Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ibu To Be. Show all posts
Showing posts with label Ibu To Be. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Scan 3D/4D adik baby

Alhamdulillah haritu berkesempatan scan baby kat klinik area rumah je.klinik dr khalil.
Buat weeks 27 tak silap.

Tapi yang kurang besttt..sesampai.je baru tau sonographernya lelaki cina.rasa nak balik je.nasib dah bayar booking RM50.

tp sonographer dia ok la.sabar la.dapat pulak peel baby pemalu amat.memula kepitt lepastu tutup muka lagi.jenuh pujuk2 baru la nampak jantina nya..muahaha..comel je..lepastu muka nampak sekerat-sekerat je.tapi nampak hidung macam mancung dari zakwan..muahahaha..>_<

Sebenarnya waktu zakwan tak buat pun.sebab checkup awal kat gmc.bila checkup memang dah 3d/4d.cuma dia tak cd kan la.gambar dia print jugak.dulu waktu zakwan banyak jugak tak kisah la 2d/3d. Ni zaman adik dia check up kk sekeping pun nan hadoo..tu yang buat jugak la..

Sampai sekarang pun tak gi lagi checkup GMC.dah 30 weeks dah ni..T_T
Perut rasa dah besar benar.cepat semput.mengaji pun takleh baca panjang-panjang.semputt..tak cukup nafas je rasa..hehe.


Sebenarnya cd yang dia bagi pun tak bukak-bukak sampai sekarang.
Jadinya gambar ni je la..hehe..total semua RM120.lebih kurang 45 minit jugak la prosedur.alhamdulillah la..buat ni bukan apa.kita nak tengok keadaan baby.saiz normal tidak.kedudukan..sempurna sifat in shaa Allah.alhamdulillah..

So baby, nanti cukup masa keluar cepat dengan sihat dan sempurna in shaa Allah k.along zakwan tak sabar tu nak jumpa geng dia.memacam along nak ajar tu..-_-' bijak sungguh la anak sorang tu..subhanallah..moga semua anak ibu jadi manusia yang memberi manfaat pada orang sekeliling,keluarga,agama,negara.in shaa Allah.













Sunday, March 15, 2015

Set Berpantang Pilihan Hati - Tropical Herbs Amway

Seingat rasa macam tak pernah review set bersalin waktu pantang lahirkan Zakwan.dan memang ini lah set berpantang yang saya pakai.


Jujur kata saya selesa dengan set ni.mungkin sebab dia dah berjaya tarik hati dengan memberikan kejayaan untuk turun balik 20kg yang berjaya dikumpul time mengandungkan zakwan dulu. -,-

Walaupun sejujurnya ada yang tak habis haritu..sebab dah la diri sendiri tak rajin.takde pulak yang rajin nak melayan..sapukan ramuan bagai.pakaikan bengkung..iteww tak reti pakai sendiri...T_T

Tapi sebab kejayaan haritu,(walau lepas tu naik balik sikit berat sebab nafsu makan yang menggila kononnya sebab menyusu) jadi kali ni lg semangat nak pantang bebetul.nak kerah tenaga suami soleh tu.lelaki ni bukan boleh bg hint.kena cakap direct je.dan berulang.-.- jangan harap la minta tolong harini,dia akan faham maknanya kita minta tolong sampai hari-hari mendatang.maknanya,minta tolong harini,dia buat harini je.sok sila minta tolong lagi.-..-

Bukan macam perempuan kan,kalau suami kata sekali,kita dah faham maknanya lain kali pun gitu la dia nak..tu semua Allah cipta memang gitu peelnya.kata man from mars.women from venus.haha

Ok.kenapa pilih set amway ni?pendapat peribadi yang bukan ahli perbidanan ni, sebab set ni lengkap untuk luar dalam.katanya pil tu bestt..buat tambah susu.turun berat.best lah..yang set lama tu boleh pulak hujung-hujung pantang hilang botolnya.kemana pegi pun tak tau..ada la 10-15 biji tak habis agaknya.kalau tak mau turun lagi 5-10kg kot..-,-

Pastu uncang herba mandian best je mcm buat teh je..campak uncang dalam baldi.isi air suam.pastu mandi..cuma yang uncang pembersih wanita nak kena rebus.macam ok je.jahitan pun elok.cepat kering.padahal lasak jalan laju duduk bersila..-.- teruk betul perangai.

Yang tak habis haritu campuran peramping perut dengan campuran penghangat.sebab takde yang rajin nak tolong bancuh ngan sapu.(diri sendiri pun pemalas) kan dah tak ramping.-..-

Waktu tu mcm rasa leceh..sebab nanti campuran tu bila dia kering berterabur habis satu rumah.nampak tak pantang tak reti duk diam-diam dalam bilik tu.Sebenarnya kena pandai-pandai la budget.pakai sebelum mandi ke..jadi nanti elok sejam dua lepas tu terus basuh mandi..

Best tau set ni sebab dapat bengkung sekali.jadi kenapa yang kali kedua ni sebok nak bengkung lagi?cukup la dah ada 1.takkan nanti 5anak ada 5bengkung?..yang ni sebab kali ni macam semangat berkobar-kobar nak berpantang,jadi memang nak la bengkung lagi.jadi takde alasan la tak berbengkung sebab basuh.-,-

Sebenarnya dalam list selain set amway ni saya target Set nona roguy dengan tanamera.
Tapi survey-survey,yang set nona roguy ni orang jual set berpantang sendiri cerita,jamunya agak kuat.jadi takut tak sesuai kat baby.kesian kalau sampai cirit birit panas sangat jamu kan..untuk mak,dia kata memang bestt..nak membuang pun sodappp katanya.

Yang tanamera pulak orang kata dia lebih kepada luaran.jadi nanti kena beli tambahan untuk dalaman.dan kedua-dua NR dan Tanamera takde bengkung.harga semua lebih kurang rm300+-.tapi yang 2 ni kalau nak beli lagi bengkung dah tambah lagi RM50-60.

Jadi atas sebab-sebab diatas la saya masih memilih set amway..yeayy..dan lagi best ada kawan member.dia bagi nombor ahli.gi beli sendiri..harga asal sekarang RM308.Dapat kurang bape puluh..alhamdulillah..

Nah.ni hadiah.semalam scan adik baby.
27weeks.alhamdulillah.sempurna sifat in shaa Allah.

Kalau rajin nanti hupdate pasal scan 3d/4d adik baby. Kbai.




Tuesday, April 16, 2013

38 Weeks Baby Dalam Perut ;')

sekejap betul masa.baby dah anytime je ni nak lihat dunia.;')

alhamdulillah.sepanjang 38 minggu 24/7 dengan baby..tak de pun baby buat ibu susah. muntah pun sikit-sikit jee..ibu tidur lenaaa...lenaa sangat.sian abi yang kadang-kadang terganggu..huhuhu;'p

baby buat ibu selalu rindu kat abi jee..yang tu terseksa sikit..;'p
harap lepas baby keluar pun ibu terus tersiksa rindu kan abi..hehe;'p

perangai baby baik sangattt..suka duduk belah kanan. dengar cakap.anak soleh ni...aminnn...
baby akan aktif sikit bila dah cukup minggu.bila genap je minggu baby aktif dari hari-hari biasa.

jadi abi kena fikir dari sekarang,birthday baby nanti nak buat apa.sebab baby aktif.mesti tak suka sambut hari lahir yang bosan-bosan ni..;')kena sambut dengan cara yang meriah!tau abi..hehe;')

baby dah tinggal kan kesan kat perut ibu.yang memang akan jadi kesan seumur hidup. tanda ingatan ibu pernah mengandungkan baby.;') tapi takpe.abi kata cantik!*,* yang ni pasrah.hehe
bia abi kena sapu losyen tiap-tiap hari seumur hidup kami.;')aminn..moga-moga abi tak jemu nak sapukan.-ok air mata dah bergenang.

takleh panjang-panjang nanti lagi banjir.
bila-bila ibu sambung lagi cerita kat baby.;')


Friday, April 12, 2013

Abi Belanja Lagi

semalam singgah giant kat gombak. ingat nak mencari losyen pati halia mustajab. dekat website dia ada cakap pek promosi pek kombo dua RM30.harga biasa satu RM24. ingat nak buat stok
untuk pantang nanti.

mencari punya mencari takde pulak pek kombo tu.tapiiii..jumpa benda lainnn...-__-




alih-alih jumpa ni pulak.T__T cepat la baby keluar. eh.rompers ni satu RM6 jeeee..mampu tak beli??kat expo RM15.2 helai dapat la RM25. ni pun nasib baik tak banyak sangat choice yang untuk baby boyy..yang banyak untuk girll..comellll sangatttt...tapi apakan daya..;'p

lengan panjang dengan pendek sama je RM6 sehelai.beli 3.RM18
lepas tu legging beli dua. satu RM5x2= RM10
baju sepasang tu RM20.murahhh kannn..tapi seluar tu saiz s.yg baju saiz m.;'p
bukan salah orang jual.tapi customer dia ni yang banyak songeh.;'p

nak beli yang s kecik sangat.kebetulan dia ada yang m.tapi seluar nya reject sebab kotor.jadi gagah la ambik yang seluar s.;'p

rasanya jual murah pasal nak habiskan stok.dah nak tutup kedai ni.;')

dan habis la duit abi RM48 tak pasal-pasal.-__-

losyen pati halia ibu??nan hadooo..T__T

Saturday, April 6, 2013

5th maternity & children expo (expo lagi)

expo ke 4 tak silap sepanjang mengandung.-_-

hehe.memang gagah.macam biasa naik train.kat mid valley best sikit straight je..;')
padahal semalam sakit pinggang bejalan sakan dalam UIA tu.

tadi prepair bawak calcium.hehe..






ehh..tetiba.hehe.lama tak masuk gambar laki bini.;'p perut dah besar.ni baju nursing autumz.pregnant pun boleh pakai.selesa dan longgar.

ehh.cakap pasal autumz makin sakit hati pulak.tadi tengok sterilizer dengan home+care warmer makin murah pulak.RM150 jee..dah laa aritu beli set breast pump tak dapat yang alat boleh jadi manual pump.pergi expo yang klcc, sapa baru beli dapat alat manual pump FREE.sakit hati kot.penat beli awal-awal. sabo je laa. -__-



ni la keadaan kat sana. pagi-pagi memang sesak.baik dtg petang sikit.



hehe.kan baby macam banyak kali je nak berjalan tahun ni.naik kapal terbang naik bas..mesti sejukk..;'p banyak kali la sangat.;'p
jadi kita prepare beli sweater..;') RM10 satu.haritu beli satu RM35.tapi set dengan seluar.
jadi kat sini RM20


ni yang sebenarnya nak cari kat expo ni.tungku ibu dan baby.tungku besi dengan sarung RM50.macam murah je.pastu tungku herba baby RM10.beli satu je.;'p total RM60. ni kat mum dreams.



pastu kat madela dapat beli nipple cream.memang tercari-cari.ni yang besar 37g RM43.tengok kat online RM49.;') sebelum ni lalu je kat madela.ingat takde.sebab dari jauh semua kuning jeee..;'p yang 37g ni tinggal sekotak ni je tadi.yang 7gr RM27 tak silap (tak ingat). madela..nanti saya datang lagi amek freestyle breast pump ye..*_* cita-cita!


hehe..nak cari yang handsome like daddy.takde pulak.T_T jadi amek yang memuaskan hati semua pihak.hehe;'p 2helai ni RM25

 tempat wajib.pureen.botol tu RM9.sebenarnya beli untuk anak sedara yang dah 4 tahun teringin nak minum pakai botol.-__-  liquid cleanser untuk botol dan puting RM28. ada sebotol dengan sebungkus yang refill.
baju RM15 sepasang x 3 helai =RM45 baby wipes dah naik harga RM10.kat pureen total loss RM92


yang ni breastmilk storage bags jingle jungle.saje beli.orang kata lagi best dari yang autumz.;')
 RM9x2 =RM18
ni botol susu saje je beli..;') kata best sangat.sebijik ni RM20.tapi puting dia macam sedap..;')

jadi total loss kat expo kali ni RM278. kalau pergi expo tak sah la kan tak ratus-ratus.ni pun tahan godaan syaitoonn..ikut kan banyak lagi nak beli. sepatut nya nak beli nursing cover.tapi takpe lah.nanti-nanti.tutup dengan selendang pun boleh.;')

tu je nak update.baby..semua dah ready..bila baby suka nak keluar,baby keluar k.;') ibu dengan abi dah rindu sangat ni...;')

Wednesday, April 3, 2013

Prudential BSN Takaful Baby




Alhamdulillah.baby punya pelan takaful dah diluluskan.;')

ibu doakan anak ibu ni nanti lahir sihat walafiat. sihat sampai ke besar.takpe,takaful ni kita buat simpanan untuk anak ibu nak kahwin nanti.anak lelaki pakai duit banyak..;'p ehh

belajar takpe..anak ibu bijak in sya Allah.nanti kita cari biasiswa.kehkeh;'p



comel je kad.takde nama lagi.encik wafi kata nanti dah daftar nama baby,dah ada my kid boleh update nama kat kad.;')


ni contribution dari ibu dan abi untuk masa depan baby.kami bahagi 2 bayar bulan-bulan. jadi mekaceh kat abi jugaaa..;') hehe..sayang abi..ehh. sayang baby..*,*

Sunday, March 31, 2013

Baby Cot

 
ehem,beli dah dekat sebulan lepas.;')
si ibu ni bawak banyak-banyak bersabar je...nak tunggu saat dan detik nak pasang baby cot ni.;'p
 
dan akhirnya.masanya telah tiba..heheh
 
 
terdiri dari 2 kotak.satu kotak mengandungi baby cot.satu kotak lagi mengandungi tilam.-_-
 
 
gambar the making of..
 
 
ehemm..hebakk abi baby ni...;') mula-mula macam susah sikit.tapi dah tau tips..momantai. 
 
 
beli sekali dengan set ni..;') pasang sekejap je nak test.lepas tu bukak balik.takut berhabuk.;'p nanti dah rasa contraction kita gagah pasang balik ye..boleh la baby balik-balik sepital je terus tidur dalam baby cot iaa...;')
 
 lebih kurang gini la..tapi nak kena relocate balik segala perabot dalam bilik.sebab katil baby ni sekarang betul-betul menghadap aircond dan terletak dibawah kipas. cian baby sejukkk nanti..;')
haa..2 budak ni peneman kami masa nak pasang baby cot.ain si kakak ada la membantu.yang aina si adik tu baru bangun tidur.hiasan semata-mata. hehe
 


ok tu je.bagi yang dah beli baby cot tak pasang-pasang lagi,momantai.kacang goreng je...pejam dua-dua belah mata pon boleh pasang..;'p
 
 
harga set baby cot ni.
 
baby cot RM287
tilam RM122
set dalam-dalam katil tu.bed sheet tu RM122
besi kelambu RM35
Kelambu Rm46
pastu ada satu selimut RM15
 
semua nya sepatutnya RM627.tapi beli full set kat my dear time warehouse sale semua sekali RM559 JEEE..;')
 
asal nak beli baby cot tilam dengan bed sheet je..tak yah la kelambu-kelambu bagai kann..kira-kira total dah RM531. sebab kan beza RM28 ringgit je..macam rugi pulak kannn...jadi ambik je la full set.;')
 
 
moga berkat boleh diwarisi ke adik-adik baby ye.;') in sya Allah. RM559/6 (target nak 6 anak jee kan) so sorang baru RM93.16.;') hehe
 
baby..ibu dengan abi miss u.esok check up.jangan nak tutup-tutup muka ye.malu sangat tau dengan abi dia.=,=


Monday, March 25, 2013

Susun Jadual & Update Checklist Baby

mula dari minggu ni dah start susun jadual untuk every weekend nak kena buat apa.
semestinya lebih kepada preparation untuk sambut baby!;')


jadi setakat ni yang boleh update, 

30/31 Mac,abi baby nak pasang katil baby!!yeay!!ibu dia yang teruja.;'p bestnya baby ada katil sendiri.ni beli kat my dear.;') tak story lagi sebab belum pasang.;'p
 nanti dah siap semua saya cerita ye..;')

6/7 April, ada expo kat midvalley!!sebenarnya barang macam dah 99% cukup.yang belum ada tungku ibu dan bayi dengan sabun pencuci botol pureen.ni yang nak cari kat midvalley nanti.;') yang lain cukup dah in sya Allah.;')

13/14 April.nak buat apa ni??mungkin nak pergi nagoya atau jakel cari kain.nak buat bedung baby. dengan kain nak buat cadar tambahan.;') yang ni buat tambah-tambah je..buat perabis duit..-__- eh takk..ni nak exercise lebih..sebab nak senang bersalin.;') selain tu kena basuh peti ais.nak buat simpan stok ebm nanti.;') kena clearkan peti.meaaww..ehh.tetibe.-_-


dan setakat ni.;')
yang belum ada infant carrier kot.yang ni ibu pun boleh carry..;'p 
 botol dan puting..ingat nak sambar sebotol dua tomme tippee kalau ada kat expo di midvalley nanti.;') botol storage ada dah.ni buat baby minum yang EBM. abi pun nak bagi susu kat baby.kita bagi abi bottle feeding..;'p haa..

thermometer ingat nak beli kat groupon.sekali abis pulak.;'( yang jenis baca kat telinga tuu..minta-minta keluar lagi. ermm..apa lagi..tapi memang barang kecik-kecik la..yang lain semua alhamdulillah. tunggu baby keluar je..abi pun dah termimpi-mimpi dah..;')


update checklist baby.








rasa nya ni perbelanjaan kategori sederhana in sya Allah.;') tak lah membazir tak tentu arah.;')
semoga semua barang ni berkat.takde yang membazir.;') K bye!

Thursday, March 21, 2013

Meh Abi Ajar

disuatu malam.dalam kereta.suami isteri berbual.
lepastu ibu pun cakap dengan baby dalam perut.nanti baby kena rajin.

abi pun sambung.meh abi ajar..

bangun pagi.buka almari pilih baju nak pakai.
lepastu letak je atas katil.
nanti ibu amek.iron kan.
lepastu..
kita baring je atas katil sambil teman ibu iron kan baju.

sweet kan?;')

ada 6 anak campur baju abi nya. pengsan.-__-"

cepat la baby dapat adik perempuan.ibu nak ajar iron baju!
boleh tolong ibu.

eh..baby pun tak keluar lagi nak cepat dapat adik?-_-

Thursday, March 7, 2013

Post Natal Care Tropical Herbs Amway

 
hah.punya panjang berjela tajuk entry.
 
just nak cite set bersalin dah dapat..yeay!!alhamdulillah.;')
 
harga dah naik RM10.;'p
takpe lah.janji dah ada keperluan ibu ye.
 
takleh nak cite lagi belum pakai kan.
tapi rasanya dari pembacaan setakat ni ok je amway ni.
 
next confinement boleh try nona roguy pulak.tanamera ke..yelah sangat.rasa macam tak reti nak tukar-tukar kalau dah ok.;'p tapi nak jugak rasa..;'p apa pun settle kan yang ni dulu. moga dipermudahkan segala.berjaya lah berpantang hingga slim melim.;'p 
 
 

 
 
gambar atas terlupa letak free gift bengkung.;'p
 
pastu suami cakap nanti nak pinjam bengkung.dia nak pakai jugak...;'p

Monday, March 4, 2013

Basuh Baju Baby

Salam.sabtu kan dah janji nak basuh baju baby hari ahad.
jadi alhmadulillah dah selamat basuh pada minggu ke 32.;'p
 
lepas dah basuh baru boleh start packing baju untuk stanby dalam kereta.ni barang baby macam 98% siap.barang ibunya pulak ntah bila nak ready.-__-
 
ok berbalik pada basuh baju.setelah ditimbunkan semua, campur tuala,napkin baju dan sebagainya. penuh la satu bakul ni.
(malam tu umi bawak keluar lagi baju-baju zaman saya dulu.jadi ahad pun ada basuh 3/4 bakul lagi..)
 
tapi cerita yang basuh hari ahad ye.
satu bakul ni lah.
 



amacam?cukup?takkk...
 
 



 
ni suami saya la yang sidai.mana-mana boleh jee.nasib baik kete kotor tak bebasuh.kalau tak agaknya penuh bumbung kete sume..;'p
 
lepas dah basuh ni pergi mydin cari lagi hanger..kehkeh..;'p
 
eh.tadi pergi my dear warehouse sale.macam bese..laki bini ni haruslah sesat-sesat sikit. tapi alhamdulillah jumpa jugak.
 
cerita pasal my dear nanti ye. kami beli baby cot dengan stroller. penuh satu kete.memang takleh bawak orang kalau nak pergi. cerita my dear tunggu la sampai baby cot dah tersiap pasang.;'p
 
doakan kejayaan kami nak pasang baby cot!;')

Saturday, March 2, 2013

Review International Baby Expo (IBEX) 2013

ehemmm..expo ke 3 sepanjang pregnant..weee..;'p
kali ni kat KLCC.
 
 
 
sampai-sampai pasangan laki bini buta jalan ni haruslah tengok map dulu.-_-
pon tak faham.last-last suami tanya makcik cleaner je..senang cite..
 
 
kali ni suami idaman dah rajin tangkap gambo.


 ramai gak la..
 
 
playmat.ada yang murah RM49.tapi fikir 30x nak mengangkut balik tu..
 
tak beli jugak.


 
 
 
 
ni tangkap gambar sebab nanti takut terlupa nak cari balik kalau tak jumpa baju raya untuk baby...weee...comel-comel tau.

 
hasil rampasan.kami naik TRAIN. thats why fikir 30x nak beli playmat.
 
 
nak pengsan berjalan.alhamdulillah train comel je arini.ke sekarang memang dah comel?lama tak naik train.hari ni naik bahagia sebab tak crowded macam selalu.(dulu-dulu)

 
hasil nya!
 
 
beli lagi. RM30.90
 
 
ni beli saiz S+M.sebab katanya baby cepat besar.takut ketat.;') RM25x2

 
baju berjalan!ibu dengan abi nak pergi berjalan!! kena standby baju berjalan baby...;')
hah!kan..tengok baju.dah tau jantina. jeles tengok baju perempuan banyak comel-comel.T__T baju lelaki limited betulll.. kedai apa ntah total RM85
 
 
autumz.baju nursing RM49x2. milk storage 10 pcs RM 28.ada yang bumble bee RM22...tapi nak try yg autumz.botol nya lagi keras.;') storage milk disposable RM9.aritu dapat free 1.tambah lagi 1.;') beg yang baru RM40.tapi tukar dengan beg lama(kecik) dulu RM23.jadi tambah RM17 je...;'p total kat autumz RM152

 
ni kat mum dreams. washable nursing pad RM15. disposable panties RM10. legging baby buy 2 free 1. RM13x2 =3=RM26 .tapi corak tak comel..T__T takde choice.dah jalan tempat lain lagi comel-comel lagi murah. socks 2paket = 6 pasang RM 15.total RM66 
 
 
dan.ini lah yang terbanyak sekali.sebab memang target kat sini nak beli barang basuh/mandi.
baju lengan/seluar panjang RM15x2 + RM10. beg diapers beg RM24. set mittens,socks dengan topi RM8x2. ABD 1.2 Kg detergent powder RM15x2. lotion RM12. baby oil RM10. baby bath head to toe RM12x2. baby wipes kecik RM4. besar RM9. bedak RM8. ABD liquid detergent 2L Rm21. Total RM198. 
 
pastu ada beli nursing bra kat booth apa ntah..RM15x3. gambar tak perlu kott..;'p
 
so total RM626.90.
 
budget RM500.maka larilah budget nya.T__T
 
isnin kita sambung kat My Dear Warehouse Sale..weeee..;'p esok nak basuh baju!sabun dah ada!
 
 


Tuesday, January 22, 2013

Update Checklist Baby


ehemmm..macam dah gerak banyak ni.ok kot untuk orang pregnant 6 bulan?;')
doa semoga semua selamat.;')

tempat nak bersalin pun macam dah jumpa.insyaAllah. semoga dipermudahkan segala urusan.;')
tempat bersalin idaman nanti i cerita kat entry lain..;')
 




ehmm..baby cot dengan bedding set..harap-harap my dear buat warehouse sale cepat-cepat.;')
harap sangat boleh tidur asing dengan baby..ehhh..;'p 


 haa..yang banyak lopong-lopong kat baby care, Grooming & Bathing. yang ni pulak harap-harap pureen buat warehouse sale cepat! haritu ada barang mandi anakku.tapi tak berminat pulak. tak pun harapnya expo bulan 3 ni ada la booth pureen..;') pergi klcc sure la naik train. sian husband i kena angkat berat-berat.;'(

traveling beli lambat sikit pun takpeee...;')
diaper bag suami idaman i suh pakai beg balik kampung yang ade je..-__-" nanges taww..T__T

dan..setakat ni total yang dibelanjakan..T__T

shopping itu indah!T__T