Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2014

Rawatan demam tanpa ubat moden

Bismillah,alhamdulillah.hadiah tahun baru 2015 ni ialah kesembuhan Zakwan lepas demam hampir 5 hari.alhamdulillah dengan izin Allah.tanpa ubat moden.

Cerita pasal pro natural remidy ni bukan lah sebab terikut-ikut dengan share-share di facebook mahupun dengar-dengar cerita orang.tapi dengan pengalaman sendiri.

Nak cerita awalnya saya mak-mak macam yang lain.kena suntik nurse pesan balik-balik terus bagi ubat demam ye.saya pun bagi kat zakwan.yang menurut perintah.zakwan demam bagi ubat seperti yang disyorkan.ubat batuk,antibiotik.semua bagi.nak bagitahu zakwan lahir-lahir dah dapat antibiotik yang dos tinggi..konon takut jangkitan kuman kat peparu.

Tapi waktu tu kami suami isteri sangat pening kepala.zakwan hampir setiap bulan demam.kadang-kadang sebulan dua kali.

Sampailah kami suami isteri nak cuba cara tradisional.amalkan makanan sunnah.start study cara-cara dia.memang macam lambat turun suhunya.tapi dia tak naik turun.hasilnya..Zakwan jaranggggg sangat demam lepas tu..

Dan terbaru jumaat lepas.tak tau la virus mana serang Zakwan.dan kali ni rasanya demam paling lama.....hampir 5 hari.dah berkira-kira esok kalau demam lagi nak bawak pergi hospital...ehh..sebelum ni dah 2 kali pergi klinik.kami laki bini bukan doktor nak memandai.masih ke klinik mintak konsultasi.cuma ubat doktor bagi tu simpan je la.tengok la sedekah kat mangsa banjir ke..

Kali ni demam beserta selsema dan batuk.biasa nya kalau zakwan dah kebah-kebah terus bagi minyak zaitun+habatussauda'+madu. Malam lap-lap dengan air suam.
Esoknya zakwan dah sihat ceria..kali ni ada ilmu baru.yang sebelum ni pernah baca tapi tak try sebab zakwan tak teruk sangat.kali ni tambah dengan garlic sock,lemon sock,dan stim beserta tepukan percussion. Stim dan tepukan percussion ni untuk buang kahak/selsema zakwan. Dulu bagi ubat dia muntah.habis keluar lendir-lendir.ni dah tak bagi ubat.macam mana?tapi lepas buat memang kurang bunyi dada zakwan.ada nampak beza. Tapi Allah izinkan penyakit keluar dari muntah jugak.tok umi suap-suap biskut tetiba dia muntah.saya syka.memang keluar lendir nya.yang stim dan tepukan tu buat lendir keluar melalui najis..

K lah.ada rezeki nanti in shaa Allah share teknik stim dengan tepukan percussion tu..
Selamat tahun baru 2015.moga lebih memberi manfaat dimasa akan datang..