Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 27, 2016

Welcome 2016!

bismillahirrahmanirrahim..

amboi amirah.dah hujung februari baru nak welcome 2016. -_-'' nampak sangat busynya tu..;'p
alhamdulillah 2015 berlalu dengan memori yang indah-indah. nikmat melahirkan Imran,alhamdulillah. travel ke hatyai waktu mengandung 7bulan. ;'p family trip ke Langkawi yang awesome! alhamdulillah."nikmat mana yang mahu kau dustakan?"

rasa bersalah sangat dengan Imran,tak banyak cerita pasal Imran dalam blog ni.;'( sorry Imran.nanti ibu cerita banyak-banyak pasal Imran in shaa Allah.moga Allah izinkan. Imran anak yang baik.kuat tersenyum.bangun-bangun tidur terus tersenyum.tapi kaki merapppp..;'p haii la anak..kadang nak masak,jemur baju,siram pokok pun berbaby wearing.masuk jamban pun angkot sekali.-__-''


alhamdulillah dapat suami yang banyak membantu.kekadang sebelum tidur tengok sinki penuh,ingat sok pagi la nak settlekan.bateri dah kong.sekali bangun soknya tengok sinki dah clear..syukur ya Allah.


sekarang ni mula berjinak-jinak dengan menanam sayur.disebabkan suka masak sawi jadi tanam sawi dulu.semai lobak tak menjadi pulak..;'p

semai sawi



meghenyut-ghenyut anak pokok sawi.orang takde ilmu,pi tuang sepeket dalam pasu..;'p
ni la antara yang bernasib baik yang hidup lagi..;')

bukan apa,buat batas.memang dah alihkan ke batas.tapi sebab cuaca panas sangat,jadi ada satu batas je yang terselamat.yang paling tepi redup-redup sikit.sekarang fahamlah perasaan orang yang duk bekebun.suami pun syok tengok sawi dah besar.selain boleh berjimat nanti in shaa Allah,boleh makan sayur bebas racun kimia.;') sekarang nasi tak habis,kekadang rajin simpan air basuhan beras,semua buat baja organik. ;') ni duk belajar buat baja roti.duk peram lagi tu.;'p

maka taulah betapa busy nya kot kann..;'p ada lagi pokok lain.tapi sebab ni yang tanam sendiri,eksited dia lain macam.selain sawi ni ada pokok cili,pokok tomato,kangkung,serai,limau purut,pokok kari,ulam raja,daun kesum.haa..pudina pun ada..

nantilah buat entry pasal tanaman pulak ye..

tu la banyak sangat nak cerita.perkembangan Imran tak cerita lagi ni.gigi dah ada 2 batang.7bulan setengah baru keluar.Zakwan dulu 5 bulan setengah keluar dah gigi.huihh..power sangat mira ingat gigi anak-anak tumbuh berapa bulan..haha..idakkk le teman.i olls kan short term memory.haruslah rujuk kat blog ni.tu yg tau Zakwan dulu 5bulan setengah dah keluar gigi..hahaha.. ;'p

tapi Imran agak cepat dalam pergerakan.merangkak pun powerrr..laju lain macam.ni dah start meniti dah.baru 8 bulan.chayok2 Imran!tak sabar nak main kejar-kejar dengan Along la tu kann..hehe

ok lah,dah 1.32am dah ni.nanti la buat entry bebetul cerita perkembangan memasing ye..jangan mak dia berkembang jugak sudahh..;'p

nah hadiah gambar zakwan dan Imran berpakaian tradisional cina.kehkeh.takde rezeki lagi nak jumpa atok nenek sedara mara sepupu sepapat cina.ada rezeki in shaa Allah.one fine day.;')