Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 29, 2016

Muslimah Wear

Seiring perkembangan fesyen, muslimah juga tidak ketinggalan untuk tampil lebih anggun dan bergaya. hamboihh kemahin ayat pembuka bicara.haha.

just nak share sikit pasal muslimah wear.saya jenis tak mengikuti sangat perkembangan fesyen.tapi suka tengok orang pakai cantik-cantikkk..lelagi yan kurus tinggi tu..hahahaha..pakai pakaian muslimah,tak perlu nak ketat-ketat pun boleh nampak cantik sebenarnya.tengok je sekarang dah berbondong-bondong orang bukak butik yang menyediakan muslimah wear.tak mesti pakai jubah je.memacam jenis pakaian yang boleh kita mix and match tau.. ;')

antara yang yang saya suka pakai, maxi skirt, blouse, dress, cardigan, dan palazzo.

MAXI SKIRT

tengok orang kontot pakai maxi skirt..habis sapu lantai..;'p

walau pun sebenarnya maxi skirt lebih cantik dipakai orang yang tinggi lampai,eh yang petite pun tak salah kalau nak pakai okey..membuatkan imej ayu..kain kembang-kembang..hehe..;'p

Zalia beige Placement Floral Skirt ARIOOAA0000021GS_1

cantikkan warna putih..

BLOUSE
pun memacam jenis blouse sekarang ni.kalau untuk ibu menyusu macam saya,of course yang nursing friendly jadi pilihan.blouse pun senang nak match, dengan maxi skirt boleh,seluar pun boleh.

KEVAY.CO pink Yuni blouse KE754AA04KLJMY_1


DRESS
Maya Abaya pink and blue Laana Flower Dress MA338AA84HATMY_1

Haa..yang ni favorite jugak ni.lelagi nak pi kenduri ke..lagi best material yang tak payah iron..sarung je ready nak pi kenduri ke pi  masjid ke..hehe..

LONG CARDIGAN

haa..long cardigan ni pun iolss suka sangat.sebab sarung sekejap je boleh keluar rumah,musim pepanas ni pepaham la..dalam rumah pakai se"short" mungkin.
jadi kadang tu nak keluar jemur baju ke,angkat baju ke,haaa..sarung je cardigan ni..mudah sangatt..selain tu boleh jugak bawak keluar berjalan..haa..bergaya tau.lepas siap masak tu,sarung cardigan terus pi shooping complex..hehe..;'p


Maya Abaya red and yellow Multicolor Long Printed Cardigan MA338AA77HBAMY_1


PALAZZO

BYN purple Palazzo Pants BY059AA11EMIMY_1

yang ni dulu popular.sekarang tak berapa nak in.tapi percaya la tak lama lagi mesti in balik.hehe.suka palazzo sebab tak ketat..;') ayu bila pakai.tapi boleh melangkah longkang dengan lebih yakin.kihkih

haaa..ni la serba sedikit antara muslimah wear yang saya gemari.
tu semua yang cunss cunss tu hampa boleh pi beli kat ZALORA je..;') tak payah susah-susah berpeluh-peluh nak berjalan redah jem cari parking bagai.duk depan laptop,belek-belek kat website Zalora pi beli mana yang berkenan.hehe.selamat menjamu mata dengan pakaian-pakaian muslimah wear yang cunnss cunns di Zalora..;') 

Monday, August 8, 2016

Raya 2016

alhamdulillah..tamat sudah sebulan syawal.cepat sungguh rasa masa berlalu.punya tak menyempat sampai dah habis syawal pun masih ramai nak buat open house.;'p tak salah pun..nak jamu orang,nak bagi makan,tak mesti dalam bulan syawal je kan..;')

tahun ni giliran beraya di Banting!;') alhamdulillah.beraya kat memana pun saya happy.takde istilah sedih beraya rumah mertua ke hape..;'p harap-harap nanti anak menantu cucu-cucu pun happy je la nak balik kampung kami nanti.kehkeh.

jadi nilah gambar pagi raya.tak tahu kenapa.tahun ni beriya semacam.agaknya pasal tahun lepas tak raya.semangat tu carry forward ke raya tahun ni kot..ehhh..;'p

sepet mata memasing begambo pepagi.kihkih

gitu la kalau banyak beno camera.suami soleh ni pi pandang camera lain pulak..;'p
macam biasa,nak begambar dengan anak bukan mudah..hurmmmm..;'p

 ok la.gambar ber4 dipagi raya..;')

keluarga haji sarwanaaa..;') satu family je takde,family abg ipar.first time rasanya gambar raya tak cukup korum.hehe.takpe.mereka tersimpan rapi didalam hati kami semua.kihkih.

saya bersyukur Allah aturkan saya masuk kedalam keluarga besar ini.moga nanti saya dan suami mampu ada keluarga besar kami in shaa Allah.;') jangan kata saya dari keluarga kecil.cousin saya lebih 50 orang.tu satu tok,satu tok wan.haha.

seperti yang diceritakan didalam entri sebelum-sebelum ni,Allah rezeekikan kami beraya di Krabi.



alhamdulillah.Allah juga izinkan saya beraya dengan keluarga saya di Penang.sambil-sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan.terima kasih ya Allah.

my small family.moga Allah himpun kita di syurga.;')

dannnnnn..dalam kepadatan dan keletihan..alhamdulillah.Allah izinkan kami buat makan-makan sikit..;') penat.tapi penutup raya ni.biar penat-penat dulu.rehat-rehat kemudian..ehhh..;'p

mulanya saya nak masak sendiri je..nak buat bihun sup dengan mee kari je.sekali Allah hantar bantuan,akak sanggup amek cuti nak tolong masak.jadi dah alangkepalang ada cheff,kita up sikit la menunya..hahaha..kami tukar ke menu nasi kerabuuuuu..bihun sup dikekalkan.hehe..mee kari lain kali la..in shaa Allah. 

mula pukul 12 sampai 6petang patutnya.tapi alhamdulillah.tetamu datang sampai ke 10.30 malam..T_T terima kasih ya Allah.nasi pun cukup-cukup sampai ke tetamu terakhir.subhanallah..sampai menggoreng ayam la tiba-tiba ada tetamu sampai lagi.nasib baik nasi dan lain-lain ada lagi.







terima kasih semua yang hadir.banyak yang tak sempat bergambar pun..ni kebanyakkannya memasing dapat dari tetamu.mohon maaf kalau ada terkurang dari segi hidangan mahupun layanan.sejujurnya,saya suka tetamu datang beraya sikit-sikit.sempat nak berbual panjang.tapi apakan daya,sekarang dah jadi budaya kalau tak buat open house orang tak mau datang.jenuh la berbuih mulut menjemput..datang la rumahhhh..nanti la tunggu ustaz buat open house.kata deme..haha..bertabahlah.zaman dah berubah.follow la apa yang boleh.jadi bagi mereka-mereka yang masih old school,boleh la kiranya sudi untuk datang keteratak buruk kami,pada bila-bila masa yang bersesuaian.tak perlu tunggu raya.pintu rumah tak la sentiasa terbuka.sekarang zaman bahaya nak bukak pintu sentiasa.ketuk la pintu.beri la salam.nak lebih selamat,call dulu,tanya ada rumah tak.bagitau awal boleh la masak-masak sikit apa yang mampu..gituuu..haha..

begitu la lebih kurang bagaimana kami sekeluarga menyambut hari raya tahun ni.punya la padat sampai suami raya puasa 6 pada hari terakhir ramadhan.kahkahkah..;'p syukurlah dapat beraya.mak memang surrender awal-awal..T__T haaa..pada yang bagi duit raya pada anak-anak,terima kasihhhhh Zakwan dan Imran ucapkan.in shaa Allah akan dilaburkan dan disimpan sebagai bekalan masa hadapan mereka.moga Allah pelihara dan berkati.

terima kasih.




Friday, August 5, 2016

Family Trip Pulau Pinang 2016

alhamdulillah,25-27 Julai yang lepas kami sekeluarga,saya,suami dan anak-anak,berserta umi dan akak dan dua anaknya,beraya di Pulau Pinang.tiket ni beli hujung tahun lepas.time promo pi balik Rm20 seorang lebih kurang..;') murahhh dari naik bas..;'p tapi tiket Imran je RM106 return.tu harga infant.takde promo..haha

24 Julai,ahad kami pi beraya rumah maksu,lepastu terus balik banting bawa umi beraya banting.lagipun dekat nak pi airport dari sana.;') 

25 Julai,pagi kami dah bertolak ke Long term carpark.first time tinggal kereta.selalu orang tolong hantar airport.;'p alhamdulillah ilmu baru.banyakkkk parking kosong dan shuttle bas ke KLIA dan KLIA2 disediakan.kekerapan bas pun sangat memuaskan.sentiasa ada bas yang tunggu silih berganti.parking murah sikit berbanding parking di KLIA/KLIA2.sehari RM32.murah sangat..-__-"

sampai-sampai saya dah booked kereta sewa axia.terus ambil kereta di airport Pulau Pinang.mula-mula risau juga kecik untuk kami ber8..;'p tapi alhamdulillah..lapang jugak belakangnya.
ramai budak boleh la sumbat..budak dah besar nanti kena sewa kereta besar la gamaknya..;'p ke 2 kereta..haha

sampai-sampai ambil kereta,staff kereta sewa tu cakap,ni dah alang kepalang kat sini singgah la makan kat restoran nasi 7 benua.kami pun waze la.mudah je jumpa.tepi jalan..boleh tahan sedap..


nasi 7 benua.

lepas selesai makan,kami pi check in homestay.pilih homestay lagi best dan selesa kot untuk keluarga kan..kalau hotel,kena ambil 2 bilik.macam tak best pulakk..lain la kalau hotel ada pintu attach macam kat Hatyai tu.boleh bukak pintu tengah dia..;')

alhamdulillah homestay sangat selesa dan tak jauh dari pekan.owner pun baik.alhamdulillah.
solat zohor,budak-budak mak budak dah pakat keletihan.tidur memasing..-__-" lepastu petang lepas asar kami pi lepak pekena pasembur padang kota lama..;'p





malam pi beli barang basah kat Giant.best sangat sebab homestay macam rumah sendiri selesanya.siap peti ais gabak besar.dapur dengan periuk bagai.oven..huihh..memang best laaa..baru tau dasyat jugak Penang ni.parking giant pun kena bayar..selalu giant kl/selangor ni free je,,;'p
lepastu plastik bag hari-hari kena bayar tau.bukan sabtu je..basug jugak la..baik untuk environment kan..tapi hat parking sabtu ahad pun kena bayar sampai 11 malam masih tak dapat nak hadam apa kebaikannya untuk bumi..kahkah.kat sana suami soleh beli siap parking untuk sehari RM6x3. tapi bukan boleh pakai kat semua tempat pun,macam giant tu bayar lain..-__-"

Day 2, pagi tu hujan.jadi kami lepak-lepak sikit la.tak keluar awal sangat.agak hujan dah renyai-renyai kami pun bersiap keluar menuju ke Bukit Bendera!!hehe..seronok la bawak budak berjalan naik cable train.menikmati keindahan alam kat atas tu,








kami pun turun,kelaparan lantas menuju ke line clear..hehe..
lepastu balik.malam sikit keluar makan kat padang brown.

Day 3,pagi tu kami keluar pi bergambar kat art street.tarikan baru kat Penang ni..baru pun tak berapa nak baru la..hehe















lepastu pekena pasembur lagi.singgah pi beli tshirt budak-budak,alah,boleh la buat pakai duk rumah..hehe..lepastu beli jeruk sikit.tu je la pun.bukan nak shopping sangat..-__-"

petang pukul 5.30 kami keluar dari homestay.baik kan owner,tak berkira sangat nak keluar lambat..;')
sebelum pukul 7 kami dah sampai airport.

alhamdulillah.perjalanan berjalan dengan lancar.seronok pertama kali jalan ramai-ramai.Zakwan pun happy sangatttt..moga-moga Allah izinkan.kalau dengan family mertua mesti lagi meriah.the more the merrier kata orang kampung..haha..

terima kasih suami soleh,umi,akak,ain,anak-anak ibu zakwan dan imran,sebab happykan ibu..;')
moga Allah rezekikan kita melihat keindahan alam.semoga kita lebih memuji dan mengkagumi ciptaan Ilahi.;')

dah balik tiba-tiba macam banyak tempat lagi kami tak pi.so Penang,moga bertemu lagi!;')

Tuesday, August 2, 2016

27 Tahun

alhamdulillah.bulan yang sangat padat dalam seumur hidup rasanya.. ;'p dengan rayanya,dengan ulangtahun perkahwinannya.terima kasih Allah atas segala nikmat.

suami yang cuba buat surprise,digagalkan sikit oleh Zakwan..;'p tapi jadi jugak la surprisenya..haha
sehari sebelum hari lahir suami kata nak pergi pejabat agama.nak hantar/ambil surat.zakwan sebok nak ikut.dia pun bawa.memang biasa je ikut abi dia pi pejabat agama.sekali balik tu tiba-tiba zakwan minta kek kat ibu dia.mula-mula macam,ehh pehal tetiba minta kek ni.sekali tersengih sorang-sorang..hahahaha..mesti dia nampak abi beli kek.tu yang eksited nak makan kek tu.. >_< gelak guling-guling ibu dia..haha..zakwan,zakwan..

lepas maghrib suami soleh pun bawa keluar kek..yeayy!!haha..buat-buat terkejut la...;'p
beronok-ronok la makan kek..hahaha


beli 2 slice je..;'p cukup alhamdulillah.

esok paginya tu bangun-bangun keluar bilik nampak hadiah berbalut..
selain tu dapat hadiah yang pilih sendiri..sampai kebetulan hari lahir..hehe..huihh..banyak hadiah tahun ni..terima kasih Allah.nikmat kasih sayang dari keluarga adalah hadiah terbaik.;')



azam?impian dan harapan?target nak langsaikan hutang dan hidup bahagia tanpa hutang/riba'.kereta kelisa alhamdulillah dah langsai..tinggal hutang PTPTN.T_T bertabahlah..apa pun pasang je impian..nanti Allah makbulkan in shaa Allah.

moga hidup lebih berkat dan lebih bersyukur dengan segala nikmat yang dikurnia.moga anak-anak menjadi saham kami suami isteri.moga Allah panjangkan usia dalam keberkatan.diberi kesihatan badan untuk beribadah.dipertingkatkan iman dan amal,moga terus hidup dengan penuh kasih sayang.moga Allah kurniakan segala yang terbaik dalam hidup.

haa ada lagi,impian nak baiki pemakanan dalam keluarga kami.moga-moga lebih rajin nak sediakan hidangan-hidangan sedap dan sihat buat seisi keluarga..;') moga Allah izinkan.

terima kasih suami soleh dan anak-anak soleh atas segala kasih sayang.umi yang melahirkan adalah orang yang selayaknya diraikan.walau umi tak ingat pun birthday anak dia sorang ni..;'p moga Allah ganjarkan syurga buat umi Raefah Binti Zainal atas segala pengorbanan. terima kasih semua atas semua ucapan dan doa.moga segala doa yang baik-baik berbalik pada kalian semua..;') moga kita semua mendapat husnul khatimah dan bertemu ditaman syurga in shaa Allah,