basuh baju.;') waktu sejuk saya bawa baju tebal-tebal sikit.siap beli baby wintercoat kat UNIQLO.haha.nanti adik zakwan boleh pakai time kita pergi korea musim sejuk..ehhhh..;'p

ni waktu keluar subuh ke masjid..;')

7)makesure pasangan boleh tolong jaga anak..practice bagi boleh..hehe..ni bertujuan untuk bergilir-gilir nak jaga anak bila nak buat ibadah yang susah nak bawak anak.contoh masuk raudhah.berhimpit-himpit kan..memang tak digalakkan la bawa anak kecil.kalau tak pasangan pun ada la keluarga lain yang boleh tengok anak kita sekejap..;')

8)doa banyak-banyak Allah permudahkan urusan nak beribadah.

9)belajar-belajar solat sambil dukung anak.hehe..kat sana perkara biasa je solat sambil dukung anak,susukan anak,hempuk anak pun ada..haha(pernah tu ada budak tu duduk dalam stroller.zakwan duduk atas lantai.dari atas stroller dia duk kacau-kacau Zakwan kat bawah tu..saya tak kisah pun..sekali mak dia hempuk kepala anak dia..tengah solat tu..hahaha)

10)latih anak biasakan dalam keadaan ramai.senang cerita sebelum umrah tu rajin-rajin bawa ke masjid atau majlis yang crowd ramai..;') jadi dia tak terkejut kat sana.biasakan juga berjemaah.jadi dia tahu kita tengah solat.dia tak menangis kacau.

setakat ni tu je dulu yang Allah ilhamkan..jadi bagi yang merancang nak bawa anak kecil, you can do it!saya doakan semua nya dipermudahkan.;') 


zakwan.kesayangan mutawif.ustaz syaid. eh..mutawif kesayang zakwan..ust syaid..hehe ^_^


alhamdulillah kami dah selesai..doakan kami dijemput lagi..zakwan doakan kawan-kawan yang lain sampai sana juga ye..besttt tak terkata..;') alhamdulillah..terima kasih semua yang berlaku baik sayang dan kasih kepada Zakwan sepanjang Zakwan ke sana.zakwan sayang semua.;')