Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 4, 2016

Potty Training Zakwan

Bismillahirrahmanirrahim.. ;')

lamanya dah peram entry ni.sejak bulan 3!haha..tu pun dah lupa..tetiba tengok ada draft..ehh..;'p

jadi marilah sama-sama ambil manfaat,kalau ada.

alhamdulillah.Allah izinkan kami potty training Zakwan.. ;')
cerita dia bermula kawan whats app saya.

1 Februari 2016  | 11.03
 Madid Sela: Mira. Ko dah start potty train Zakwan belum?
me: Belum.. >_<
Madid Sela: Aku nak start potty train Afie raya cina ni.

dan berborak panjang la mak-mak ni...cerita pasal potty train pun satu isu tau.boleh buat borak panjang.. ;'p

petang tu dalam pukul 3 lebih Zakwan beyak..sekali ibu dia terus toink!toink! 
ibu : Zakwan, Zakwan tak payah pakai pampers la ye.nanti nak kencing bagitau ibu ok?
Zakwan :Okeyyyyy..(memang okeyyyy memanjang -_-')

 semangat petang tu jugak ibu order..-_-"

memula tu taknak pakai jugak..nasib baik lepas tu dia pakai.sampai sekarang masih pakai dengan baik alhamdulillah.buangair kecik besar pun dah dalam bowl alhamdulillah..;')

saya bersyukur ada benda ni dirumah.berguna waktu nak kutip time Zakwan yak kat lantai.hahaha..>,<

dan bermulalah perjalanan kami suami isteri potty training Zakwan.Allah hantar seru melalui kawan.;'p saya memang pesen tak boleh nak rancang-rancang sangat ni.kecuali bab travel.kena rancang awal sebab nak beli tiket  flight murah.;'p yang lain kena redah je..baru jadi.

sebelum tu ada juga baca pasal potty training ni,tapi dah  lupa.so google balik la..so tips pertama dia kena kerap AJAK anak pi toilet.jangan tanya.AJAK je pi  toilet.tanya tak boleh pakai.ibu duk la tanya Zakwan,zakwan kata anakkkkk..sekali tak lama tu basah lantai.. T__T nangis ibu..;'p padahal baru je rasa tanya dia.haha

tips kedua pulak SABAR. ye kena sabar dan sabar.teruskan bersabar..

tips ke tiga?ingat dan ulang 2 tips diatas..
sekiannn..

Proses potty train ni sebenarnya bergantung jugak dengan usia anak yang kita nak train tu kan..macam pengalaman train Zakwan ni dia diusia 2tahun 9bulan.dia dah pandai cakap.tapi tak semudah yang dijangka.

sebelum nak mula potty train,kita yang kena ready. kena set kat mind kita,kena banyak sabar.ye KITA,mak bapak.bukan anak.kita kena cuba faham dia dulu.bertahun-tahun anak kita pakai diapers nak kencing nak berak tak payah nak bagitau.bila dia suka anytime dia boleh buat projek.tup-tup tiba-tiba nak dia bagitau dulu..tak mudah wehh..percayalah itu tak mudah..haha..

tapi kesabaran diri ini tidaklah setinggi gunung.kekadang TERmarah jugak..-__-" yela..baru tanya..dia kata taknak.tak sampai 5,10 minit tetiba basah je seluar.tension tau i olls..haha..sebab tu la tips nya jangan tanya.terus ajak/bawa je ke toilet.kena kan dengan air.nanti terkeluar la..;'p awal-awal je..sebab dia tak tau rasa nak dekat terkucil tu..

jadi ibu-ibu yang nak mulakan,ni sedikit panduannya. ;-

1) Tanam tekad yang tinggi,percayakan kemampuan anak, pujuk diri supaya sabar dan tak putus asa,dan minta pertolongan Allah agar kita cukup sabar. ;')
2) Lipat/gulung segala jenis karpet yang ada. untuk mudahkan anda mengemop lantai.;'p
3) mulakan dengan bagitau anak,seeloknya sebelum tidur waktu dia tengah tidur-tidur ayam,cakap dengan dia,nak mulakan potty training ni...
4) Bawa anak sekerap mungkin ke tandas.boleh mula dengan 15 minit sekali.kemudian 30minit sekali.sejam sekali.jangan risau.ni mula-mula je.nak dapat rentak dia..rentak kauu..haha..;'p sebenarnya ni nak ajar dia,macam mana rasa nak terkencing tu.bila masa dia nak kena ge ready nak ke toilet.gitu..
5) Jangan marah anak bila dia TERlepas.kalau TERmarah jangan lupa minta maaf ye!!-__-" Kesan dia nanti dia terkucil dia tak nak bagi tau..lagi jenuhh..haha
6) bagi reward tiap kali dia berjaya kencing/beyak. tepuk tangan kuat-kuat boleh.hadiahkan lompat bintang pun boleyy..;'p
7)perlukan kerjasama kedua suami isteri ye..percayalah.jadi kena bincang sama dengan pasangan,supaya kedua-duanya bersedia nak hadap.haha
8) percayalah, susah tak lama in shaa Allah..kejappp je..pernah juga nak putus asa.tapi alhamdulillah kami teruskan jua..muahaha..;'p

tu lah antara tipsnya.

ada kenangan yang tak boleh dilupa..Imran pi berenang kat air kencing Along dia..-____-" sabooooorr je la..;'p

saya tak kata mudah ye.tak mudah dia tu sampai nangis la ibu dia ni.ada satu ketika tu dah happy sangat dia dah pandai bagitau nak kucil kan..kira tak bocor beberapa hari..sekali tetiba tu duk tanya macam biasa kata taknak..sekali tak lama tu bocor..mau tak nangis.dah kenapa???siap solat menangis-nangis la apa dosa diri ini.kahkah!;'p ye..saya tau Allah nak uji saya.kekadang baca doa sambil menangis-nangis.Zakwan pandang jeee..tak lama tu dia nak kucil dia bagitau.;') jangan ingat anak kita kecil dia tak faham apa.kita sebenarya yang tak faham dia..T_T

saya try fikir kenapa.saya rasa sebab sebelum tu mungkin banyak berjalan.bila berjalan dia pakai pampers.mungkin dia tak ingat dia tak pakai pampers.atau mungkin ibu dia ni ada teriak sikit dalam hati,kekonon dah berjaya potty train anak.kott la..jadi Allah nak hantar peringatan.hehe..positif..positif..

update:sehingga sekarang Alhamdulillah.dah boleh tarik nafas lega sikit.accident terkucil tu ada la 2,3 bulan sekali kot..tu selalunya time dia eksited sangat.seronok tengok tv ke.seronok main ramai-ramai ke..-__-" tapi masih pakai pampers waktu malam dan berjalan.nak ajar yang waktu malam lagi nak kena kuat..kena rajin bangun malam.hehe..buat masa ni,alhamdulillah.ni pun nikmat sangat dah.

Friday, October 21, 2016

Trip Ke Pulau Perhentian dan Kota Bharu


Bismillah dan alhamdulillah. Allah rezekikan kami sekeluarga menikmati mensyukuri keindahan bumi ciptaanNya. 

13-15hb oktober kami ke Pulau Perhentian.saya guna pakej Perhentian MJ. ni banyak budak-budak backpackers pakai pakej dia.sebab tempat simple.makan simple.kira pakej budget.tidak la dapat bilik mewah bagai. 

saya amek pakej RM255 seorang.include 
- boat pergi pulang,(kalau nak pergi taknak pulang kena tanya dia rege macam mana..;'p)
-penginapan 3hari 2malam
-makan 3 kali sehari (sarapan,makan tengahari,dan makan malam)
-snorkeling 5 point. 

selalu yang bujang-bujang ambil pakej RM285,bezanya cuma dia bawak pi mandi pantai kat marine park di pulau besar dengan hiking kincir angin kat long beach.

mak anak dua ni idok la berdaya nak hiking bagai..;'p ada rezeki anak dah besar-besar sikit nanti kita pi lagi..;')

oh saya add on transport jemput dari airport ke jeti Kuala Besut RM75 oneway.tiba di Airport sekitar 11.30pagi, kami di jemput Abe Yie. menuju ke Kuala Besut.Sampai Jeti ambil masa lebih satu jam. sampai jeti dah ada person incharge tunggu.cukup orang boat jalan.kami sampai di Kg Nelayan sekitar 2.30pm.  

pemandangan dijeti waktu nak turun dari boat.nak nangis tengok air cantik sangat subhanallah.

tempat penginapan tak jauh dari jeti kg Nelayan.sampai-sampai dia bagi kunci bilik.kami pun makan tengahari.;')

masuk bilik solat jama' rehat-rehat.
kalau ambil pakej yg RM285,petang tu pi mandi kat marine park.

jadi kami saja santai-santai.pusing kampung.;')

ada taman permainan kat tepi laut..;')

esoknya,14hb.hari yang dinanti.turun 8.30 pagi untuk sarapan.9.30 pagi berkumpul untuk pi snorkeling.


point pertama,
mula-mula suami soleh je turun.taklama tu Imran menangis beria nak turun.

along dia bagi makan dari atas boat je..-_-"

lepas selesai point pertama ada pulak sorang akak ni nak pi toilet..hehe..tengah-tengah laut nak melepas.takut jugak..;'p tapi boatman baik je..dia pun zasss bawa pi toilet.tempat singgah tu ada jugak orang mandi..saya saja tanya ada ikan tak belah-belah sini.boatman kata adaa..dia tunjuk hujung-hujung pantai sikit.imran dah tidur atas abi dia.penat masuk air tadi..jadi saya turun dengan zakwan.sekali tengok ramai follow turun.hehe..

dah sampai tempatnya,tengok ikan tepi-tepi pantai je..subhanallah..Zakwan  masuk air.dia pun enjoy tengok ikan dekat-dekat.lama jugak..sekali suami soleh datang dengan Imran.mesti Imran dan bangun la tu..hehe..

suami soleh pun terkejut tengok ikan tepi-tepi pantai.lama jugak boatman tu biar kami enjoy kat situ.padahal situ tak masuk point sepatutnya pun..;')

dah semua puas kami pun naik boat.teruskan point seterusnya.patutnya ada turtle point.tapi boatman cari-cari tak jumpa pulak turtlenya..;'p 

next point,suami bagi saya turun.sebab first point suami je turun sorang.sekali Zakwan beria nak turun.;') mungkin sebab dia seronok tengok ikan tepi pantai sebelum tu.alhamdulillah.atleast confidence level dia meningkat.;')


sebenarnya Imran pun turun lagi.;'p tapi tak sempat bergambar ber4 dalam air.kihkih

lepastu boatman bawak pi shark point.saya tak turun,pegang Imran. Suami soleh je turun memula.sekali zakwan beria nangis-nangis nak ikut turun.yang abi udah jauh sebab boat stop jauh sikit dari pointnya.zakwan duk berzikir nak turun.last-last ada kakak baik hati rajin nak melayan Zakwan.dia malas nak turun mulanya..tapi tengok Zakwan beria nak turun dia pun bawa Zakwan turun.rezeki Zakwan ada orang nak melayan.enjoy bebeno la dia. alhamdulillah.

last point,kami pi pantai apa tak ingat nama.hahaha..kat situ ada mata air.sedap sejuk macam air sungai.air tawar la tu.kalau panjat tinggi sikit boleh la minum air mineral semulajadi free..;') boatman kata nelayan-nelayan amek air kat situ la.sebenarnya kat sini boleh lagi nak mandi-mandi pantai.tp sebab dah mandi kat pantai yang ada orang nak singgah toilet tu,jadi kat sini orang dah tak heran sangat la.memasing pun dah keletihan sebenarnya.;'p

sempat bergambar ber4 kat sini je,,;'p
sedap pepanas terik mandi air sejuk..air tawar..hehe..

balik-balik memasing kelaparan..hehe..
lepas makan naik bersihkan badan,solat rehatttttt..gitu la berjalan dengan anak-anak..manjang rehatnya..;'p kalau yang amek pakej RM285 tu,petang pukul 3 pi hiking Kincir angin pulak...hoho..nasib baik la tak amek pakej tu..-__-" balik snorkeling dah 1 setengah..kul3 nak keluar lagi..hehe..

petang tu hujan lebat selebat-lebatnya...maka beronok-ronok la kami 4 beranak tidur petang tu..hahaha..pakej penat+hujan memang sedap la tidur kan..;'p

makan malam tu jumpa geng-geng yang pi hiking.memasing hp rosak masuk air sebab hujan lebat sangat..T__T

kami yang rancang nak solat maghrib kat masjid pulau perhentian pun tak jadi pegi sebab hujan lebat..

pagi 15hb.8.30 pagi turun sarapan.lepastu bawa anak-anak main kat taman permainan.lepastu singgah masjid.suami solat dhuha..;')




air bawah masjid.cantik subhanallah.jernih.next time datang nak snorkeling bawah ni je..sungguh.


memasing sunburn..T__T tak pakai sunblock.insaf.dulu beli tak pakai.terus malas beli dah.sebab membazir je sebotol besar pulak tu.tapi dah jadi gini insaf balik.hahaha..kena pi beli jugak..

balik tu kemas-kemas bag.pukul 11.45 checkout.boat pukul 12 tengahari.;')

kat jeti ternampak budak-budak ni.subhanallah..pancing pakai botol je..;')

tengok la biru laut.subhanallah.ni takde edit.gambar terus tepek je,kalau edit dah cerahkan sikit muka yang dah legam tu.kahkah.;'p

balik tu kami tak booked transport nak pulang ke KB.ingat nak naik bas je balik KB.tapi Allah maha pengasih maha penyayang.group bujang yang nak balik sama 15hb tu ajak naik van sekali.alhamdulillah..save cost. ;')

ni lah group mereka-mereka yang baik hati ni..ber6.cousin.subhanallah..suka sangat sedara mara rapat gini.dari 3 keluarga.dari Klang.
ni la group yang HP masuk air tu.dari 6 Hp,1 je yang selamat..T_T

sebelum balik KB singgah beli keropok lekor terengganu..kat Z keropok lekor.situ yang femes.
sampai KB dekat pukul3 petang jugak.ayem adik angkat dan isteri jemput.;')

ayem bawa kami makan kat nasi ulam cikgu kota bharu.boleh tahan murah.makan banyak yakmat.maklum la makan lewat.hoho.lepas kenyang Imran pun dah merengek bagai,kami pun pulang.ayem bawa kami ke homestay mak mertua ayem.

selesa.3bilik.semua aircond!siap pakej ada mesin basuh..memula takde,tanya ayem dobi kat mana,sampai dia hantar mesin basuh..T__T tanya kedai runcit kat mana,nak beli sabun.rupanya dah bawak sekali sabun basuh..T___T subhanallah..masih ramai orang baik-baik kat dunia ni..

selesa sangatttt..rasa nak bawa satu keluarga besar.hehe..duk berangan nak ajak mertua datang Kota Bharu.hehe

punya la baik siap bagi pakai kereta sekali sepanjang kat sana..T__T

malam tu ayem dan isteri bawa kami pi wakaf che yeh.

adik ipar ayem tolong tangkapkan..;'p habis silau muka ayem..;'p

esoknya ayem kerja.jadi berbekalkan kereta yang ayem bagi pakai,kami pun pusing KB sendiri.target pertama kami nak ziarah pusara Arwah Tok Guru Nik Aziz.sampai-sampai pagi tu kami je yang ada dikawasan kubur.pusing-pusing cari.takde batu nisan bernama.. saya pun google gambar-gambar orang ziarah Pusara Tok Guru.lepas diamati,kami yakin inilah pusara beliau.

redup subhanallah.berderet dengan pusara ibu dan ayah beliau.tak jauh dari pintu kecik,pintu pelawat.
waktu kami nak balik.tetiba dengar bunyi motor enjin kuasa tinggi..banyak bunyinya.ingat kot moto polis escort sultan datang ke..muahaha..;'p sekali...

konvoi dari utara.kedah dan pineng.ramaiiii..subhanallah.lebih 50biji motor kuasa besar.naik kereta pun ada.rasa 100orang ada..

begitulah ulama.walau dah lama perginya meninggalkan kita,tapi masih diingati ramai.tak putus-putus doa buat arwah..;') moga bertemu kita disyurga in shaa Allah..

balik dari kubur tu kami pi pasar Siti Khadijah.lepastu makan kat Restoran Yati.waze je.ayam percik dia....subhanallah..terbaik..;')


hari pertama.daging bakar pun order.tapi banyak lemak je..;'p 

nasi kerabu dia memang thorrbaikkk..;'p
thorbaikkk dia tu sampai esoknya tu pun suami ajak makan sini la..;'p

lepas tu singgah KB Mall.suami mengidam burger king.huhu..sempat layan movie 9D kat KB Mall tu. balik rehat..malam keluar lagi ke wakaf che yeh.;'p pi sendiri je.tak kacau ayem.dia nak kerja soknya.malam tu kami makan KB burger bakar.

sedap jugakk..;') order nasi goreng sepinggan jugak.hehe.Imran makan banyak.

pagi 17hb kami ziarah kubur arwah lagi sekali,singgah tengok anak sedara..T__T lepastu pi makan kat Restoran Yati lagi,tapi ayam percik tak siap lagi.waktu tu baru 12.30 tengahari macam tu.katanya 1.30 baru ayam percik siap.sebab datang nak makan ayam perciknya,maka kami pi KB Mall dulu beli burger king lagi.T__T dasyat suami punya mengidam. pehtu patah balik restoran yati.mujurlah KB ni tak besar.dari satu tempat ke satu tempat tak rasa jauh.seronok sangat sampai suami soleh kata nak pi lagi.in shaa Allah..;')

habis makan tu,terus balik homestay kemas barang.3.30ptg nadirah dengan maknya(isteri ayem dengan makmertua ayem) tolong hantar kami ke airport..;') alhamdulillah.. 

6.45 petang kami tiba di KLIA2.solat maghrib jama' isyak sesiap.suami pi beli lagi burger king.dasyat tak dasyat mengidam burger king.dah lama duk sebut.tapi area rumah takde burger king.tu dia balas dendam agaknya..;'p

terima kasih Allah,terima kasih suami,anak-anak.mertua yg tolong hantar airport,adik ipar yg tolong jemput di airport.ayem sekeluarga.moga Allah balas jasa baik semua.

alhamdulillah ala kullihal.kalau ikut perancangan kami, ini percutian penutup bagi sesi 2016.;'p tapi kot perancangan Allah lagi hebat ada lagi percutian sebelum masuk 2017 kami terima dengan hati yang terbuka.;'p 

sebenarnya saya pernah berimpi,nanti dah berkeluarga,saya nak kan percutian 3,4 bulan sekali.tapi bila dah kahwin,masih bekerja,saya rendahkan target 2 kali setahun pun dah alhamdulillah..;') bila dah berhenti kerja,saya tak la beri harapan yang tinggi.faham keadaan kewangan suami je yang kerja.dengan zaman najib ni.haha..;'p tapi alhamdulillah.Allah tu maha pengasih maha penyayang.T_T dia beri lebih dari apa yang saya impikan.sungguh la rezeki bukan sekadar rumah besar,kereta mewah,duit yang banyak.sihat itu rezeki,masa yang lapang itu rezeki.suami yang soleh rezeki.

Allah SWT berfirman:
Surah Ibrahim : 7  "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 

pokoknya bersyukur.alhamdulillah a'la kullihal.

Surat Ar-Rahman : 25 “Maka nikmat Tuhan mu yg manakah yang kau dustakan?”




















Monday, September 26, 2016

Pengalaman Kerja Bahagian 3

Bismillahiraahmanirrahim.. ;') 

harini berkesempatan nak kongsi sedikit pengalaman bekerja.hehe..sebelum ni ada cerita sedikit di Bahagian1 dan Bahagian2.

selepas tamat 6 semester di KUIS.saya ada tolong kakak saudara uruskan taska yang baru dibuka.sementara nak tunggu pekerja sampai,beliau minta tolong saya.tak lama pun.lebih kurang 5 hari.tapi pengalaman yang sangat menarik.saya pernah kongsikan di SINI dan SINI.

tak lama lepastu saya diminta kawan umi untuk mengajar kejap di PASTI.tak lama lepastu pakcik minta jadi Guru sandaran di SKSJ.hehe..alaa..yang ganti cikgu bersalin tu..sedikit pengalaman mengajar disekolah rendah sekitar 2 bulan di SINI. lepas tu,pengalaman kerja pertama secara profesional.profesional sangat.haha.bukan la,kira ditawarkan kerja tetap.yang sebelum-sebelum ni semua memang sekejap je.tolong-tolong je.tapi saya suka..cari pengalaman..;') 

bermula la kerjaya pertama saya sebagai Assistant Credit Control di QBE Insurance Berhad.tak pernah dengar?saya pun first time dengar waktu minta kerja tu..hahahaha..company Australia.saya boleh katakan company besar.antara pengalaman berharga.cerita hari pertama ada DISINI. lebih kurang 8 bulan saya disini.berulang dari Kepong-Setia Jaya.hari-hari keluar rumah gelap,sampai rumah pun gelap.kadang tak tengok matahari..;'p perjalanan dia yang jauh.kerja sangat best.tapi silap saya,tak reti minta gaji kat company swasta..hahahaha..tu la namanya pengalaman.dalam 8 bulan,macam-macam juga pengalaman menarik kat sini. pergi Singapore, tengok wayang free,dapat voucher jusco RM300 tu..selain tu saya dapat kawan train.hehe..yelah,8bulan berulang-alik waktu yang hampir sama.pasti jumpa orang yang sama kan..Allah rezekikan saya jumpa Farah,Kak ina, Zati.hebat-hebat semua.;') moga ukhuwah hingga ke akhir hayat. assistant credit control ni kerjanya buat reconcile.hehe..bawah finance la.tapi saya rajin tolong suzzane buat resit dan payment.

8 bulan bertahan,akhirnya rezeki baru di Mandiri Remittance Sdn Bhd.kisah hari pertama ada di SINI. Jawatan sebagai Marketing Officer..haa...nampak tak jauh peginyaa..hahaha..padahal diploma Syariah Law. hmm..officer sangat la kat sini..;'p sebenarnya kerja dah macam jurujual pun ada..;'p kerja saya kat sini ialah promote produk mandiri la..ajak para Indonesian buka akaun Bank Mandiri,dan menyimpan/transfer duit di Mandiri International Remittance (MIR).jadi kerjanya memang jumpa indonesian je la hari-hari.sampai lancar la bahasa indonesia saya time tu.sampai orang indonesia tak percaya la saya orang malaysia..LOL...-__-" siap nak tengok IC bagai.dengan bahasa yang lancar tu,saya relaks je pergi berdua dengan umi ke Jakarta..;') alhamdulillah lancar perjalanan pergi dan pulang.;')

5bulan diMandiri,jangan tak tau,saya staff paling lama sebagai Marketing Officer orang Malaysia yang kerja kat situ.hahahaha..yang lain semua paling lama seminggu dua je..hahahaha..ada tak sampai sehari dah cabut..;'p company tu company baru,waktu saya masuk sekitar 2 tahun.jadi,banyak kerja nak kena buat.kerja saya pun sangat mencabar.serious, tak tipu.sebab memang kerja dengan orang indonesia.bahasa yang boleh tahan lain dia.kerja pun tak macam officer.banyak kerja luar.kena pi promote tu yang orang tak lalu tu.promote bukan kat dalam MIR tu,promote kat branch-branch lain,pi kilang-kilang,tapak binaan,rumah pekerja indonesia,padang-padang,pasar malam..ehhh..banyak lagi la tempatnya..;'p kerja kadang balik 1 pagi.sabtu ahad tu biasa.jadi berhenti pasai pa?pasal fikir waktu tu dah nak kahwin..saya kan memang family person..muahaha..taknak la kerja hari minggu bagai.balik tengah malam.jadi mula la risik-risik tempat kerja lain.alhamdulillah.Allah izinkan saya kerja di UIA.;') waktu kerja mandiri saya kerap jugak pi UIA sebab kebetulan Mandiri ada buat program,hampir tiap-tiap minggu tumpang Audi Engineering. tak sangka pulak rezeki kerja di UIA.Allah tak izinkan belajar kat sana,Allah hantar saya sebagai staff disana.sebenarnya saya dapat UIA lepas SPM.tapi waktu tu dah masuk KUIS.kekonon kat KUIS Law kan..kat UIA dapat human science. nak keja apa tak tau time tu..;'p hahahaha..jadi stay je kat KUIS.(alhamdulillah jumpa jodoh dari kawan kat KUIS.takdir terindah) haa..

jadi kat UIA sebagai W17.Pembantu kewangan.merapu sungguh waktu interview.hahaha..terkejut jugak dapat.rezeki alhamdulillah.maklum la..saya bukan amek subjek akaun.sekali dia tanya pasal akaun.-__-" memang jawatan tu pakai SPM je.dann..gaji turun 30% dari MIR dulu.tapi,kan saya kata,saya family person.apalah sangat duit tu.keluarga lagi penting.;') jadi bekerja la saya di UIA bahagian finance.saya jaga akaun.kerja 2 tahun lebih.sampai confirm la kat sana..baru confirm,hantar resign letter..;'p kat sana kira dari bujang,kahwin,beranak la..haha..waktu Zakwan setahun,saya hantar surat resign.hadiah birthday Zakwan.;') tapi 3bulan notice..hehe..jadi zakwan 1tahun 3 bulan baru la ibunya direzekikan jadi full housewife.alhamdulillah.impian dan cita-cita tercapai.;')

ye,cita-cita saya nak jadi suri rumah.sebab tu saya tak heran belajar Diploma Syariah Law,kerja finance lah,marketing la..hahaha..alhamdulillah.saya suka kutip pengalaman.memang jenis saya, kalau boleh saya suka tahu semua perkara.walau tak pakar.tahu basic pun alhamdulillah.sebab tu cita-cita lain saya mengembara seluruh dunia..;') nak kenal bumi ciptaan Allah yang indah,luas terbentang.setiap negara ada perbezaan dia kan..doakan.moga Allah rezekikan kami sekeluarga,dan awak-awak yang turut bercita-cita.;')

haaa..begitu lah lebih kurang pengalaman kerja saya setakat ni,walau dah jadi full housewife diusia 25 tahun,tak kurang banyak kan pengalaman kerja saya?sebenarnya lepas resign saya dapat offer government.sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S27).saya resign bulan puasa,dalam raya tu surat offer sampai. waktu tu dah habiskan stok ebm Zakwan,dengan kena pi kursus seminggu nak tinggal anak suami.tidak laaa..dengan entah mana dia nak hantar belum tentu..lepas bincang suami isteri,dengan istiharah.inilah takdirnya..;')alhamdulillah belum menyesal lagi..;'p moga-moga Allah tak datang kan sesal tu..;') saya yakin suami soleh mampu cari rezeki halal buat kami sekeluarga.saya pun bukan la nak bermewah pun.yang penting keluarga disisi.

jadi rumusan pengalaman kerja saya:
1) Security di Carrefour
2) Praktikal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI)
3) Praktikal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
4) Mengasuh di Taska Acasia
5) Mengajar di Pasti
6) Mengajar Di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya
7) Assistant Credit Control di QBE Insurance Berhad
8) Marketing Officer di Mandiri International Remittance Sdn Bhd
9) International Islamic University Malaysia (UIA/IIUM)

alhamdulillah.terima kasih Allah untuk segala pengalaman.so target nanti anak-anak dah besar nak buat apa?nak duduk rumah je ke??tak bosan ke??sebenarnya saya sangat look forward untuk join any NGO bagi program kemasyarakatan.;') saya suka pi jumpa orang.homeless.anak-anak terbiar..ya Allah..moga Allah rezekikan saya dan keluarga menyumbang pada masyarakat.T__T biar tak kaya harta,janji kaya dengan kasih sayang sesama manusia..saya sangat teringin nak berjumpa mereka-mereka.bersembang tentang kasih dan sayang.kongsi duka dan lara.moga Allah tunjuk kan jalan.saya tahu,ada yang dari zaman universiti dan mula join program-program ni.tak tau kenapa saya tak terlibat,tak pernah dengar.tak diundang.mungkin Allah belum izinkan.antara idola saya,Saiful Nang,Syed Azmi, Raja Shamri, Allah..hebat-hebat jiwa mereka. tak lupa juga,seorang kawan sekolah yang aktif beri bantuan pada kucing-kucing terbiar,Izzati.beliau salah seorang ahli dalam persatuan Abu Hurairah Club IIUM.

moga Allah Izinkan.sungguh kita cuma merancang,segalanya dengan IzinNya.

"ya Allah,jadikan kami manusia yang memberi manfaat pada orang sekeliling kami."

Friday, September 16, 2016

Birthday Suami Soleh 27 Tahun

Alhamdulillah..kali ke 4 meraikan bersama.selalu tetiap tahun pening nak fikir surprise apa nak buat untuk suami..tahun ni mak malas nak stress..apa ada je lah.suami pun bukan heran sangat pun surprise-surprise ni..kahkahkah..;'p

Cuma saya masih percaya,kesayangan kita,perlu diraikan.;') saya kecik-kecik dulu takde pun menyambut birthday ni.kadang ada rezeki ada la kek.kadang takde.tak la marah pun kat umi ayah.tapi saya sangat suka tengok cousin-cousin yang diraikan dihari ulangtahun mereka.;') dulu dalam keluarga ada la makcik yang akan jemput pi birthday party anak dia.(cousin saya)  tak,saya tak cemburu.tapi tumpang bahagia.;') jadi bila dah berkeluarga,saya nak anak,suami saya rasa dihargai dihari bahagia mereka.;') 

lauk kesukaan.udang masak sambal petaiiii..;'p 

Tahun ni birthday suami sehari sebelum raya haji.tahun ni suami soleh bertugas.dan agak padat jadual beliau sejak kebelakangan ni,seorang imam dah berhenti,jadi suami banyak kena ganti. alhamdulillah, Allah sangat baik.kami tak boleh balik kampung,Allah hantar kampung kepada kami.umi dengan anak buah datang beraya disini.hehe..;')

sebelum ni suami pernah sebut,tak boleh ke kalau birthday tak payah kek.kita buat lain sikit,pizza ke,bbq ke..tapi isteri dia macam buat endah tak endah je..tetap la tetiap tahun beli kek.huhu..tahun ni dah semakin matang agaknya.mula la terfikir,kita nak happykan orang,buat apa yang dia suka kann..bukan buat apa yang kita suka..hehe..

dan diatas kesedaran itu,semperna ulangtahun kelahiran suami kali ni,isteri dia masak lauk kegemaran,dan piza kesukaan..hahahaha..tak tau la suka ke tidak piza tu..-__-" tapi yang pasti suami lagi suka la piza dari kek.haha

one happy family (in shaa Allah) with piza.baked with love.muahaha..;'p


birthday boy happy!!;'p sebenarnya lauk tu sikit sangattt..ye la..takde la nak makan besar sangat ke kannn..sebabnyaaaa,isteri birthday boy kesemputann..hahaha..;'p kami puasa haritu.suami bertugas,jadi saya dengan dua anak ditemani ain dan firdaus (anak saudara) pi beli belah kat NSK cari barang dapur..macam first time pi beli barang dapur tanpa suami..hahaha..dengan puasanya..penat dengan budak-budaknya..Imran yang kacau along dia dengan abang firdaus dia.kena kuarantin.lepastu nangis minta dukung..(mengantuk sebenarnya) balik dah asar.jadi,itu je lah yang sempat nak masak.ikut hati nak buat ikan 3 rasa bagai.tapi dah la..tu pun dah nak pengsan.haha..;'p

hadiah.

sebenarnya saya tahu,satu-satunya benda yang suami soleh idamkan..dari sebelum kahwin.bawa ke anak 2..haha..tapi terpaksa postpone ke suatu masa yang terbaik.sebab nampak benda tu tak berapa nak beri manfaat..hahaha.. >__<  jadi rezeki benda lain.yang in shaa Allah memberi manfaat seumur hidup.moga Allah izinkan.hadiahnya pun macam-macam dugaan Dia bagi sebelum nak dapat..hehehe..in shaa Allah kalau ujianNya banyak sangat tu in sha Allah Dia permudahkan nanti..hehe..

lepastu suri rumah ni dapat rezeki voucher dari Zalora,from blogging!hehe..boleh la beli hadiah sikit untuk suami hasil dari pendapatan sendiri..;'p

Sayang,cici tau bibi akan baca ni walaupun entah berapa bulan kemudian..haha..

terima kasih terima cici yang tak sempurna.terima kasih sudi kongsi hidup dan bersabar dengan isteri yang cetek akal.terima kasih sudi terima segala kekurangan dan ketidaksempurnaan dalam hidup cici.moga Allah ganjarkan bibi syurga tanpa hisab.moga kita dipertemukan disana nanti.selamat hari lahir ke 27.teruskan sabar dan banyakkan berdoa moga kita kekal bahagia hingga kesyurga.moga Allah beri petunjuk pada kita sekeluarga.terima kasih jadi suami dan abi yang terbaik untuk cici dan anak-anak.moga Allah berikan kesihatan tubuh badan supaya dapat bibi cari nafkah yang halal buat kita sekeluarga.moga Allah kurniakan rezeki yang berkat.kehidupan yang memberi manfaat buat orang sekeliling.ilmu yang bermanfaat.akal yang cerdas.sabar yang tinggi.iman yang bertambah.amal yang berpanjangan.jangan penat tegur salah silap cici.moga Allah tambah kasih sayang kita dari hari kehari.doakan cici jadi hamba Allah,isteri,ibu,anak yang solehah.moga bibi jadi anak yang soleh untuk mak abah, umi,ayah.

terima kasih untuk segala susah senang bersama.kita jalan perlahan-lahan bersama ye.8 tahun cici kenal bibi.bibi terlalu sempurna untuk cici yang banyak cela.memang takde manusia sempurna,tapi bibi menyempurnakan cici.moga Allah ampunkan dosa-dosa bibi.

terima kasih sayang.selamat hari lahir.

isterimu,
Amirah



Friday, September 9, 2016

Tips Di Krabi

Assalamualaikum!
setelah pergi buat kali kedua,baru kami sedar yang kali pertama sampai tu macam tak lengkap je kenal Ao Nang town!haha..jadi ni ada sedikit tips yang boleh di kongsi.

PENGINAPAN/HOTEL

haaa..jangan tersilap.walau kita pi Krabi,jangan duk pi tempah hotel kat Krabi town tau!kat sana pekan mati..mati tak berapa nak mati laa..;'p tapi takde apa sangat la.ke takde apa langsung..-__-"

jadi nak menginap kat mana?haa..menginap area AO NANG TOWN!dari aonang town ke krabi town ada setengah jam jugak kot..haa..kat ao nang town la yang meriahnya pun..hotel jangan risau..banyakkkkkk...murah ada,mahal ada.tinggal pilih je.tapi kena tengok musim jugak.kalau pi peak season, takut jugak la penuh.mahal tu dah tentu la.kalau tak silap peak season dari bulan 12 ke bulan 4. haa lepastu low season nak pi walk in pun bleh aihh..waktu kat Krabi ada je jumpa sekeluarga ni kat kedai makan.borak-borak la.dia datang dengan kereta je.kampung kedah.so memang selalu sangat la masuk krabi.macam kl-kedah la dia buat.haha..hotel pun dia walk in je.

Ao Nang Miti Resort


ni hotel pilihan kami.dua kali pi Krabi.dedua kali duk sini.tak sampai RM100 semalam.ok sangat la kot kan untuk hotel ada swimming pool.luas bilik pun selesa alhamdulillah..;')
staff mesra.kedai makan halal dekat-dekat.boleh jalan kaki ke pantai.tapi letihh..;'p kalau saja nak bersenam sesuai sangat la..kami jalan santai-santai je..;')
kalau malas jalan boleh sewa motor..;')

KENDERAAN

untuk Airport Transfer ada macam-macam pilihan. Ada teksi,ada bas.kalau dari Ao Nang nak ke Airport Van pun ada!dari Air port ke Ao Nang tak sure.haaa..naik bas kalau tak silap 150 Baht seorang. Naik teksi 600 baht dari Airport ke Ao Nang.dari Ao Nang ke Airport 500 Baht sahaja.haa..dedulu kami booked kat hotel airport transfer.dia charge 500 Baht sahaja.tapi kali ni kami booked tunggu-tunggu tak de siapa yang menjemput..T__T

maka kami pun pi la kat kaunter teksi,tengah duk nak booked tu datang seorang hamba Allah ni nak tumpang sekali.dia seorang sahaja,rasanya dia malas naik bas.(saya pernah baca bas lambat.nak menunggu bagai,sampai berjam) jadi kami pun on je laaa..sekali orang kaunter kata kalau hotel lain-lain kena tambah lagi 200 Baht.hahaha..tak sampai 1KM pun beza hotel kami.tapi brother tu setuju,jadi dia kata divide 2.400 Baht je la kami kena bayar..;') Alhamdulillah.

Balik tu pulak kami try naik van je..selesa jeeee...van besar tu waktu kami naik ada 5 orang Dewasa je dengan zakwan dan Imran.janji sampai Airport..yedak??hehe..van ada setiap jam kata staff hotel..dan charge 200 Baht seorang.kami berdua je kena bayar.Zakwan Imran freeeee..yeayyy!!;'p

Haa..tu baru cerita Airport transfer.hehe

sekarang nak cerita pasal sewa motor pulak.

sekuter yang ohsemmm..;'p

Haa..kat sana kebanyakkan hotel pun ada sediakan perkhidmatan ni.tapi mesti la dia markup sikit kann..survey punya survey,memula tanya kat hotel berapa.dia kata 250 Baht sehari. (kiraan 24jam) tapi ada dengar tourist sorang tu call direct owner moto sewa ni.dia charge 200 Baht jeeee..hehe.jadi saya pun dapatkan lah yang 200 Baht ni..;') suri rumah kena bijak berbelanja uoolllss..;'p

hah,boleh simpan no ni!hehe..nanti minta tolong je hotel call kan..diorang ok je..hotel saya duduk ok.hotel lain tak tau la..hehe..

dulu kami tak sewa pun motor.jadi tak berapa nak menikmati Ao Nang..kali ni alhamdulillah..Allah izinkan..hehe

haa nak share cerita sikit.pengalaman tetiba motor tak boleh start!!dah udah mengapa kenapa,cuak gak la..tanya staff hotel dia pun tak tau punca.dia try-try tak boleh start jugak!!siap nak call la owner.sekali ada sorang lagi staff datang try start..elok jeee hidup motornya.jampi apa dia pakai??rupanya nak start tu kena lipat tongkat..;'p haha..memang semua skuter gitu ke skuter kat Krabi je?kira letak tongkat automatik enjen mati.haha..penat je cuak..;'p

MAKAN

Standard la sampai Krabi,yang istimewa mestila tomyam dan paprik thailand!tapi selain tu,ada yang sedikit kelainan yang takde kat malaysia yang mesti kita cuba di Krabi,iaitu pancake dia!kami pun rasa lepas kali kedua sampai sini..dulu datang tak rasa pun..-__-" sekali dah try mesti repeat..haha


nak makan murah kat Krabi?cari je street food.kalau makan kat restoran/kedai,tomyam semangkuk standard 120-180baht.tapi boleh makan untuk 2 orang.telur dadar 50-80baht.nasi goreng 80-150baht.huihhh..botak makan kat sana..;'p jadi cari street food,dapat la makan nasi goreng 50baht. tomyam pun 80baht je.

ni kat halal street food.makan tengahari sampai petang.nasi goreng tomyam semua ada.

ni contoth street food kat depan masjid.tapi yang ni bukak malam je..siang boleh pi cari kat area balai polis.sebenarnya agak jauh nak memusing kalau sesiapa yang duk area tempat kami duduk.kami duduk area masjid ni.sini banyak makanan halal.yang halal street food siang tu dia lorong lain.kira kena pusing lalu tepi pantai..lalu deret-deret kedai..jalannnnn..jalannnn lagi...hahahaha..gigih jugak la kami jalan kaki nak cari halal street food tu sebab nak makan pancake mokcik Yaminlah tuuu..hahaha..gigih sewa motor sebab nak pi lagi.tapi rezeki kami sekali tu je.lepas tu makcik Yaminlah tak bukak kedai pulak.waktu kami pi beli pun dia dah cerita dia demam..

haa..cari je masjid ni kat Ao Nang.in shaa Allah jumpa kedai kat atas tu.


haa..ni tempat breakfast murah dan sedap..dari hotel seberang jalan jeee..

ni kalau makan kat kedai,mangkuk kecik macam ni 150-180 Baht. lebih kurang RM15-RM18++
telur Dadar 50-80 Baht. -__-"


ni kat Arneej..glemer gak la..tapi bagi saya biasa-biasa je..sedap la boleh makan.tapi takde la sampai nak terkenang-kenang gitu..haha..;'p

ni paprik kat sana.nasi secoit je..;'p standard nasi goreng kat kedai 80-120 Baht..T__T

air kegemaran suami soleh dan Zakwan.Zakwan dah pandai layan kopi sekarang.-__-"

yogurt
minuman berkultur.haha..ala-ala vitagen dengan yakult la..-__-"

ni pun ada kisahnya.nak jadi cerita kat sana imran macam dedar-dedar ke demam ke tak pasti.sebab tak bawa termometer.jadi just buat cara kami la.natural remedies.tu yang beli yogurt dengan yokult ni. minyak kelapa dara memang standby je dalam bag.nyaris-nyaris fikir nak beli bawang putih je kat sana.;'p alhamdulillah Imran sihat suhu pun ok je normal balik.kalau tak,jadi pawang la ibu dalam bilik hotel kat Krabi tu..haha


AKTIVITI

Island Hoping

dah menjadi kemestian kalau pi Krabi tak pegi Island Hoping tak sah la kan.ibarat tak sampai Krabi la..;'p

dan pastinya kami tak ketinggalan buta Island Hoping ni walau dengan anak-anak kecik..;'p waktu pergi dengan Zakwan pertama kali dulu Zakwan belum 3 bulan!;'pterkejut tour guidenya pun..huhu..katanya sebelum tu paling kecik pun 8 bulan.yang pertama kali dulu kami ambil pakej Phi Phi Island dengan speed boat.seingat saya kos cuma 1000 Baht seorang. 

Jadi kali kedua ni kami cuba pakej yang lain,kami pilih 4 Island.tu pun dah puas hati sangat alhamdulillah.agency yang kami ambil kali ni ialah Barracudas Tour.selalunya pakej akan termasuk makan tengahari.sebab pergi dari pagi sampai ke 3-4 petang.jadi kena la tanya,makanan halal tak?siapa yang masak? pakej 4 Island kali ni 350 Baht seorang.tapiiiiii kena tambah 400 Baht seorang untuk national park fee.dulu waktu kami amek pakej ni tak tahu menahu pulak pasal national park fee ni.kata mereka fee ni baru diperkenalkan.yang ni kena bayar asing.waktu pagi nak register tu,ada family orang putih ni tak tahu menahu pasal national park fee..hangin jugak la dia.ber4 pulak tu.jadinya lepas ni kalau nak pilih pakej tanya sesiap,harga include natinal park fee tak?gitu.. jadinya 750 Baht la seorang.kanak-kanak bawah 4 tahun free..

KRABI NIGHT MARKET

First time kami sampai Krabi dulu,kami tak pi pun Night Market ni.hehe.tapi dah macam orang duk sebut-sebut,masa pun lapang,kami pun beli la pakej Night Market ni.hehe. beli sekali waktu beli pakej Island hoping. 200 Baht seorang. ni pi naik van.tapi selesa je..petang pukul 6 macam tu dia datang jemput depan hotel. kalau naik motor pun boleh.dalam 20km dari Ao Nang ke Night Market.NM ni dekat pekan Krabi. tapi sebab malam kan,kang sesat jalan naya jeee..dengan anak keciknya..hehe.Night market ni ada pada hari Jumaat sabtu dan ahad je. 

kat sini mostly art craft.cantik-cantik.lukisan dia power sungguh.tapi tak boleh beli.sebab nak balik naik flight tak tau guane nak bawa balik.selain tu tshirt Krabi pun ada.kata orang lebih murah kat sini.sebenarnya haritu dengan anak dah mengamuk-ngamuk,ngantuk agaknya,jadi kami main beli je tak sempat nak survey-survey.

makanan macam tak banyak yang halal.ingat malam tu nak makan kat situ je.last-last beli ayam goreng dengan kebab je.balik tu suami soleh pi cari makanan bungkus bawak balik hotel.


yang lain-lain aktiviti kami tak buat..hehe.ada yang pi Emerald Pool, naik gajah dan sebagainya.emerald pool tu ada masa-masa yang dia bukak.sebab waktu kami pergi musim hujan.biasanya kalau musim hujan dia tutup jalan nak ke emerald pool tu.yang gajah-gajah ni kami tak sampai hati nak naik.sebab gajah bukan haiwan tunggangan kan..lepastu baca pulak penganaiyaan pada gajah.nak paksa gajah tu jalan..T__T terus tak sampai hati nak naik.


jadi ni lah serba sedikit yang dapat dikongsi.harapnya membantu mana-mana yang nak pergi ke Krabi.saya ucapkan selamat bercuti!semoga perjalanan berjalan lancar.moga-moga perjalanan kita menikmati bumi ciptaan Allah meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita pada pencipta.;')

Monday, August 29, 2016

Muslimah Wear

Seiring perkembangan fesyen, muslimah juga tidak ketinggalan untuk tampil lebih anggun dan bergaya. hamboihh kemahin ayat pembuka bicara.haha.

just nak share sikit pasal muslimah wear.saya jenis tak mengikuti sangat perkembangan fesyen.tapi suka tengok orang pakai cantik-cantikkk..lelagi yan kurus tinggi tu..hahahaha..pakai pakaian muslimah,tak perlu nak ketat-ketat pun boleh nampak cantik sebenarnya.tengok je sekarang dah berbondong-bondong orang bukak butik yang menyediakan muslimah wear.tak mesti pakai jubah je.memacam jenis pakaian yang boleh kita mix and match tau.. ;')

antara yang yang saya suka pakai, maxi skirt, blouse, dress, cardigan, dan palazzo.

MAXI SKIRT

tengok orang kontot pakai maxi skirt..habis sapu lantai..;'p

walau pun sebenarnya maxi skirt lebih cantik dipakai orang yang tinggi lampai,eh yang petite pun tak salah kalau nak pakai okey..membuatkan imej ayu..kain kembang-kembang..hehe..;'p

Zalia beige Placement Floral Skirt ARIOOAA0000021GS_1

cantikkan warna putih..

BLOUSE
pun memacam jenis blouse sekarang ni.kalau untuk ibu menyusu macam saya,of course yang nursing friendly jadi pilihan.blouse pun senang nak match, dengan maxi skirt boleh,seluar pun boleh.

KEVAY.CO pink Yuni blouse KE754AA04KLJMY_1


DRESS
Maya Abaya pink and blue Laana Flower Dress MA338AA84HATMY_1

Haa..yang ni favorite jugak ni.lelagi nak pi kenduri ke..lagi best material yang tak payah iron..sarung je ready nak pi kenduri ke pi  masjid ke..hehe..

LONG CARDIGAN

haa..long cardigan ni pun iolss suka sangat.sebab sarung sekejap je boleh keluar rumah,musim pepanas ni pepaham la..dalam rumah pakai se"short" mungkin.
jadi kadang tu nak keluar jemur baju ke,angkat baju ke,haaa..sarung je cardigan ni..mudah sangatt..selain tu boleh jugak bawak keluar berjalan..haa..bergaya tau.lepas siap masak tu,sarung cardigan terus pi shooping complex..hehe..;'p


Maya Abaya red and yellow Multicolor Long Printed Cardigan MA338AA77HBAMY_1


PALAZZO

BYN purple Palazzo Pants BY059AA11EMIMY_1

yang ni dulu popular.sekarang tak berapa nak in.tapi percaya la tak lama lagi mesti in balik.hehe.suka palazzo sebab tak ketat..;') ayu bila pakai.tapi boleh melangkah longkang dengan lebih yakin.kihkih

haaa..ni la serba sedikit antara muslimah wear yang saya gemari.
tu semua yang cunss cunss tu hampa boleh pi beli kat ZALORA je..;') tak payah susah-susah berpeluh-peluh nak berjalan redah jem cari parking bagai.duk depan laptop,belek-belek kat website Zalora pi beli mana yang berkenan.hehe.selamat menjamu mata dengan pakaian-pakaian muslimah wear yang cunnss cunns di Zalora..;') 

Monday, August 8, 2016

Raya 2016

alhamdulillah..tamat sudah sebulan syawal.cepat sungguh rasa masa berlalu.punya tak menyempat sampai dah habis syawal pun masih ramai nak buat open house.;'p tak salah pun..nak jamu orang,nak bagi makan,tak mesti dalam bulan syawal je kan..;')

tahun ni giliran beraya di Banting!;') alhamdulillah.beraya kat memana pun saya happy.takde istilah sedih beraya rumah mertua ke hape..;'p harap-harap nanti anak menantu cucu-cucu pun happy je la nak balik kampung kami nanti.kehkeh.

jadi nilah gambar pagi raya.tak tahu kenapa.tahun ni beriya semacam.agaknya pasal tahun lepas tak raya.semangat tu carry forward ke raya tahun ni kot..ehhh..;'p

sepet mata memasing begambo pepagi.kihkih

gitu la kalau banyak beno camera.suami soleh ni pi pandang camera lain pulak..;'p
macam biasa,nak begambar dengan anak bukan mudah..hurmmmm..;'p

 ok la.gambar ber4 dipagi raya..;')

keluarga haji sarwanaaa..;') satu family je takde,family abg ipar.first time rasanya gambar raya tak cukup korum.hehe.takpe.mereka tersimpan rapi didalam hati kami semua.kihkih.

saya bersyukur Allah aturkan saya masuk kedalam keluarga besar ini.moga nanti saya dan suami mampu ada keluarga besar kami in shaa Allah.;') jangan kata saya dari keluarga kecil.cousin saya lebih 50 orang.tu satu tok,satu tok wan.haha.

seperti yang diceritakan didalam entri sebelum-sebelum ni,Allah rezeekikan kami beraya di Krabi.



alhamdulillah.Allah juga izinkan saya beraya dengan keluarga saya di Penang.sambil-sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan.terima kasih ya Allah.

my small family.moga Allah himpun kita di syurga.;')

dannnnnn..dalam kepadatan dan keletihan..alhamdulillah.Allah izinkan kami buat makan-makan sikit..;') penat.tapi penutup raya ni.biar penat-penat dulu.rehat-rehat kemudian..ehhh..;'p

mulanya saya nak masak sendiri je..nak buat bihun sup dengan mee kari je.sekali Allah hantar bantuan,akak sanggup amek cuti nak tolong masak.jadi dah alangkepalang ada cheff,kita up sikit la menunya..hahaha..kami tukar ke menu nasi kerabuuuuu..bihun sup dikekalkan.hehe..mee kari lain kali la..in shaa Allah. 

mula pukul 12 sampai 6petang patutnya.tapi alhamdulillah.tetamu datang sampai ke 10.30 malam..T_T terima kasih ya Allah.nasi pun cukup-cukup sampai ke tetamu terakhir.subhanallah..sampai menggoreng ayam la tiba-tiba ada tetamu sampai lagi.nasib baik nasi dan lain-lain ada lagi.







terima kasih semua yang hadir.banyak yang tak sempat bergambar pun..ni kebanyakkannya memasing dapat dari tetamu.mohon maaf kalau ada terkurang dari segi hidangan mahupun layanan.sejujurnya,saya suka tetamu datang beraya sikit-sikit.sempat nak berbual panjang.tapi apakan daya,sekarang dah jadi budaya kalau tak buat open house orang tak mau datang.jenuh la berbuih mulut menjemput..datang la rumahhhh..nanti la tunggu ustaz buat open house.kata deme..haha..bertabahlah.zaman dah berubah.follow la apa yang boleh.jadi bagi mereka-mereka yang masih old school,boleh la kiranya sudi untuk datang keteratak buruk kami,pada bila-bila masa yang bersesuaian.tak perlu tunggu raya.pintu rumah tak la sentiasa terbuka.sekarang zaman bahaya nak bukak pintu sentiasa.ketuk la pintu.beri la salam.nak lebih selamat,call dulu,tanya ada rumah tak.bagitau awal boleh la masak-masak sikit apa yang mampu..gituuu..haha..

begitu la lebih kurang bagaimana kami sekeluarga menyambut hari raya tahun ni.punya la padat sampai suami raya puasa 6 pada hari terakhir ramadhan.kahkahkah..;'p syukurlah dapat beraya.mak memang surrender awal-awal..T__T haaa..pada yang bagi duit raya pada anak-anak,terima kasihhhhh Zakwan dan Imran ucapkan.in shaa Allah akan dilaburkan dan disimpan sebagai bekalan masa hadapan mereka.moga Allah pelihara dan berkati.

terima kasih.