Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 23, 2015

Trip ke Hatyai

Alhamdulillah last 2 weeks kami.bertiga anak beranak pi hatyai.naik bas je.suami soleh ada kawan yang memang rajin pi hatyai.ibarat kampung dia la..kami panggil anjang.so mutawifnya anjang la.hehe.selalu kalau nak bejalan kemana-mana saya la tukang research nya.nak pergi macam mana.tidur hotel mana.dah sampai sana nak pusing mana. Tapi sebab kali ni dah ada orang yang bawa,kami just ready duit je..

Kami gerak khamis malam.bas gerak lebih kurang 11.30 malam.nak sampai sana jumaat pagi.kami.naik.bas Alisan.sebab anjang ada kawan.memang kamcing la dengan yang dari jual tiket sampai ke driver.oh ye.kami pergi ber7 termasuk si kecik zakwan ni.
Bas alisan ni ok.selesa.dapat harga RM60 je.harga normal RM80.bas sangat selesa.seat gebu-gebu..rasa satu bas ada dalam 30seats je kot.1 line ada 3 seats je.standard 4seats kan..

Kami masuk hatyai melalui kastam di changloon.sampai awal jugak.tapi rehat kat tempat makan dia.alaa..yang bas selalu lepak tu..tapi kedai makan cina.hehe.subuh siap kat situ baru gerak ke kastam.beratur la bas pepagi tu..pastu kena turun..lalu imigresen malaysia.naik bas balik.turun pulak.imigresen thailand.haaa..kat sini kena share sikit.time sampai imigresen thailand,jangan lupa selit duit sikit.RM1 pun ok.ni bukan cerita alim tak boleh rasuah ke camne..tapi kalau tak selit,maka akan dipersusahkan oleh orang imigresen tu..kesian orang duk beratur panjang..ada kejadian depan mata tu,dia tak selit,yakin dia tak tau pun.lepastu tetiba pegawai imigresen tu serahkan balik passport tu gitu je.tak cakap apa.tak cop.dia pun terpinga-pinga..-.-'

Ok dah lepastu,kami teruskan perjalanan ke hotel.kami tinggal di Lee Garden Plaza Hotel.kata anjang situ patutnya semalam RM160.tapi dia dapat rate RM130 semalam.kami tinggal 2 malam.ambil 3 bilik..


Anjang tukang ambil gambar..hehe..rombongan masjid suami.>_< haji ibrahim dan isteri,pak general.tu budak kecik zakwan tuuu..kalau bejalannn..jommm saja..-,-

Waktu sampai hotel lebih kurang 9.15 pagi dah boleh check in.tapiii..bilik yang available ada 1 je..lagi 2 bilik dah check out.tapi belum kemas..so kami pun masuk la bilik yang satu..letak barang semua.pastu anjang bawa pergi makan kat pasar apa nama ntah..-,-

Hahaha haruuu betul.sampai kedai makan,kedai yang selalu anjang pegi tutup.so makan la kat kedai sebelah.kedai idak la ramai orang..tapiiii menunggu punya lama.dengan tak faham order nya.mula-mula makcik tu amek order main ingat je.tak tulis.bayangkan kitorang 6orang punya order.kekadang sorang 3,4 benda order.pastu nampak serabut anjang suh la amek kertas tulis.dah tulis pun..pening..haha.saya order sirap bandung kurang air.sekali sampai penuh ais.lepastu cakap la..kurang aiss..pastu dia hantar air sirap..>_< lepastu gado-gado sikit baru sampai bandung kurang ais nya..-_-

Pastu order hantar satu-satu.kata la ada 2 orang order nasi patayya.dia tak buat sekali dua.satu-satu dia hantar.Tapi masakan ok la..sedapp la..ke sajaa buat orang lapar tunggu so bila sampai makan sedap je pasal tengah lapar.. ;'p tapi air diaaa..manisss ya rabbi..haha..

Lepas dah makan kami pun balik hotel.mana mandi lagi wehh..huhu..bilik tak kemas lagi..sama macam waktu tinggal.haha.tapi dah sampai staff dia duk kata 10minutes yaa..hehe..laju dia buat kerja.

Siap tu kami pun mandi..bilik air siap ada bathtabbb..sonok beno la zakwannnn...mandi lajuu je.sampai abi masuk toilet nak buang air pun sebok nak masuk nak bukak baju ingat nak mandi..12 malam pun bolehh.-_-" sabar je la zakwan ni.

Lepas dah mandi ingat dia nak tidur la..takk..ligat..sampai dah pukul 3 lebih.dah solat zohor semua..baru nak tidur..petangnya kami ke floating market.



Beli air dalam bekas minuman biasa 20baht.dalam bekas comel ni 30baht..terus bawa balik.


Klonghae floating market ni katanya buka jumaat-ahad je..mula petang.ok la.ada makan ceoodok dia sedappp..tapi air manissss yang amat. aiskrim coconut dia tak kena selera saya dan zakwan..hehe.>_<

Lepastu tak puas sebab tak makan nasi kat sini.jadi balik makan kat kedai makan.oh yee..dari hotel ke market ni kami naik tuk tuk.agak jauh..harga standard 500baht.tu pergi balik.sebab kena tunggu lagi.jadi berbaloi la.tapi kami dapat 400baht.

Esoknya just pergi market.dan waktu kami pergi,pesta songkran baru nak bermula.
Tengahari sabtu tu dia dah mula.penuh tong-tong air tepi jalan.songkran tu tahun baru mereka.rezeki jugak dapat tengok.budaya kat sana.songkran tu diorang main pistol air.main tembak je..tak boleh nak marah la..hehe.banyak pentas-pentas dia buat.malam sabtu tu dah start meriahh dah..Ada konsert bagai.tapi no alcohol.selain main pistol air,dorang celet-celet bedak basah kat pipi.malam tu nak pergi makan,kena la celet sekali..  -_-'


Hari ahad tu pagi dah checkout hotel.nak balik..yeayy..sebenarnya banyak lagi tempat boleh pergi kat hatyai.tapi sebab harap orang bawak kan..ok la untuk first time nak kenal hatyai.ada rezeki moga sampai lagi.k bye.




No comments:

Post a Comment