Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2014

mengandung kali ke dua

Bismillahirrahmannirrahim..alhamdulillah..ni pun antara kehadiran yang dinanti.perasaan yang sama.kegembiraan dan keterujaan yang sama.

Suami soleh siap tunggu depan toilet la nak tau result..;'p zakwan pun rasa macam dah ready sangat je nak jadi abang.tu la.sape suruh besar cepat sangat..haaa.. ^_^


Sungguh ujian yang kali ni bukan sebarang.walau duduk rumah.letih nya ya Allah...mungkin sebab menyusukan zakwan dan mengandung dalam masa yang sama.
Ada satu waktu tu zakwan melekat je menyusu.macam tak puas.ada satu malam kat rumah mertua pulak tu..dia buat menyusu taknak lepas..lenguh nya pinggang Allah yang tau.memang tak boleh nak tidur.sejam sekali dia bangun menyusu...menyusu pulak lamaaa...tak nak lepas...

Sampai cakap kat suami soleh..lepas ni biar la dah cukup 2 tahun menyusu baru on..haha..>_< ni semua pengalaman kan..kalau tak,tak faham perasaan orang lain yang menyusukan dan mengandung dalam masa yang sama. Kalsium memang ditingkatkan..minum susu.telan pil.makan cheese..

Pernah cuba nak bagi zakwan freshmilk.tak nak dia.macam dah tak reti minum botol susu.last-last....


 Abi dia yang perabiskan..-,-

Tak sampai hati sungguh..dah la zakwan dah besar.dah pandai cakap nak..taknak..kalau taknak siap dengan geleng laju-laju.sua botol susu punya laju geleng cakap taknak..lepastu nak bf..sedih tau.mak mana tak sedih.T_T

Makanya..usahakan la apa yang boleh.kena banyak makan.banyak minum..kalsium jangan tinggal..dah la pesen zakwan ni susahhhh nak makan...


Tapi kalau makan macam ni laju..chicken chop...haa..memang selera dia la..
Dannn..mengandung kali kedua ni takat ni macam tak banyak beza..morning sickness sikit-sikit je...mengidam seperti diatas..duk teringin meatball ikea jugak ni..

Hmm...tapi mengandung kali ni bermain emosi sikit..macam-macam ujian..semua menuntut tanggungjawab..maaf ahli syurga dalam perut ibu..kalau ibu tension-tension..harap semua tak lama..maaf sayang..ibu cuba tenang-tenangkan diri ye..abi pun boleh tahan kelakar..dengan along zakwan yang menghiburkan.mesti Sayang tak sabar nak lahir ke dunia.jumpa hamba-hamba Allah yang hebat-hebat ni..

Moga Allah pelihara dan beri kesihatan.cukupkan susu zakwan.adik dalam perut cukup nutrisi.ibu pun sihat bertenaga.oh ya.mengandung kali ni malas ya rabbi...T_T
Tak tau la sebab mengandung ke sebab penat sangat ke..tapi betul-betul harap tak lama macam ni..tapi malas-malas pun kena lawan jugak. Bukan la boleh nak layan sangat...

K bye.