Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 16, 2015

Tips Mendapatkan Intact Perineum sewaktu melahirkan

Assalamualaikum! hari ni nak share sikit kisah intact perineum.pebenda intact perineum tu?intact perineum ni ialah tiada koyakan di kawasan perineum iaitu antara qubul dan dubur sewaktu proses melahirkan.kahkah.jangan tanya pulak qubul dan dubur tu apa sudah.-__-"

waktu lahirkan anak pertama,saya tak banyak amek tau pasal proses bersalin.ada la baca sesikit pasal hypnobirthing.yang saya simpulkan fikir positif je waktu nak bersalin tu..muahaha..tapi kesimpulan tu salahhh..takpee..tu pengalaman.alhamdulillah Allah masih izinkan bersalin normal walau dibantu dengan vacuum.dan bila doktor dah decide nak vacuum,tu maknanya memang confirm dia zapppp (gunting) je la perineum tu.yang tuan badan pun tak tau dia kena gunting hidup-hidup.hahaha...suami soleh yang nampak.dah la waktu tu rabun.tanggal cermin mata.tak nampak doktor duk buat apa..hahaha >..<

sakit wehh jahitan tu..lepas hilang ubat tahan sakit,nak duduk pun sakit...nasib baik ada nursing pillow tu..duduk atas tu ok la sikit sebab tengah dia berlubang.alhamdulillah. jadi anak ke2 ni study lebih sikit pasal intact perineum ni.lepas study punya study, ni lah antara perkara-perkara yang saya amalkan, dan alhamdulillah melahirkan Imran yang berat 4.01kg tanpa episiotomy (doktor gunting perineum) dan cuma mengalami sikittt koyakan kat tempat episiotomy lama.

1) senaman kagel. 
senaman ni senang je.orang tak nampak pun kita bersenam.kahkah.macam mana senam kagel ni?untuk apa?senaman kagel ni untuk kuatkan otot pelvis.caranya, time duduk-duk tengok tv tu, kemutkan qubul tu ye..mula-mula tahan 3 saat lepas 3 saat.lepastu makin lama try tahan kemut tu sampai 10 saat.gitu.simple je..bila-bila dimana-mana boleh buat.haha

2) minum organic raspberry leaf tea
susah jugak nak jumpa tea ni.cari kat farmasi merata takde. last-last jumpa yang jual kat fb.sebab kan nak cepat pergi self collect dia duk kat Bukit Antarabangsa Ampang.FB Raspberry Leaf Tea
khasiatnya banyakkkk..pi lah google.kehkeh.tapi memang elok dalam membantu proses bersalin.ada yang dah mula minum pada minggu 34.tapi saya mula dah tinggal seminggu lebih nak bersalin! ^_^


3) Urutan Perineum menggunakan Virgin Coconut Oil (VCO) / Minyak Zaitun
saya guna VCO.urutan ni boleh dimulakan pada minggu ke 35.tapi dapatkan nasihat doktor dulu ye.urutannya bertujuan nak meregangkan otot kawasan perineum supaya nanti nak bersalin mudah dia meregang.otot jadi lembut la agaknya.cara nya boleh la pi google lelaju.nak cerita pun tak reti.nak lagi paham search kat youtube..haha

4) Minum Virgin Coconut Oil 2 kali sehari
ni doktor yang suggest.memula saya beli untuk nak buat urut je.sekali doktor sembang-sembang minum lagi elok.hehe..ni bagi licin kat dalam la kot.senang baby nak menggelongsor keluar..hehe.boleh jugak makan terung.iolss tak makan terung.hehe

5) kerap bersama suami.ni bukan nak melucah.tapi dah baca merata gitu tipsnya..haha.cuba je la.nanti dah bersalin pantang 100 hari kannn..hehe..orang kata nak cepatkan bersalin pun guna tips ni.tapi duk buat, deme dedua suka beno duk dalam perut ni..idokk nak keluar awal..hahaha..tapi try je lah.Allah tengok usaha kita.tak tengok hasilnya.

6) dapatkan doktor yang Pro natural birth.Alhamdulillah, waktu mengandungkan Imran,saya consult dengan Doktor Zana,saya bebuat tanya je first tu,doktor,kalau anak pertama saya episiotomy sebab vacuum,anak kedua akan kena epi jugak ke?doktor lelaju jawab, i won't do that.i tak epi kalau tak perlu.so alhamdulillah.dan surprisingly doktor take note semua yang saya tanya tu.terus tak jadi nak buat birth plan. ;'p

7) pilih posisi kelahiran yang terbaik
ye,posisi sewaktu melahirkan pun menentukan/membantu untuk kita dapatkan intact perineum. yang ni pun kena consult dengan doktor.saya sesaja borak dengan doktor Zana,doktor pernah sambut posisi squat?doktor kata pernah jee..dan lagiii..dia take note.waktu sesampai labour room tu terus tanya saya nak posisi apa.saya just mintak duduk separuh.jadi doktor letak bantal kat belakang badan.waktu zakwan doktor tak tanya pun.terus baringkan posisi litotomi.-__- saya pun macam, dah pehal baring terlentang terus ni.tak macam duk tengok dalam tv pun..muahaha =_= 
posisi sangat penting sebab mempengaruhi saiz bukaan serviks.percayalah, proses litotomi tu cuma memudahkan doktor,bukan memudahkan ibu untuk bersalin.-_-"

rasanya cukuplah 7 tips ni.tapi sebenarnya yang paling penting doa, doa dan doa.usaha-usaha tu Allah nak tengok je takat mana usaha kita.semua dengan Izin dan kehendak Dia kan.Fikir baik-baik.in shaa Allah.Allah bersama dengan apa yang kamu sangka.

saya harap anak cucu baca ni.supaya berilmu dari anak pertama.tak serahkan diri semata kat orang lain.wanita dilahirkan untuk melahirkan.yang penting positif.dan berilmu.jangan dengar cakap sorang doktor je..;'p sebab doktor pun banyak mazhab tahu..ada yang nak senang caesar je..sonang kerja dia.ada yang pro natural birth.giteww..
harap zakwan,imran dan adik-adik nanti in shaa Allah baca ni sebelum isteri,anak-anak ibu bersalin.moga ibu tak lupa nak ingatkan.kalau ibu dah takde,harap tulisan ni membantu.in shaa Allah.

   



Monday, October 12, 2015

Kisah Pantang Anak Ke2

alhamdulillah.atas segala nikmat kurnia dari Allah.nak cerita bab pantang saya memang selalu fail.kali ni macam biasa,set amway masih bersisa.yang pilis,penghangat badan,hampir tak bergerak..T__T

lepastu tetiap minggu travel balik banting.malam pun redahhh..muahaha..bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sebenarnya.-.- aku respect jugak kat wanita yang boleh berpantang duk rumah dediam,keluar gi klinik je.hehe.tapi aku dah la kaki bejalan.dapat balik kampung banting pun dah heaven habiss..kihkih.suami pulak amek kesempatan,balik kampung dia boleh la skip masak dengan mandikan baby..LOL..-..-

cumanya masih bersyukur,sepanjang pantang kat rumah suami tolong serba serbi,masak air mandi,buat sarapan,masak untuk lunch,dinner.alhamdulillah.tak boleh belahnya dah habis pantang baru nak pasang hot shower..sabo je la..nak pahala lebih la tu..gigih tetiap pagi petang masak air untuk mandi isteri..tamak pahala la tu..;'p suami jugak yang tukang tungku sampai koyak-koyak kain tungku,bukti bertungku..(padahal skip-skip jugak T_T) tukang barutkan isteri.

awal tu cari tukang urut, maklong.ok la.saya bukan jenis biasa ngurut,jadi tak la pandai rasa sedap ke tak..tapi dia rajin cerita sambil berurut tu.yang kelakar time tungku sampai terlelap-lelap..LOL..yela,bulan ramadhan berurut.orang tidur lewat terawih bagai.pagi bangun awal nak masak sahur..kahkah.lawak pulak teringat.tapi ok je mak long tu urut.dia orang thailand.rezeki nak rasa mak long tu urut.sebab dia belum balik thailand.tak lama tengah ramadhan tu kot,maklong pun balik thailand nak beraya kat sana. ^_^

amek urut 3hari je.tapi alhamdulillah,maklong,nurse,semua kata rahim kecut elok.alhamdulillah..;') imran pun mudah diurus.syukur ya Rabb.

hari ke7.macam along zakwan,abi cukurkan sendiri.licin.

alhamdulillah Allah kurniakan suami yang serba serbi boleh.^_^ my real hero.

moga Allah sihatkan tubuh badan.mudah nak beribadat.amin ya Rabb.masih bercita-cita nak berpantang dengan lebih sempurna untuk anak seterusnyaa..T__T izinkan ya Allah.tapi nampak macam mustahil.sebab makin banyak anak,makin tak berpantang rasanya.apa pun niat yang baik-baik.takde yang mustahil kan..;') in shaa Allah.

P/s: suami soleh,kalau lah terbaca ni,pleaseee..mari kita realisasikan impian isterimu untuk berpantang dengan lebih sempurna..pleaseee....

Thursday, October 8, 2015

Kisah/Tips Beli Online

bismillah.bunyi tajuk macam dah pro sangat je membeli di online ye..pro tak pro harus diakui diri ini telah lemas dilautan gedung online.muahaha..

tapi jangan dipandang sisi hitamnya saja.ada sisi baik jugak membeli online ni.antara kelebihan dia jimat masa,minyak kereta,duit parking kereta,tol,jimat peluhh tak belecak ketiak..hahaha
sebenarnya memang best lagi beli didunia nyata.bukan dunia maya.puas hati.sebab barang boleh belek-belek dulu.boleh tenung,usap-usap.dah kenapa nak usap-usap..-_-

tapi apakan daya,harus diakui kena ikut peredaran zaman.nak jalan jemm saja.sekarang jerebu lagi.tak elok keluar rumah selalu.T_T jadi window shopping ngadap hp je lah.dengan nak besesak bawa anak kecil..terima kasih jugak untuk kemudahan yang ada ni wahai Tuhan.

saya mula tejebak dulu beli pakaian.baju la,skirt la,wide shawl la..selain tu rajin beli pakej di groupon.hotel,spa, memacam jugak la.lepastu dia pergi ke kasut..product kecantikan, bag tangan, handphone dan agak terkini sampai aircond pun beli online je wehh..jangan tak percaya.mesin jahit pun hado ni...

tak bahaya ke beli online?risiko?tak kena tipu?bagi saya beli online ni kena rajin.rajin nak STUDY ORANG COMMENT apa.lepastu kena BERJAGA-JAGA.beli dengan website yang ada nama macam Lazada,Nile.com.my,Zalora,11street, pokoknya yang website gah-gah la..setakat ni alhamdulillah.belum pernah kena tipu.minta Allah jauhkan,

tapi walau tak pernah kena tipu,tetap ada  sedikit pengalaman pahit.hidup tak selalu indah.langit tak selalu cerah..ehhh..

haha..bukanlah apa,dah sendiri nak shopping murah sajo..so,tak payah la nak expect barang berkualiti sangat kann..haha..baloi la dengan harga. tapi ada part tu macam salah sendiri. ada beli kasut,bos bagi kupon zalora RM50 tak silap.beli kasut RM60.so bayar RM10 je lah.sekali sampai kasut kecik.kahkah.ke kaki yang dah besar sebenarnya..-_-"

lepastu pernah beli groupon untuk bayou lagoon kat Melaka.dah duduk situ mestilah nak masuk lagoonnya kannn..sekali rupanya groupon tak de tiket lagoon.nangis tau.ingat beli kat groupon murah.sekali nak kena beli tiket lagoon jadi additional lagi mahal.kena study la benda-benda ni...kalau tak sendiri yang rugi.

tapi tak selalu juga yang rugi.kekadang sangat lah untung.saya nak beli aircond.survey aircond yang sama kat kedai eletrik yang kami biasa beli,call la tanya,bos,bagi best price aircond harga merdeka ni.sekali dia bagi harga RM1099..keh gi cek kat lazada.survey kat 11street.airdond RM600++ tak sampai Rm650. call tukang pasang aircond. RM200..so total below RM850.kan jimat berganda-ganda tu..best tau bila dapat jimat gini,rasa bijakkk sangat..kahkahkah

tips untuk beli online kat lazada,11 street dan kawasan sewaktu dengannya,kena RAJIN SURVEY..harga nya bertukar hari-hari.kekadang dalam sehari pun bertukar-tukar harganya.
sejak berkecimpung dalam bidang art nak buat busy book anak ni,sebok la duk ngendeng kat suami kata nak mesin jahit.murah-murah je.yang glemer yang Global.pastu survey-survey la kat lazada.nampak harga RM163.sekali tanya suami.suami dah on.bagi green light.cek-cek balik dah naik RM179.belum campur postage..-_-'

terus cancel.tapi dalam hati nak tetap nak..;'p duk survey lagi..lagi dan lagi..sekali 2,3 hari lepas tu dapat harga RM152.50 tak silap sekali postage.terus bayar!!haa..gitu la kisahnya..

untuk keadaan ekonomi sekarang rasanya semua nak kena bijak membeli belah kan..haa..untuk apps saya pakai smart shopper.kat situ dia update harga kat shopping complex.giant,tesco,aeon big.haa..selalu cek harga drypers la pun.

jadi,marilah kita jadi pengguna bijak!tehee..



Sunday, October 4, 2015

Kisah Khatan Imran

alhamdulillah.Allah izinkan.Imran 3 minggu,dia dah selamat dikhatankan.
waktu along Zakwan 7 bulan lebih.kisah khatan zakwan disini.bagi kami agak terlewat waktu tu.tapi masih alhamdulillah.in shaa Allah itu adalah yang terbaik yang Allah izinkan.

dan memang lebih awal lebih baik.orang ramai tanya,tak menangis ke baby?keciknya,,anak yang darjah 1 pun belum khatan lagi,yang sebenarnya jaga bayi jauhhh lebih mudah.luka cepat pulih.yelah,minum susu ibu yang sangat berkhasiat kannn..hehe ^_^ Allah yang cipta.

kalau budak dah besar ni dah makan macam-macam,jajan la,burger la..jadi luka lambat sikit nak pulih kan.

alhamdulillah sebelum berhenti kerja di UIA saya sempat tanya dengan director health centre.Dr dinon,nanti dah berhenti boleh tak nak tumpang khatankan baby lelaki kat sana.Dr senyum-senyum kata,datang je laa..tapi kena bayar sikit la..saya pun bersyukur..hehe..sebab susah nak cari doktor yang pakar nak khatankan bayi lelaki.tak banyak doktor berani buat.

jadi waktu Imran 2 minggu lebih terdetik nak tanya suami,suami kat office terus saya whatsapp.bi,nak khatankan imran kat klinik uia tak?suami pun kata,bolehh..saya pun call klinik.cerita la ex staff..nak khatankan baby.dia amek details baby,bagi date 7/7/2015.tapi nanti dia call balik.sebab nak confirmkan dengan doktor dulu. tak lama petang tu,klinik call balik.confirm tarikh tu.2 petang.maka berdebarlah kami suami isteri.hehehe

waktu zakwan,tumpah airmata jantan abi dia,sebab sepanjang proses dia menangis.waktu tu dia 6 bulan lebih kurang.dah pandai.dah meniarap.dia sakit time cucuk bius je.lepas tu nangis sebab dia nangis tapi ibu abi tak angkat-angkat.pastu pegang kaki tangan..tak bagi gerak.memang tak sampai hati tengok waktu tu.

waktu imran ni, alhamdulillah,smooth sangat.imran menangis sikit je waktu doktor cucuk bius,lepas tu tekebil-kebil je mata tengok kiri kanan..;'p comel sangat.muahaha.siap ada nurse masuk time prosedur tu tengok terus cakap,eh baiknyaaa..hehe



last-last dia kentut-kentut pastu semua gelak-gelak je.comel kan baby kentut.cuba maknya kentut..mau kena maki.haha.dan waktu dah nak siap dia pancut sikit.;'p along dia awal-awal dah pancut.muahaha.

alhamdulillah.penjagaan sangatttt mudah.doktor bagi ubat memacam jugak.sapu, antibiotik, surut bengkak.tapi kami pakai yang sapu je..kecik sangat nak bagi yang makan tu.alhamdulillah tanpa bagi yang makan tu pun luka dia pulih dengan cepat.alhamdulillah.benang pun dah tanggal sempurna tak sampai 2minggu.

begitulah kisah khatan adik Imran..hehe.settle.moga Allah redha.