Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 23, 2014

Percutian Ke Melaka

Assalamualaikum!
alhamdulillah.walau rancangan manusia tak menjadi.. perancangan Allah yang terbaik.
rancang percutian melalui ruang udara.ke kota kinabalu.Allah takdirkan terlepas flight. nanti cerita kat entry lain macam mana rasa dan perasaan nya..huhuhu.. jadi last minute punya program.tukar destinasi ke Melaka! ^__^ 

subhanallah..cantikkan langit dan awan. dari selangor nampak jerebu sangat...T__T



Kami pilih Bayou Resort Melaka.Sebab seminggu sebelum tu family husband ramai-ramai duduk situ.waktu tu tak join sebab tak sampai hati nak minta cuti banyak sangat..T__T




Pose kasih sayang anak dan ibu.

sampai-sampai hari kamis kami solat zohor dan jama' asar.
lepastu kami ke bandar hilir melaka!!


jalan-jalan dekat tempat jual-jual yang berhadapan dengan kapal tu..makan mee goreng mamak kat atas tu..
beli baju melaka.sebenarnya nak cari pelampung zakwan.tapi tak jumpa..T__T

lepastu balik hotel.





sampai hotel dah 6.30 petang sebenarnya.tapi nak jugak turun kolammm!! ;'p

malam tu suami gigih nak cari pelampung zakwan jugak..(eh..gambar kat atas tu esoknya tuu..;'p)
lepas solat maghrib jama' isyak kami keluar, ingat nak cari kat toy r us di mahkota parade. sekali cari-cari tak jumpa macam yang dikehendaki.(boleh duduk) pergi kedai D.I.Y sebelah tu ada jumpa yang ni..yeayyy!!hip hip horrey!RM15.90 lepastu boleh pergi cari makan.. ;')

dah sampai Melaka tak sah rasanya kalau tak makan kat UMBAI ni.restoran Parameswara.




siakap masak 3 rasa.

sayur kailan.

sotong goreng.

harga RM80++ . Campur nasi dengan air la..Makan 3 orang.
sampai hotel dah pukul 11 lebih.masing-masing keletihan tidur...

pagi Jumaat bangun pergi sarapan,lepas tu naik atas tukar-tukar baju kita turun berendam lagi kat kolam....muahaha..naik-naik mandi keletihan masing-masing tidur sekejap sementara tunggu zohor.

bangun solat zohor jama' asar kami sambung perjalanan.jalan-jalan cari makan.kali ni kita try asam pedas Melaka. google-google jumpa kedai Asam Pedas Pak Man. Pakai waze je wehh..taip-taip keluar..so tak tau alamat..tapi kat kedai tu dari luar nampak signborad apa ntah kuih-kuih.tak nampak sign board pak man nya.sampai kami call tanya lokasi.lepastu betul la tu yang kami sampai ikut waze.(tak percaya waze sebab tak nampak signboard mula-mula.hahaha)



ni lah lebih kurang. saya pilih asam pedas ikan tenggiri.umi dengan naim pilih asam pedas ikan pari.bagi saya cukup rasa..sedapp..;') lepastu ayam nasi ayam untuk zakwan.^__^ set nasi dia dengan telur masin.tapi telur nya tak masin langsung..T__T tawar habis..;'p semua sekali RM23++ campur air..murah la..;') boleh pergi!


lepastu layan Durian depan kedai Pak man tu..seberang jalan.
sodappp..tengok la kuning dia..pehh..makan sebijik RM23.-__-" mahal warna kuning tu agaknya..


zakwan pun layan durian.dalam perut dulu pokok atok berbuad lebat.memang Zakwan duk makan durian je waktu dalam perut tu..;'p

lepas makan suami iteww memang ohsemmm..nak gi planetarium Melaka.suami korang hadoo?? hahaha..isteri pun layankan je la..^__^









pukul 5 dia ada pasang 3D.besttt..besttt..pasal cakerawala agaknya..memula tokumi tidur..pastu cucu dia..pastu anak dia..hahahaha..*,* ngantuk.tapi memang best.tak payah pakai spek 3D tapi nampak real.yang best kerusi dia baring..tanyangan keluar kat atas..hahaha..mana la tak tidur..-__-"

balik petang tu sampai hotel pukul6.kami berendam lagi..T__T

naik pukul7.siap-siap solat maghrib jama' isya' kami pun keluar..cari makan.malam ni makan biasa-biasa je..


lepas selesai makan malam, kami pi naik river cruise Melaka.tiket dewasa RM10 seorang.bawah 2 tahun free..

ok la..cantik la..lama juga perjalanan pergi balik..;') ni kampung Morten tu..katanya biaya pembaikan/maintenance rumah ditanggung kerajaan.sebab ni harta warisan...untunglahhh....;') tapi melaka memang dah cantik.sepanjang perjalanan tu..memang cantik la pemandangan nya..kan ala-ala Venice katanya..hehe..ada rezeki kita sampai sana ye..in shaa Shaa Allah..;') dalam hati terdetik,pergi sabah kononnya nak hoping island.mesti naik speed boat.sekali Allah takdirkan naik cruise ni..hehehe..^__^  



ya Allah mira..selambak mukanya..penuh betull..nangis..T__T

lebih 30minit perjalanan..tapi tak sampai sejam..pastu balik masing-masing pengsan.
esoknya bangun breakfast.terjun lagi kolam.pastu siap-siap gi Johor.singgah rumah kakak ipar kat Kluang..hehe

bye bye Melaka.

pastu tidur semalam kat Kluang.ahad balik rumah..tu lah cerita nya.apa pun Melaka memang banyak tempat nak melawat.tak cukup sehari dua sebenarnya.banyak benda tak sempat buat.tak tengok a famosa.tak naik beca..rugi..rugi.suami ajak gi lagi hujung tahun bawak anak-anak saudara.hehe ^_^ dapat budak-budak tu sampai ke bayou resort ni memang happening habis la..hehe..ada rezeki sampai lagi in sha Allah.k tu je..

selamat melawat Melaka.

















No comments:

Post a Comment