Seingat rasa macam tak pernah review set bersalin waktu pantang lahirkan Zakwan.dan memang ini lah set berpantang yang saya pakai.
Jujur kata saya selesa dengan set ni.mungkin sebab dia dah berjaya tarik hati dengan memberikan kejayaan untuk turun balik 20kg yang berjaya dikumpul time mengandungkan zakwan dulu. -,-
Walaupun sejujurnya ada yang tak habis haritu..sebab dah la diri sendiri tak rajin.takde pulak yang rajin nak melayan..sapukan ramuan bagai.pakaikan bengkung..iteww tak reti pakai sendiri...T_T
Tapi sebab kejayaan haritu,(walau lepas tu naik balik sikit berat sebab nafsu makan yang menggila kononnya sebab menyusu) jadi kali ni lg semangat nak pantang bebetul.nak kerah tenaga suami soleh tu.lelaki ni bukan boleh bg hint.kena cakap direct je.dan berulang.-.- jangan harap la minta tolong harini,dia akan faham maknanya kita minta tolong sampai hari-hari mendatang.maknanya,minta tolong harini,dia buat harini je.sok sila minta tolong lagi.-..-
Bukan macam perempuan kan,kalau suami kata sekali,kita dah faham maknanya lain kali pun gitu la dia nak..tu semua Allah cipta memang gitu peelnya.kata man from mars.women from venus.haha
Ok.kenapa pilih set amway ni?pendapat peribadi yang bukan ahli perbidanan ni, sebab set ni lengkap untuk luar dalam.katanya pil tu bestt..buat tambah susu.turun berat.best lah..yang set lama tu boleh pulak hujung-hujung pantang hilang botolnya.kemana pegi pun tak tau..ada la 10-15 biji tak habis agaknya.kalau tak mau turun lagi 5-10kg kot..-,-
Pastu uncang herba mandian best je mcm buat teh je..campak uncang dalam baldi.isi air suam.pastu mandi..cuma yang uncang pembersih wanita nak kena rebus.macam ok je.jahitan pun elok.cepat kering.padahal lasak jalan laju duduk bersila..-.- teruk betul perangai.
Yang tak habis haritu campuran peramping perut dengan campuran penghangat.sebab takde yang rajin nak tolong bancuh ngan sapu.(diri sendiri pun pemalas) kan dah tak ramping.-..-
Waktu tu mcm rasa leceh..sebab nanti campuran tu bila dia kering berterabur habis satu rumah.nampak tak pantang tak reti duk diam-diam dalam bilik tu.Sebenarnya kena pandai-pandai la budget.pakai sebelum mandi ke..jadi nanti elok sejam dua lepas tu terus basuh mandi..
Best tau set ni sebab dapat bengkung sekali.jadi kenapa yang kali kedua ni sebok nak bengkung lagi?cukup la dah ada 1.takkan nanti 5anak ada 5bengkung?..yang ni sebab kali ni macam semangat berkobar-kobar nak berpantang,jadi memang nak la bengkung lagi.jadi takde alasan la tak berbengkung sebab basuh.-,-
Sebenarnya dalam list selain set amway ni saya target Set nona roguy dengan tanamera.
Tapi survey-survey,yang set nona roguy ni orang jual set berpantang sendiri cerita,jamunya agak kuat.jadi takut tak sesuai kat baby.kesian kalau sampai cirit birit panas sangat jamu kan..untuk mak,dia kata memang bestt..nak membuang pun sodappp katanya.
Yang tanamera pulak orang kata dia lebih kepada luaran.jadi nanti kena beli tambahan untuk dalaman.dan kedua-dua NR dan Tanamera takde bengkung.harga semua lebih kurang rm300+-.tapi yang 2 ni kalau nak beli lagi bengkung dah tambah lagi RM50-60.
Jadi atas sebab-sebab diatas la saya masih memilih set amway..yeayy..dan lagi best ada kawan member.dia bagi nombor ahli.gi beli sendiri..harga asal sekarang RM308.Dapat kurang bape puluh..alhamdulillah..
Nah.ni hadiah.semalam scan adik baby.
27weeks.alhamdulillah.sempurna sifat in shaa Allah.
Kalau rajin nanti hupdate pasal scan 3d/4d adik baby. Kbai.



