Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 27, 2015

Checkup Anak Kedua Minggu 37

Alhamdulillah tadi kami ber4,dengan umi sekali ikut pergi checkup kat GMC buat kali ke2.kali ni Allah takdirkan dan bukak kan hati untuk pilih doktor zana zalinda.cantik beno doktornya.penting ke cantik? Mestilah. Cantik luaran hasil dari cantik dalaman.beautiful inside and outside in shaa Allah.muka berseri.sangat energetic.dan setakat borak-borak ni nampak pro natural birth. 

Kali pertama jumpa scan-scan kepala baby kat atas.doktor kata next appointment(kali kedua ni) kalau kat atas lagi dia tolong pusing in shaa Allah.so tadi nampak-nampak muka,dia macam takut-takut kepala kat atas lagi..hehe.scan-scan dup dap dup dap alhamdulillah kepala kat bawah dah..saje je tau adik baby ni buat gempak harituu..doa-doa posisi ni kekal lah sampai ke hujung waktu nak bersalin in shaa Allah.setiap kali solat doa supaya anak dalam kandungan sihat,duduk di kedudukan terbaik untuk nak bersalin.

Tapi dr zana ni best sangat.haritu waktu kepala kat atas dia suruh sujud banyak-banyak.bagi posisi elok kepala kat bawah.ni kepala dah kat bawah dia bagi tips nak bagi baby turun pulak.exercise macam mana bagi baby engaged.

Pastu tadi sempat la tanya memacam.niat di hati nak buat birt plan. Tapi dop sempat.busy bebeno.dengan laptop rosak nya. Tapi tadi bila tanya yang basic apa yang di idamkan macam doktor ni ok je.tak payah birth plan pun ok kot. ;'p first tanya pasal delay cord clamping.dr kata dia memang buat.cuma tak la lama sangat sampai uri keluar tu.dia practise sampai baby dah nampak merah baru clamp.pastu in shaa Allah suami yang potong.in shaa Allah kalau ada rezeki suami.yang first macam apa je..tak tanya apa semua ikut suka dr.syok sendiri je dr nya..haha..>_< tak baik betul.tanya dalam berapa minit dr tunggu dia kata ada la dalam 5minit.should be ok kot.sebab baca elok dalam 3-5 minit.Dr sebut kalau lama sangat terlebih darah boleh jaundice pulak.katanya lebih kurang gitu la..

Lepastu suami rajin pulak tanya pasal position bersalin.dan alhamdulillah dr kata dia boleh layan nak posisi macam mana pun..katanya squart pun ada dia sambut.>_< katanya laaa..tak tau la hari kejadian nanti layan ke tidak.hehe..doa yang baik-baik je kan.in shaa Allah.dr kata ikut posisi yang selesa la. 

Dan soalan yang ketiga pasal episiotomy.saya tanya,kalau yang first dah epi yang kedua mesti epi jugak ke dr?.tu ayat sopan sebenarnya.dan alhamdulillah dr kata dia tak buat epi.in shaa Allah tak koyak.siap pesan makan minyak kelapa dara.nak kena cari minyak kelapa dara ni..better late than never yedakk..selama ni makan virgin olive oil je.

Dr sebut la makanan yang natural inducer gitu.makan nenas (ioll tak makan nenas) bendi (tak makan jugak) punohh punohh..kena senam la bebanyak ni.joget dengan zakwan.hehe.

Yang keempat tanya dr,saya kalau boleh nak layan contraction lama kat rumah.kira gi GMC kalau boleh dah 6cm keatas.berapa selang masa contraction yang baik untuk saya gi GMC.
Dr kata 5minit sekali.tengok keadaan.kalau takde pecah ketuban ok je.dr kata selalu dia atas 3cm baru admitted.dia nak tengok tanda dah betul-betul baru dia admitted.hah.selesai la soalan-soalan yang dulu time ngandung first tak tanya pun..T_T 

Next week appointment dengan KK.so another 2 weeks baru jumpa lagi dr zana.rindu pulak..hehe..^_^ harap dan berdoa jumpa-jumpa nak bersalin..haha..sebab appointment pun 3 hari sebelum due..hehehe..

Berdoa semoga kelahiran kali ni dipermudahkan dengan jalan yang terbaik.ibu dan anak sihat-sihat.beranak-beranak boleh balik.kesian kat along zakwan nanti tidur takde ibu.tak lena la tak bau masham abi.-,-


Ni malam semalam abi practise balik takut lupa.rajin zakwan layankan abi dia. Bebaik je dia jadi model.>_<






Thursday, May 21, 2015

Abang Long Zakwan

Assalamualaikum.sejak 2,3 hari ni sangatttt aktif tengok video natural/homebirt.baca pasal hypnobirthing..amani..seronok sangat baca cerita diorang bersalin kat rumah.suami je yang sambut.dari dulu teringin.tapi bila tanya suami soleh,berani tak?dia tak beraniiii..huhu..

Takpe..kat mana pun,moga Allah permudahkan jalan.in shaa Allah.
Kesian kat zakwan.ibu dia asyik menghadap handphone..T_T kadang-kadang rasa nak pakai hp lama yang takde internet.sorry zakwan..ibu minta maaf banyak-banyak.

Cerita pasal zakwan,kadang-kadang rasa macam dia dah besarrrr sangat.macam matang sangat pun ada.serius.ke sifat abang long tu yang buat dia jadi lebih sensitif.kekadang rasa macam matang dari abi..-_-" erkk..;'p

Kisah 1: duk kutip baju adik baby yang dah kering.masuk bilik sambil duk keluarkan hanger.dalam hati nanti la amek beg kertas kat ruang tamu.(simpan hanger kecil dalam tu) tetiba zakwan tengok ibu duk buka hanger tu dia keluar bilik.tak lama tu masuk bilik sambil bawa sekali beg kertas yang dalam dia memang ada hanger kecik-kecik tu..T_T nak nangis tau.tak payah suruh dia tau ambil.kalau abi,selagi tak minta tolong buat tak tau jee..;'p matangnya Zakwan.

Kisah 2 : mula-mula zakwan duk begayut kat ibu atas sofa.berhimpit-himpit.abi panggil zakwan baring sebelah abi kat bawah.(atas karpet) zakwan pun turun baring sebelah abi.abi letak bantal sebelah abi.dia baring atas bantal tu.tak lama dia bangun sambil bawa bantal tu jalan menuju kat ibu dia atas sofa.ibu sangka zakwan nak baring sebelah ibu.tapi takkk..dia nak bagi bantal kat ibu.ibu baring kat sofa tak berbantal.nak menangisssa tau anak pandai macam ni.lepastu dia ambil bantal lain dan baring sebelah abi balik..

Allah..hebatnya Allah cipta.anak baru 2 tahun pun ada hati perasaan yang maha hebat.moga Zakwan terus membesar dengan budi pekerti mulia.rajin tolong orang susah.jangan tunggu orang minta tolong,baru kita nak tolong.moga Zakwan membesar sentiasa memberi manfaat pada orang sekeliling.ibu doakan.in shaa Allah.moga Zakwan jadi Abang penyayang kepada adik-adik.rajin solat,mengaji.rajin belajar.in shaa Allah.moga Zakwan membesar seiring maksud nama yang Allah ilhamkan pada ibu abi untuk beri pada zakwan..Muhammad Haris Zakwan.Yang terpuji,pemelihara,yang bijaksana.aminnn.

Wednesday, May 20, 2015

Rumahku Syurgaku : Laundry Area


Assalamualaikum. Kali ni nak share sikit-sikit pasal rumah kuarters.masuk rumah kira birthday zakwan la.malam lepas majlis tu malam pertama kitorang tidur kat kuarters..^_^
Ni perut dah besar,kalau ikut semputtt..tapi gagahkan juga.

Kenapa share laundry area dulu?sebab rasa port ni yang belum sempurna.tapi ok laaa..haha.dapur memang kecik cenonet,tapi alhamdulillah..cuma belum rajin nak susun bebetul.label dah buat pun belum lekat.doa-doa la sempat buat sebelum bersalin.senang suami nak masak kan untuk pantang nanti.. ;')

Laundry area kami.^_^


Basket 2 tiers ni untuk baju kotor.atas baju makpak.bawah baju anak-anak.anak-anak sebab walau baby tak keluar lagi tapi dah start basuh baju adik baby..;')
Iron board saya gantung.sebab nak jimat ruang.rumah comel je kan.kena pandai jimat ruang..bila nak iron bebanyak selalu nya bawak masuk bilik.sebab ada kipas..sambik duduj.maklum la tengah sarat ni..tak larat nak berdiri lelama.kalau takat nak iron sehelai,bukak kat situ je iron.^_^

Yang basket laundry depan iron board tu untuk baju bersih.yang nak di iron,campak dulu dalam tu..tu kosong,tadi baru iron semua..cerita pasal iron board,dulu kekonon ngidam nak yang wall mounted ironboard tu..kekonon la..survey semua RM400++. Susah nak dapat pulak tu.nak.kena tempah bagai.jadi sangkut gini pun jadi la..kena dengan budget..alhamdulillah.;')


Berdepan tu mesin basuh la...hehe.tepi tu laundry basket untuk baju yang dah basuh nak bawa ke tempat jemuran..nak kutip baju dah basuh..gitu...

Tu je.simple je.target bila masuk rumah ni nak tekankan susun atur.taknak serabut banyak barang.nanti-nanti baru masuk deco.tu pun nak simple-simple.taknak serabut..

Ada rezeki nak apply 5s.tujuannya senang nak cari barang.idak la duk adaaa..tapi tak tau kat mana..-_-"

Tuje la nak share.tengok la kalau rajin share playroom zakwan ke..apa ke..banyak yang tak siap lagi..kosong je..tapi suka kosong.tak serabut..hehe..k bye.

Thanks for reading.

Thursday, May 14, 2015

Suami oh Suami

Assalamualaikum.sayang kalau baca ni jangan marah. ;'p

Kisah 1 : Si isteri ni duk tanya la kat suami soleh ni."ni nanti baby keluar muat ke katil ni?" Muattt..jawab suami dengan yakin.SANGATTT!! level confident 106% include GST.. Hehe
2,3 kali tanya gitu la jawapannya..sama je.

Yang isteri ni bila memalam bangun nak pegi bilik air mesti tengok suami dengan anak tidur atas katil.full housee..celah mana la baby nak tidur ni..

Satu hari dah geram luah jugak la kat suami yang over coooolllll tu..memang pesen tak pening kepala..relakss manjangg..pepaham la isteri dah hangin.tanya la nada serius satu petang tu.." Bibi..bibi ni betul ke pernah fikir baby nanti keluar muat ke katil tu..pernah tak bibi bangun pagi,tengok cici dengan zakwan tidur,nampak tak kat mana baby nak tidur nanti?pernah tak?" Pastu suami pun jawab,lekk je dia jawab..haah kan.. tak pernah..alaa..tapi muat la..isteri tanya balik soalan sama.. Pernah tak bibi bangun pepagi, tengok cici dengan zakwan tidur,pastu fikir kat mana baby nak tidur..suami jawab.tak sempat,bangun pagi nak cepat sesiap mandi dah nak azan subuh..loll..ada je jawapan diaaa.>_<sambung sikit tazkirah.."bibi tau tak fikir sekejap tu lagi bagus dari berzikir setahun tau" . pastu suami gelak-gelak cakap isteri dia kelakar.sambil tu suami soleh pun siap-siap nak mandi dah nak maghrib.yang isteri tak habis bebel lagi..duk ikut sampai depan pintu bilik air..bibiii..penah tak fikirrr..???suami, laaaa..kan dah jawab tadi tak pernahh...tergelak isteri yg 35weeks ni dengan jawapan tulus suami..betul la pun..dia dah jawab duk tanya soalan sama lagi...kahkahkah..>__< tu kalau dah 39weeks gelak gitu mau terkeluar baby...

Kisah 2 : sambil-sambil makan malam sebelum maghrib.layan je la cerita yang tak berapa nak layan sangat kat tv3..babak dia,suami dapat berita dukacita isteri dia gugur.dia pun jatuh terjelepuk teduduk kat lantai.

Isteri: bibi,kalau bibi teduduk gitu tak?
Suami: teduduk.tapi atas kerusi la..ada kerusi duduk atas lantai buatpe...-_-" 
Isteri: kahkahkah

Dah nak beranak anak ke2 ni makin terhibur dengan suami.suami saya memang tak romantik.layan naruto lagi.tapi under control.duk mengidam ps3 dari belum kawin,tapi sebab nak kawin,duit simpanan dia buat kawin la..kalau bujang sah2 ps4 pun dah ada tu..ingat ustaz pesan dulu.lelaki ni dah 35 pun boleh main kejar-kejar lagi.nak kata lelaki lambat matang.jadi,terima lah.kalau dah dia malas fikir, kita isteri la kena rajin fikirkan..

Saya bab merancang lajuu..ni anak ke2 tak keluar lagi,dah rancang pasal anak no 3.boleh??haha.^_^


Monday, May 11, 2015

Kencing Manis Semasa Hamil

Assalamualaikum.hari ni nak share sikit pengalaman baru mengandung anak ke 2 ni,Allah uji kot lain pulak.kalau zakwan dulu mengandung memang takde hal lahh..sihat dan bertenaga.hehe.takde darah tinggi,takde kencing manis,tapi Allah uji pulak lepas bersalin tu.zakwan warded 5 hari.

mengandung kali ni awal-awal Allah uji part lain pulak.time mengandung sangat lah letih yang amat. rupa-rupanya saya terkena kencng manis semasa hamil atau bahasa perubatan dia "diabetis gestasi".
melalui pembacaan dan penerangan nurse dan doktor, in shaa Allah lepas bersalin akan hilang kencing manis ni.ni kira gangguan hormon waktu mengandung la...buatkan badan kurang produce insulin.

tapi alhamdulillah.saya punya kencing manis ni masih ditahap cuma perlu kawal diet pemakanan.tak sampai kena makan ubat/suntik insulin dan sebagainya.

biasa kalau check up klinik kerajaan memang details.lagi-lagi yang ada keturunan macam saya, umi ada kencing manis.jadi kena minum air gula.(MGTT)awal haritu minum ok.takde detect.yang kali kedua bacaan tinggi.jadi dah start nak kena buat BSP.BSP ni prosedur dia cek darah 4 kali sehari.mula dari darah pagi-pagi lepas puasa dari 10 malam sebelumnya. lepas test boleh makan.then 2jam puasa check pulak pukul 12.lepastu boleh makan tengahari,puasa lagi kul4 untuk check darah pukul6 dan last sekali puasa dari pukul8 untuk cek darah pukul 10 malam.

biasanya bacaan saya dari 4 tu ada 1 yang sangkut terlebih dari bacaan yang sepatutnya.-_-' tapi saya makan macam biasa.ada orang dia control makan bila tau nak buat ujian darah ni.jadi bacaan cantik je,,hari lain melantak tak hingatt..hehe..bahaya gitu.awak tipu diri sendiri namanya tu.

apa simptom dia?
keletihan, dahaga yang melampau, membuang air kecil dengan banyak, penglihatan kabur.

dan rasanya empat-empat ni saya rasa.. T__T
letihnya mengandung kali ni memang luar biasa.penat semacam. dahaga ingat pasal cuaca panas.bila dah minum banyak,membuang pun harus lah banyak.malam-malam mesti bangun buang air kecil,kadang-kadang lebih 3 kali semalam. dan penglihatan kabur selalu ingat pasal lupa mengaji tu jadi kaburr..-__-' 

kesan dia?
selalu kesan yang paling ditakuti ialah baby besar sebab terlebih gula...jadi takut tak boleh normal.nauzubillahiminzalik. setakat ni scan berat baby normal.alhamdulillah.cuma doktor dah sound baby memang tak boleh lahir overdue.kalau sehari sebelum due date tak rasa sakit nak kena guna cara lain la,,induce ke,,,apa keee..Allah..doa-doa la secara normal.macam zakwan.atau jauh lebih baik dari lahirkan zakwan.in shaa Allah.

jadi para ibu diluar sana..(lambai-lambai) kalau mengandung tetiba suka beno makan manis sila-sila lah jangan dilayankan perasaan...sebab mengandung kali ni memang hantu kek coklat..T__T kekadang gi beli anis choc moist cake sampai 3..tak sampai sehari habis dah...T__T (share dengan zakwan) nampak secret recipes meleleh airliur nak indulgance..T__T

tapi lepas tau ada kencing manis memang tak pandang dah la..(kek birthday zakwan je layan sikit haritu -__-")

jadi nya marilah berdoa bersama-sama moga Allah permudahkan urusan kelahiran kali ni dan seterusnya..^__^ moga semua normalll in shaa Allah.

dah study teknik meneran ni..hehe..moga Allah permudahkan kita semua dengan cara terbaik.in shaa Allah.

Thursday, May 7, 2015

Muhammad Haris Zakwan Turns 2

Alhamdulillah..genap seminggu lepas,haris zakwan ibu dah genap 2 tahun.ibu macam biasa,tengah perut memboyot pun tal sedar diri.mesti nak raikan hari berbahagia anak.mula-mula rancang nak sambut kat banting.sebab tahun lepas dah sambut kat kepong.sekali ramai pulak tak boleh nak balik awal.kek dah tempah nunnn kat shah alam.;")

Sebab kan rancang nak sambut banting,so singgah shah alam amek kek terus balik banting ok la kan..sekaliii..lasttt minit...Allah takdirkan ubah jalan cerita.alhamdulillah kuarters masjid pun dah siap..baruuuuu sangat siappp..memang kelam kabut nak prepare rumah..-,-kami suami isteri setuju nak sambut birthday zakwan kat kuarters....sekali la doa selamat masuk rumah...kek macam mana???

Rabu malam tu kami suami isteri pi balik banting.jadi khamis pagi dari banting ke shah alam ambil kek.sekali singgah amek album kawinnnn...boleh tak dah nak 3 tahun baru nak amek?;'p

Rabu malam tu sebelum balik banting pun duk singgah-singgah beli barang rumah..-_- pastu malam tu makan malam kul11 kot..terus singgah order satey untuk majlis..kira suami kata khamis tu kul8 malam dia datang ambil je terus..

Hari khamis tu pulak,balik-balik singgah hantar kek kat kepong.sebab peti ais kat kuarters tak boleh on lagi.pluck pulak buat hal..-_-" jadi kekonon malam khamis la baru suami nak amek kek dengan satey.satey tu order kat kepong jugak.selain tu order nasi goreng dengan mihun goreng.

Jadi makyong ni just goreng nugget,kentang, dengan buat air.petang tuuu..baru nak goreng..baru bukak dapur gas keluarkan dari kotak..-_-" sekali takde paip gas dengan kepalanya..tak tau pulak beli asing,asing.ingat dah one set dalam kotak tu..;'p berdesupp la suami cari pulak.nasib baik petang awal lagi.ada kedai kat depan masjid tu..aalhamdulillah..hahaha..ujian sungguh..

Dah pukul 6 lebih,suami pun nak balik kepong nak ambil satey dengan kek, pinggan mangkuk bagai..sekali kul 7 lebih duk dalam kereta lagii..jemmmm..khamis tu semua dah pakat nak balik kampung agaknya..-_-' nasib baik umi call kata takpe,dia bawakkan kek dengan pinggan mangkuk semua.alhamdulillah.jadi suami soleh gi amek satey je la.

Malam lepas maghrib makyong ni gigih tiup-tiup belon..sekali zakwan nampak..satu-satu meletop..hahaha..>,< majlis belum start belon dah habis.. Mula majlis lepas isyak.masjid pulak ada forum.jadi lambat sikit la mula.alhamdulillah la sempat nak prepare semua.rasa dekat 10malam jugak baru mula.tapi alhamdulillah.semua berjalan lancar.kesian kat mertua la nak balik banting dah lewat malam.

Makanan pun alhamdulillah cukup..bungkus sikit-sikit licin la..sampai sendiri tak makan..-_-
Nasib ada la satey balance 4,5 cucuk.nasik impit yang tak makan pun telan je la..lapik perut..




Kek dari choc hut shah alam.alhamdulillah sedapp..





Alhamdulillah la semua berjalan lancar.cuma tak sempat nak ambil gambar.tau-tau dah aminn..jemput makan..-_-" tak sempat nak bergambar dengan para hadirin macam last year..tapi takpe la.siapa yang dapat hadir tu,terima kasihhh.. Doakan zakwan membesar jadi manusia yang soleh.jadi manusia terpuji,pemelihara maruah keluarga,agama,dan negara.jadi manusia bijaksana.moga hidup beri manfaat pada manusia sekeliling.aminn..dannn..moga jadi abang solehhh...hehe ^_^

Nampak tak dah seminggu baru sempat nak post entry ni..nak tunggu hilang letih dia tu..haha..