Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 30, 2015

Kisah Kelahiran Anak Ke-2

Alhamdulillah.segala puji bagi Allah.atas rezeki yang dikurniakan.saya selamat melahirkan putera ke-2 kami.diberi nama Muhammad Arif Imran Bin Mohamad Naim.Yang terpuji,bijak,budi bahasa.lahir pada 16/6/2015.Berat 4.1kg.alhamdulillah lahir normal.dengan tak sampai 1st tear degree kata doktor.kira 1st tear la.alhamdulillah laaaa..ramai jugak terkejut dengan 4.1kg.yang meneran ni lagi laaa..-_-' kronologi lebih kurang gini :

Due sepatutnya 14/6/2015.kalau ikut klinik kesihatan dah bagi surat suh serah diri kat hospital selayang 14/6 kalau takde contraction/turun tanda.gigih balik check up tu ajak suami pusing ikea lagi...-_- pusing ipc sekali.dengan harapan cepat la turun tanda.nanhadooo..



Appointment dengan GMC pulak sepatutnya khamis 11/6.tapi doktor cuti pulak.jadi postpone 15/6.so tak gi la serah diri kat selayang dengan harapan turun tanda cecepat..

sampai 15/6 masihhh tak turun tanda..pagi tu pergi la checkup kat GMC.doktor pun cek.baby ok.sihat.ketuban ok.semua ok.dan dah buka 3cm..hohh..pelik jugak 3cm takde turun tanda.zakwan dulu,2cm dah turun tanda dan dah rasa contraction.doktor kata memang gitu patern anak ke2.doktor kata boleh tunggu.tapi takut lambat.dan disebabkan ada kencing manis,doktor kata dia tak paksa.tapi tau kan kesan dia.bahaya untuk baby.jadi doktor cadangkan induce.suami pulakk..kan dah tak sabar nak tunggu baby keluar..dia ok je..pandang memandang suami isteri.last saya pun ok laaa..ikut kata doktor la.jadi doktor kata balik dulu.datang balik lepas zohor.

Balik tu,sempat masak sup ayam.fikir zakwan nak makan.lepas zohor kami pun ke GMC. bawa zakwan sekali. Dalam 2.30 doktor masuk bilik.maka bermula la episod di induce. Allahuakbar...Allah je yang tau..untuk orang yg dah pernah rasa sakit normal dengan induce..memang jauhhh berbeza.


zakwan duk layan upin ipin dia..

Pukul3 dah mula rasa sakit.sakit tangkap belakang peha.Allah.tak boleh nak berjalan!banyak pejam mata dari celik mata.kekonon nak happy-happy main dengan zakwan..nak jalan-jalan.nan hadooo..pukul 5lebih petang doktor buat ve.doktor kata 5cm.tanya nurse,agak-agak pukul berapa boleh bersalin ni.nurse kata tak tentu.dalam pukul 8malam ke..keep positif.dalam sakit yang amat pejam mata.meringkuk atas katil.nurse tanya,nak ubat tahan sakit tak.saya jawab taknak.natural pain kekonon.

pukul6 petang umi sampai,ambil zakwan bawa balik rumah.tinggal la kami suami isteri berdua.

Masuk maghrib, sakit teramat.bayangkan waktu zakwan,8cm saya boleh solat subuh.mengaji,baca surah maryam.berjalan sendiri masuk laboor room.ni 5cm,nak pusing badan atas katil pun menahan sakit.nak berdiri memang tidakk..amek wudhuk atas katil.suami amekkan air dalam gayung,celup-celup la mana yang wajib.

Lepas maghrib,dah tak tahan,tanya nurse,nak tunggu apa.apa progress saya.doktor tak datang ke.nurse kata doktor datang kalau dah 7,8cm.jadi dia minta buat ve dulu.buat ve.nurse kata 4-5cm. Menjerit kejap..hahhhh???yela..sakit yang amat dari kul5 lbh petang sampai 8lebih malam takde progressss???lepas tu nurse tanya,nak ubat tahan sakit tak?saya yang budget gagah cakap takpe..taknak.-_-" nurse keluar.tak lama tu dia masuk,dia kata,puann..doktor suruh bagi ubat tahan sakit.kalau tak body stress..takde progress bukaan.saya pun,ok.ikut je la cakap doktor.

Tak lama tu nurse masuk cucuk ubat kat bontot tak silap.huhu.dannn..baru lah saya boleh la nak hidup sikit..boleh la amek wudhuk untuk solat isyak.bangun,solat kat kerusi.maghrib atas katil jeee..pastu boleh la telelap-telelap..alhamdulillah..kul12 rasanya ubat tahan sakit pun dah habis..nurse datang buat ve.katanya dah 8cm.alhamdulillah.masuk laboor room naik wheelchair.

Tunggu doktor sampai..sampai air ketuban pecah sendiri.alhamdulillah.waktu zakwan doktor pecahkan.zakwan dah berak dalam perut.lepas pecah tanya suami warna air ketuban.dia kata jernih.ok baby tak berak lagi.waktu keluar air ketuban tu rasa nak pushhh sesangat dah.doktor tak sampai lagi..-_- tanya lagi dah on the way.tanya lagi tengah parking kereta..punya la lama parking pun..dekat 1 pagi pun susah cari parking ke..-_-" saya yang dah sedap rasa nak push,nurse duk suruh kepit,tarik nafas bila rasa nak push..lolll...ni la yang paling hangin sekali..hahaha..

akhirnya tak lama tu doktor pun sampai.terus tanya doktor,dah boleh push ke?hahaha >,<
doktor kata,haa boleh.boleh.eh.awak nak position macam mana ni?doktor tanya.bagus doktor ni,ingat request saya.muahaha.pastu dia kata kat nurse saya taknak lithotomy position.so saya mintak tinggikan kepala sikit.
bila sampai je rasa contraction,terus push..kali ni syukur alhamdulillah.Allah bagi rasa.waktu zakwan,doktor duk suruh push.saya tak rasa pun nak meneran.kali ni alhamdulillah,pengalaman time bersalin dan selepasnya memang sangat saya syukuri.

teran banyak kaliii..tapi alhamdulillah masih bertenaga nak teran.sekali keluar alhamdulillah..legaaaa..hahaha..dan doktor terus bagi baby untuk skin to skin.lagi sekali alhamdulillah.kami suami isteri sangat enjoy the moment.doktor tak tekan-tekan perut nak keluarkan uri pun.it comes naturally.alhamdulillah. rasa nak teran,pupp teran sikit keluar uri. lepastu rasa nya doktor clamp tali pusat. dan bagi suami potongkan,lagi pengalaman baru.lepastu doktor minta izin ambil baby untuk cek berat dan ukur semua.then terus bagi kat suami untuk diazankan.

malam tu kami tak boleh tidur.eksited dapat baby baruuu..hehe..disebabkan saya minta untuk full breastfeed,lepas dia lap-lap baby,pakaikan baju,bedung semua,nurse terus hantar baby masuk bilik kami.jadi kami suami isteri pun berbual-bual macam-macam perkara,antaranya pasal along zakwan.mcam mana dia jumpa adik dia nanti..sampai la kesubuh..

alhamdulillah.terima kasih Allah. terima kasih suami.terima kasih Doktor Zana.pengalaman yang indah.yang contraction awal tu je tak berapa nak indah..muahaha..itulah,lain sakit natural dan buatan kan.apa pun Allah nak bagi rasa.moga dosa lenyap bersama segala kesakitan,moga pahala menggunung tinggi.aminn ya Rabb.

nah.Muhammad Arif Imran Bin Mohamad Naim
Berat 4.01Kg
Panjang 55cm

adik along zakwan,imran.



2 comments:

  1. salam sis... berapa agaknya kos bersalin kat gmc ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.kos nya sangat lah tidak dpt ditentukan..hehehe..kalau betul2 takde seba ang masalah boleh la 2k kot...

      Delete