Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2016

Pro Vaccine,Anti Vaccine,Pro Choice.Anda Yang Mana?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,salam sejahtera.fuhhh..memang isu ini sangatttttt panas. sila baca entry ni dengan perasaan yang penuh kasih sayang.nak kata saya ibu yang bodoh ke,tak sayang anak ke,terpulang,itu urusan kamu dengan hati kamu.saya tak terjejas apa pun.Allah maha mengetahui segala yang terbaik dilangit dan dibumi.

 Satu isu yang takkan pernah sampai pada titik persamaan.tak pernah ada yang menang.tak pernah ada yang kalah.masing-masing ada hujah masing-masing.

saya dan suami?
alhamdulillah kami suami isteri sepakat dalam hal ini.tak bertelagah.tak berbeza fahaman.alhamdulillah.nampak isu kecik.tapi tidak.dah macam lain haluan politik pulak..>,<

sejarah:
Zakwan, anak pertama, full vaccine.sampai 18 months.
Imran, anak kedua, Vaccine sehingga 2 bulan (now 10m)

sebelum tu saya yang bukan ahli medic.saya yang bodoh,jahil lagi hina, nak beri maksud Provac,antivac,dan prochoice dari fahaman saya sendiri.apa yang saya faham.

Pro Vaccine: Mereka yang menyuruh,mencadangkan,bersetuju,menghasut semua ibu/bapa untuk vaccine anak mereka.
Anti Vaccine: Mereka yang melarang/meghasut semua ibu/bapa untuk tidak vaccine anak mereka.
Pro Choice: Mereka yang berlapang dada,tak kisah ibu/bapa nak vaccine atau tidak anak mereka.yang penting ibubapa tu bukan ikut-ikutan untuk vaccine atau tidak anak mereka.

hmmmmmm...mana nak mula.ok lah, kenapa Zakwan full vaksin, Imran sampai 2 bulan je?Waktu Zakwan,sejujurnya,kami suami isteri vaksin,kerana ikut-ikutan.doktor/nurse suruh cucuk,kami cucuk.lepas cucuk,nurse pesan,"balik ni terus bagi paracetamol ni ye,saya pun balik terus sumbat paracetamol kat Zakwan"T__T Kisah Zakwan tidak seindah anak-anak orang lain.Zakwan jugak waktu saya pantang,dah penuh ruam dimuka.pergi klinik/hospital,doktor cuma bagi cream.balik sapu.elok kejap.bila tak sapu,jadi balik.dalam hati ibu dia ni,sampai bila macam ni?cream tu tak mengubati pun.T_T lepastu mula baca.ye.google je.cream yang biasa sapu tu ada steroid.tak elok untuk kulit bayi yang halus..T__T

27/5/2013 masih dalam pantang.T_T
 klinik bagi.ada macam-macam cream lagi sebenarnya.
pedih hati ibu tengok pipi anak gini tahu..T__T

waktu ni,orang semua cakap ni ruam susu.tapi pejadah sampai ke kepala ruam susu..T_T
kami pun mula tukar sabun mandi.beli sebamed.pi lah cek sendiri harga sabun sebamed.T_T
ada yang kata makan tak pantang.padahal duk dalam pantang lagi anak dah naik ruam ni..T_T dan memang saya tak makan udang,sotong bagai.semua salah ibu.susu ibu,makan ibu.T_T

selain tu,Zakwan selalu demam...T__T lepas cucuk demam.baik kejap,demam lagi.demam pi klinik,balik bagi makan ubat,paracetamol,kekadang siap bagi antibiotik.kami pun sumbat.yela,doktor kot yang bagi!takkan tak percaya doktor!ko siapa?taknak percaya Doktor?dia punya kekerapan demam tu sampai tak terkira laa..T_T

bila anak demam,kita kerja,telefon rumah tanya umi,Zakwan macam mana,umi cakap Zakwan taknak menyusu.nangis tauuu..malam-malam kadang tak boleh tidur.bergilir-gilir tidur dengan suami.kadang dia punya meragam,susu taknak,ibu dukung taknak.kadang-kadang suami suruh je saya tidur.last-last suami yang tidurkan dia.Alhamdulillah dapat suami yang sangattttt membantu.

waktu ni dah mula banyak membaca pasal vaksin. dah mula berjinak-jinak dengan huruf AEFI. apabenda AEFI ni? Adverse Events Following Immunization.senang cakap kampung kesan dari vaksin,tindakbalas dia ke macam mana.payah cakap dengan orang pandai sangat,dia kata AEFI bukan kesan vaksin..;'p tapi adverse events. -__-" yolahh

antara kes pertama yang saya baca,dan buat saya kenal perkataan AEFI disini. 
waktu tu bedebar-debar jugak rasa.ehh..bahaya jugak Vaksin ni.bukan main-main.
sejak dari tu rasanya,lepas je kami pi cucuk Zakwan,balik tu saya akan lebih berhati-hati duk pantau suhu Zakwan.memang tidur tak lena lah malam tu.(tapi duk pi vaksin lagi macam biasa)

dahtu awat yang duk vaksin lagi??
weyhh..ingat senang ke nak berhijrah??benda kita dah biasa..bukan senang nak ubah gitu je cik kak..cik abangg..kami suami isteri memang duk sebut-sebut nak stop vaccine.tapi bila baca pasal bahaya tak vaksin ni tergugat.teruskanlah vaksin.sampai la zakwan full vaksin ikut jadual dia sampai 18months.

pehtu kulit Zakwan macam mana boleh elok?ada cerita kat sini.
demam dia pulak?kami cekalkan hati tak bagi paracetamol bila dia demam.yang ni pun tak mudah!mula-mula taknak bagi,bila suhu tinggi, layu jugak hati ni.sumbat jugak paracetamol.dan ceritanya berulang.demam baik,demam lagi.baik.sampai lah kami suami isteri betul-betul bertekad apa jadi pun taknak bagi paracetamol.so,sejak dari tekad yang jitu tu,kami pun guna kaedah natural remedies.cara kami kat sini. dan kesannya,alhamdulillah.dengan izin Allah.Zakwan dah jarang demam lepas tu..^__^

pasal vaksin tak habis cerita lagi...haa..dengan izin Allah,saya pun dapat anak ke2.ilmu pasal vaksin,masih takut-takut untuk tinggal vaksin.orang cerita punya kena brain wash habis dengan nurse,doktor kalau tolak vaksin anak.sebab sedar diri pun takde ilmu,nanti kalau doktor/nurse tanya kenapa taknak vaksin nak jawab apa??maka,vaksin je la Imran. macam along dia jugak..

tapi lepas cucuk, Imran sama macam along dia.mesti demam.walhal nurse kata vaksin yang latest ni tak menyebabkan demam.dan tak dibekalkan paracetamol jugak.lepas cucuk untuk 2 bulan,pun demam.sejak dari tu,kami suami isteri bertekad taknak teruskan vaksin Imran.nak jadi pemudahnya,waktu checkup Imran 3bulan dia demam,bila demam memang tak boleh vaksinkan.jadi adalah alasan nak tolak vaksin.lepastu ada la 2,3 kali kot dia demam.demam pun sangat sekejap.dan kadang tu tak meragam pun.macam biasa je.Alhamdulillah dengan izin Allah,anak-anak nampak lebih sihat dan jarang sakit.wallahua'lam.suami pun akui nampak perbezaannya.

jadi semakin yakin lah kami suami isteri untuk hidup dengan lebih alami.tak,kami tak tolak perubatan moden,kami tak nafikan kepakaran para doktor,kalian tetap kami perlukan dalam hidup,tapi moga Allah ringankan beban kalian dengan hal-hal kecik.(maaf kalau rasa demam hal kecik) sebab saya rasa demam tu normal,sistem badan nak tingkatkan immune. cuma kena berhati-hati,sebab demam sekarang juga sangat bahaya.boleh membawa maut.

kami cuma belajar dari pengalaman.pendapat peribadi hamba yang jahil lagi hina ni, kita takde kat tempat orang.janganlah melebih-lebih sampai nak label-label orang.yang pro vaksin,mungkin ada kisah yang pernah dia lalui,bahaya yang datang dari sebab dia tidak vaksin,yang tidak vaksin pulak,mungkin dia dah lalui AEFI,yang anak orang lain tak lalui.

yang paling penting,tak vaksinkan anak bukan bermaksud anti vaksin.-__-" macam orang tak makan udang.takkan label anti udang pulak. sejujurnya saya pro-choice.nak vaksin anak,perlu ilmu,tak vaksin pun biar berilmu.jangan ikut-ikutan.kita vaksin anak,teruskan cerita kebaikan dan kesan vaksin,yang tak vaksin pun kena cerita kebaikan dan keburukan.tak vaksin pun bukan la semata tak vaksin.lepastu duk bagi anak makan jajan,kebersihan tak jaga,breastfeed tak bagi.bapa pulak merokok depan anak dan keluarga..T_T sebarkan juga hal AEFI sebab banyak ibu/bapa yang tak tau apa tu AEFI.

bagi saya yang jahil lagi hina,jangan berlebih-lebih dalam perkara-perkara harus ni.dah nama pun harus,kau nak layan isu ni macam wajib.seolah berdosa besar mereka-mereka yang tak vaksinkan anak ni.baiklah tonjolkan kelebihan dan kebaikan,ikut sunnah.tekankan penyusuan badan,makan makanan sihat.real food.elakkan process food.banyakkk lagi lah.

berbaik sangka,yakinlah semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak.sebab tu selalu pesan kat diri,jangan rasa diri lebih mulia dari sesiapa.kita sendiri tak tau mana yang betul.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
saya sendiri sejujurnya,kalau anak tak demam,tak de apa-apa AEFI,mungkin saya akan teruskan vaksin anak ikut jadual.tapi Allah nak pilih anak-anak saya untuk tak sesuai dengan vaksin.anak kami,kami yang tanggung.kadang kelakar jugak ada yang cakap anak orang lain elok je vaksin.takde apa pun.Allah.takkan pulak kami nak reka cerita.-__-" kamu tak kena,kamu tak rasa.doakan yang baik-baik saja.

saya doakan semua anak-anak kita dalam lindungan dan pemeliharaan Allah.moga Allah lindung mereka dari sebarang bahaya.


wallahua'lam.

Thursday, April 14, 2016

Jalan-jalan Cari Makan Ke Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah.selamat pergi dan pulang ke Kuala Terengganu.;')
percutian yang berjalan dengan lancarnya alhamdulillah.


ada orang tu mengidam..-__-"


kami kesana selama 5hari 4 malam. 2 malam tidur hotel.2 malam tidur rumah kawan sekolah,Sela.jadi 2 hari tu pusing-pusing sendiri.saya buat jugak la itinerary.biar perjalanan nampak matlamat yang hendak dituju..yedak??haha.

pergi 5 April.sampai sana dah petang.sampai-sampai tunggu tak lama,kereta sewa sampai.kami sewa untuk 48 jam.2 hari.viva manual.RM200 termasuk charge dia nak ambil kereta kat Kuala Ibai.RM80 sehari.charge jemput RM40.kalau ambil dan pulang kereta di Airport takde charge uolss..agak murah.takde minta deposit.isi form nampak teratur.sewa kereta kat LTV Kereta Sewa Terengganu. 

jadi ambil kereta isi minyak RM30.tak habissss wehhh..nyesal isi bebanyak.;'p 4bar lagi minyak waktu pulang kereta.;'p haha. lepastu terus check in hotel J suit Hotel.bilik agak kecil,tapi katil king.kira badan kecik jiwa besar gitu la..;'p ye lah,yang penting katil kan..muat la nak sumbat kami ber4 atas satu katil tu.muahaha.bilik kemas,bersih,lokasi tengah bandar.sebelah tu ada kedai makan..ramai jugak duk makan kat situ.. Hotel tak sampai RM200 untuk 2 malam.

Lepas check in hotel kami pi jejalan jap cari barang nak makan dalam hotel.;'p lepastu terus singgah pantai batu buruk.tapi tak buruk.cantik subhanallah..;')





waktu ni dah nak maghrib.
lepastu kami cari makan kat area-area situ je.yang penting keropok lekor mesti ada..;'p habis makan kami balik hotel.

esok paginya kami pi sarapan kat seberang takir.takde la special apa kat situ.tapi sebab saja nak naik bot pi seberang takir tu.;')

zakwan happy naik bot penambang.

bot ni jeti dia lain dengan jeti pi redang tau!!kami banyak buang masa nak cari jeti je..-__-"
nak cari jeti nak pi seberang takir ni parking kereta kat kawasan lapang sebelah pasar payang.jeti betul-betul belakang pasar payang. jeti betul tak siap lagi.ada pondok kayu je sementara ni.


balik tu terus singgah pasar payang.sejujurnya takde shopping apa pun..beli kain batik mak mertua pesan,belikan la sekali kain pelekat bapak mertua.baju kelawar 3 helai,(saya punya satu je),baju terengganu untuk zakwan dan imran.tu je kot??yang lain-lain beli keropok keping,keropok lekor je buat buah tangan.kami bukan datang nak membeli belah pun..jalan-jalan cari makan la katakan..;'p

balik pasar payang,kami rehat kejap kat hotel.lepastu keluar pi Masjid Kristal. solat jama' takdim.


cantik.tapi sayang,tak imarah.orang datang melawat je.T_T

lepastu kami pi cari warung pok nong.tapi hampa.-__-' takde rezeki kami.warong tutup la pulak.jadi kami layan je celup tepung kat warung adik beradik dekat-dekat situ je.view cantik.angin sedap..tak dinafikan laut Terengganu memang cantik-cantik.subhanallah.



keropok lekor wajib..memana pi,ada keropok lekor je mesti order..
ambil sotong,udang,cendawan semua celup tepung.sedap.sotongnya rasa fresh sungguh..T__T nangis tau.

pantai tepi warung adik beradik tu.

lepastu kami teruskan perjalanan ke Sutra Beach Resort.ada kawan sekolah,Fadz yang kebetulan ke Terengganu,suaminya ada kursus kat situ.jadi pi la jumpa.sambil tumpang swimming pool.;')


 zakwan punya laaa happy..setiap kali kami pi pantai dia duk cakap nak mandi..tapi dapat main pasir je..;'p

 fadz..

 sutra beach resort punya pantai..takde rezeki nak pi berlari-lari anak tepi pantai..;'p

sampai hotel dah malam.tak makan dah sebab dah kekenyangan makan macam-macam.zakwan pun tidur awal keletihan mandi..tapiiii...pukul 11 lebih dia bangunnnn..jeng3..;'p

esoknya pagi kami sarapan kat kedai sebelah hotel je..;') lepastu gerak cari keropok keping.memula tak jumpa.alhamdulillah call mak uda,mak uda kata dia on the way nak ke Kuala terengganu.lagi sejam sampai.jadi kami pi pasar payang jap.sampai-sampai tak lama tu blackout..;'p memang tak kasi shopping..;'p lepastu mak uda sampai,pak uda bawak pi tempat beli keropok keping.

 kat tempat keropok tu ada orang canting batik tangan.first time tengok.

dah settle beli keropok keping homemade kat belakang sekolah menengah sultan sulaiman,kami pi meneruskan misi mencari keropok lekor kelulut.bergerak la kami ke kelulut.

 sebenarnya,sejujurnya,saya tak berapa bekenan yang makan kat kedai,sebab dia goreng tak garing.tapi sebab sos diaaaaa.3 kali tambah okeyhhh..;'p
beli bungkus.untuk bawak balik.;')

singgah amek angin kat pantai kelulut.;')

zakwan dengan pasirnya..;'p

dah menikmati keindahan alam,kami pun bergerak ke rumah sela.pukul 5 nak kena pulang kereta.dia datang pick up kat rumah sela.

 makan malam,tetiba jumpa kawan kami!!!kecil dunia.hai Pa'a.

esok paginya, sela bawa kami pi makan keropok lekor BTB Bukit Tok Beng.sedap jugak.yang penting sos dia sedappp..beli bungkus sikit..

lepastu sela dan suami bawa kami pi Arfa Butik.


 bergaya macam anak sorang..;'p Zakwan taknak masuk bergambar.-__-"

balik tu,rehat.wan nak pi solat jumaat.suami solat jama'.
petang tu depa bawa pi beli satar kat marang,singgah pasar payang jap,(beli keropok keping lagi) lepastu kami pi lagoon!!

 lagoon kat Kuala Ibai.belakang masjid terapung.

 dengan sela.kami kawin tahun yang sama,anak pertama dan kedua lahir tahun yang sama.jantina pun sama..;'p

suami soleh dan suami sela,wan.ramah.mujur ramah.kalau tak,tak tau la macam mana suami soleh sorang tu..;'p dia kalau orang tak start dia bukan reti nak start..;'p

lagoon nya air lauttt..hehe..ni muara la kot ye..cetek je..sesuai la untuk budak mandi.tapii air dicetek jangan disangka tiada hidupan..;'p

 gigih sela menangkap ketam..dia ingat kecik dia pegang gitu je..amekk kena kepit..;'p

malam tu kami dinner date dengan Pa'a sekali.

esoknya pepagi sebelum subuh Wan dah hantar kami pi Airport..

tak..ni kapal terbang yang parking sebelah kapal terbang kami..;'p


babai Kuala Terengganu

waktu balik tu,sebab kami dengan dua budak,jadi suami soleh suh relaks-relaks tak payah kelamkabut turun awal..kami pun borak-borak tengok-tengok udah kosong dalam tu,kami pun gerak la nak turun.sekali nampak pilot,tanya la Zakwan,nak bergambar dengan pilot tak..ni la yang bawak kapal terbang.pilot dah posingg baikkk punya,dia pulak takut..-__-"

punya la baik pilot,offer masuk cockpit. subhanallah..rezekiii rezeki...;') alhamdulillah.zakwan masuk tu tengok tercengang-cengang dia.abi dia yang posing.jadi la...gelap gambar sebab menghadap cahaya..hehe..

Terima kasih adik ipar,tolong hantar tolong jemput kat airport,sela sekeluarga,tumpangkan rumah,bawa berjalan,belanja makan.

terima kasih semuaa...moga Allah rezekikan masa,kesihatan,kewangan,untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan.;')

sekian..