Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 26, 2014

Kisah/Tips Penyusuan Penuh Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (Part 1)

Assalamualaikum!
hai ibu-ibu yang ohsemmm.. ^__^ eh..kot ada bapa-bapa yang baca, hai bapa-bapa/ suami-suami yang ohsemmmm!!

Setelah Zakwan hampir setahun dua bulan.baru berani (ke baru rajin??) nak post entry ni.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.semua nya atas izin Allah kan.. ^__^
tapi betul, kita kena usaha.macam awak-awak yang comel ni yang tengah baca entry ni..ni usaha la ni..sila gigih baca sampai habis okeyy.. ;'p

ok secara jujur.memang saya dah target nak fully breastfeed anak sebelum bersalin.(ke sebelum kawin lagi?)
tak tahu kenapa.saya sangat lah adore dengan mak-mak yang susukan anak dengan susu badan.(lagi-lagi yang gigih kerja dan pump) 

jadiiii..waktu saya mengandung..first time pergi ekspo baby.tahu apa yang saya beli dulu?baju baby?takkk..waktu ni awal sangat.tak tahu jantina lagi.mana boleh beli baju lagi..makanya..segala perkara yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu ni la yang saya beli dulu! 



ye.breastpump, storage bottle dan nursing pillow.

nampak dak semangat kat situ.

lepas tu next ekspo saya beli steriliser dan warmer.selain tu baju nursing!!bra nursing..segala tok nenek yang berkaitan dengan penyusuan.mehmehmeh.. ^__^

steriliser dan warmer.ni option.pakai cara lain pun boleh.;')


ni krim madela untuk luka-luka kat niple.in shaa Allah membantu.kurangkan rasa pedih.yang madela ni anak boleh terus menyusu.takde bahan kimia.tak perlu basuh dulu.giteww..coller bag dengan ice pack.tapi ice pack dalam plastik tu tak tahan..beli yang warna biru seketul tu..

yang ni storage bags..untuk jimatkan ruang peti ais..;')

jadi tu lah antara barang-barang kelengkapan nak menjayakan misi penyusuan ibu..mahal?apa lah sangat nak dibandingkan dengan beli bertin-tin/berkotak-kotak susu anak setiap bulan. tapi sejujurnya saya langsung tak fikir pasal duit nak beli susu tepung.sebab memang saya tahu dan yakin, susu ibu yang terbaik untuk bayi.kalau dah sayang mesti kita nak bagi yang terbaik..kan??

pendapat peribadi, wanita/ibu tugas nya membesarkan anak.jaga/layan suami.itu priority. jujurnya saya kerja kerana keperluan.duduk KL sekarang.memang payah nak hidup dengan gaji suami sorang kan..ya. jadi saya kerja. tapi hak anak kena tunaikan. Allah cipta susu ibu untuk anak kita.mudah?ada mudah.ada susahnya.

antara mudahnya susu ibu berbanding susu tepung. semestinya terasa bila waktu malam.^__^ baby menangis tak perlu bangun bancuh susu.terus selak dan bagi baby menyusu..hehe. selain tu waktu berjalan tak perlu bawa banyak peralatan botol susu,bekas susu tepung, air panas. nak berjalan dukung baby je..tak perlu nak angkut segala benda berat-berat.

tapii..kan dah cakap,takde perkara yang mudah..next post in shaa Allah saya share apa yang perlu di set kan difikiran waktu awal-awal nak menyusu.punca masalah awal yang selalu ibu-ibu hadapi dan gagal nak menyusu badan anak mereka.

Bye-bye. ;')

No comments:

Post a Comment