Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2018

Birth Story Hana Sofiya Binti Mohamad Naim ๐Ÿ˜

Bismilliahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..entry ni lama dah taip.tapi lama peramnya.. ;'p

Terima Kasih Allah,atas segala nikmat yang direzekikan atas kelahiran 
 yang terindah.itu lah yang masuk didalam doa disetiap tadah tangan bila berkesempatan.baik lepas solat fardhu mahupun solat sunat.moga Allah rezekikan kelahiran terindah.

bukan maksud kelahiran yang sebelum ni tak indah.-__-" hahaha..indah jugak..tapi alhamdulillah la..ini yang terindah setakat ni.. ;'p


Alhamdulillah selamat melahirkan zuriat ke3 kami pada 24 Disember 2017 homebirth dan waterbirth.๐Ÿ˜

2 kelahiran yang sebelum ni secara "normal" tapi bercita² nak rasa keindahan gentle birth.

Muhammad Haris Zakwan
SVD tapi vacuum dan dah tentu pakej dengan episiotomy.

Muhammad Arif Imran
SVD tapi induced due to GDM

Jd untuk kehamilan ke3 kami nekad nak tambah ilmu dan bertemu lah dengan cikgu Kak Hayati Muzaffar..๐Ÿ˜„

Alhamdulillah Allah rezekikan kami hadir ke kelas gentle birth essential dengan Kak Yat pada bulan 8.sungguh terpaksa diakui banyak ilmu yang saya tak tahu tentang kelahiran walau dah bersalin 2kali sebelumnya.Sepanjang kelas berjalan 2 hari,takde satu pun ayat Kak Yat yang ajak kami homebirth.๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ Kak Yat cuma sampaikan ilmu tentang kelahiran.tentang penjagaan diri yang optimum dari sebelum kehamilan lagi,macam mana hebat kuasa Allah cipta tubuh wanita dengan sempurna.

Sungguh dari dulu saya rasa kelahiran ni suatu fitrah yang perlu dilalui dengan gembira dan bahagia.atas sebab tu lah saya tekad nak ke kelas gentle birth sebab nak alami "gentle birth" tu sendiri.sebelum-sebelum ni memang selalu baca birth story kat group gentle birth, tengok video tenangnya mereka melahirkan..๐Ÿ˜„tapi dah anak dua baru sedar tak cukup sekadar baca dan tengok video.sebab tu kena cari cikgu.selalu doa moga Allah rezekikan segala ilmu yang bermanfaat.Yang paling pasti,saya yakin Allah cipta tubuh wanita terlalu sempurna untuk melahirkan.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Haa tu baru kata-kata pembuka..๐Ÿ˜… jadi ini lah kisah kelahiran Hana Sofiya.

Sebenarnya rancangan asal memang nak bersalin di Rampai Puteri.checkup bulanan dengan Dr Zana Zalinda.Dr yang sambut kelahiran Imran 2 tahun lepas.Kali terakhir checkup waktu kandungan 38w4d,Dr describe kandungan saya unstable lie.selain tu Dr buat kejutan,Dr akan bercuti bermula 23Dec-4Jan.๐Ÿ˜…Due saya 24Dec 2017.Jadi lepas je keluar dr bilik Dr,terus pandang suami,suami pandang saya.kita homebirth je la kalau time tu Dr cuti..๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป

Jadi time tu Plan kami, kalau bersalin sebelum Dr cuti,bersalin kat hospital,kalau Dr dah cuti homebirth jelahhh..

Usaha saya dengan kandungan yang unstable lie.Dr pun dah siap buat surat refer Hospital Selayang untuk scer.tapi saya masih sangat bersangka baik dengan Allah akan tiba waktunya baby akan berada pada posisi yang terbaik untuk dilahirkan.sambil-sambil tu tengok video baby yang lahir breech.eh elok laju je meluncur keluar..๐Ÿ˜†

Jadi minggu 39 keatas,saya usaha banyak berjalan,ajak suami pusing taman layang-layang.pusing ikea.banyakkan sujud,merangkak,jalan itik,golek atas gymball.

39w6d Jumaat 22/12
Masih tak ada tanda nak melahirkan.dah mula nak kena get ready untuk homebirth.doktor pun dah selamat bercuti.(rupanya 22/12 tengahari tu doktor dah start cuti.pagi tu pukul8 sempat sambut baby salah sorang dari group calmbirth buddies kami.) Malam tu pi farmasi cari underpad.haha.pastu terus pi dating berdua dengan suami tengok cerita Jumanji..๐Ÿคฃ

39w7d  Sabtu 23/12
Ajak suami bawa anak-anak ke kolam renang.sempat la berenang beberapa round dan yang paling penting rasanya jalan itik kat kolam budak.seronok sangat subhanallah.tak penat jalan itik dalam air berbanding jalan itik luar air.sekejap je dah penat.

Malam tu siap keluar ke NSK beli barang dapur sikit.malam tu dekat 2pagi baru tidur.yang best sebelum tidur siap buat review dengan suami dari notes yang kak yat pernah bagi.duk ingatkan balik fasa-fasa nak melahirkan.apa peranan beliau nanti.apa nak kena buat.bila yang waktu bahaya kot nak kena call ambulance.tumpah darah tu macam mana.simptom yang nampak bahaya macam mana.

24Disember (Due Date) terjaga dalam 5 pagi, bangun pergi toilet, terus gerak suami solat tahjud.dah mula rasa ombak-ombak manja..(contraction) lepas subuh,sambil mengaji golek atas gymball..cakap kat suami dah rasa ombak ni..๐Ÿ˜eksited suami tanya dah nak pasang kolam ke..ingat pagi tu berangan nak ajak suami breakfast kat mamak berdua.๐Ÿ˜†tapi dah start contraction yang erghhh..suami kata tak payah la..kang menjerit kat mamak tu..๐Ÿ˜jadi suami pi beli bungkus..ya Allah subhanallah sedap sangat mee goreng mamak pagi tu..๐Ÿ˜…agaknya Allah bg makan paling sedap sebelum nak mula pantang.๐Ÿ˜ habis makan kami solat dhuha.lepas selesai solat baru cakap kat suami boleh dah la nak pasang kolam.dalam 8.30 pagi dah start masuk kolam.

Sampai 10.30pagi contraction dah 5minit sekali.tapi rasa mengantuk sangat sambil tengok jari dah kecut duk dalam air lama sangat..๐Ÿ˜†

Sambung layan ombak atas katil..dapat la lelap-lelap kejap.dengan doula(suami) pun ngantuk..yelah tidur pukul 2, pukul5 pagi dah bangun..๐Ÿ˜†dedua lelap.tapi kejap² bila ombak datang pegang lembut doula suh dia buat apa yang patut..(beri oxytocin) sampai 11.30pagi rasa nak masuk air balik.

Suami dah sibuk-sibuk nak masak untuk orang nak pantang..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†bila dengar isteri dia erghhhh arghh dia mai jenguk..๐Ÿ˜†

Umi ada kat rumah, sibuk berkebun kat belakang rumah.yang sebenarnya umi pun tak tau nak bersalin kat rumah.masuk pukul12 lebih dari berkebun tanya suami,dah sakit kenapa tak pergi hospital lagi?suami pun jawab nak bersalin kat rumah.doktor cuti..๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ปhahaha..terkejut la umi.tapi umi relaks je.cuma umi kata apasal tak bagitau.boleh la dia tolong apa patut.pastu umi tolong settlekan masak.dapat la doula sambung teman.tu pun kejap-kejap keluar uruskan anak-anak,masak air panas nak tambah dalam kolam.

sekitar 12tengahari.;')

Yang best bila Imran bangun nampak ibu dalam kolam.dah tentu lah dia nak join masuk..layan lah ombak bersama-sama.zakwan pun bangun tak lama tu join sama.bila datang ombak,suami ajar anak siramkan belakang ibu dengan air suam.sambil suami urut-urut belakang.

Azan zohor,ingat nak jemaah dengan suami.tapi nak keluar toilet je ombak mengganas.haha.last² suruh suami solat dulu.ada la 3,4 kali ambil wudhuk.baru lepas nak masuk bilik pakai telekung,dapat la join suami rakaat terakhir.menggigil-gigil solat.sepanjang mengandungkan Hana,ini la satu waktu yang solat atas kerusi.alhamdulillah yang sebelumnya Allah rezekikan solat sempurna sujud dan ruku'nya.

Habis je solat zohor terus masuk kolam.dan tak lama tu datang ombak ganasss..try nak control nafas tapi dah kelaut..dari posisi all four lepastu rasa "ring of fire" eksited raba lepastu lega bila rasa kepala dan rambut..terus ubah ke posisi squat.๐Ÿ˜†datang je ombak lagi terus push keluar kepala.tak bagitau suami pun fokus kan..dia duk sibuk tengok air berubah warna.haha..lepastu terus erghhh arghh gedebush keluar badan baby meluncur laju.angkat-angkat terus dakap, suami terkejut tetiba baby dah keluar..๐Ÿ˜†menjerit suami panggil umi cakap baby dah keluar..๐Ÿ˜alhamdulillah..tak sampai 10minit diikuti uri lahir sempurna alhamdulillah.



Dcc tak lama pun.dalam setengah jam lebih sikit je.sebab rasa macam payah nak pegang baby melekat dengan uri.tanya suami dah putih kan cord, boleh la potong.tapi azan dan iqamatkan baby sebelum potong cord.

Dah potong sambung skin to skin dengan baby..subhanallah.inilah nikmat kelahiran yang Allah rezekikan.kelahiran yang penuh kasih sayang dan cinta.beza dengan kelahiran yang sebelum ni,kali ni saya lebih alert setiap detik yang dilalui.kalau sebelum ni saya tak tau bila waktu yang patut sy push dan sebagainya.betul-betul harap doktor yang arahkan apa yang nak kena buat.walhal tubuh badan kita,kita yang patut lebih tau apa yang berlaku.sangat berbeza kelahiran yang kali ni dan sebelumnya..

Terima kasih Allah atas nikmat rezeki ilmu yang bermanfaat.terima kasih suami untuk segalanya.umi.moga Allah beri kesihatan yang berpanjangan.terima kasih kak Yat.sahabat calmbirth buddies yg banyak share ilmu.moga Allah rezekikan segala yg terbaik buat semua.tak lupa terima kasih buat Dr Zana,terima kasih sebab bercuti..๐Ÿ˜‚kalau tak,tak merasa homebirth waterbirth..

Hana Sofiya On the way ke klinik untuk checkup. ;') umur less than 48Hrs..sebab dia lahir time nak public holiday.klinik tutup oii...;'p

Alhamdulillah,melalui fasa pantang yang penuh ketenangan.baby takde kuning yang sampai tahap perlu nak berulang hari-hari nak ambil darah..jadi tenang-tenang je menyusu dirumah dan alhamdulillah Hana sihat walafiat hingga kehari ini.;')

moga Allah lindung anak-anak ibu dari sebarang bahaya.moga direzekikan kesihatan tubuh badan.membesar jadi anak soleh-solehah.;')


No comments:

Post a Comment