Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2016

Trip Ke Pulau Perhentian dan Kota Bharu


Bismillah dan alhamdulillah. Allah rezekikan kami sekeluarga menikmati mensyukuri keindahan bumi ciptaanNya. 

13-15hb oktober kami ke Pulau Perhentian.saya guna pakej Perhentian MJ. ni banyak budak-budak backpackers pakai pakej dia.sebab tempat simple.makan simple.kira pakej budget.tidak la dapat bilik mewah bagai. 

saya amek pakej RM255 seorang.include 
- boat pergi pulang,(kalau nak pergi taknak pulang kena tanya dia rege macam mana..;'p)
-penginapan 3hari 2malam
-makan 3 kali sehari (sarapan,makan tengahari,dan makan malam)
-snorkeling 5 point. 

selalu yang bujang-bujang ambil pakej RM285,bezanya cuma dia bawak pi mandi pantai kat marine park di pulau besar dengan hiking kincir angin kat long beach.

mak anak dua ni idok la berdaya nak hiking bagai..;'p ada rezeki anak dah besar-besar sikit nanti kita pi lagi..;')

oh saya add on transport jemput dari airport ke jeti Kuala Besut RM75 oneway.tiba di Airport sekitar 11.30pagi, kami di jemput Abe Yie. menuju ke Kuala Besut.Sampai Jeti ambil masa lebih satu jam. sampai jeti dah ada person incharge tunggu.cukup orang boat jalan.kami sampai di Kg Nelayan sekitar 2.30pm.  

pemandangan dijeti waktu nak turun dari boat.nak nangis tengok air cantik sangat subhanallah.

tempat penginapan tak jauh dari jeti kg Nelayan.sampai-sampai dia bagi kunci bilik.kami pun makan tengahari.;')

masuk bilik solat jama' rehat-rehat.
kalau ambil pakej yg RM285,petang tu pi mandi kat marine park.

jadi kami saja santai-santai.pusing kampung.;')

ada taman permainan kat tepi laut..;')

esoknya,14hb.hari yang dinanti.turun 8.30 pagi untuk sarapan.9.30 pagi berkumpul untuk pi snorkeling.


point pertama,
mula-mula suami soleh je turun.taklama tu Imran menangis beria nak turun.

along dia bagi makan dari atas boat je..-_-"

lepas selesai point pertama ada pulak sorang akak ni nak pi toilet..hehe..tengah-tengah laut nak melepas.takut jugak..;'p tapi boatman baik je..dia pun zasss bawa pi toilet.tempat singgah tu ada jugak orang mandi..saya saja tanya ada ikan tak belah-belah sini.boatman kata adaa..dia tunjuk hujung-hujung pantai sikit.imran dah tidur atas abi dia.penat masuk air tadi..jadi saya turun dengan zakwan.sekali tengok ramai follow turun.hehe..

dah sampai tempatnya,tengok ikan tepi-tepi pantai je..subhanallah..Zakwan  masuk air.dia pun enjoy tengok ikan dekat-dekat.lama jugak..sekali suami soleh datang dengan Imran.mesti Imran dan bangun la tu..hehe..

suami soleh pun terkejut tengok ikan tepi-tepi pantai.lama jugak boatman tu biar kami enjoy kat situ.padahal situ tak masuk point sepatutnya pun..;')

dah semua puas kami pun naik boat.teruskan point seterusnya.patutnya ada turtle point.tapi boatman cari-cari tak jumpa pulak turtlenya..;'p 

next point,suami bagi saya turun.sebab first point suami je turun sorang.sekali Zakwan beria nak turun.;') mungkin sebab dia seronok tengok ikan tepi pantai sebelum tu.alhamdulillah.atleast confidence level dia meningkat.;')


sebenarnya Imran pun turun lagi.;'p tapi tak sempat bergambar ber4 dalam air.kihkih

lepastu boatman bawak pi shark point.saya tak turun,pegang Imran. Suami soleh je turun memula.sekali zakwan beria nangis-nangis nak ikut turun.yang abi udah jauh sebab boat stop jauh sikit dari pointnya.zakwan duk berzikir nak turun.last-last ada kakak baik hati rajin nak melayan Zakwan.dia malas nak turun mulanya..tapi tengok Zakwan beria nak turun dia pun bawa Zakwan turun.rezeki Zakwan ada orang nak melayan.enjoy bebeno la dia. alhamdulillah.

last point,kami pi pantai apa tak ingat nama.hahaha..kat situ ada mata air.sedap sejuk macam air sungai.air tawar la tu.kalau panjat tinggi sikit boleh la minum air mineral semulajadi free..;') boatman kata nelayan-nelayan amek air kat situ la.sebenarnya kat sini boleh lagi nak mandi-mandi pantai.tp sebab dah mandi kat pantai yang ada orang nak singgah toilet tu,jadi kat sini orang dah tak heran sangat la.memasing pun dah keletihan sebenarnya.;'p

sempat bergambar ber4 kat sini je,,;'p
sedap pepanas terik mandi air sejuk..air tawar..hehe..

balik-balik memasing kelaparan..hehe..
lepas makan naik bersihkan badan,solat rehatttttt..gitu la berjalan dengan anak-anak..manjang rehatnya..;'p kalau yang amek pakej RM285 tu,petang pukul 3 pi hiking Kincir angin pulak...hoho..nasib baik la tak amek pakej tu..-__-" balik snorkeling dah 1 setengah..kul3 nak keluar lagi..hehe..

petang tu hujan lebat selebat-lebatnya...maka beronok-ronok la kami 4 beranak tidur petang tu..hahaha..pakej penat+hujan memang sedap la tidur kan..;'p

makan malam tu jumpa geng-geng yang pi hiking.memasing hp rosak masuk air sebab hujan lebat sangat..T__T

kami yang rancang nak solat maghrib kat masjid pulau perhentian pun tak jadi pegi sebab hujan lebat..

pagi 15hb.8.30 pagi turun sarapan.lepastu bawa anak-anak main kat taman permainan.lepastu singgah masjid.suami solat dhuha..;')




air bawah masjid.cantik subhanallah.jernih.next time datang nak snorkeling bawah ni je..sungguh.


memasing sunburn..T__T tak pakai sunblock.insaf.dulu beli tak pakai.terus malas beli dah.sebab membazir je sebotol besar pulak tu.tapi dah jadi gini insaf balik.hahaha..kena pi beli jugak..

balik tu kemas-kemas bag.pukul 11.45 checkout.boat pukul 12 tengahari.;')

kat jeti ternampak budak-budak ni.subhanallah..pancing pakai botol je..;')

tengok la biru laut.subhanallah.ni takde edit.gambar terus tepek je,kalau edit dah cerahkan sikit muka yang dah legam tu.kahkah.;'p

balik tu kami tak booked transport nak pulang ke KB.ingat nak naik bas je balik KB.tapi Allah maha pengasih maha penyayang.group bujang yang nak balik sama 15hb tu ajak naik van sekali.alhamdulillah..save cost. ;')

ni lah group mereka-mereka yang baik hati ni..ber6.cousin.subhanallah..suka sangat sedara mara rapat gini.dari 3 keluarga.dari Klang.
ni la group yang HP masuk air tu.dari 6 Hp,1 je yang selamat..T_T

sebelum balik KB singgah beli keropok lekor terengganu..kat Z keropok lekor.situ yang femes.
sampai KB dekat pukul3 petang jugak.ayem adik angkat dan isteri jemput.;')

ayem bawa kami makan kat nasi ulam cikgu kota bharu.boleh tahan murah.makan banyak yakmat.maklum la makan lewat.hoho.lepas kenyang Imran pun dah merengek bagai,kami pun pulang.ayem bawa kami ke homestay mak mertua ayem.

selesa.3bilik.semua aircond!siap pakej ada mesin basuh..memula takde,tanya ayem dobi kat mana,sampai dia hantar mesin basuh..T__T tanya kedai runcit kat mana,nak beli sabun.rupanya dah bawak sekali sabun basuh..T___T subhanallah..masih ramai orang baik-baik kat dunia ni..

selesa sangatttt..rasa nak bawa satu keluarga besar.hehe..duk berangan nak ajak mertua datang Kota Bharu.hehe

punya la baik siap bagi pakai kereta sekali sepanjang kat sana..T__T

malam tu ayem dan isteri bawa kami pi wakaf che yeh.

adik ipar ayem tolong tangkapkan..;'p habis silau muka ayem..;'p

esoknya ayem kerja.jadi berbekalkan kereta yang ayem bagi pakai,kami pun pusing KB sendiri.target pertama kami nak ziarah pusara Arwah Tok Guru Nik Aziz.sampai-sampai pagi tu kami je yang ada dikawasan kubur.pusing-pusing cari.takde batu nisan bernama.. saya pun google gambar-gambar orang ziarah Pusara Tok Guru.lepas diamati,kami yakin inilah pusara beliau.

redup subhanallah.berderet dengan pusara ibu dan ayah beliau.tak jauh dari pintu kecik,pintu pelawat.
waktu kami nak balik.tetiba dengar bunyi motor enjin kuasa tinggi..banyak bunyinya.ingat kot moto polis escort sultan datang ke..muahaha..;'p sekali...

konvoi dari utara.kedah dan pineng.ramaiiii..subhanallah.lebih 50biji motor kuasa besar.naik kereta pun ada.rasa 100orang ada..

begitulah ulama.walau dah lama perginya meninggalkan kita,tapi masih diingati ramai.tak putus-putus doa buat arwah..;') moga bertemu kita disyurga in shaa Allah..

balik dari kubur tu kami pi pasar Siti Khadijah.lepastu makan kat Restoran Yati.waze je.ayam percik dia....subhanallah..terbaik..;')


hari pertama.daging bakar pun order.tapi banyak lemak je..;'p 

nasi kerabu dia memang thorrbaikkk..;'p
thorbaikkk dia tu sampai esoknya tu pun suami ajak makan sini la..;'p

lepas tu singgah KB Mall.suami mengidam burger king.huhu..sempat layan movie 9D kat KB Mall tu. balik rehat..malam keluar lagi ke wakaf che yeh.;'p pi sendiri je.tak kacau ayem.dia nak kerja soknya.malam tu kami makan KB burger bakar.

sedap jugakk..;') order nasi goreng sepinggan jugak.hehe.Imran makan banyak.

pagi 17hb kami ziarah kubur arwah lagi sekali,singgah tengok anak sedara..T__T lepastu pi makan kat Restoran Yati lagi,tapi ayam percik tak siap lagi.waktu tu baru 12.30 tengahari macam tu.katanya 1.30 baru ayam percik siap.sebab datang nak makan ayam perciknya,maka kami pi KB Mall dulu beli burger king lagi.T__T dasyat suami punya mengidam. pehtu patah balik restoran yati.mujurlah KB ni tak besar.dari satu tempat ke satu tempat tak rasa jauh.seronok sangat sampai suami soleh kata nak pi lagi.in shaa Allah..;')

habis makan tu,terus balik homestay kemas barang.3.30ptg nadirah dengan maknya(isteri ayem dengan makmertua ayem) tolong hantar kami ke airport..;') alhamdulillah.. 

6.45 petang kami tiba di KLIA2.solat maghrib jama' isyak sesiap.suami pi beli lagi burger king.dasyat tak dasyat mengidam burger king.dah lama duk sebut.tapi area rumah takde burger king.tu dia balas dendam agaknya..;'p

terima kasih Allah,terima kasih suami,anak-anak.mertua yg tolong hantar airport,adik ipar yg tolong jemput di airport.ayem sekeluarga.moga Allah balas jasa baik semua.

alhamdulillah ala kullihal.kalau ikut perancangan kami, ini percutian penutup bagi sesi 2016.;'p tapi kot perancangan Allah lagi hebat ada lagi percutian sebelum masuk 2017 kami terima dengan hati yang terbuka.;'p 

sebenarnya saya pernah berimpi,nanti dah berkeluarga,saya nak kan percutian 3,4 bulan sekali.tapi bila dah kahwin,masih bekerja,saya rendahkan target 2 kali setahun pun dah alhamdulillah..;') bila dah berhenti kerja,saya tak la beri harapan yang tinggi.faham keadaan kewangan suami je yang kerja.dengan zaman najib ni.haha..;'p tapi alhamdulillah.Allah tu maha pengasih maha penyayang.T_T dia beri lebih dari apa yang saya impikan.sungguh la rezeki bukan sekadar rumah besar,kereta mewah,duit yang banyak.sihat itu rezeki,masa yang lapang itu rezeki.suami yang soleh rezeki.

Allah SWT berfirman:
Surah Ibrahim : 7  "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 

pokoknya bersyukur.alhamdulillah a'la kullihal.

Surat Ar-Rahman : 25 “Maka nikmat Tuhan mu yg manakah yang kau dustakan?”