Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 11, 2015

Kencing Manis Semasa Hamil

Assalamualaikum.hari ni nak share sikit pengalaman baru mengandung anak ke 2 ni,Allah uji kot lain pulak.kalau zakwan dulu mengandung memang takde hal lahh..sihat dan bertenaga.hehe.takde darah tinggi,takde kencing manis,tapi Allah uji pulak lepas bersalin tu.zakwan warded 5 hari.

mengandung kali ni awal-awal Allah uji part lain pulak.time mengandung sangat lah letih yang amat. rupa-rupanya saya terkena kencng manis semasa hamil atau bahasa perubatan dia "diabetis gestasi".
melalui pembacaan dan penerangan nurse dan doktor, in shaa Allah lepas bersalin akan hilang kencing manis ni.ni kira gangguan hormon waktu mengandung la...buatkan badan kurang produce insulin.

tapi alhamdulillah.saya punya kencing manis ni masih ditahap cuma perlu kawal diet pemakanan.tak sampai kena makan ubat/suntik insulin dan sebagainya.

biasa kalau check up klinik kerajaan memang details.lagi-lagi yang ada keturunan macam saya, umi ada kencing manis.jadi kena minum air gula.(MGTT)awal haritu minum ok.takde detect.yang kali kedua bacaan tinggi.jadi dah start nak kena buat BSP.BSP ni prosedur dia cek darah 4 kali sehari.mula dari darah pagi-pagi lepas puasa dari 10 malam sebelumnya. lepas test boleh makan.then 2jam puasa check pulak pukul 12.lepastu boleh makan tengahari,puasa lagi kul4 untuk check darah pukul6 dan last sekali puasa dari pukul8 untuk cek darah pukul 10 malam.

biasanya bacaan saya dari 4 tu ada 1 yang sangkut terlebih dari bacaan yang sepatutnya.-_-' tapi saya makan macam biasa.ada orang dia control makan bila tau nak buat ujian darah ni.jadi bacaan cantik je,,hari lain melantak tak hingatt..hehe..bahaya gitu.awak tipu diri sendiri namanya tu.

apa simptom dia?
keletihan, dahaga yang melampau, membuang air kecil dengan banyak, penglihatan kabur.

dan rasanya empat-empat ni saya rasa.. T__T
letihnya mengandung kali ni memang luar biasa.penat semacam. dahaga ingat pasal cuaca panas.bila dah minum banyak,membuang pun harus lah banyak.malam-malam mesti bangun buang air kecil,kadang-kadang lebih 3 kali semalam. dan penglihatan kabur selalu ingat pasal lupa mengaji tu jadi kaburr..-__-' 

kesan dia?
selalu kesan yang paling ditakuti ialah baby besar sebab terlebih gula...jadi takut tak boleh normal.nauzubillahiminzalik. setakat ni scan berat baby normal.alhamdulillah.cuma doktor dah sound baby memang tak boleh lahir overdue.kalau sehari sebelum due date tak rasa sakit nak kena guna cara lain la,,induce ke,,,apa keee..Allah..doa-doa la secara normal.macam zakwan.atau jauh lebih baik dari lahirkan zakwan.in shaa Allah.

jadi para ibu diluar sana..(lambai-lambai) kalau mengandung tetiba suka beno makan manis sila-sila lah jangan dilayankan perasaan...sebab mengandung kali ni memang hantu kek coklat..T__T kekadang gi beli anis choc moist cake sampai 3..tak sampai sehari habis dah...T__T (share dengan zakwan) nampak secret recipes meleleh airliur nak indulgance..T__T

tapi lepas tau ada kencing manis memang tak pandang dah la..(kek birthday zakwan je layan sikit haritu -__-")

jadi nya marilah berdoa bersama-sama moga Allah permudahkan urusan kelahiran kali ni dan seterusnya..^__^ moga semua normalll in shaa Allah.

dah study teknik meneran ni..hehe..moga Allah permudahkan kita semua dengan cara terbaik.in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment