Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 4, 2015

Kisah Khatan Imran

alhamdulillah.Allah izinkan.Imran 3 minggu,dia dah selamat dikhatankan.
waktu along Zakwan 7 bulan lebih.kisah khatan zakwan disini.bagi kami agak terlewat waktu tu.tapi masih alhamdulillah.in shaa Allah itu adalah yang terbaik yang Allah izinkan.

dan memang lebih awal lebih baik.orang ramai tanya,tak menangis ke baby?keciknya,,anak yang darjah 1 pun belum khatan lagi,yang sebenarnya jaga bayi jauhhh lebih mudah.luka cepat pulih.yelah,minum susu ibu yang sangat berkhasiat kannn..hehe ^_^ Allah yang cipta.

kalau budak dah besar ni dah makan macam-macam,jajan la,burger la..jadi luka lambat sikit nak pulih kan.

alhamdulillah sebelum berhenti kerja di UIA saya sempat tanya dengan director health centre.Dr dinon,nanti dah berhenti boleh tak nak tumpang khatankan baby lelaki kat sana.Dr senyum-senyum kata,datang je laa..tapi kena bayar sikit la..saya pun bersyukur..hehe..sebab susah nak cari doktor yang pakar nak khatankan bayi lelaki.tak banyak doktor berani buat.

jadi waktu Imran 2 minggu lebih terdetik nak tanya suami,suami kat office terus saya whatsapp.bi,nak khatankan imran kat klinik uia tak?suami pun kata,bolehh..saya pun call klinik.cerita la ex staff..nak khatankan baby.dia amek details baby,bagi date 7/7/2015.tapi nanti dia call balik.sebab nak confirmkan dengan doktor dulu. tak lama petang tu,klinik call balik.confirm tarikh tu.2 petang.maka berdebarlah kami suami isteri.hehehe

waktu zakwan,tumpah airmata jantan abi dia,sebab sepanjang proses dia menangis.waktu tu dia 6 bulan lebih kurang.dah pandai.dah meniarap.dia sakit time cucuk bius je.lepas tu nangis sebab dia nangis tapi ibu abi tak angkat-angkat.pastu pegang kaki tangan..tak bagi gerak.memang tak sampai hati tengok waktu tu.

waktu imran ni, alhamdulillah,smooth sangat.imran menangis sikit je waktu doktor cucuk bius,lepas tu tekebil-kebil je mata tengok kiri kanan..;'p comel sangat.muahaha.siap ada nurse masuk time prosedur tu tengok terus cakap,eh baiknyaaa..hehe



last-last dia kentut-kentut pastu semua gelak-gelak je.comel kan baby kentut.cuba maknya kentut..mau kena maki.haha.dan waktu dah nak siap dia pancut sikit.;'p along dia awal-awal dah pancut.muahaha.

alhamdulillah.penjagaan sangatttt mudah.doktor bagi ubat memacam jugak.sapu, antibiotik, surut bengkak.tapi kami pakai yang sapu je..kecik sangat nak bagi yang makan tu.alhamdulillah tanpa bagi yang makan tu pun luka dia pulih dengan cepat.alhamdulillah.benang pun dah tanggal sempurna tak sampai 2minggu.

begitulah kisah khatan adik Imran..hehe.settle.moga Allah redha.




No comments:

Post a Comment