Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 17, 2020

Kidzania 2019

bismillahirrahmanirrahim.
banyak sebenarnya cerita 2019 yang tak tercerita di Blog.😓
rindu zaman gigih simpan segala cerita kat dalam blog ni. sungguh bukan apa, cuma buat kenangan untuk diceritakan pada anak-anak nanti. ibu dia ni short term memory..😆

moga-moga suatu hari nanti bila anak-anak dah besar,mereka boleh baca kenangan kita sekeluarga dalam blog ni.doakan ibu ni tak putus semangat.tak lalai di facebook tu.haha😜

alhamdulillah tahun lepas waktu ada matta fair, saya pi grab tiket ke kidzania. 
saja lah nak bagi pengalaman untuk Zakwan dan Imran. 

beli tiket untuk 4 orang. 2 dewasa,2 kanak-kanak. Hana masuk percuma.bawah umur.hehe


sampai-sampai kami diberi phamplet ni. ada 5 game ni yang perlu beratur dan ambil no giliran dulu pada waktu hiring time yang dah ditentukan. waktu kami sampai pagi tu terpinga-pinga juga mula masuk sebab tak tau nak main apa..😆 waktu pagi nampak lengang.banyak juga yang belum buka. tengok dalam tu takde orang jaga.bila sampai depan fire station pulak, tiket giliran tinggal satu je lagi. jadi terlepas lah kami untuk hiring sesi pertama. 

jadi pusing-pusing, mainlah kat tempat yang takde orang.awal tu budak-budak masih belum dapat mood.😆

tapi makin lama makin sampai dah moodnya. 😆

oh lupa,mula-mula masuk,mereka akan dibekalkan dengan 50 Kidzos setiap seorang. dalam game tu, ada yang akan dapat upah,ada yang kita kena bayar kalau nak main.




contoh dalam supermarket tu, kalau masuk sebagai cashier, kita akan dapat upah.kalau masuk sebagai pembeli,kita kena bayar.kihkih gitu la lebih kurang.


happy naw ye. banyak kali dia repeat main sini.

haa..fire station ni antara yang jenuh nak beratur nak main nya. berjam beratur nak dapat giliran saja.😅

sekali dah dapat giliran,Imran boleh buat hal mengantuk taknak main..sabar je lah. tapi last-last dia main juga time sesi next tu.tak memasal abi nak kena jaga 2 kali..😂 hai la anak bertuah sorang ni.










ni jadi pembeli pulak.dia bagi list barang apa nak kena beli, kena cari dan pergi bayar.hehe


ada banyak lagi game yang diorang main tak sempat nak ambil gambar pun.ada yang kat handphone abi dia.haha 

sempat juga la dia main pilot station tu.lepas tu yang paling best sebenarnya mac D sebab dapat burger..😂 dah la tengah lapar-lapar tu, dapat set meal best la..hahaha..kalau dapat repeat main banyak kali pun best.😆 tapi malangnya nak beratur tunggu ambil giliran pun dah berjam. ni kami pergi hari biasa time cuti sekolah.kalau weekend tak tahu la..hehe




dekat sana ada je tempat rehat untuk anak bawah 3 tahun. tapi sebab anak-anak kecil lagi, kita nak kena pantau,tak boleh la nak beronok-ronok kat tempat tu.😅

semua dah kepenatan dari pagi sampai ke lewat petang.time ni dah nak tutup dah kidzania nya.hehe



kalau tanya saya,bagi saya usia mereka belum sesuai lagi nak main kat sini..saja nak cari penat boleh la pergi..😁😂 lol

rasanya kalau dah darjah 5 keatas tu ok kot.dah pandai main sendiri. dah faham banyak benda..dalam ni pun banyak juga game yang ikut usia.ada yang kena 12tahun keatas. 

tapi ok lah alhamdulillah untuk pengalaman kami dan anak-anak.ada rezeki nanti boleh la kita pergi lagi.tunggu Zakwan dan Imran besar sikit boleh jaga adik-adik.kihkih

ok bye


No comments:

Post a Comment