Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 19, 2017

Family Trip ke Cameron Highland


alhamdulillah atas nikmatnya,kami direzekikan sampai di cameron highland pada 6-7 October 2017.
tidur semalam di Rosa Passadena, Brinchang.

dah lama tak sampai cameron, dulu biasa juga naik cameron.tapi last naik rasanya waktu zaman sekolah lagi,ada kenduri kakak sedara disana.kenangan terakhir yang buat saya terngiang-ngiang nak naik cameron sebab teringat-ingat jagung bakar tepi jalan..haha

sebelum ni naik cameron tak berjalan sangat pun,sebab memang pergi rumah makcik.ikut je la orang tua bawa kemana kan waktu kita kecik.hehe.ni dah besar,kita pulak buat keputusan nak kemana..hehe..

kami berlima,saya,suami,Zakwan,Imran dan umi bergerak dari rumah batu caves sekitar 10pagi.kami ikut laluan Tapah. 

singgah makan tengahari di Ringlet, kemudian teruskan perjalanan ke Berinchang.kat sana kami menuju ke Big Red Strawberry Farm. tiada bayaran masuk dikenakan.





walaupun nama ladang strawberry,tapi banyak jugak bunga dan sayur salad ada disini.;')



saya kira ini bukan musim buah strawberry.ada, tapi tak banyak.

Di Big Red Strawberry Farm ni,keadaan bentuk muka buminya agak berbukit.kami pulak parking di bawah.tak tau rupanya kat atas pun banyak lagi kawasan parking.kesian umi tunggu dibawah.pening nak jalan sebab berbukit-bukit walau ada tangga.

lepas selesai pusing-pusing disini,kami berniat nak teruskan perjalanan ke ladang teh boh Sg Palas,dah masuk separuh perjalanan baru perasan sign board tulis tutup pada hari isnin.haha.maka patah balik la kami dan terus menuju ke hotel.

sarapan pagi esoknya,boleh tahan menarik.

kami check out jam 12 tengahari,terus menuju ke ladang teh Sg 
palas.

hebat umi.diusia 69 tahun boleh panjat setinggi ni.yang ni kurang pening mungkin sebab tangganya tak terlalu tegak..hehe..

pemandangan ladang teh dari atas.

mak yong 34w alhamdulillah boleh panjat juga sampai ke atas tu..syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan.




sebenarnya boleh je naik kereta sampai keatas,cumanya tak dibenarkan parking diatas tu,lepas hantar orang,driver dan kereta sila turun.hehe.tapi sebab semua setuju nak naik perlahan-lahan,jadi kami naik tangga bersama-sama.

sempat la rasa air teh kat atas tu.upah panjat tangga kata suami soleh..;'p

lepas dari melawat ladang teh,kami singgah di Kea Farm Market.disana lah dapat lepaskan teringin nak makan jagung bakar..hehe.beli jagung sikit,teh sikit.sayur sikit.tak beli banyak pun.

lepas membeli kami singgah ke MARDI,nak jumpa makcik dan nenek saudara.sebenarnya dalam tu pun cantik untuk bersiar-siar.tapi takde rezeki,sebab selasa tutup,hari mereka sembur racun.kami naik ke kuarters perumahan MARDI.makcik jamu buah epal yang sedapppp..tanam kat cameron.manis subhanallah..katanya bukan untuk dijual.jadi staff MARDI untung la dapat makan..hehe..

masuk asar,singgah solat jama' di masjid berdekatan MARDI tu.lepas tu turun la kami kebawah.elok sampai tapah hujan lebat.sepanjang kami di Cameron ada la hujan rintik-rintik time kami di Strawberry Farm tu.tapi kat situ kawasan berbumbung.alhamdulillah Allah sangat baik.walau naik Cameron musim hujan,tapi tetap dapat nikmati pemandangan indah di Cameron Highland..terima kasih Ya Allah.

Terima Kasih suami soleh,sudi bawa kan kami berjalan.moga Allah rezekikan selalu..;')

No comments:

Post a Comment