Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 11, 2015

Family Trip Ke Langkawi 2015

Bismillah.Alhamdulillah.Dengan izin Allah.perancangan kami nak ke Langkawi Allah izinkan berlaku.tiket flight beli lamaaa lepas dah hilang kecewa terlepas flight ke Kota Kinabalu tahun lepas..-_-'..


sebabkan pengalaman terlepas flight itu sangat pahit untuk ditelan,maka kami telah menjadi penumpang paling awal yang tiba ke pintu gate untuk kali ini!hahaha

alhamdulillah.trip yang sangat happy.abi eksited lama dah..seronok tak sabar nak bawa zakwan jalan-jalan.Zakwan pulak memang sangat sukakan kapalterbang.dia dah tak ingat dia dah naik banyak kali..hehe..;'p dia punya suka kat kapalterbang tu,sampai pi beraya rumah orang habis menangis nak replika tu.tuan rumah yang ohsem pun bagi je la kapalterbang tu kat Zakwan..muahaha..;')

tapiiii..ada jugak ujian Allah nak bagi..boleh pulak gambar-gambar kami kat Langkawi banyak yang hilang.handphone suami punya gambar tiba-tiba hilang.maka tinggal lah gambar yang ada kat handphone saya..bersyukurlah.Allah juga sangat baik.dalam musim jerebu..yang buat flight cancel 2 hari di airport Langkawi.alhamdulillah waktu kami pergi dan sepanjang disana,cuaca sangat cantik.rindu kami pada langit biru terubat sebaik kaki melangkah keluar dari airport Langkawi.alhamdulillah.

jadi meh nak share itinerary kami yang santai sebab ada baby,infant,dan warga emas selama 4hari 3malam kat sana!

27/10/2015 (Selasa)
flight berlepas lebih kurang 10 pagi.kami sampai sana sekitar 11 pagi.di jemput oleh pemilik chalet yang kami dah booking.pakej berserta kereta untuk 4hari 3 malam.kemudian dari airport terus kami dibawa ke tempat penginapan.penginapan kami terletak berhampiran dengan Pantai Chenang.lebih kurang 3KM.

masuk pejabat,uruskan bayar wang lebihan,oh ya deposit sebelum ni kami bayar Rm200.Balance RM340+RM100 Deposit.

kemudian dia serahkan kunci bilik dan kunci kereta Vios.

bilik 2 katil queen.beraircond,bilik air ada hot shower!senang nak mandikan imran dan zakwan pepagi.  

ni pulak kereta vios

lepas dah masuk bag dalam bilik semua kami terus keluar cari makan tengahari.
pergi area padang matsirat. ingat nak makan jom ikan bakar.sekali tutup.ada kedai dekat-dekat situ macam ramai.taram je lah.alhamdulillah.makan sedap.murah pun murah!bayangkan kami makan bertiga,tak sampai RM20.

lepas makan tu singgah beras terbakar.
kat situ banyak jual minyak gamat.dah survey,semua kata kat situ minyak gamat murah.jadi terus la borong minyak gamat.beli t-shirt langkawi.kain batik pun banyak.tapi sebab tak pakai pun kain batik,takde la nak beli sangat.nak beli kat mak mertua pun macam dah ada banyak..;'p last-last suami amek tshirt langkawi je untuk pakai duk rumah.ok la.. 

lepas dah beli sikit-sikit kami terus melawat makam mahsuri.baru tau sejarah sikit-sikit.tak sia-sia pergi.tiket masuk Dewasa RM10

balik solat jama' ta'khir kemudian rehat.malam keluar makan.

28/10/2015 (Rabu)

harini paling happy!kami gelarkan "Hari Zakwan" sebab dia sangat enjoy.
pagi sekitar jam8.30 kami dah bersiap-siap keluar dari bilik.
cari breakfast di sekitar kawasan chalet.sampai kedai makan, tengok hidangan berlauk.ingat lauk untuk nasi lemak.nan hadoo..;'p

pepagi makan nasi berlauk terus!

lepas siap sejam makan..-_-" tunggu boy of the day tu makan.

maka yang ditunggu-tunggu pun tiba.kami meneruskan perjalanan ke Birds Paradise Wild Life Park. perjalanan lebih kurang 25 Km.Dewasa Government Rate RM15. Warga Emas dan Kanak-kanak RM12.

Mula-mula suami soleh ingat ada burung je.hehe.dia tak tau isteri dia dah survey baikk punya..
kat sini dia ala-ala Farm In The City. Boleh bagi makan binatang!yeayy!!

masuk-masuk je entrance tu akan ada akak jual makanan.2 bag Rm15!rugi tak beli.dalam tu ada fish pallet,kuaci,lobak,kacang panjang,jadi kalau nak puas hati boleh beli sendri bawak sesiap dalam bag!;'p

 

paling best sebab Zakwan berani!!ibu dia burung datang terkejut,terus campak makanan tu..-..-

bagi makan arnab

binatang apa ni Zakwan?;'p

Zakwan sangat enjoy bagi makan semua binatang!

alhamdulillag kami datang pada waktu yang terbaik!waktu untuk bagi makan pada semua haiwan-haiwan yang terpilih.kira show la.bagi makan buaya,burung helang pun ada..aktiviti ni bermula jam 11. tapi buaya dia bermalas-malasan sungguh..-_-"

lebih kurang 2 jam selesai dah pusing.kami pun pulang,jadual asal nak pergi underwaterworld petang ni.tapi macam padat sangat.sebab dah keletihan.pagi pun dah makan berat,jadi kami skip makan tengahari,balik solat jamak,terus tidur semua..


pukul 5 petang kami bangun,pergi ke pantai chenang.sekitar 3Km dari kediaman kami.singgah minum petang kat kedai mamak dulu.tak silap orange macam tu nama kedai dia.;')

sampai-sampai cari port untuk umi dengan imran dulu..hehe



pantai chenang yang bersih!cantik!


 pantai chenang sangattt bersih!tak jumpa sampah pun.alhamdulillah.
yang tak berapa nak bestnya.ibu gigih la beli dari KL set main pasir tu..sekali ibu abi je main.Zakwan taknak main,kotor katanya..-__-" sabar je la anak sorang ni.kena bawa pergi pantai dengan lebih kerap ni.pasir pantai elok untuk sensory kan..

29/10/2015 (Khamis)

hari ni hari ibu.hari shopping!!window shopping je sebenarnya..-__-"
hahaha...kami pergi Rams dengan Haji Ismail Group (HIG) je..Idaman suri tak pergi pun.

pagi tu kami singgah sarapan kat Restoran Terong.
restoran tu sederet dengan Rams.jadi lepas sarapan kami terus pergi Rams.

ni Daim yang kecil.yang standard tu 300g.sebungkus RM17.50.dah tak semurah dulu..T_T
sesiapa yang nak daim kecik ni ada kat Rams je.kat HIG takde.



ni untuk rujukan suami untuk dimasa akan datang..;'p

lepas jalan-jalan kat Rams,sekejap je sebab Rams ni kecik je..Zakwan duk berlari pulak abi dia jadi seriau.tengok kaca-kaca keliling..T__T

jadi kami terus cari HIG. dia ada yang kecik,ada yang Kompleks.kami pergi yang kompleks terus.lebih selesa.

 memula beli set 3 bekas lauk tu je..sekali tengok ni nangis.ni set opal je.tak payah set memahal pun takpee..ni 40pcs Rm129.menangis!panjang cerita dia..nak sangat beli.tapi apakam daya.kedekut taik hidung masin ni pi beli luggage balik 15Kg je..orang kedai ni kata set tu je dah 15Kg.nangis tau.dah la dah web check in.tak boleh nak add luggage.T__T dia punya gigih keluar HIG pi cari pejabat pos nak tanya kos pos berapa.sekali pegawai tu kata barang fragile dia tak terima..T__T nangis.

suami soleh kata takpee..nanti kita datang lagi ye..^_^ pastu fikir-fikir balik Allah belum nak izinkan.Allah tau mana yang terbaik kan..anak pun kecik-kecik lagi.nanti kot-kot Allah nak bagi set Royal Albert ke kan..;'p

kat HIG beli coklat dengan pemanggang ajaib + set lauk+hadiah untuk cik mah..yeay!!cik mah dah nak kahwin..;'p

cik mah,gi la honeymoon kat langkawi.pastu tolong belikan set 40pcs tu keh!muahaha..;'p

lepas balik survey kat pejabat pos,kami pun menuju ke tempat makan tengahari.yang ni suami soleh tu yang google.apa nama tempat pun tak ingat.tapi tepi kedai minyak gamat,sebelah tu ada kedai roti/kek.makan makanan kampung.lauk banyakkkk..air free..ada la dia buat 2,3 jenis air.

lepas makan kami pi dataran.orang kata tak sah pi Langkawi tak sampai sini.

sebenarnya ada gambar kami ber4 kat depan burung ni.waktu tu umi pergi toilet.tapi tangkap pakai handphone suami.makanya ni je la yang ada..suami kata kena pergi Langkawi balik!haha

balik dari dataran,kami balik penginapan.
solat jamak taqdim.tidurrr..sekejap je..dalam sejam..;')

petang tu kami pi sini pulak.belakang airport.yang popular kat sini laksa ikan sekoq la,laksa power la.tapi lalu tengok penuh semacam..kami kedepan lagi,.dah hujung-hujung dah.nampak kosong,suami pun berhenti kat tepi..

sampai-sampai alhamdulillah ada kapal terbang mendarat.

zakwan suka sangat!

sebelah airport.sebelah laut.;')
sedap imran tidur dibuai bayu laut.hehe

lepastu balik.malam kami makan beli makanan kat pasar malam!ayam goreng bermula dengan harga RM1.

30/10/2015 (Jumaat)

tiba lah hari terakhir.
pagi ni kami perhi underwater world.suami soleh eksited sangat nak masuk underwater world.sebab lebih 10tahun lepas kot dia pernah pergi dengan family.duk cerita la ada ikan besar semua.eksited sangat lah!jadi harini hari Abi..;'p

Kami pergi jam 10 pagi. Tiket government servant RM26.boleh beli untuk 4 orang rasanya untuk satu kad penjawat awam.

kami pun masuk..jalan..jalann..heehee..tetiba dah sampai pintu keluar..;'p
suami soleh duk tercari-cari ikan kerapu besar dia tengok dulu tu..;'p
kesian sangat.tak seperti yang diharapkan.rupanya akuarium ni pernah terjadi ikan keracunan makanan.banyak yang dah mati.T__T jadi macam agak sedih la dengan bayar harga gitu tengok takde apa yang menarik.tapi syukurlah nakk..hehe..takpe.kesedihan dah terubat dengan kegembiraan kat Bird Paradise Wild Life tu.. ;') 

lepastu singgah makan kat jom ikan bakar.
sebab flight 5 petang jadi relaks-relaks la..sampai chalet kul 1 lebih..rupanya sepatutnya checkout pukul 12..;'p jadi lambat checkout ada extra charge.pakai kereta lebih masa pun dia charge.dia kira cincai RM20 tak silap.tolak deposit je,.ok la..pukul 3 lebih dia hantar kami ke airport Langkawi.

sekian cerita family trip kami.moga kita berjumpa lagi,,;')

terima kasih adik ipar,solehah yang tolong hantar dan jemput kat airport..;')nanti adik nak pi honeymoon ke kami tolong hantar pulak kalau ada rezeki in shaa Allah..;'p

3 comments:

  1. Replies
    1. best ja..kalau trip bujang2 banyak lagi boleh buat..ni sebab dengan budak dan warga emas..santai2 je la..hehe..;'p ni pun banyakkk bnd tak sempat pergi.area cable car oriental village kot tak silap..tak sempat jengah punn..suami kata mmg nak kena pegi lagi..hehe..;')

      Delete
  2. assalam. boleh tau duk hotel mana dan nombor contact?

    ReplyDelete