Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 2, 2016

27 Tahun

alhamdulillah.bulan yang sangat padat dalam seumur hidup rasanya.. ;'p dengan rayanya,dengan ulangtahun perkahwinannya.terima kasih Allah atas segala nikmat.

suami yang cuba buat surprise,digagalkan sikit oleh Zakwan..;'p tapi jadi jugak la surprisenya..haha
sehari sebelum hari lahir suami kata nak pergi pejabat agama.nak hantar/ambil surat.zakwan sebok nak ikut.dia pun bawa.memang biasa je ikut abi dia pi pejabat agama.sekali balik tu tiba-tiba zakwan minta kek kat ibu dia.mula-mula macam,ehh pehal tetiba minta kek ni.sekali tersengih sorang-sorang..hahahaha..mesti dia nampak abi beli kek.tu yang eksited nak makan kek tu.. >_< gelak guling-guling ibu dia..haha..zakwan,zakwan..

lepas maghrib suami soleh pun bawa keluar kek..yeayy!!haha..buat-buat terkejut la...;'p
beronok-ronok la makan kek..hahaha


beli 2 slice je..;'p cukup alhamdulillah.

esok paginya tu bangun-bangun keluar bilik nampak hadiah berbalut..
selain tu dapat hadiah yang pilih sendiri..sampai kebetulan hari lahir..hehe..huihh..banyak hadiah tahun ni..terima kasih Allah.nikmat kasih sayang dari keluarga adalah hadiah terbaik.;')



azam?impian dan harapan?target nak langsaikan hutang dan hidup bahagia tanpa hutang/riba'.kereta kelisa alhamdulillah dah langsai..tinggal hutang PTPTN.T_T bertabahlah..apa pun pasang je impian..nanti Allah makbulkan in shaa Allah.

moga hidup lebih berkat dan lebih bersyukur dengan segala nikmat yang dikurnia.moga anak-anak menjadi saham kami suami isteri.moga Allah panjangkan usia dalam keberkatan.diberi kesihatan badan untuk beribadah.dipertingkatkan iman dan amal,moga terus hidup dengan penuh kasih sayang.moga Allah kurniakan segala yang terbaik dalam hidup.

haa ada lagi,impian nak baiki pemakanan dalam keluarga kami.moga-moga lebih rajin nak sediakan hidangan-hidangan sedap dan sihat buat seisi keluarga..;') moga Allah izinkan.

terima kasih suami soleh dan anak-anak soleh atas segala kasih sayang.umi yang melahirkan adalah orang yang selayaknya diraikan.walau umi tak ingat pun birthday anak dia sorang ni..;'p moga Allah ganjarkan syurga buat umi Raefah Binti Zainal atas segala pengorbanan. terima kasih semua atas semua ucapan dan doa.moga segala doa yang baik-baik berbalik pada kalian semua..;') moga kita semua mendapat husnul khatimah dan bertemu ditaman syurga in shaa Allah,

No comments:

Post a Comment