Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kisah Nikah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nikah. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Review Hantaran Nikah

alhamdulillah keluarga saya dipenuhi dengan tangan-tangan emas.cehh ayat..;'p

sebenarnya hantaran ni kira mak uda saya buat yang simple je..;') kalau beliau buat yang gojes takut semua pengsan tengok.;'p saya memang sangat lah tak kesah bab hantaran ni.bukan nak simpan lama pun dulang-dulang dan hiasan.;'p

mula-mula makuda buat 7 dulang hantara. malam sabtu mak tam, kak timah, afiq dan nab datang hantar barang-barang hantaran.saya saja cerita takde niat apa.yang saya rasa belah laki nak bagi 9 dulang. sebab belah laki pun tak pernah cakap betul-betul nak bagi berapa dulang.dan kami pun angat lah tak kesah adat-adat ni.;'p

nak dijadi cerita,esok nya tu,baru saya tau yang mak uda sempat lagi tambah beberapa dulang nak bagi lebih dari lelaki.;') terima kasih sangat.dulang yang ditambah rasanya kuih tart,buah-buahan, dan sejadah.ada lagi ke?saya pun tak pasti.;'p

antaranya,






kek.cup cake yang gojes.;') bunga yang enak dimakan!;') thanks pihak penaja, kak timah...;')


syukur alhamdulillah Allah permudah segala urusan.;')

Friday, August 3, 2012

Review Inai Nikah

hehe.saya nak inai yang simple je.;') saya kan suka kelainan. diwaktu orang tengah sebok ukir-ukir kat tangan,saya  nak yang simple.;') terima kasih umi sebab pakaikan first round.walau duk sakit hati sebab pakai inai tumbuk.asyik tak berapa nak melekat je.;'p

pengantin gigih menumbuk inai.;')


esok nya mintak mak cik om inai serbuk.;'p thanks juga kepada cik mah sebab pakaikan 2nd round untuk tangan dan sudi pakai kan kat kaki-kaki.tolong reply sms dan melayan kerenah saya untuk beberapa jam.;'p



 

kaki pun pakai jugak!;'p

lepas ni bulan 10 dengan 11 nak kena pakai lagi.;'p hehe.;'p pengantin paling lama la saya nanti.;'p

Tuesday, July 31, 2012

Review Baju Nikah

Rasanya ni antara most important!;'p

dalam masa 3 minggu nak siapkan baju nikah.dan waktu yang memang semua tailor dah tutup tempahan sebab tempahan raya dah full.-__-"

suami idaman tempah baju beliau kat banting sampai RM165 tak silap.memang kena cekik.baik beli baju siap.;'p tapi sebab dah beli kain.kain tu pun memang mahal.beli kat bandung haritu. jadi baju beliau lebih mahal dari saya.mungkin lebih RM300.kena simpan baik-baik.;')

ok cerita baju nikah saya. syukur alhamdulillah.memang sepanjang proses persiapan, terasa sangat bersyukur segala dipermudahkan. umi memang tailor saya sejak dari kecil.;') tapi makin besar beli siap je.umi dah not in mood untuk menjahit.;'p

tapi diwaktu-waktu EMERGENCY begini, keupayaan umi sangat dihargai.tiba-tiba rasa nak belajar jahit baju betul-betul.nanti boleh jahit ikut sedap hati sendiri nak macam mana.;') saya pernah menghasilkan 2 pasang baju kurung sendiri.tapi dah tak ingat apa.-__-'

umi berjaya siapkan bukan setakat baju nikah pengantin.tapi baju untuk ibu pengantin.(jahit baju umi sendiri.;'p ) sebab saya memang dah belikan kain untuk umi.nanti time kenduri kena beli baju lain plak.;'p

dulu rancang ingat pakai sekali sebab nikah dengan hari kenduri sama.semua tinggal kenangan.;'p



baju yang gojes.

ingat baju nikah nak yang simple.tak nak lace takut tak leh pakai lagi.ingat nak buat baju raya sekali.banyak sangat ingat.sekali dah siap...macam tak boleh buat baju raya jeee...-___-" 

Monday, July 30, 2012

Review Bunga Tangan Nikah


mula-mula pengantin semangat ni bercadang nak buat bunga tangan sendiri.kan pengantin ni sangat gigih.-__- alaa..bukan susah.beli bunga.susun-susun belit dengan reben. reben dah beli dah.fresh flower haruslah tunggu hari sabtu sebab nikah ahad.nanti bunga layu pulak beli awal-awal.


tiba hari sabtu.eh..macam tak sempat je nak pergi kl cari bunga.google takde pulak kedai fresh flower area kepong/selayang. pengsan.T__T

akhirnya.tuttt..tuttt..sebenarnya ada caller ringtone lagi sedap.;'p kak lin!!!nak minta tolong boleh????haa??ape dia mira? nak minta tolong buatkan bunga tangan untuk esok boleh??bolehhhhh..dengan confident nya jawap kak elin.kak elin kakak sedara saya.;') ya Allah.syukur sangat.;') terima kasih jugak kak lin.pergi kl hari sabtu dengan kereta adalah perkara yang boleh buat saya migrain.T__T

sabtu malam kak lin datang.saya bagi reben yang dah dibeli untuk lilit batang bunga tangan tu.;')

terhasil lah bunga tangan yang gojes ini.;')





thanks kak lin,

syukur ya Allah.;')

Sunday, July 29, 2012

Review Veil Nikah

ya.akhirnya inilah satu-satu perkara yang pengantin mampu DIY untuk diri sendiri.;'p

gigih jugak.waktu cerita kat ecah kawan uia, dia cakap.ko ni sempat ke 3 minggu nak buat sendiri.;'p

alhamdulillah semua cakap cantik.;'p siap ada kata boleh buat sewa.;'p


 
simple je.gigih jahit manik tu.;') alhamdulillah.;')

Saturday, July 28, 2012

Review MUA Nikah

ehem.kan haritu persiapan nak nikah dalam masa tak sampai sebulan.
jadi proses mencari makeup artis yang MURAH memang mencabar tapi sangat dipermudahkan alhamdulillah.

terima kasih mr Google kerana ada disisi.;') saya google je.keluarla banyak list..yang memang kalau untuk nikah memang mahal sangat.bila mahal sangat rasa macam nak makeup sendiri.walau seumur hidup makeup banyak pakai lip gloss celak bawah mata bagi effect mata besar (konon).bedak compact bertahun tak habis-habis.saya beli yang magic.sebab tu bertahun tak habis-habis.-__-


akhirnya saya bertemu dengan akak comey.kak tini.  nama sebenar Hartini Hilmi, facebook beliau kat sini. nampak macam tak ramai kan yang like.mula-mula saya pun ragu-ragu.;'p tapi berbekalkan gambar dan comment yang ada di dalam internet, saya pun try sms dan tanya charge berapa untuk nikah.available tak untuk 15 Julai 2012.waktu tu tinggal seminggu nak nikah hokeyyy...sekali akak tu bagi la rate..dia kata kalau nak kena confirm cepat sebab takut dapat job untuk penggambaran raya. saya pun bayar deposit RM50.

pasal facebook beliau tu jangan was-was.beliau sempat cerita kat saya, sebenarnya dulu ada page lain.tapi nama lain.katanya macam gedik sangat.;'p jadi kak tini buat page baru..tu yang bape kerat je like.yang lama katanya dah beribu like.;')

pagi nak nikah tu kak tini sampai dengan peralatan perang beliau.beliau nak isytihar perang dengan muka saya!

saya just pesan nak makeup simple, tak nak cukur bulu kening dan taknak pakai fake lash.alhamdulillah saya juga tak pakai contact lens berwarna-warni.pakai yang natural je.;') alhamdulillah.;')

make up dekat 2 jam.memang lepas-lepas makeup pakai tudung terus bangun pergi masjid.tak sempat nak berpoya-poya dengan kawan yang datang.tak sempat nak bergambar.maaf sangat.;'( dah la masing-masing datang dari jauh..jaja,amy,fadzilah.maaf sangat.;'(

dan akhirnya.;')


 cukup natural kan??



ni la kak tini comey..;')


Wednesday, July 4, 2012

Hantaran Siap


alhamdulillah.selesai lagi 1 perkara.;') selesailah satu persatu.;')

Monday, July 2, 2012

13 Hari Lagi


Hasil rampasan semalam.semalam selamat beli net untuk veil.(gigih nak DIY padahal tinggal seminggu lebih.T__T)

lepas tu cadar dan bantal. kain tudung akel kosong bidang 50.hasrat dihati taknak tudung pendek dan jarang. amek tudung kosong.so, kena gigih buat veil cantik-cantik.ayuh!

yang belum settle.

baju- the making of.pagi tadi umi dah bentang.siap untuk dipotong kain.;')
tak nak tunjuk konon nak feeling-feeling surprise...;')

kasut- nak yang lace.semalam kat princess cantik.tapi warna hitam la pulakkk..nak putih! ada satu tu putih.mula tengok macam pelik.bila sarung sangat cantik.tapi harga RM199.idak la teman nak membeli nya..T___T 

veil- chayok-chayok!

bunga tangan!jangan lupa.DIY jugak kot.macam senang je gaya..lilit-lilit kan je.dia takmo lilit kita belit!

catering tak jumpa lagi kawan umi.hehe;'p agak nya mesti on je kot insyaAllah..;')

ya Allah.permudahkan segala urusan kami.;')

Friday, June 29, 2012

16 Hari Lagi



alhamdulillah surat kebenaran nikah 2,2 belah pihak dah selesai.;')
tinggal nak nikah je..kira kalau takde baju boleh pakai baju kurung biasa je..-__-

hantaran mak uda dah janji nak uruskan.
tinggal baju!baju!

hari ni balik kerja nak pergi ipoh.kawan sekolah rendah kawin.pernah cerita dalam blog.
syu nak kawin.....tak tau sempat ke tak nak tengok dia nikah malam ni.

relaks kan?dah nak menikah pun sempat lagi kesana sini setiap hujung minggu.bahagia!;')

semoga selamat semua nya.;')

Monday, June 25, 2012

20 Hari Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ni tak merancang.saya memang sakit gusi.bengkak sampai tahap orang ingat saya main kembung-kembungkan pipi lalu menepuk pipi yang kembung tersebut.T___T nangess laju-laju. eh tak ah.saya hero!mana main nanges. tapi sakit gigi memang sakit yang menyakitkan.-__- apakah?

tadi pergi klinik.tunggu sejam lebih.klinik private tu.bukan kerajaan.last nya dah sampai turn, dokter cek tak sampai 10 minit.dia kata bengkak.tak boleh buat apa.bagi ubat susut bengkak dulu. tiga hari lagi datang. katanya macam gigi bongsu tumbuh.;') gigi bongsu jangan nakal-nakal.keluar pelan-pelan..^,^

jadi saya dapat mc.dan memang hari ni petang pukul 2 appointment buat test HIV. mula-mula rancang nak amek time off je.nanti nak pergi pejabat agama baru nak amek cuti.;') tapi again. Allah sebaik-baik perancang.tak payah time-time off bagai.cuti sehari!jimat minyak!-_-"

dan kalau nak tau.dah pergi spa buat pertama kali seumur hidup. beli kat groupon lama dah....buat appointment pun lama dah.jumaat lepas. saya pergi kat area manjalara.macam dirancang tak?saya bayar RM40++ tak ingat berapa.murah tak??ada sauna,scrap, mask, urut.syokkk..saya tengok kalau set lain ada mandi susu sekali.^__^, tapi tak tau la sempat ke tak nak buat.;'p ni kira dah sental daki 1 badan cukup la kot.;'p perasaan waktu buat tu, "eh,ni nanti kalau dah kawin minta suami buatkan lagi sedap" kahkahkah!=_= mari kita bekerjasama!i sental u,u sental i.sampai tua ok..;'p

haa..itu lah dia. insyaAllah pergi pejabat agama hari rabu.ayuhh!
 lepas dah setel hal permohonan kita masuk ke alam baju dan hantaran.

sekian.;')

Sunday, June 24, 2012

21 Hari Lagi

3 minggu. yang disangka lagi 4 bulan.tapi yang hakikat, 3 minggu.;')
tadi mak abah tunang idaman datang.;') borang permohonan belah tunang idaman dah siap jumaat lepas.;') 
semangat je dia.;') 

esok insyaAllah saya pergi buat test HIV. selasa insyaAllah kalau takde halangan nak pergi pejabat agama untuk settle kan permohonan belah saya.;')

lepas tu baru fikir baju, hantaran dan sebagainya.

hehe.nanti kawin-kawin dah bulan puasa.balik rumah mertua nak kena bangun 3 pagi ke masak sahur?;'p
takut tawwww...

Thursday, June 21, 2012

24 Hari Lagi



ehem.24 hari lagi.

semalam dimulakan dengan proses informed kepada makcik pakcik ye.
sorang-sorang saya call.alhamdulillah selesai semalam.;')

hari ni proses inform kat officemate dan bos semestinya.
bos kena get ready. saya nak cuti!;'p

malam ni nak tanya catering. untuk 100 orang macam tu je kot..;')

tunang idaman dah hantar baju dia kat tailor. sekarang ni B2B ni yang takda baju lagi.-__-" 

hantaran tak beli lagi.fine..fine..ada telekung je haritu beli kat bandung.boleh?;'p

tunang idaman juga dah selamat buat hiv test.;') saya kena atur baik-baik.nak ambil cuti sehari je nanti untuk uruskan semua.insya Allah.;')

Rabbi yassir wala tu 'assir ya karim.;')

Wednesday, June 20, 2012

Cabaran 25 Hari




marilah kita sahut cabaran 25 Hari uruskan hal nikah!

serious. baju takde.hantaran takde.ape tak buat lagi!!

yeay!yeay!;')

ya Allah.permudahkan segala urusan kami.;')

yakin ada hikmah tersembunyi.

sinopsis kejadian:

tunang idaman dapat kerja dekat kepong.dekat sangat dengan rumah. 10-15 minit jalan kaki. 2-5 minit naik motor. 5-10 minit naik kereta.bergantung pada keadaan trafik.

setelah itu ibu bapa nya offer untuk nikah dulu.eh.offer? cadangkan mungkin lebih sesuai.dan disambut baik oleh pihak keluarga saya. takat ni cakap dengan makcik cikgu,kawan baik, alhamdulillah semua terima berita gembira ni dengan girang gembira!;')

dan dengan ketibaan ramadhan tak lama lagi. insya Allah majlis akad nikah dirancang 15hb July 2012! insyaAllah.
fuhh..fuhh.. 

chayok!chayok!

aritu tunang express.ni nikah express pulak. ayuh!;') 

dup dapppp dup dapppp

semua masih insya Allah selagi belum jadi apa.hanya dengan izin Allah.kita merancang. Allah sebaik-baik perancang.;') peace no war.;'p