Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 14, 2016

Jalan-jalan Cari Makan Ke Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah.selamat pergi dan pulang ke Kuala Terengganu.;')
percutian yang berjalan dengan lancarnya alhamdulillah.


ada orang tu mengidam..-__-"


kami kesana selama 5hari 4 malam. 2 malam tidur hotel.2 malam tidur rumah kawan sekolah,Sela.jadi 2 hari tu pusing-pusing sendiri.saya buat jugak la itinerary.biar perjalanan nampak matlamat yang hendak dituju..yedak??haha.

pergi 5 April.sampai sana dah petang.sampai-sampai tunggu tak lama,kereta sewa sampai.kami sewa untuk 48 jam.2 hari.viva manual.RM200 termasuk charge dia nak ambil kereta kat Kuala Ibai.RM80 sehari.charge jemput RM40.kalau ambil dan pulang kereta di Airport takde charge uolss..agak murah.takde minta deposit.isi form nampak teratur.sewa kereta kat LTV Kereta Sewa Terengganu. 

jadi ambil kereta isi minyak RM30.tak habissss wehhh..nyesal isi bebanyak.;'p 4bar lagi minyak waktu pulang kereta.;'p haha. lepastu terus check in hotel J suit Hotel.bilik agak kecil,tapi katil king.kira badan kecik jiwa besar gitu la..;'p ye lah,yang penting katil kan..muat la nak sumbat kami ber4 atas satu katil tu.muahaha.bilik kemas,bersih,lokasi tengah bandar.sebelah tu ada kedai makan..ramai jugak duk makan kat situ.. Hotel tak sampai RM200 untuk 2 malam.

Lepas check in hotel kami pi jejalan jap cari barang nak makan dalam hotel.;'p lepastu terus singgah pantai batu buruk.tapi tak buruk.cantik subhanallah..;')





waktu ni dah nak maghrib.
lepastu kami cari makan kat area-area situ je.yang penting keropok lekor mesti ada..;'p habis makan kami balik hotel.

esok paginya kami pi sarapan kat seberang takir.takde la special apa kat situ.tapi sebab saja nak naik bot pi seberang takir tu.;')

zakwan happy naik bot penambang.

bot ni jeti dia lain dengan jeti pi redang tau!!kami banyak buang masa nak cari jeti je..-__-"
nak cari jeti nak pi seberang takir ni parking kereta kat kawasan lapang sebelah pasar payang.jeti betul-betul belakang pasar payang. jeti betul tak siap lagi.ada pondok kayu je sementara ni.


balik tu terus singgah pasar payang.sejujurnya takde shopping apa pun..beli kain batik mak mertua pesan,belikan la sekali kain pelekat bapak mertua.baju kelawar 3 helai,(saya punya satu je),baju terengganu untuk zakwan dan imran.tu je kot??yang lain-lain beli keropok keping,keropok lekor je buat buah tangan.kami bukan datang nak membeli belah pun..jalan-jalan cari makan la katakan..;'p

balik pasar payang,kami rehat kejap kat hotel.lepastu keluar pi Masjid Kristal. solat jama' takdim.


cantik.tapi sayang,tak imarah.orang datang melawat je.T_T

lepastu kami pi cari warung pok nong.tapi hampa.-__-' takde rezeki kami.warong tutup la pulak.jadi kami layan je celup tepung kat warung adik beradik dekat-dekat situ je.view cantik.angin sedap..tak dinafikan laut Terengganu memang cantik-cantik.subhanallah.



keropok lekor wajib..memana pi,ada keropok lekor je mesti order..
ambil sotong,udang,cendawan semua celup tepung.sedap.sotongnya rasa fresh sungguh..T__T nangis tau.

pantai tepi warung adik beradik tu.

lepastu kami teruskan perjalanan ke Sutra Beach Resort.ada kawan sekolah,Fadz yang kebetulan ke Terengganu,suaminya ada kursus kat situ.jadi pi la jumpa.sambil tumpang swimming pool.;')


 zakwan punya laaa happy..setiap kali kami pi pantai dia duk cakap nak mandi..tapi dapat main pasir je..;'p

 fadz..

 sutra beach resort punya pantai..takde rezeki nak pi berlari-lari anak tepi pantai..;'p

sampai hotel dah malam.tak makan dah sebab dah kekenyangan makan macam-macam.zakwan pun tidur awal keletihan mandi..tapiiii...pukul 11 lebih dia bangunnnn..jeng3..;'p

esoknya pagi kami sarapan kat kedai sebelah hotel je..;') lepastu gerak cari keropok keping.memula tak jumpa.alhamdulillah call mak uda,mak uda kata dia on the way nak ke Kuala terengganu.lagi sejam sampai.jadi kami pi pasar payang jap.sampai-sampai tak lama tu blackout..;'p memang tak kasi shopping..;'p lepastu mak uda sampai,pak uda bawak pi tempat beli keropok keping.

 kat tempat keropok tu ada orang canting batik tangan.first time tengok.

dah settle beli keropok keping homemade kat belakang sekolah menengah sultan sulaiman,kami pi meneruskan misi mencari keropok lekor kelulut.bergerak la kami ke kelulut.

 sebenarnya,sejujurnya,saya tak berapa bekenan yang makan kat kedai,sebab dia goreng tak garing.tapi sebab sos diaaaaa.3 kali tambah okeyhhh..;'p
beli bungkus.untuk bawak balik.;')

singgah amek angin kat pantai kelulut.;')

zakwan dengan pasirnya..;'p

dah menikmati keindahan alam,kami pun bergerak ke rumah sela.pukul 5 nak kena pulang kereta.dia datang pick up kat rumah sela.

 makan malam,tetiba jumpa kawan kami!!!kecil dunia.hai Pa'a.

esok paginya, sela bawa kami pi makan keropok lekor BTB Bukit Tok Beng.sedap jugak.yang penting sos dia sedappp..beli bungkus sikit..

lepastu sela dan suami bawa kami pi Arfa Butik.


 bergaya macam anak sorang..;'p Zakwan taknak masuk bergambar.-__-"

balik tu,rehat.wan nak pi solat jumaat.suami solat jama'.
petang tu depa bawa pi beli satar kat marang,singgah pasar payang jap,(beli keropok keping lagi) lepastu kami pi lagoon!!

 lagoon kat Kuala Ibai.belakang masjid terapung.

 dengan sela.kami kawin tahun yang sama,anak pertama dan kedua lahir tahun yang sama.jantina pun sama..;'p

suami soleh dan suami sela,wan.ramah.mujur ramah.kalau tak,tak tau la macam mana suami soleh sorang tu..;'p dia kalau orang tak start dia bukan reti nak start..;'p

lagoon nya air lauttt..hehe..ni muara la kot ye..cetek je..sesuai la untuk budak mandi.tapii air dicetek jangan disangka tiada hidupan..;'p

 gigih sela menangkap ketam..dia ingat kecik dia pegang gitu je..amekk kena kepit..;'p

malam tu kami dinner date dengan Pa'a sekali.

esoknya pepagi sebelum subuh Wan dah hantar kami pi Airport..

tak..ni kapal terbang yang parking sebelah kapal terbang kami..;'p


babai Kuala Terengganu

waktu balik tu,sebab kami dengan dua budak,jadi suami soleh suh relaks-relaks tak payah kelamkabut turun awal..kami pun borak-borak tengok-tengok udah kosong dalam tu,kami pun gerak la nak turun.sekali nampak pilot,tanya la Zakwan,nak bergambar dengan pilot tak..ni la yang bawak kapal terbang.pilot dah posingg baikkk punya,dia pulak takut..-__-"

punya la baik pilot,offer masuk cockpit. subhanallah..rezekiii rezeki...;') alhamdulillah.zakwan masuk tu tengok tercengang-cengang dia.abi dia yang posing.jadi la...gelap gambar sebab menghadap cahaya..hehe..

Terima kasih adik ipar,tolong hantar tolong jemput kat airport,sela sekeluarga,tumpangkan rumah,bawa berjalan,belanja makan.

terima kasih semuaa...moga Allah rezekikan masa,kesihatan,kewangan,untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan.;')

sekian..

No comments:

Post a Comment