Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2016

Pengalaman Kerja Bahagian 2 (Praktikal)

bismillah.alhamdulillah.tetiba semangat nak sambung sebab anonymous sorang ni suh cerita lagi.terus semangat berkobar-kobar.=,= ehemm..bukan pasal dipuji ye.tapi sebab seronok kongsi pengalaman. ye,lepas kerja security tu dalam sebulan lebih, lepastu sambung la belajar.cuti next sem tu ada praktikal.

praktikal pun salah satu pengalam kerja kan.walau waktu saya tu praktikal tak bergaji.-_-' praktikal pertama saya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (JAWI) penempatan bahagian pembangunan keluarga, nikah, cerai dan rujuk. rasa la kerja sebagai penjawat awam.kehkeh. bahagian ni mostly attend ramai client.yang nak mohon nikah,nak kaunseling pasal masalah keluarga pun boleh.tapi kat sini boleh dapatkan khidmat kaunseling je.nak mohon/daftar cerai pi mahkamah!hehe

jadi waktu tu antara yang kami belajar ialah prosedur permohonan nikah.ada jugak pengalaman jadi saksi nikah orang indonesia kahwin bangladesh.;') meraikan je.kesian dia takde kaum keluarga.
kaunseling pulak biasanya mereka yang ada masalah la kan,datang mengadu nasib.ada yang datang menangis-nangis.biasanya pegawai cuma boleh bagi khidmat kaunseling.step seterusnya kena pi rujuk kat mahkamah la.

antara yang busy kat situ orang duk call tanya kad kawin depa dah siap belum..;'p hangat talian pejabat dengan pertanyaan tu.yang datang kaunter mostly nak mohon nikah,nak buat kad kahwin.datang ambil sijil. 

itulah pengalaman kat JAWI.

untuk course saya ada 2 kali praktikal.jadi yang lagi satu tu saya praktikal dekat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

praktikal kat mahkamah ni lain sikit.pusing habis satu mahkamah tu.kat bahagian Sulh,library,dewan sidang, bahagian pengurusan.

belajar la proses dia.selalu mereka yang bermasalah dan masih nak berbincang akan pi Sulh dulu.melainkan terus nak proceed cerai ke,baru pi daftar.selalunya waris yang kematian keluarga nak dapatkan sijil faraidh pun kat mahkamah syariah jugak.nanti mahkamah dah keluarkan sijil baru boleh uruskan harta.gitu..

kat mahkamah ni banyak jumpa artis.;'p time praktikal tu jumpa noraniza idris.padahal naik satu lif tapi tak kenal muka lain bebeno.masuk dewan,dia sebut nama plaintif/defendan baru perasan.la..retis rupanya.padahal satu lif tadi..-_-'

selain tu jumpa pelakon-pelakon gerak khas.waktu tu hero dia zul arifin.ada la zila bakarin bagai time tu.huhu.

kat mahkamah jugak kalau rajin boleh study kes-kes terdahulu.nanti dah practice senang nak tengok alasan kehakiman bagai.saya jumpa banyak kes murtad/permohonan keluar agama.sedih tengok.bukan sikit.banyakkk..

tu lah antara pengalaman sepanjang praktikal.nanti..banyakkk lagi pengalam kerja nak cerita..tudiaa..25 tahun dah jadi suri rumah.tapi pengalaman kerja tak kurang ye..;') ada rezeki kita sambung lagi..

No comments:

Post a Comment