Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 2, 2017

Tips/Bajet Percutian Ke Aceh

alhamdulillah..atas segala nikmat dan ujian yang Allah beri.percutian kami ke Aceh bulan 1 yang lepas bukanlah percutian mewah.sungguh percutian bajet untuk keluarga kecil kami.tapi in shaa Allah selesa(mengikut citarasa kami) 

percutian ke Aceh sebelum ni ramai yang tertumpu untuk melihat kesan-kesan peninggalan tsunami dahulu.kalau memang niat cuma mahu melihat kesan tsunami,3h2m sudah cukup untuk berada di bandar aceh.tapi,ada suatu tarikan baru di kepulauan Aceh yang dah makin ramai mula tertarik,iaitu menikmati keindahan laut dalam di Sabang,Aceh.jadi kalau memang rancang mahu menikmati keindahan snorkeling di Sabang,eloklah dipanjangkan percutian ke 5h4m.2malam di sabang dan 2 malam di Bandar Aceh.;')


PENGINAPAN

percayalah pasti tak menyesal bagi peminat snorkeling untuk ke Sabang.di Sabang,kebiasaan untuk para pengembara untuk tinggal di Iboih atau di sumurtiga.hotel yang paling terkenal di sumurtiga pastilah Freddies Santai Sumur Tiga.tapi,untuk melakukan aktiviti snorkeling,semua perlu ke Iboih.jadi kami decide untuk tinggal 2 malam di Iboih dan 1 malam di freddies.


pemandangan dari balkoni bilik di Freddies.

sejujurnya view dari freddies jauhhh lebih cantik dari di Iboih.penempatan bilik-bilik di freddies yang betul-betul di tepi pantai,keluar ke balkoni terus menikmati keindahan pantai.dalam bilik pun dah dengar bunyi tiupan angin laut,desiran ombak.subhanallah.

Di Iboih lebih banyak pilihan.setelah survey-survey saya pilih untuk menginap di Fina Bungalow.FB ni pun dah ada dua tau.kalau pilih FB jangan lupa pastikan Fina 1 atau 2.saya booked Fina Bungalow 1. Masih selesa.wifi laju.


dalam bilik di Fina Bungalow

Di bandar Aceh pula kami menginap di Siwah Hotel.selesa untuk kami anak beranak walau sedikit kecil,tak bertingkap.ok untuk buat tidur.;')


PENGANGKUTAN

Disana ada beberapa pilihan untuk pengangkutan. kalau pergi by group boleh sewa kereta sekali tour guide. yang popular disana untuk orang Malaysia biasanya guna khidmat Syah atau Fauzan. Tepuk poket sendiri.saya survey juga mula-mula.tapi rasa berat sebab kami tak share dengan sesiapa kan.jadi last-last kami naik becak je..

cuma rezeki saya dijemput bro syah dari airport dihantar ke jetty ulele bermaharkan sebungkus milo.
sampai sana naik boat ke Sabang. dah nak sampai tu dalam boat ramai je duk cari passenger siap-siap.turun-turun tu banyak je orang offer transport ke Iboih atau sumurtiga.kami pilih becak.standard price ke Iboih 100k,tp kami dapat 80k.

 becak di sabang.

sampai ke bandar aceh pun kami naik becak.nasib pulak kat sana ada hujan-hujan sikit.kena la tempias-tempias sikit.tapi kami ok je..;')alhamdulillah.

Makanan

Dekat sana makan tak susah untuk orang Malaysia."taste" hampir sama je.lain dengan Palembang.masakan sana rasanya pelik untuk saya. jadi di Aceh boleh la makan dengan amannya.Ayam Penyet,Bakso, Mee Aceh,rasa hampir sama macam mee goreng kat Malaysia je..


ni saya share bajet kami sekeluarga sepanjang disana.


Kos pengangkutan
Flight KL-BKI-KL - RM418.76 (3seat+1infant) asal RM306.76 lebih beli makan + luggage)
teksi dari Airport Aceh ke  Jetty Ulele - Sebungkus milo 1kg (syah)
feri dari jetty Ulele ke Sabang- IDR180k ;80k seorang dewasa.
;kanak-kanak bawah 3 tahun 10k seorang
becak dari jeti sabang ke Iboih, becak (Bang Iwan) - IDR80k
becak dari iboih ke sumurtiga,becak (Bang Iwan)- IDR150k (singgah goa sarang)
feri dari Sabang ke Jetty Ulele, -IDR180k
becak (Bang Oscar)dari jetty ulele ke Siwah Hotel- IDR50k
Becak (Bang Oscar)Separuh hari 9pagi ke 4 petang -IDR300K
Teksi dari Siwah Hotel ke Airport Aceh-IDR100k

kos Penginapan
Fina Bungalow Iboih -RM161.56 (2malam)
Freddies Santai Sumur Tiga-  RM88.12 (1malam)
Siwah Hotel - RM 116.43 (2malam)

kos keseluruhan kami RM2130.87 untuk perjalanan 6hari 5malam,2 dewasa,2kanank-kanak.;')
banyak lagi boleh jimat sebenarnya.macam kami add on makan dalam kapalterbang tu..situ je dah boleh jimat RM60. kurangkan ke 3malam atau 4malam.dah boleh jimat hotel dan lain-lain kos,

jadi selamat merancang perjalanan.moga Allah berkati setiap langkah perjalanan kembara kita..in shaa Allah..;')