Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 19, 2014

Kisah Suri Rumah

Alhamdulillah..saya sepatutnya mula jadi suri rumah pada 31 Julai.tapi tolak cuti yang berbaki, 23 Julai dah mula duduk rumah..lebih kurang seminggu sebelum raya.

alhamdulillah.hati memang tenang duduk di rumah.tengah-tengah dalam ketenangan...tiba-tiba sampai surat yang menggugat ketenangan.



 Ini bukan pucuk dicita ulam mendatang ke apa..ini sungguh bikin jiwa gelodak.
baru rasa bahagia duduk rumah tak sampai sebulan.tetiba sampai surat ni.

saya memang calon simpanan..tapi lamaa dah..lebih setahun dah.kata simpan setahun je.. -_-" betul orang kata jangan mengharap..ni la dia..tak mengharap alhamdulillah dapat.dulu mengharap tak dapat. T_T

Sekarang ni memang kena istiharah..tapi bila tanya suami,katanya tak payah kerja.dia pun dah seronok isteri duduk rumah agaknya..

ya Allah.tak dapat nak bayangkan kena kerja.kena sambung mengepam tu yang malas sangat tuu..hahaaha >_< kantoi ye malas.duk sedap direct bf sekarang ni..sebelum nak kerja tentu-tentu kena buat stok balik.dalam peti ada 3 botol je..haritu dah habiskan..

tapi nak tolak takut ni rezeki yang Allah hantar.kang tolak menyesal.Allah..pening kepala memikirnya..

setakat ni duk rumah aktiviti harian basuh baju sampai akhir proses.pastu masak.termasuk bubur zakwan.pastu lap2 habuk sikit..kuat bebenor habuk rumah ni..-_-. Basuh pinggan.main dengan zakwan.ni zakwan tidur.sempat la den menaip ni ha..deco-deco kena tunggu duduk rumah sendiri.eksitedd nya.. ^_^

eh.bunyi guruh.nak pergi angkat jemuran.babai!