Alhamdulillah.hari jumaat yang mulia bertanggal 25april2014.antara hari bahagia dalam hidup.Allah kembalikan nikmat penglihatan.sungguh saya yakin ini kuasa Allah.doktor dan wang hanya sebagai perantaraan.
lepas dah survey-survey sekian lama.saya dapati ada satu tempat yang bernama advance vision.yang boleh berikan khidmat lasik antara termurah.nanti saya cuba cerita satu persatu prosedur nya. Sebenarnya Uia kuantan pun boleh beri harga yang murah..tapi idak le teman nak ke kuantan..sebab banyak kali jugak nak kena pergi.sebelum dan selepas proses lasik.
amaran.rasa macam agak panjang entry ni..maaf..jarang-jarang belog ni nak bagi entry ilmiah.kehkeh.
ok dimulakan dengan lawatan pertama.dipanggil checkup basic.sukahati aku je letak nama.-_-" haa..pertama kali pergi kena buat appointment..tapi kali pertama ni tak jumpa doktor lagi.nurse yang akan cek.pakai alat-alat dia la.waktu ni dia akan terangkan pasal lasik.harga.pakej yang ada.prosedur.dan yang penting dia akan check ketebalan tisu mata.
alhamdulillah Allah maha mengetahui kemampuan hambanya.mata saya sesuai untuk buat prosedur yang biasa-biasa.kira yang paling basic la.ketebalan tisu ok la..tak nipis sangat.check yang pertama ni freeee..yeay!hehe
k kita teruskan dengan checkup ke 2. Kali ni baru jumpa doktor dan kena bayar RM80.doktor pulak akan check lebih mendalam..tapi kojapp je..doktor yeoh sangat pantassss ye..sangat...time ni dia akan titiskan ubat.untuk besarkan anak mata katanya.bila jumpa doktor.doktor kata mata kita beautifulll..^_^
Maka bila doktor dah cek ok..boleh la buat appointment untuk lasik..yeay..oh ya.di advance vision ni prosedur cuma dilakukan hari jumaat.jadi dapat mc sehari je hari jumaat.
ok lepas dah pilih tarikh berbahagia tu..macam saya pilih 25april.sehari dua sebelum kejadian kena final checkup.hoyehh..jadi saya pergi checkup 23april.sebab 24april husband kitew ada kursus..iteww kan manja..mana leh pergi sendiri...bahaha
tibalah tanggal 25april2014
K masuk effect gambar sikit..kehkeh
haa..ni kami dating berdua..antara selfie terakhir berkaca mata..hehe
haa..waktu kejadian.kena pakai gini le..tetiba nurse suh bukak tudung.nasib baik den pakai syria kat dalammm..sebab syria melekat boleh la pakai.fuhh fuhh..Allah pelihara.;') alhamdulillah..
pastu bilik menunggu dia tenang jeee..pasang lagu cina.kena la dengan jiwa..hahaha..amirah lee kann..ermm pastu doktor dah ready..iteww pun masuk la kat operation room tu kannn..
ramai beno makhluk dalam tu..nurse-nurse la..eh lupa cerita.waktu menunggu tu nurse duk titik-titik ubat kebas..pastu time sebelum doktor nak lasik pun titik lagi..
maka bermula la prosedur lasik tak sampai 10 minit pun rasa..^_^ alhamdulillah memang ok je..bau hangit sikit je..macam biasa la dia cekam mata dengan alat-alat nya so tak bekedip la mata..haa gitu..pastu selesai-selesai memang dah boleh nampak sikit..doktor kata sejurus selesai lasik dapat 50% penglihatan.pastu balik kena tidurrr...;') bangun-bangun tidur penglihatan dah bertambah baik..
ye sebelum balik dibekalkan dengan ubat titis dan eye shield.
haa..dah lunyai dah..hehe..
ni la eye shield..protect dari keganasan zakwan..-_-"
ni untuk pakai malam..takut tak sedar tergosok mata kan time tidur..
haa..tiga minggu nak kena berpantang.takboleh kena air.takboleh peluh-peluh..yang ni failed.sebab minggu ni memang minggu berpeluh-peluhan.
haa..lepas lasik soknya kena checkup.penglihatan saya dah 80%.seminggu kena cek lagi..sok la ni appointmentnya..haa.pastu 6minggu..6bulan..tak silap la..setakat ni tu je lah nak share.
cuma kot-kot ada yang berkemampuan tapi takut nak lasik,apa yang saya boleh cakap, in shaa Allah tak sakit sangat.tipu la kalau takda sikit pun rasa sakit.tapi sakit tu sakit yang dapat ditanggung la..hehe^__^ dan nikmat penglihatan tanpa cermin mata Allah je yang tahu..
so memang positif feedback dari saya.fully recommended.haaha..advance vision the best!ce search sendiri kat google..duk update belog pakai hp ni.malas nak susah-susah..haha..kepada yang berminat orang kata mahu seribu daya dakk..gi google cecepat..ada chiness tu kata sebelum ada gst..nanti mesti lagi mahal.
terakhir nya terima kasih Allah.atas nikmat yang diberi.terima kasih suami soleh atas sokongan semangat dan kewangan..kehkeh..terima kasih juga kepada anak soleh zakwan,sebab selalu sangat tarik spek ibu.pastu ibu tension semangat berkobar-kobar terus nak buat lasik.k.terima kasih semua.
semoga mata ini bermanfaat..buat tambah amal.tengok benda baik-baik..aminnn