Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 21, 2017

Birthday Trip Buat Suami

alhamdulillah atas segala nikmat dan kasih sayang.Allah rezekikan kami ke penang sekali lagi.kali ni bukan lah nak berjalan sangat.sekadar nak rehat-rehat di hotel layan anak-anak dan jalan-jalan cari makan.rindu pasemboq..hehe..;'p

berbekalkan tiket free seat Air Asia, beli awal setahun.kami cuma bayar tak sampai RM80 untuk penerbangan 4 orang pergi balik.;') 

stay di hotel 4 bintang, The Northam All Suite Penang untuk 3hari 2malam dengan harga RM166.50 termasuk sarapan untuk 2 pagi..;') alhamdulillah atas segala nikmat.yang ni Allah rezekikan biras share kupon 50% diskaun Traveloka.terima kasih biras.;')

selain tu sewa kereta RM208 untuk 2hari++..ambil dan hantar di airport.sebab tak banyak berjalan pun jadi isi minyak cuma RM10.;'p


yang lain belanja makan je la..sarapan dah jimat alhamdulillah..

sebab dah check bilik mandi ada jacuzzi,saya pun terus amek peluang bawa magnesium flakes untuk berendamm..hehe..budak-budak paling layan masuk jacuzzi.baru naik dari swimming pool pun sambung berendam kat jacuzzi..;')



bilik dapat sea view.alhamdulillah.

anak sorang ni subhanallah.semua dibedalnya..Zakwan idok la nak minum air kelapa..;'p

dia pandai order teh ais.. -__-"

sebelum balik mesti pekena dulu pasemboq.hari-hari makan pasemboq..;'p

keberangkatan pulang.dan botol tertinggal kat airport buat sekian kalinya..T__T

sebenarnya trip ni sekali nak meraikan birthday suami.;') dia bukan perasan pun isteri dia pesan setahun awal untuk trip ni jatuh time birthday dia..;'p apa pun semua dengan izin Allah.Allah rezekikan percutian kalini.moga mengeratkan kasih sayang kita sekeluarga.

Allah bagi ujian beberapa hari sebelum kita nak bercuti,dalam masa yang sama Allah sangat baik masih izinkan kami bercuti.alhamdulillah..

suami soleh, selamat hari lahir ke 28.
moga panjang usia dalam keberkatan,disehatkan tubuh badan, dalam lindungan serta limpah rahmat Allah selalu.

terima kasih mak yang melahirkan.
terima kasih abah yang berjaya jadi contoh terbaik buat Naim.
terima kasih mak abah kerana berjaya besarkan naim jadi seperti dia sekarang.walau tak sempurna,tapi menyempurnakan Mira yang jugak tak sempurna.
moga Allah rahmati mak abah.

suami soleh, terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan jadi ketua keluarga.maafkan isterimu yang tak sempurna.doakan cici jadi hamba Allah yang solehah,isteri solehah,ibu yang solehah,anak yang solehah.teruskan melangkah bersama.moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke syurga. mari kita tua bersama.moga dipanjangkan usia untuk lihat anak-anak kita menjadi manusia.

terima kasih Allah atas segala nikmat dan ujian.jangan Kau jauhkan kami dari rahmat dan kasih sayangMu.

No comments:

Post a Comment