Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 15, 2015

2nd trimester kandungan ke2

Alhamdulillah.sekarang dah masuk 23weeks sebenarnya.dah nak masuk 3rd trimester pun hehe.masih belum tahu jantina.secara jujur saya tak berapa kisah lelaki atau perempuan.masing-masing ada kelebihan dan kegembiraan masing-masing.baik lelaki atau perempuan,itu amanah Allah kan.

Andai perempuan bagi orang keliling mesti lah seronok.dah dapat sepasang.^_^
Tapi bagi saya andai dapat lelaki boleh jadi kawan zakwan.maksud kawan tu boleh ajar zakwan dengan adik dia tidur bilik sendiri.takde la zakwan sorang-sorang.tu angan-angan je la kekonon nak pisah bilik..ke ibu dia yg tak sanggup nanti..-.-

Hehe..in shaa Allah kalau ada rezeki checkup kali ni scan boleh nampak dah kot.rancang nak buat 3d4d 28weeks. 

Zakwan pulak alhamdulillah macam dah ready sangat gayanya nak jadi abang long. *,*
Macam dah besar sangat rasa..kekadang nampak macam abang yang penyayang.kekadang nampak garang.-.- tegas mungkin ye..abanglong kan..hehe..in shaa Allah zakwan akan jadi abang long terbaik untuk adik-adik nanti. Ibu yakin.

Sepanjang pregnant alhamdulillah takde yang luar biasa sangat.alhamdulillah dari mengandungkan zakwan takde lah ngidam teruk sangat.sesaja syok teringin ini itu benda biasa..hehe.yang best nya time mengandung orang panggil mengidam lantas dilayan bak puteri..hehe. Alhamdulillah juga takde mual teruk-teruk.biasa sama macam zakwan dulu.time gosok gigi je mual sikit.

Hampir takde beza pun cuma kali ni mengandung kuat kek coklattt..-_- 
Zakwan dulu macam takde pulak keinginan yang maha menggila ni..pantang lalu secret receipi meleleh tengok chocolate indulgence.lalu dominos menangis teringat lava chocolate.pantang nampak anis choc moist terus beli 2.-.- tapi semua tu kena kongsi dengan zakwan la..sibok je..;'p

Pastu dah perut besar ni tetiba hati jadi kecik beno..kuat sentappp..-.-
Airmata meleleh laju macam air terjun.kekadang bukan nya ada apa pun..tp sedih dia..

Moga anak dalam kandungan membesar baik-baik ajaa..moga membesar jadi anak soleh solehah in shaa Allah.abang zakwan tak sabar nak jumpa adik baby tau..we love u sayang.