Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 16, 2015

Tips/Pengalaman Tandem Nursing

Alhamdulillah.hari ni imran dah sebulan.maknanya sebulan sudah saya tandem nursing zakwan dan imran.ni la pengalaman sebulan yang saya boleh kongsikan.

apa tu tandem nursing? tandem nursing maksudnya susukan 2 anak serentak.^_^

kenapa buat keputusan nak tandem nursing? sebab rasa berhutang dengan zakwan.dah la dulu kerja.jadi selama setahun 3 bulan,waktu siang zakwan hanya dapat ebm.bukan fresh.lepastu berhenti kerja dapat fresh 24/7 dalam 3,4 bulan je..lepas tu mengandung perlahan-lahan makin berkurang dan kering terus susu badan saya.T_T sejak tu la pasang niat nak sambung susukan zakwan dengan adik dia.kesian zakwan tak cukup breastfeed 2 tahun.

kesian Imran tak cukup susu nanti.
siapa yang kata tak cukup?semalam timbang, imran dah naik 1kg.;') sekarang dah 5kg.

tak letih ke menyusu sekali 2?tak berebut ke?
letihhhh.letihhhhhh sangattt..dengan sakit pinggang.bayangkan tengah mengiring susukan imran,zakwan yang pro panjat landing kat pinggang sebelah sambil menyusu lagi sebelah.tu time dia tak boleh sabar la tuuu..T_T selalu suruh dia tunggu adik habis menyusu baru baring mengiring menghadapzakwan pulak.

macam mana cara nak bagi dia tak berebut?
kena selalu cakap dengan abang.cakap anggap dia faham.macam saya selalu cakap, zakwan sabarrr..adik tidur nanti zakwan pulak ye.dan jangan la mungkir janji.lepas je adik tidur,terus panggil zakwan.in shaa Allah dia faham.cuma kekadang time dia mengantuk meragam sikit la..tak menyabor..

zakwan tak cemburu dengan adik ke?asyik susukan adik je.
kekadang rasa macam zakwan lagi duk menepek kat ibu..T_T pantang nampak.pantang ibu duduk tenang,baring dengan tenang.dia datang begantung kat ibu.T_T ada pernah awal-awal tu satu malam tu,dia nak menyusu.suruh sabar.tunggu adik tidur.tak lama tu adik tidur,saya terus menyusukan dia.tak lama tu adik dia tejaga merengek.saya pun minta stop nak susukan adik.mengamuk dia.merajuk terus peluk abi dia erat.first time dia merajuk.lepas imran dah tidur balik cecepat pujuk zakwan balik..;') tak lama menyusu dia pun lena..

sampai bila nak tandem ni?
saya target zakwan umur 3 tahun.jadi mula dari sekarang dah cakap slow-slow dengan zakwan,zakwan dah besar.menetek sampai umur 3 tahun je tau..lepas tu nanti minum susu je ye..sekarang zakwan 2tahun 2bulan setengah.lagi 9 bulan setengah je tau..cakap je selalu.in shaa Allah,moga-moga sampai waktu nanti dia sendiri rasa dah besar.tak nak menetek dah.moga-moga la..;'p

tips tak berapa nak banyak la.yang penting jiwa memang kena kental la.suami pun kena mainkan peranan besar.lelagi time nangis serentak.jadi sorang amek satu la.sementara tunggu turn nak menyusu tu..kehkehkeh.

doakan kejayaan ini.moga Allah cukupkan rezeki kedua-duanya.moga Allah sihatkan tubuh badan kami ber3.ibu jangan lupa amek calcium lebih.rerajin minum susu kalau rajin.yela..cacium untuk 3 orang.selamat maju jaya.hehe


No comments:

Post a Comment