Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 14, 2015

Suami oh Suami

Assalamualaikum.sayang kalau baca ni jangan marah. ;'p

Kisah 1 : Si isteri ni duk tanya la kat suami soleh ni."ni nanti baby keluar muat ke katil ni?" Muattt..jawab suami dengan yakin.SANGATTT!! level confident 106% include GST.. Hehe
2,3 kali tanya gitu la jawapannya..sama je.

Yang isteri ni bila memalam bangun nak pegi bilik air mesti tengok suami dengan anak tidur atas katil.full housee..celah mana la baby nak tidur ni..

Satu hari dah geram luah jugak la kat suami yang over coooolllll tu..memang pesen tak pening kepala..relakss manjangg..pepaham la isteri dah hangin.tanya la nada serius satu petang tu.." Bibi..bibi ni betul ke pernah fikir baby nanti keluar muat ke katil tu..pernah tak bibi bangun pagi,tengok cici dengan zakwan tidur,nampak tak kat mana baby nak tidur nanti?pernah tak?" Pastu suami pun jawab,lekk je dia jawab..haah kan.. tak pernah..alaa..tapi muat la..isteri tanya balik soalan sama.. Pernah tak bibi bangun pepagi, tengok cici dengan zakwan tidur,pastu fikir kat mana baby nak tidur..suami jawab.tak sempat,bangun pagi nak cepat sesiap mandi dah nak azan subuh..loll..ada je jawapan diaaa.>_<sambung sikit tazkirah.."bibi tau tak fikir sekejap tu lagi bagus dari berzikir setahun tau" . pastu suami gelak-gelak cakap isteri dia kelakar.sambil tu suami soleh pun siap-siap nak mandi dah nak maghrib.yang isteri tak habis bebel lagi..duk ikut sampai depan pintu bilik air..bibiii..penah tak fikirrr..???suami, laaaa..kan dah jawab tadi tak pernahh...tergelak isteri yg 35weeks ni dengan jawapan tulus suami..betul la pun..dia dah jawab duk tanya soalan sama lagi...kahkahkah..>__< tu kalau dah 39weeks gelak gitu mau terkeluar baby...

Kisah 2 : sambil-sambil makan malam sebelum maghrib.layan je la cerita yang tak berapa nak layan sangat kat tv3..babak dia,suami dapat berita dukacita isteri dia gugur.dia pun jatuh terjelepuk teduduk kat lantai.

Isteri: bibi,kalau bibi teduduk gitu tak?
Suami: teduduk.tapi atas kerusi la..ada kerusi duduk atas lantai buatpe...-_-" 
Isteri: kahkahkah

Dah nak beranak anak ke2 ni makin terhibur dengan suami.suami saya memang tak romantik.layan naruto lagi.tapi under control.duk mengidam ps3 dari belum kawin,tapi sebab nak kawin,duit simpanan dia buat kawin la..kalau bujang sah2 ps4 pun dah ada tu..ingat ustaz pesan dulu.lelaki ni dah 35 pun boleh main kejar-kejar lagi.nak kata lelaki lambat matang.jadi,terima lah.kalau dah dia malas fikir, kita isteri la kena rajin fikirkan..

Saya bab merancang lajuu..ni anak ke2 tak keluar lagi,dah rancang pasal anak no 3.boleh??haha.^_^


No comments:

Post a Comment