Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 23, 2017

Family Trip Terengganu dan Pulau Kapas

alhamdulillah 20-22 Julai yang lalu allah izinkan kami ke Terengganu sekali lagi.dan alhamdulillah Allah izinkan kami berukhwah dengan sahabat dan keluarga baru disana.

sampai di airport dejemput Aisyah,kenalan dari group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook!;')
subhanllah.suami pun terkejut sampai-sampai tanya,ni kawan sekolah ke?;'p saya kata taklah.kenal kat FB!;'p hahaha..Allah.saya mula percaya dan rasa apa yang islam maksudkan saudara seislam tu.indah subhanallah.

ye kami pertama kali bersua muka waktu saya tiba dilapangan terbang Kuala Terengganu.Aisyah siap tunggu di hadapan pintu ketibaan.subhanallah.

kami singgah makan,dah lupa nama tempat sebab orang bawa kan..;'pselalu kena google sendiri nak makan kat mana semua..haha..lepas makan terus singgah beli keropok lekor,keropok keping dan tiket ke Pulau Kapas untuk esok harinya.

berbekalkan tiket RM40 seorang untuk pergi balik,alhamdulillah Zakwan dan Imran free..patutnya 3 tahun ke atas dah kena charge,tak silap RM20.ke Rm15 lupaaa..

lepas beli tiket,kami dibawa kerumah Aisyah.ye!dia ajak tidur dirumah dia.suami mula-mula segan,tapi bila aisyah bersungguh ajak suami soleh menurut je..;'p alhamdulillah..;')

kami rehat sampai ke petang.aisyah ajak makan keropok lekor.Zakwan yang memang tak sabar-sabar nak keluar dari bilik seronok sangat la dapat keluar dari bilik.;'p makan keropok lekor tak ingat dunia..;'p

petang tu minum petang dengan bapa Aisyah.mak Aisyah masih belum pulang dari kursus.
lewat petang mak Aisyah sampai.sampai-sampai terus masuk dapur siap-siap nak masak.saya,aisyah,dan maknya bersama-sama didapur siapkan hidangan malam.

esoknya,hari yang dinanti..kami berlima,ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas.Alhamdulillah Allah baik sangat.cuaca redup-redup,tak terlalu terik.oh yaa,Aisyah siap bekalkan kami bihun goreng,kepropok goreng,macam-macam lagi lah untuk kami berkelah disana.maaf Aisyah,tak tolong pun siapkan makan..T_T




alhamdulillah anak-anak happy sangat bagi makan ikan.;') 

bila dia yang lapar,suap mulut sendiri..;'p


alhamdulillah mood baik sampai ke waktu balik.;')

petang tu kami naik bot balik 3.30 petang.sampai rumah mandi ingat budak-budak nak tidur..ehhh dia sambung cergas tengok tv sembang dengan atok,pakcik..;'p dah nak maghrib baru dedua terlelap depan tv kat ruang tamu!

malam tu solat maghrib berjemaah dengan keluarga Aisyah.lepastu bapa Aisyah yang sediakan makan malam.;')

kami sambung tengok tv.suami soleh layan tengok Dangal.;'p

esoknya flight kami 8.20pagi.jadi 7pagi kami dah keluar rumah.Aisyah tolong hantar ke Airport.

dengan Aisyah.terima kasih atas segala budi baik.;')

terima kasih layan kami macam keluarga.;') sikit tak rasa macam orang luar.terima kasih layan bebudak dua orang ni..;'p



Mak Aisyah siap bekalkan nasi dagang buat bekal kat kami.ni yang dibungkus kecil untuk makan di Airport.

sambung makan nasi lemak pulakkk..dah order..;'p


Alhamdulillah untuk short trip kali ni.sungguh kalau Allah  beri keberkatan masa,percutian yang singkat boleh jadi sungguh bermakna.moga Allah redha.

Terima kasih atas rezeki yang diberi.terima kasih untuk ukhwah ini.

Rezekikan kami ya Allah.mengembara ke seluruh pelusuk bumi ciptaanMu.moga bertambah iman dan amal kami.mengkagumi kebesaran,keindahan ciptaanMu.







No comments:

Post a Comment