Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 4, 2016

Potty Training Zakwan

Bismillahirrahmanirrahim.. ;')

lamanya dah peram entry ni.sejak bulan 3!haha..tu pun dah lupa..tetiba tengok ada draft..ehh..;'p

jadi marilah sama-sama ambil manfaat,kalau ada.

alhamdulillah.Allah izinkan kami potty training Zakwan.. ;')
cerita dia bermula kawan whats app saya.

1 Februari 2016  | 11.03
 Madid Sela: Mira. Ko dah start potty train Zakwan belum?
me: Belum.. >_<
Madid Sela: Aku nak start potty train Afie raya cina ni.

dan berborak panjang la mak-mak ni...cerita pasal potty train pun satu isu tau.boleh buat borak panjang.. ;'p

petang tu dalam pukul 3 lebih Zakwan beyak..sekali ibu dia terus toink!toink! 
ibu : Zakwan, Zakwan tak payah pakai pampers la ye.nanti nak kencing bagitau ibu ok?
Zakwan :Okeyyyyy..(memang okeyyyy memanjang -_-')

 semangat petang tu jugak ibu order..-_-"

memula tu taknak pakai jugak..nasib baik lepas tu dia pakai.sampai sekarang masih pakai dengan baik alhamdulillah.buangair kecik besar pun dah dalam bowl alhamdulillah..;')

saya bersyukur ada benda ni dirumah.berguna waktu nak kutip time Zakwan yak kat lantai.hahaha..>,<

dan bermulalah perjalanan kami suami isteri potty training Zakwan.Allah hantar seru melalui kawan.;'p saya memang pesen tak boleh nak rancang-rancang sangat ni.kecuali bab travel.kena rancang awal sebab nak beli tiket  flight murah.;'p yang lain kena redah je..baru jadi.

sebelum tu ada juga baca pasal potty training ni,tapi dah  lupa.so google balik la..so tips pertama dia kena kerap AJAK anak pi toilet.jangan tanya.AJAK je pi  toilet.tanya tak boleh pakai.ibu duk la tanya Zakwan,zakwan kata anakkkkk..sekali tak lama tu basah lantai.. T__T nangis ibu..;'p padahal baru je rasa tanya dia.haha

tips kedua pulak SABAR. ye kena sabar dan sabar.teruskan bersabar..

tips ke tiga?ingat dan ulang 2 tips diatas..
sekiannn..

Proses potty train ni sebenarnya bergantung jugak dengan usia anak yang kita nak train tu kan..macam pengalaman train Zakwan ni dia diusia 2tahun 9bulan.dia dah pandai cakap.tapi tak semudah yang dijangka.

sebelum nak mula potty train,kita yang kena ready. kena set kat mind kita,kena banyak sabar.ye KITA,mak bapak.bukan anak.kita kena cuba faham dia dulu.bertahun-tahun anak kita pakai diapers nak kencing nak berak tak payah nak bagitau.bila dia suka anytime dia boleh buat projek.tup-tup tiba-tiba nak dia bagitau dulu..tak mudah wehh..percayalah itu tak mudah..haha..

tapi kesabaran diri ini tidaklah setinggi gunung.kekadang TERmarah jugak..-__-" yela..baru tanya..dia kata taknak.tak sampai 5,10 minit tetiba basah je seluar.tension tau i olls..haha..sebab tu la tips nya jangan tanya.terus ajak/bawa je ke toilet.kena kan dengan air.nanti terkeluar la..;'p awal-awal je..sebab dia tak tau rasa nak dekat terkucil tu..

jadi ibu-ibu yang nak mulakan,ni sedikit panduannya. ;-

1) Tanam tekad yang tinggi,percayakan kemampuan anak, pujuk diri supaya sabar dan tak putus asa,dan minta pertolongan Allah agar kita cukup sabar. ;')
2) Lipat/gulung segala jenis karpet yang ada. untuk mudahkan anda mengemop lantai.;'p
3) mulakan dengan bagitau anak,seeloknya sebelum tidur waktu dia tengah tidur-tidur ayam,cakap dengan dia,nak mulakan potty training ni...
4) Bawa anak sekerap mungkin ke tandas.boleh mula dengan 15 minit sekali.kemudian 30minit sekali.sejam sekali.jangan risau.ni mula-mula je.nak dapat rentak dia..rentak kauu..haha..;'p sebenarnya ni nak ajar dia,macam mana rasa nak terkencing tu.bila masa dia nak kena ge ready nak ke toilet.gitu..
5) Jangan marah anak bila dia TERlepas.kalau TERmarah jangan lupa minta maaf ye!!-__-" Kesan dia nanti dia terkucil dia tak nak bagi tau..lagi jenuhh..haha
6) bagi reward tiap kali dia berjaya kencing/beyak. tepuk tangan kuat-kuat boleh.hadiahkan lompat bintang pun boleyy..;'p
7)perlukan kerjasama kedua suami isteri ye..percayalah.jadi kena bincang sama dengan pasangan,supaya kedua-duanya bersedia nak hadap.haha
8) percayalah, susah tak lama in shaa Allah..kejappp je..pernah juga nak putus asa.tapi alhamdulillah kami teruskan jua..muahaha..;'p

tu lah antara tipsnya.

ada kenangan yang tak boleh dilupa..Imran pi berenang kat air kencing Along dia..-____-" sabooooorr je la..;'p

saya tak kata mudah ye.tak mudah dia tu sampai nangis la ibu dia ni.ada satu ketika tu dah happy sangat dia dah pandai bagitau nak kucil kan..kira tak bocor beberapa hari..sekali tetiba tu duk tanya macam biasa kata taknak..sekali tak lama tu bocor..mau tak nangis.dah kenapa???siap solat menangis-nangis la apa dosa diri ini.kahkah!;'p ye..saya tau Allah nak uji saya.kekadang baca doa sambil menangis-nangis.Zakwan pandang jeee..tak lama tu dia nak kucil dia bagitau.;') jangan ingat anak kita kecil dia tak faham apa.kita sebenarya yang tak faham dia..T_T

saya try fikir kenapa.saya rasa sebab sebelum tu mungkin banyak berjalan.bila berjalan dia pakai pampers.mungkin dia tak ingat dia tak pakai pampers.atau mungkin ibu dia ni ada teriak sikit dalam hati,kekonon dah berjaya potty train anak.kott la..jadi Allah nak hantar peringatan.hehe..positif..positif..

update:sehingga sekarang Alhamdulillah.dah boleh tarik nafas lega sikit.accident terkucil tu ada la 2,3 bulan sekali kot..tu selalunya time dia eksited sangat.seronok tengok tv ke.seronok main ramai-ramai ke..-__-" tapi masih pakai pampers waktu malam dan berjalan.nak ajar yang waktu malam lagi nak kena kuat..kena rajin bangun malam.hehe..buat masa ni,alhamdulillah.ni pun nikmat sangat dah.