Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 16, 2015

Tips Mendapatkan Intact Perineum sewaktu melahirkan

Assalamualaikum! hari ni nak share sikit kisah intact perineum.pebenda intact perineum tu?intact perineum ni ialah tiada koyakan di kawasan perineum iaitu antara qubul dan dubur sewaktu proses melahirkan.kahkah.jangan tanya pulak qubul dan dubur tu apa sudah.-__-"

waktu lahirkan anak pertama,saya tak banyak amek tau pasal proses bersalin.ada la baca sesikit pasal hypnobirthing.yang saya simpulkan fikir positif je waktu nak bersalin tu..muahaha..tapi kesimpulan tu salahhh..takpee..tu pengalaman.alhamdulillah Allah masih izinkan bersalin normal walau dibantu dengan vacuum.dan bila doktor dah decide nak vacuum,tu maknanya memang confirm dia zapppp (gunting) je la perineum tu.yang tuan badan pun tak tau dia kena gunting hidup-hidup.hahaha...suami soleh yang nampak.dah la waktu tu rabun.tanggal cermin mata.tak nampak doktor duk buat apa..hahaha >..<

sakit wehh jahitan tu..lepas hilang ubat tahan sakit,nak duduk pun sakit...nasib baik ada nursing pillow tu..duduk atas tu ok la sikit sebab tengah dia berlubang.alhamdulillah. jadi anak ke2 ni study lebih sikit pasal intact perineum ni.lepas study punya study, ni lah antara perkara-perkara yang saya amalkan, dan alhamdulillah melahirkan Imran yang berat 4.01kg tanpa episiotomy (doktor gunting perineum) dan cuma mengalami sikittt koyakan kat tempat episiotomy lama.

1) senaman kagel. 
senaman ni senang je.orang tak nampak pun kita bersenam.kahkah.macam mana senam kagel ni?untuk apa?senaman kagel ni untuk kuatkan otot pelvis.caranya, time duduk-duk tengok tv tu, kemutkan qubul tu ye..mula-mula tahan 3 saat lepas 3 saat.lepastu makin lama try tahan kemut tu sampai 10 saat.gitu.simple je..bila-bila dimana-mana boleh buat.haha

2) minum organic raspberry leaf tea
susah jugak nak jumpa tea ni.cari kat farmasi merata takde. last-last jumpa yang jual kat fb.sebab kan nak cepat pergi self collect dia duk kat Bukit Antarabangsa Ampang.FB Raspberry Leaf Tea
khasiatnya banyakkkk..pi lah google.kehkeh.tapi memang elok dalam membantu proses bersalin.ada yang dah mula minum pada minggu 34.tapi saya mula dah tinggal seminggu lebih nak bersalin! ^_^


3) Urutan Perineum menggunakan Virgin Coconut Oil (VCO) / Minyak Zaitun
saya guna VCO.urutan ni boleh dimulakan pada minggu ke 35.tapi dapatkan nasihat doktor dulu ye.urutannya bertujuan nak meregangkan otot kawasan perineum supaya nanti nak bersalin mudah dia meregang.otot jadi lembut la agaknya.cara nya boleh la pi google lelaju.nak cerita pun tak reti.nak lagi paham search kat youtube..haha

4) Minum Virgin Coconut Oil 2 kali sehari
ni doktor yang suggest.memula saya beli untuk nak buat urut je.sekali doktor sembang-sembang minum lagi elok.hehe..ni bagi licin kat dalam la kot.senang baby nak menggelongsor keluar..hehe.boleh jugak makan terung.iolss tak makan terung.hehe

5) kerap bersama suami.ni bukan nak melucah.tapi dah baca merata gitu tipsnya..haha.cuba je la.nanti dah bersalin pantang 100 hari kannn..hehe..orang kata nak cepatkan bersalin pun guna tips ni.tapi duk buat, deme dedua suka beno duk dalam perut ni..idokk nak keluar awal..hahaha..tapi try je lah.Allah tengok usaha kita.tak tengok hasilnya.

6) dapatkan doktor yang Pro natural birth.Alhamdulillah, waktu mengandungkan Imran,saya consult dengan Doktor Zana,saya bebuat tanya je first tu,doktor,kalau anak pertama saya episiotomy sebab vacuum,anak kedua akan kena epi jugak ke?doktor lelaju jawab, i won't do that.i tak epi kalau tak perlu.so alhamdulillah.dan surprisingly doktor take note semua yang saya tanya tu.terus tak jadi nak buat birth plan. ;'p

7) pilih posisi kelahiran yang terbaik
ye,posisi sewaktu melahirkan pun menentukan/membantu untuk kita dapatkan intact perineum. yang ni pun kena consult dengan doktor.saya sesaja borak dengan doktor Zana,doktor pernah sambut posisi squat?doktor kata pernah jee..dan lagiii..dia take note.waktu sesampai labour room tu terus tanya saya nak posisi apa.saya just mintak duduk separuh.jadi doktor letak bantal kat belakang badan.waktu zakwan doktor tak tanya pun.terus baringkan posisi litotomi.-__- saya pun macam, dah pehal baring terlentang terus ni.tak macam duk tengok dalam tv pun..muahaha =_= 
posisi sangat penting sebab mempengaruhi saiz bukaan serviks.percayalah, proses litotomi tu cuma memudahkan doktor,bukan memudahkan ibu untuk bersalin.-_-"

rasanya cukuplah 7 tips ni.tapi sebenarnya yang paling penting doa, doa dan doa.usaha-usaha tu Allah nak tengok je takat mana usaha kita.semua dengan Izin dan kehendak Dia kan.Fikir baik-baik.in shaa Allah.Allah bersama dengan apa yang kamu sangka.

saya harap anak cucu baca ni.supaya berilmu dari anak pertama.tak serahkan diri semata kat orang lain.wanita dilahirkan untuk melahirkan.yang penting positif.dan berilmu.jangan dengar cakap sorang doktor je..;'p sebab doktor pun banyak mazhab tahu..ada yang nak senang caesar je..sonang kerja dia.ada yang pro natural birth.giteww..
harap zakwan,imran dan adik-adik nanti in shaa Allah baca ni sebelum isteri,anak-anak ibu bersalin.moga ibu tak lupa nak ingatkan.kalau ibu dah takde,harap tulisan ni membantu.in shaa Allah.

   



No comments:

Post a Comment