Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 29, 2017

Zakwan Turns 4

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah.lepas dah peram hampir sebulan.baru berkesempatan nak sambung entry.harap-harap settle lah ni..;'p

me being me,selagi boleh,ada rezeki nak raikan ulangtahun kelahiran anak-anak.alhamdulillah 30 April tahun ni cantik hari cuti,jadi kami pun buat la makan sikit-sikit untuk keluarga terdekat dengan beberapa sahabat terdekat.

sebabkan hari cuti jugak kebetulan ramai pulak adik beradik suami soleh yang tak dapat datang atas urusan masing-masing.tapi alhamdulillah..tu lah seronok adik beradik ramai..

jadi inilah keluarga kecil saya bergabung dengan sebahagian kecil dari adik beradik suami soleh..;')


kek abi pilih.buat pertama kalinya suami diberi tanggungjawab besar untuk pilih kek sendiri.ibu zakwan busy bersilat kat rumah..;'p

baby boy ibu dah besar,cepatnya besar.. T_T

kek aiskrim.

dikesempatan tu jugak kami sambut ulangtahun perkahwinan mak abah yg ke 42.;') moga kami pun diraikan anak cucu suatu hari nanti macam ni.in shaa Allah..

42 tahun.;')

happier birthday boy!

doa selamat sikit

si keciks kat playroom..;')

mak chak dan kak elin,umi dengan ain.

jiran sebelah,ust wahid,kak syaza,Muhammad.

kak yah bawa hadiah bantal hotel DAG special edition untuk birthday boy!

lumba lari skett..


alhamdulillah.terima kasih semua yang hadir.sudi menyambut dan meraikan hari bahagia Zakwan.moga Allah rahmati kasih sayang kita sekeluarga.

Muhammad Haris Zakwan,
terima kasih hadir dalam hidup ibu abi,terima kasih jadi penghibur kami sekeluarga.
terima kasih jadi along yang sangatttt baik untuk Imran,dan in shaa Allah adik-adik yg lain.
ibu doakan Allah rahmati sepanjang perjalanan kehidupan Zakwan.
Moga membesar jadi manusia yang beri manfaat buat manusia sekeliling.
moga membesar menjadi manusia yg terpuji,pemelihara agama,maruah diri dan keluarga,moga jadi manusia yang bijaksana.
maafkan ibu abi andai ada hak tak tertunai.doakan kami jadi ibu abi yg terbaik buat Zakwan dan adik-adik ye.

always loving you,
ibu


No comments:

Post a Comment