Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 27, 2014

Kisah/Tips Penyusuan Penuh Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (Part 2)

Assalamualaikum!
bagi sesiapa yang dari part 1 dan sampai kesini, tahniah kerana anda memang manusia hebatt..;'p
asalnya nak buat satu entry je pasal susu ibu ni.tapi rasa tak adil.tak patut pun ada.kisah/pengalaman lebihkurang 14 bulan nak muatkan dalam satu entry?saya tak sehebat tu nak buat karangan ringkasan.

ok kita sambung.saja janji nak cerita ujian/pengalaman kan..
ya sungguh pengalaman cikgu terbaik dalam hidup.

ok.waktu saya mula-mula study mengenai penjayaan susu ibu ni, (haa ayat penjayaan sangat)
antara yang saya belajar adalah saiz perut bayi sewaktu lahir dan tumbesaran perutnya.

gambar dari Google.

yang saya baca, bayi boleh hidup tanpa susu lebih kurang sela 72 Jam. sejujurnya bagi saya pengetahuan saiz perut ni sangat lah penting.sebab mereka-mereka yang tak tahu pasal saiz dan keperluan bayi ni lah punca kepada kegagalan mereka menyusu badan. saya rasa ramai yang diawalnya cuba susukan bayi mereka, tapi bila tak nampak susu banyak,terus mind set kata susu badan takda/tak cukup.kat situ sebenarnya punca kegagalan ramai ibu-ibu.

pengalaman saya sendiri, memang saya bukan dikalangan mereka yang bertuah.baru mengandung 9 bulan susu dah keluar.ya, ada kawan saya yang begitu.saya tak. tapi alhamdulillah sangat hasil dari pembacaan buat saya sangat positif. waktu Zakwan lahir-lahir, memang saya tak nampak setitik pun susu yang keluar.tapi mind set saya "susu ada.susu ada.cukup untuk Zakwan!" dan keadaan yang memerlukan saya untuk pump waktu awal kelahiran Zakwan, memang tak banyak.lebih kurang susu dalam botol Day one tu lah yang saya dapat waktu tu..

makcik datang melawat, tengok saya pump banyak tu, makcik pun cakap, laa..banyak tu je susu..saya dengan positif jawab, in sha Allah cukup untuk Zakwan.saya tak cepat melatah.sebab tu penting ada ilmu kan..^__^

alhamdulillah Zakwan hari ke 3 saya dah terus direct feeding.perasaan gembira Allah je yang tahu. waktu tu zakwan ada kuning sikit.kena duduk bawah lampu.sekejap-sekejap saya angkat susukan dia..;'p sebab saya baca,susu ibu ubatnya..susukan bayi,biar dia berak/kencing.itu yang bagi hilang kuning bayi. dekat sana kena catat ambil bacaan berat pampers setiap kali dia kencing/berak.punya laa happy bila tiap kali dia berak..hehe ;'p oh ya, kuning adalah normal untuk ibu yang berdarah 'O'. saya rasa antara punca kuning zakwan naik sebab saya tak dapat nak kerap menyusukan zakwan 2 hari sebelum tu.

alhamdulillah hari ke4 Zakwan dah boleh balik.;') esoknya saya pergi mengundi.hehe..;'p

maka bermula lah kisah penyusuan kami..ehh..;'p
saya mula buat stok ebm ketika Zakwan 2 minggu. sebelum masuk kerja saya dapat buat stok ebm hampir 200oz. 

keh..nak share antara perkataan-perkataan yang selalu disebut-sebut dalam proses penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerjaya.

EBM : Express Breast Milk
Tandem Nursing : Sebelah anak menyusu, sebelah kita pump susu..hehe.. ;'p
Marmet : Perah pakai tangan
BF : Breast Feed.(bukan best friend uollss)
Power Pumping : Kaedah nak banyak kan susu badan.

apa lagi ehh??
hehe..nanti next part kita share up and down sepanjang ibu bekerjaya ni lalui nak menjayakan misi full breastfeed keh.

tata..^_^



No comments:

Post a Comment