Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 27, 2015

Checkup Anak Kedua Minggu 37

Alhamdulillah tadi kami ber4,dengan umi sekali ikut pergi checkup kat GMC buat kali ke2.kali ni Allah takdirkan dan bukak kan hati untuk pilih doktor zana zalinda.cantik beno doktornya.penting ke cantik? Mestilah. Cantik luaran hasil dari cantik dalaman.beautiful inside and outside in shaa Allah.muka berseri.sangat energetic.dan setakat borak-borak ni nampak pro natural birth. 

Kali pertama jumpa scan-scan kepala baby kat atas.doktor kata next appointment(kali kedua ni) kalau kat atas lagi dia tolong pusing in shaa Allah.so tadi nampak-nampak muka,dia macam takut-takut kepala kat atas lagi..hehe.scan-scan dup dap dup dap alhamdulillah kepala kat bawah dah..saje je tau adik baby ni buat gempak harituu..doa-doa posisi ni kekal lah sampai ke hujung waktu nak bersalin in shaa Allah.setiap kali solat doa supaya anak dalam kandungan sihat,duduk di kedudukan terbaik untuk nak bersalin.

Tapi dr zana ni best sangat.haritu waktu kepala kat atas dia suruh sujud banyak-banyak.bagi posisi elok kepala kat bawah.ni kepala dah kat bawah dia bagi tips nak bagi baby turun pulak.exercise macam mana bagi baby engaged.

Pastu tadi sempat la tanya memacam.niat di hati nak buat birt plan. Tapi dop sempat.busy bebeno.dengan laptop rosak nya. Tapi tadi bila tanya yang basic apa yang di idamkan macam doktor ni ok je.tak payah birth plan pun ok kot. ;'p first tanya pasal delay cord clamping.dr kata dia memang buat.cuma tak la lama sangat sampai uri keluar tu.dia practise sampai baby dah nampak merah baru clamp.pastu in shaa Allah suami yang potong.in shaa Allah kalau ada rezeki suami.yang first macam apa je..tak tanya apa semua ikut suka dr.syok sendiri je dr nya..haha..>_< tak baik betul.tanya dalam berapa minit dr tunggu dia kata ada la dalam 5minit.should be ok kot.sebab baca elok dalam 3-5 minit.Dr sebut kalau lama sangat terlebih darah boleh jaundice pulak.katanya lebih kurang gitu la..

Lepastu suami rajin pulak tanya pasal position bersalin.dan alhamdulillah dr kata dia boleh layan nak posisi macam mana pun..katanya squart pun ada dia sambut.>_< katanya laaa..tak tau la hari kejadian nanti layan ke tidak.hehe..doa yang baik-baik je kan.in shaa Allah.dr kata ikut posisi yang selesa la. 

Dan soalan yang ketiga pasal episiotomy.saya tanya,kalau yang first dah epi yang kedua mesti epi jugak ke dr?.tu ayat sopan sebenarnya.dan alhamdulillah dr kata dia tak buat epi.in shaa Allah tak koyak.siap pesan makan minyak kelapa dara.nak kena cari minyak kelapa dara ni..better late than never yedakk..selama ni makan virgin olive oil je.

Dr sebut la makanan yang natural inducer gitu.makan nenas (ioll tak makan nenas) bendi (tak makan jugak) punohh punohh..kena senam la bebanyak ni.joget dengan zakwan.hehe.

Yang keempat tanya dr,saya kalau boleh nak layan contraction lama kat rumah.kira gi GMC kalau boleh dah 6cm keatas.berapa selang masa contraction yang baik untuk saya gi GMC.
Dr kata 5minit sekali.tengok keadaan.kalau takde pecah ketuban ok je.dr kata selalu dia atas 3cm baru admitted.dia nak tengok tanda dah betul-betul baru dia admitted.hah.selesai la soalan-soalan yang dulu time ngandung first tak tanya pun..T_T 

Next week appointment dengan KK.so another 2 weeks baru jumpa lagi dr zana.rindu pulak..hehe..^_^ harap dan berdoa jumpa-jumpa nak bersalin..haha..sebab appointment pun 3 hari sebelum due..hehehe..

Berdoa semoga kelahiran kali ni dipermudahkan dengan jalan yang terbaik.ibu dan anak sihat-sihat.beranak-beranak boleh balik.kesian kat along zakwan nanti tidur takde ibu.tak lena la tak bau masham abi.-,-


Ni malam semalam abi practise balik takut lupa.rajin zakwan layankan abi dia. Bebaik je dia jadi model.>_<






2 comments:

  1. Salam sis...boleh share pengalaman bersalin dgn dr zana dan kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis..pengalaman dah share kat sini http://amirahlee.blogspot.my/2015_07_01_archive.html

      cost RM2k++ tak ingat exact amount.short term memory.hehe ;'p

      Delete