Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 23, 2015

konfius

Sekarang dah 32weeks alhamdulillah..check baby semua ok alhamdulillah.

Tapi tadi..jemur baju sambil menangis meleleh-leleh air mata.air hingus.-_-"
Rasa tak laratttt sangat..SANGATTTT. tak tau la ni malas ke memang tak larat sungguh ke,emosi tak stabil ke apa.konfius sungguh.

Kalau malas try lawan.tak layan..tapi bila buat,sedihhhh sangat macam tak larat sungguh.kali ni mengandung jauhhh lagi letih dari mengandung zakwan.betul kata orang duk rumah lagi letih dari kerja kat pejabat.

K bye.

Trip ke Hatyai

Alhamdulillah last 2 weeks kami.bertiga anak beranak pi hatyai.naik bas je.suami soleh ada kawan yang memang rajin pi hatyai.ibarat kampung dia la..kami panggil anjang.so mutawifnya anjang la.hehe.selalu kalau nak bejalan kemana-mana saya la tukang research nya.nak pergi macam mana.tidur hotel mana.dah sampai sana nak pusing mana. Tapi sebab kali ni dah ada orang yang bawa,kami just ready duit je..

Kami gerak khamis malam.bas gerak lebih kurang 11.30 malam.nak sampai sana jumaat pagi.kami.naik.bas Alisan.sebab anjang ada kawan.memang kamcing la dengan yang dari jual tiket sampai ke driver.oh ye.kami pergi ber7 termasuk si kecik zakwan ni.
Bas alisan ni ok.selesa.dapat harga RM60 je.harga normal RM80.bas sangat selesa.seat gebu-gebu..rasa satu bas ada dalam 30seats je kot.1 line ada 3 seats je.standard 4seats kan..

Kami masuk hatyai melalui kastam di changloon.sampai awal jugak.tapi rehat kat tempat makan dia.alaa..yang bas selalu lepak tu..tapi kedai makan cina.hehe.subuh siap kat situ baru gerak ke kastam.beratur la bas pepagi tu..pastu kena turun..lalu imigresen malaysia.naik bas balik.turun pulak.imigresen thailand.haaa..kat sini kena share sikit.time sampai imigresen thailand,jangan lupa selit duit sikit.RM1 pun ok.ni bukan cerita alim tak boleh rasuah ke camne..tapi kalau tak selit,maka akan dipersusahkan oleh orang imigresen tu..kesian orang duk beratur panjang..ada kejadian depan mata tu,dia tak selit,yakin dia tak tau pun.lepastu tetiba pegawai imigresen tu serahkan balik passport tu gitu je.tak cakap apa.tak cop.dia pun terpinga-pinga..-.-'

Ok dah lepastu,kami teruskan perjalanan ke hotel.kami tinggal di Lee Garden Plaza Hotel.kata anjang situ patutnya semalam RM160.tapi dia dapat rate RM130 semalam.kami tinggal 2 malam.ambil 3 bilik..


Anjang tukang ambil gambar..hehe..rombongan masjid suami.>_< haji ibrahim dan isteri,pak general.tu budak kecik zakwan tuuu..kalau bejalannn..jommm saja..-,-

Waktu sampai hotel lebih kurang 9.15 pagi dah boleh check in.tapiii..bilik yang available ada 1 je..lagi 2 bilik dah check out.tapi belum kemas..so kami pun masuk la bilik yang satu..letak barang semua.pastu anjang bawa pergi makan kat pasar apa nama ntah..-,-

Hahaha haruuu betul.sampai kedai makan,kedai yang selalu anjang pegi tutup.so makan la kat kedai sebelah.kedai idak la ramai orang..tapiiii menunggu punya lama.dengan tak faham order nya.mula-mula makcik tu amek order main ingat je.tak tulis.bayangkan kitorang 6orang punya order.kekadang sorang 3,4 benda order.pastu nampak serabut anjang suh la amek kertas tulis.dah tulis pun..pening..haha.saya order sirap bandung kurang air.sekali sampai penuh ais.lepastu cakap la..kurang aiss..pastu dia hantar air sirap..>_< lepastu gado-gado sikit baru sampai bandung kurang ais nya..-_-

Pastu order hantar satu-satu.kata la ada 2 orang order nasi patayya.dia tak buat sekali dua.satu-satu dia hantar.Tapi masakan ok la..sedapp la..ke sajaa buat orang lapar tunggu so bila sampai makan sedap je pasal tengah lapar.. ;'p tapi air diaaa..manisss ya rabbi..haha..

Lepas dah makan kami pun balik hotel.mana mandi lagi wehh..huhu..bilik tak kemas lagi..sama macam waktu tinggal.haha.tapi dah sampai staff dia duk kata 10minutes yaa..hehe..laju dia buat kerja.

Siap tu kami pun mandi..bilik air siap ada bathtabbb..sonok beno la zakwannnn...mandi lajuu je.sampai abi masuk toilet nak buang air pun sebok nak masuk nak bukak baju ingat nak mandi..12 malam pun bolehh.-_-" sabar je la zakwan ni.

Lepas dah mandi ingat dia nak tidur la..takk..ligat..sampai dah pukul 3 lebih.dah solat zohor semua..baru nak tidur..petangnya kami ke floating market.



Beli air dalam bekas minuman biasa 20baht.dalam bekas comel ni 30baht..terus bawa balik.


Klonghae floating market ni katanya buka jumaat-ahad je..mula petang.ok la.ada makan ceoodok dia sedappp..tapi air manissss yang amat. aiskrim coconut dia tak kena selera saya dan zakwan..hehe.>_<

Lepastu tak puas sebab tak makan nasi kat sini.jadi balik makan kat kedai makan.oh yee..dari hotel ke market ni kami naik tuk tuk.agak jauh..harga standard 500baht.tu pergi balik.sebab kena tunggu lagi.jadi berbaloi la.tapi kami dapat 400baht.

Esoknya just pergi market.dan waktu kami pergi,pesta songkran baru nak bermula.
Tengahari sabtu tu dia dah mula.penuh tong-tong air tepi jalan.songkran tu tahun baru mereka.rezeki jugak dapat tengok.budaya kat sana.songkran tu diorang main pistol air.main tembak je..tak boleh nak marah la..hehe.banyak pentas-pentas dia buat.malam sabtu tu dah start meriahh dah..Ada konsert bagai.tapi no alcohol.selain main pistol air,dorang celet-celet bedak basah kat pipi.malam tu nak pergi makan,kena la celet sekali..  -_-'


Hari ahad tu pagi dah checkout hotel.nak balik..yeayy..sebenarnya banyak lagi tempat boleh pergi kat hatyai.tapi sebab harap orang bawak kan..ok la untuk first time nak kenal hatyai.ada rezeki moga sampai lagi.k bye.




Monday, April 6, 2015

Scan 3D/4D adik baby

Alhamdulillah haritu berkesempatan scan baby kat klinik area rumah je.klinik dr khalil.
Buat weeks 27 tak silap.

Tapi yang kurang besttt..sesampai.je baru tau sonographernya lelaki cina.rasa nak balik je.nasib dah bayar booking RM50.

tp sonographer dia ok la.sabar la.dapat pulak peel baby pemalu amat.memula kepitt lepastu tutup muka lagi.jenuh pujuk2 baru la nampak jantina nya..muahaha..comel je..lepastu muka nampak sekerat-sekerat je.tapi nampak hidung macam mancung dari zakwan..muahahaha..>_<

Sebenarnya waktu zakwan tak buat pun.sebab checkup awal kat gmc.bila checkup memang dah 3d/4d.cuma dia tak cd kan la.gambar dia print jugak.dulu waktu zakwan banyak jugak tak kisah la 2d/3d. Ni zaman adik dia check up kk sekeping pun nan hadoo..tu yang buat jugak la..

Sampai sekarang pun tak gi lagi checkup GMC.dah 30 weeks dah ni..T_T
Perut rasa dah besar benar.cepat semput.mengaji pun takleh baca panjang-panjang.semputt..tak cukup nafas je rasa..hehe.


Sebenarnya cd yang dia bagi pun tak bukak-bukak sampai sekarang.
Jadinya gambar ni je la..hehe..total semua RM120.lebih kurang 45 minit jugak la prosedur.alhamdulillah la..buat ni bukan apa.kita nak tengok keadaan baby.saiz normal tidak.kedudukan..sempurna sifat in shaa Allah.alhamdulillah..

So baby, nanti cukup masa keluar cepat dengan sihat dan sempurna in shaa Allah k.along zakwan tak sabar tu nak jumpa geng dia.memacam along nak ajar tu..-_-' bijak sungguh la anak sorang tu..subhanallah..moga semua anak ibu jadi manusia yang memberi manfaat pada orang sekeliling,keluarga,agama,negara.in shaa Allah.













ekspo baby mid valley

Ehemm..haritu gagah lagi gi ekspo ahad baru ni.yang hujung bulan 3.kengkonon nak shopping sebelum gst la..kesian kat suami soleh,sabtu tu bawa mak bapa mertua gi pahang.lepas tu balik kepong sabtu tu jugak.sebab dah janji dengan isteri dia ni nak gi ekspo ni..

Hari ahad tu ada kenduri kawin kawan sekolah rendah.gi la kenduri dulu.sedap nya apam balik kecik tu.bagi hint banyak kali kat suami kata sedapppnya...kot la nak pi amek lagi.nan hadoo.nasib la.dah tau suami tu lurusss taknak terus terang mintak tolong amek.maka bersyukur la dapat makan sekeping tu..dappnya..lap air liur..-,-

Ermm..lebih kurang dekat kul 1 sampai ktm.eh.dah lama taknak ktm.gerabak dah panjanggg..hari ahad pergi balik boleh duduk..takyah berebut..hehe..alhamdulillah..tunggu pun tak lama macam zaman dulu..

Sampai-sampai mid valley kitorang solat zohor dulu..pastu baru la gi ekspo..punyaaaa laaa penuhh org.lepas tu rasa serabut sangat.last2 beli kat pureen sikit.pastu beli tungku baby.takde mood sangat nak memusing serabut gitu.kesian kat suami soleh.tau dia tak suka.tapi layankan je isterinya ni..-.- love u sayang. Rasanya penuh makhluk sebab nak dekat GST kot.semua pakat nak memborong.sampai pusing nak cari barut tali bayi semua kedai kata habis..-.-'

Last2 pukul3 lebih dah balik rumah..nak bli drypers beratur punya la panjang line nya..pastu nasib baik saiz L dah habis.so buat tak tau la..

So barang yang sempat dibeli ni jee..



Serius mcm buat penat je pegi.hahaha..tak pernah rasa macam tu..ni first time.-_-"
Pastu tungku bayi tu pulak RM12.50 satu.beli 2.sekali jejalan jumpa yg 99% sama.RM10 je satu.rugi RM5 wehhh..haha..ingat kot memang dah naik harga.yela..zamqn zakwan beli RM10.So assume zaman adik dia dah naik harga la kot..sekali salah telahan.hehe..

Yang pureen pulak.banyakkk yang dah habis..sabun basuh botol tu yg refill takde dah yg hijau.so amek je la yg ada perisa pun..pastu baju saiz s habisssa..amek la m 2.nyesal pulak jumaat malam tu gi jusco tak beli baju baby.ingat time tu nak shopping kat ekspo la.sekali dah sampai tetiba jadi pelik tak bernafsu nak membeli.huhuhu

Wet tissue selalu beli yang oren pun habisss..so amek je la sikit..dari tak beli sesia je suami soleh pepenat bawak gi mid..rushing balik walau kepenatan balik dari pahang.soleh kan.layan mak abah dia.nak layan anak bini lagi..love u sayang. <3

Jadi kisahnya..ntah2 tu kali terakhir gi ekspo.muahahaha.bukan apa.kesian kat suami je.nanti dah anak 2 lagi.nak besesak-sesak.mungkin kalau pegi pun biar diorang duk pusing luar.biar ibu dia memusing dalam ekspo sesorang.serius saya jenis cepat je sebenarnya.dah jumpa barang yang dah dalam list siapp..so pregnant kali ni 2 ekspo la.tak macam zaman zakwan 4 ke 5 ekspo..muahaha..k bye.