Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 20, 2017

Travel ke Aceh (Bandar Aceh)


alhamdulillah, lepas puas menikmati keindahan Pulau Weh,kami meneruskan perjalanan ke Bandar Aceh.mencari hikmah disebalik kejadian tsunami yang berlaku pada tahun 2004.lebih 12 tahun,tapi kesannya sungguh besar.

sampai-sampai kami di Jetty Ulele, dijemput dengan teman abang Iwan (driver becak di sabang), bang Oscar.

dari jetty saya minta singgah ke masjid Baiturrahim.di perkarangan masjid ada kedai kecil yang menjual souvenir disamping paparkan sejarah kejadian tsunami.banyak gambar-gambar yang digantung didinding kedai tersebut.

 kerana masih punya masa,bang Oscar terus bawa kami melawat tapak kesan tsunami yang lain.kami dibawa ke kawasan kubah yang terdampar lebih 2.5km dari tempat asal sewaktu kejadian tsunami.


kalau perhatikan,terangkat dengan tapak simennya.

bila sampai dikawasan ini,ramai ibu-ibu dan anak-anak yang jual barang-barang yang boleh dibuat souvenir seperti keychain,fridge magnet,kain batik dan sebagainya.kalau memang merancang nak beli fm dan keychain,boleh la beli pada anak-anak ini..

lepas pulang dari tapak kubah ni,kami terus menuju ke hotel.check in di Hotel siwah,berhampiran dengan kedai makan mee razali yang popular disana.

jadi malamnya haruslah kami menikmati mee razali sebagai makan malam.


esok paginya, kami dejemput bang Oscar untuk meneruskan perjalanan melihat kesan-kesan tsunami.;') ye,sepanjang disana kami cuma naik becak.;'p

pagi tu kami dibawa melawat kapal apung.

kapal yang terdampar diantara 2 buah rumah ni dah menyelamatkan lebih 40 nyawa..;')


kemudian kami menuju ke PLTD Apung.kapal besar yang terdampar lebih 1km dari tempat asal.terdampar ditengah-tengah perkampungan.;')

seterusnya kami menuju ke muzium tsunami.


bendera negara-negara yang hadir memberi bantuan kepada warga aceh ketika kejadian Tsunami.

antara kapal yang terdampar di tengah kampung.;')

kemudian kami menuju ke masjid rahmatullah.berhampiran dengan pantai lampuk,antara perkampungan yang paling teruk dilanda tsunami ketika kejadian tersebut.seluruh kampung hancur musnah.cuma masjid ini satunya yang selamat dan masih kukuh berdiri.

disatu sudut masjid,saja ditinggalkan kesan-kesan tsunami..;')

kemudian kami singgah makan di pantai lampuk.sebab musim hujan.jadi tak berjalan pun di persekitaran pantai yang cantik.

balik tu kami pergi pasar aceh buat mencari "buah tangan" untuk dibawa pulang.

kalau ke pasar aceh boleh singgah di bawah sekali,cari kedai ini.layanan sangat terbaik in shaa Allah.;')

katanya asal malaysia.pulau pinang kalau tak silap,jadi jual murah-murah sama orang malaysia..;')

makan malam tu kami ke mee Razali lagi.. ;')


esok pagi.kami bersiap untuk pulang.;') Zakwan dapat kerja di hotel. ;'p

imran pun cari kerja juga.nampak macam busy sungguh mereka pagi tu..;'p mungkin cara mereka berterima kasih selama tinggal di hotel ni dua malam..;'p

kami dijemput kereta sewa untuk ke airport sekitar jam 12tengahari.sampai airport solat zohor tak lama kemudian tiba waktu boarding.

alhamdulillah berakhir percutian kami di aceh yang in shaa Allah ada rezeki kami nak repeat.terutama ke sabang!

next entry in shaa Allah saya akan kongsi sedikit tips dan itinerari kos kami sepanjang disana.;')










2 comments:

  1. Bestnya... Tak pernah sampai acheh lagi

    http://www.fatindays.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi fatin!hehe.sambil-sambil tengok kesan peninggalan tsunami,kena pergi sabang.nikmati snorkeling kat sana..;')

      Delete