Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2016

Beza Pendapat

Bismillahiraahmanirrahim.
rindu kat belog kitaaa..;'p sebenarnya nak luah rasa.sejak dua menjak ni hot bebeno isu vaksin.sampai ada duk forward sms kalau anak tak vaksin jangan bawa datang rumah.. =....= sungguh ku tak boleh hadam.cerita pasal manusia ni,memang Allah bagi kita berbeza rasa,berbeza pandangan,berbeza pendapat,sebab tu banyak kali dah cakap,dalam islam sendiri ada banyak mazhab.takde satu yang lebih betul antara satu sama lain.tak juga ada yang salah antara satu sama lain.indahnya Allah bagi contoh paling besar yang aku boleh nampak.imam masing-masing hormat pada pendapat imam yang lain.tapi manusia sekaranggg...

betul aku tak boleh hadam.pasal isu vaksin,ko nak putus saudara?nak putus silaturrahim?nak putus ukhuwah?atas alasan apa?herd immunity ko tu??teori manusia yang ko pun tak kenal siapa buat teori tu.entahkan betul entahkan tidak...-___-" lepastu ada pulak yang bagi contoh "kenapa nak takut kalau anak dah vaksin?kenapa nak takut dengan budak tak vaksin?kan anak ko dah kuat.dah immune" lepastu dia jawab dengan buat perbandingan, ko jangan la marah orang hisap rokok depan anak ko.hembus depan anak ko nak risau apa.anak ko bukan hisap rokok pun.." giteww la lebih kurang.tapiii,ramai jugak yang share.aku tak boleh hadam.haha..sebab aku baca sekali je aku terus "eh,asap rokok memang bahaya kot.orang hisap rokok ada filter,tapi orang sebelah yang hidu asap rokok lagi bahaya kot takde filter" nak banding dengan budak tak vaksin,yang sihat walafiat,yang MUNGKIN boleh jadi pembawa.MUNGKIN tau!bukan bebudak tak vaksin semua memang confirm pembawa.serius tak boleh hadam.

tapi aku tak pernah pun rasa orang buat statement tu salah..mungkin aku yang tak boleh faham pemikiran genius diorang.;') tapi aku musykil gak la..mak-mak,pak-pak yang kengkonon suh jangan dekat dengan anak diorang ni,diorang amek booster tak vaksin diri diorang sendiri.vaksin pun ada expired wehh..aku ingat last aku amek vaksin umrah,5 tahun je tahan.lepastu expired.ATT yang time mengandung pun 5 tahun je.aku tak tau la kot korang punya vaksin POWERRR lifetime warranty ke apa.tapi kalau dah expired,maknanya status korang dengan baby yang tak vaksin sama je.boleh jadi pembawa.sekiannn...

ehh tak habis lagi..;'p
aku cuma nak cerita la,dedulu zaman Zakwan,dia vaksin full ikut jadual,tapi aku tak pernah pulak pandang budak tak vaksin tu hina ke,merbahaya ke.aku rasa yang bahaya hati kita.iman kat mana?pasal satu ciptaan manusia yang hukumnya harus,ko tinggal benda wajib,jaga silaturrahim.aku tak baik.tapi aku tak kejam.aku tak cerdik,tapi aku tak jumud.aku terima perbezaan.

kalau pandang vaksin sebagai usaha,ikhtiar,ko kena faham,usaha tu bukan ada satu jalan je..tapi kalau ko nampak vaksin satu-satunya cara ko nak usaha lindung diri dari penyakit,tu bukan usaha/ikhtiar..tu ko beriman dengan vaksin.ikhtiar tu pilihan.

tapi aku setuju,raya-raya ni,anak sakit kuarantin!itu memang islam anjurkan.kena wabak,kuarantin.ko sendiri yang dah tua bangka pun kalau batuk selsema jangan nak peluk cium baby sangat.ni asal budak sakit salahkan budak tak vaksin.menjawab la ko kalau fitnah ahli syurga!

sekian.

Monday, June 20, 2016

Birthday Imran Setahun

Alhamdulillah.pada 16 Jun 2016,setahun sudah anak ibu Muhammad Arif Imran.cepatnya masa berlalu..T___T
rasa baru sangat menangung sakit contraction.tak,bukan salah Imran.salah ibu yang tak nak tunggu Imran nak keluar sendiri.cari pasal pi induce by choice.haha..;'p 

apa pun detik kelahiran Imran sangat manis untuk dikenang,subhanallah.pengalaman yang indah.

skin to skin right after delivery. fresh from oven kata orang..;'p 

abi azan dan iqamat pun depan ibu,;')

your first day sayang.. 

 first time along tengok imran..;') 

sejak Imran lahir,keluarga kita makin lengkap.rezeki makin bertambah.bahagia makin dirasa.
maafkan ibu abi andai ada hak Imran yang kami tak tunai.ketahuilah kamu sangat disayangi,moga terus disayangi penduduk dilangit dan dibumi.










anak yang sentiasa tersenyum.sentiasa disenangi orang sekeliling.ibu abi pilih nama (Allah ilhamkan) Muhammad Arif Imran seiring dengan harapan kami,agar imran menjadi manusia yang terpuji,bijaksana,dan berbudi bahasa.

semperna sambutan kelahiran Imran yang pertama,sebabkan bulan puasa,kita sambut sekeluarga je..di rumah. ;')

 birthday boy!

abi baca doa selamat.;')

 lepas je azan maghrib kita potong kek!!



 we all love you sooooo much imran!!
4 of us.moga Allah kurniakan kebahagiaan dunia akhirat buat kita sekeluarga in shaa Allah.

pencapaian pada ulangtahun pertama ni,Imran dah boleh jalan!!!alhamdulillah!!;')
imran seorang yang sangat gigih dan tak cepat putus asa,bila jatuh terduduk,imran cepat-cepat bangun berdiri.sambung melangkah.moga sikap dan semangat ni imran teruskan sampai ke hujung hayat.

semperna setahun kelahiran Imran,ibu doakan imran membesar menjadi manusia terpuji,bijaksana,berbudi bahasa,memberi manfaat buat orang sekeliling.ibu halalkan setiap titis susu ibu yang mengalir dalam badan Imran.moga Imran maafkan salah silap ibu abi.doakan kami bila kami dah tiada.moga anak-anak ibu jadi saham kami ibu,abi kat akhirat sana.

Love,
Ibu



Wednesday, June 15, 2016

Merawat anak diserang HFMD secara alami

alhamdulillah.Allah dah beri kesihatan kepada anak-anak.kisah bermula ada bintik-bintik pada kaki imran.tak banyak pun.boleh dikira dengan jari..tapi sebab risau campak,so pi la cek doktor.sekali doktor cek-cek,tanya campak ke,doktor kata tak,ni tangan kaki mulut.terus laju je saya terkejut, HFMD??doktor kata yes.suami soleh mesti tak pernah dengar pasal penyakit ni..-___-" huhuhu

ada tak sampai 10 bintik-bintik yang timbul pada kaki,lutut dan tangan sikit.

berdebar juga ibu.sebab kawan,anaknya sampai warded.doktor kata kalau tak makan,tak minum,dehydrate kena warded la,drip nak masuk air dalam badan.ohh..gitu je la..jadi ibu dia dapat point kena makesure anak makan/minum!!waktu tu alhamdulillah Imran menyusu ok,walau doktor cek ada 3 ulcer kat belah atas dalam mulut dia.demam pun tak alhamdulillah!!

jadi kami pulang dibekalkan dengan pelbagai ubat-ubatan.kehkeh.antibiotik sampai 2 botol deme bagi.ubat demam pun dapat,walau tak demam.murah hati sungguh.

ibu balik tu terus google, merawat hfmd.merawat hfmd secara alami.semua pasal hfmd.jadi kali ni ibu zakwan dan imran tambah ilmu pasal HFMD.

dan dari google,jumpa page doktor zubaidi dan doktor azwan.dedua kata antibiotik tak diperlukan.jadi ibu simpan je antibiotik.pcm pun simpan lah,dah anak tak demam.-__-" kalau dulu ye,saya balik je terus bagi makan anak apa yang klinik/hospital bagi.kini tidak lagi.

apa yang saya belajar dari membaca,(maaf la kalau salah faham) hfmd ni disebabkan virus.bukan bakteria.sebab tu la antibiotik tak diperlukan.antibiotik diperlukan bila sakit disebabkan oleh bakteria.jadi kalau dah kena virus apa kita nak buat?duk melenggang je ke?
jawapannya tingkatkan imune anak!!macam mana nak tingkatkan imune anak?pi la google!malaih sangat aihh..haha..ada orang sensitif sangat dengan google.kesian kat google..;'p padahal banyak ilmu boleh dapat dalam google.tinggal guna akal yang Allah bagi nak pilih mana yang baik,mana yang buruk.ehh melalut.

jadi apa yang saya buat?
Untuk imran,saya pakaikan garlic sock.saya sendiri minum air kelapa,makan madu+habatussauda+minyak zaitun+pati delima.semua untuk tingkatkan antibodi.lepastu menyusukan imran.berdoa supaya khasiat sampai.dekat bintik saya sapu vco.selain tu mandikan dengan air lemon,mandi epson salt.

Disebabkan penyakit ni sangat mudah berjangkit,Jadi zakwan pun terkena sama.cuma flare zakwan keluar lambat sikit.tapi sekali dia keluar..subhanallahhh..sejujurnya saya pun tak tau antara mereka siapa yang kena dulu.kalau ikut logik saya, mungkin zakwan yang kena dulu,baru jangkit pada imran.sebab Zakwan yang banyak bermain di luar berbanding imran.tapi saya tak kisah.tak salah kan sesiapa.Allah izinkan anak-anak terkena penyakit ni.yang penting kita belajar cara nak rawat.in shaa Allah lepas ni anak-anak jadi imune dengan penyakit ni.mudah-mudahan.



sebelum saya lupa,antara perkara terpenting yang perlu ibu bapa lakukan ialah quarantine anak-anak anda dirumah.sebab penyakit ni sangattttt mudah tersebar.jadi bila anak-anak sakit,lebih seminggu kami (saya dan anak-anak) tak keluar rumah.ibu dia keluar jemur baju je..-__-" kesian Zakwan,petang biasa kalau cuaca elok abi bawa keluar rumah.tapi seminggu tu memang merappp je la dalam rumah..;')

ok,merawat Zakwan hampir serupa dengan adik,cuma Zakwan dah besar sikit.ada la beberapa penambahan macam bagi makan madu+habatussauda+minyak zaitun+pati delima.buat sekali suap Zakwan,ibu dan abi.zakwan punya ibu tambah extra VCO.bagi makan.lepastu sapu VCO pada ruam yang timbul.terkejut tengok naik teruk sangat macam tu..T__T

ulcer dalam mulut pun mula bertambah.ada yang besar dalam mulut..T__T Zakwan lebih dari 3 ulcer.memang satu tahap dia dah tak lalu makan.kesian sangat.lapar,minta makan,tapi bagi sekali je terus dah taknak.bila tanya kenapa,sakit katanya..T__T Allah..waktu tu memang buat stock yogurt.Alhamdulillah zakwan nak makan yogurt.ada malam tu masak bubur ayam, letak bawang putih banyak-banyak.alhamdulillah banyak dia makan.lega la sikit.anak ibu memang kuat-kuatkan..

Imran,hari ke3 dah kering ruamnya.
Zakwan ambil masa sikit.hari ke5 baru nampak makin kering.alhamdulillah.Allah bagi pengalaman nak jaga anak-anak kena HFMD.moga lepas ni badan dah kuat.alhamdulillah dua-dua tak demam.terima kasih Allah.

jadi saya rumuskan kaedah nak rawat anak HFMD:

PERTAMA: Quarantine anak-anak dirumah.sembuh sekitar 3 ke 7 hari.
KEDUA: pastikan anak tidak dehydrate.elakkan makanan manis/produk tenusu kecuali yogurt.
KETIGA: tingkatkan imune anak. antara makanan yang boleh tingkatkan imune,bawang putih,yogurt,air kelapa,minyak kelapa dara,lemon,mineral water.sayur bayam,buah-buahan,tempe.
KEEMPAT: Jaga kebersihan,terutama lepas basuh najis anak.bersihkan hingus anak.cuci tangan sekerapnya.sebab kadang tak sedar,kuman pada kita,kita pegang barang,suami bawak barang pergi kerja,sampai tempat kerja ada anak kawan di office,lebih kurang begitu la virus ni tersebar.sebab tu bahaya.

apa pun doa kepada Allah moga dilindung anak-anak kita dari sebarang penyakit merbahaya.

Monday, June 13, 2016

Tips Ganti Puasa Sebulan

bismillahirrahmanirrahim!
alhamdulillah,dalam bulan ramadhan dah kita.moga Allah ampunkan segala dosa.dan diterima segala amal kebaikan.

bulan puasa tahun lepas,saya telah berjaya tinggal puasa selama sebulan penuh.hahaha..sebab awal Ramadhan 18hb Jun.saya lahirkan Imran 16Jun.makanya,berpantanglah sepanjang Ramadhan,tak beraya la tahun lepas..;'p

tapi Allah tu maha pengasih dan maha penyayang.saya anggap Allah nak bagi pengalaman untuk saya mengganti puasa sebulan.;') nampak macam mudah,yelah dari kena puasa berderet sebulan,baik la boleh ganti 29 hari dalam sepanjang tahun..yedak??idak la rasa letih sangat puasa berderet.nampak gitu la..tapi sejujurnya,tidak semudah yang disangka.sebagai orang yang pernah puasa penuh bulan ramadhan waktu menyusukan Zakwan.pengalamannya berbeza.

macam hampir seminggu ni,semacam tak rasa apa walau puasa sambil menyusu tandem,zakwan dan imran.mungkin sebab bulan penuh rahmat,environmentnya.jadi kurang rasa letih.bila mengganti bulan-bulan lain ni,tengok orang duk makan.terliur agaknya.haha..

jadi saya cuma nak kongsi cara saya selesaikan puasa ganti 29 hari ++.(jadi plus plus sebab kekadang ganti lupa tanda kat kalendar)

PERTAMA: Mulakan ganti seawal mungkin.habis je pantang,cuba la mula ganti.jangan tunggu nanti-nanti.konon fikir banyak masa lagi.

KEDUA: Pasang Target,macam saya target nak puasa isnin khamis.tapi pun tak semudah disangka.kang isnin tu kat kampung la.khamis tu orang nak belanja makan la..jadi dia tak smooth gitu jee..haha

Kekadang tak dapat khamis,ganti jumaat.

KETIGA: Tanda hari yang sudah puasa di kalendar tak kisah la kalendar dinding ke kalendar dalam handphone ke.saya pilih kalendar dalam handphone,

KEEMPAT: Target waktu habis settlekan puasa ganti.cari satu tarikh/event supaya senang ingat. (saya pilih untuk settlekan puasa ganti sebelum travel)
haa..yang last tu..nampak tak pulun berderet.sebab dah pasang target nak kena habiskan sebelum pi travel kan..tu guna pasang target..jadi pembakar semangat.kalau takde target,mau esok ramadhan,harini baru habis mengganti.;'p

KELIMA: Reward diri (saya pilih pi travel sambil jalan-jalan cari makan.)

KEENAM: Kerjasama dari pasangan (suami) sangatlah diperlukan.trust me,suami-suami kena banyakkkk membantu.pengalaman sendiri,memang kita target nak bangun sahur nak puasa,sekali dah jaga,anak pulak merengek jaga nak susu,so susukan,lepastu terlelap sama.terlepas sudah sahurnya..memang tak puasa la kalau tak sahur,so gagal.bukan sekali dua macam tu.berkali-kali.jadi suami kena ambil responsibility sama lah.dah la isteri tu kena ganti puasa pasal lahirkan anak korangggg.. 

suami soleh ioolss pun lelaki biasa...dia kata,kalau la dia boleh gantikan puasa untuk iollss dia boleh je gantikan..lelaki memang,tak sahur pun steadyyy je puasa.tapi itulah,Allah aturkan tak boleh sayang,dah tu,kalau tak boleh tolong ganti puasa takkan tak boleh nak membantu langsung kan???pilih,nak tolong masak sahur/nak tidurkan anak.so last-last tu ada la beberapa kali yang suami tolong masakkan sahur. jadi isteri ni nak kena bagitahu.suami bukan malaikat boleh baca isi hati kita.tapi kalau dah bagitahu,suami masih tak de function...ehemmmmmm..pepaham la uoollsss..-___-" 

KETUJUH: Keinginan yang jitu.ye,kemahuan dan keinginan mengatasi segalaya,,cehh cehh,,sembang..haha..;'p mohon doa dari Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam beribadah.;')

sekianlah tips serba sedikit dari saya.buat kawan-kawan yang nak kena mengganti sebulan,no worries!you can do it!!hehe