Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 5, 2018

Family Trip Tamat Pantang Melaka 2018


Bismillahirrahmanirrahim.

Banyak hutang entry ni..;'p

alhamdulillah 8 Februari 2018, kami sekeluarga berserta Mak dan Abah ke Melaka.saja suami bawa dah lama tak berjalan.kira reward lepas habis pantang lah.(dah terlepas trip Kota Kinabalu)

sepatutnya ada tiket yang dah beli awal setahun ke kota kinabalu bulan januari.tapi tarikh tu masih dalam pantang.memandangkan dah bertekad nak pantang dengan lebih sempurna berbanding pantang anak-anak yang sebelumnya,jadi kami sepakat untuk cancel trip ke kk buat kesekian kalinya.(sebelum ni terlepas flight,kali ni kami melepaskan flight..hehe)

jadi bagi mengganti percutian tersebut kami bersetuju untuk bercuti ke Melaka sejurus selepas saya tamat pantang..haha

kali ni ajak mertua sekali.saja bagi meriah.tapi kereta kecil sendat..pepandai la Zakwan dan Imran menyelit-nyelit..;'p

pergi hari khamis,bertolak dari kampung Banting,menuju ke Melaka.sampai-sampai sempang lampu isyarat, nampak kedai ni,jadi terus singgah.sebab kedai asam pedas yang popular jugak ni..hehe




lepas siap makan,kami nak check in hotel,tapi sebab check in pukul3 petang,maka kami solat jama' zohor dan asar dimasjid dulu.lepastu baru check in hotel.

alhamdulillah selesa.singgle bad dia digabungkan jadi sangatttt besar.muat sangat untuk kami berlima.nak tambah lagi sorang pun boleh ni..;'p

sebab ambil family room jadi banyak katil.katil king bagi mertua tidur.alhamdulillah selesa.


petang tu rehat je..semua tidur..hehe
bangun solat maghrib,kami berjemaah dalam bilik je..jama' isyak,lepas siap keluar cari makan malam..


alhamdulillah sedap dan kenyang.balik tidur..

pagi esoknya tu lepas sarapan mandi swimmingpool kejap.ibu dengan Hana tak mandi..;'p

lepastu check out,tapi mertua nak cari baju sikit untuk cucu-cucu..
hotel tu pulak sekali pakej dengan naik cruise tu..
tapi sebab dah nak zohor (solat jumaat) kami pun singgah masjid.

lepas ada adik,terus jadi abang-abang.terima kasih angah,jaga Hana.;')


selesai solat naik cruise..

selesai naik cruise cari baju,lepas tu baru ingat tak makan tengahari lagi..punya la lapar.singgah makan lepastu kami pun pulang ke Banting.

ini lah percutian pertama Hana..;'p moga Allah rezekikan percutian-percutian yang seterusnya..hehe

Wednesday, April 4, 2018

Gentle Birth

Bismillahirrahmanirrahim

sebab sebelum ni dah janji nak sembang pasal gentle birth time cerita dah pergi kelas tu kan, dan janji nak cerita lepas dah selamat bersalin.so, gentle ke idok?hahaha..

ALHAMDULILLAH.
itu je perkataan yang paling sesuai nak digambarkan.
alhamdlillah atas segala nikmat rezeki ilmu bermanfaat yang Allah rezekikan.sungguh, segala doa yang di submit untuk dapatkan kelahiran terindah diangkat Allah.

bila post kat FB ada yang rasa macam hebat sangat boleh bersalin sendiri kat rumah.wallahi,bukan lah saya dan suami yang hebat,tapi Allah yang maha hebat.ciptakan tubuh wanita sangat sempurna untuk menanggung beban nikmat "kesakitan" untuk melahirkan.

sungguh ajaib proses kelahiran kali ni,takde sekali pun saya sebut perkataan "sakit" sepanjang melayan ombak (contraction). ye saya lebih selesa panggil sebagai ombak.kerana sifatnya yang datang dan pergi.lain dengan contraction paksaan manusia(induced) yang saya rasa waktu Imran.yang itu selayaknya dipanggil "azab" huhu.

haa..apa je belajar kat kelas gentle birth haritu?cikgu suruh beranak kat rumah ke?huhu..jawapannya sepanjang kelas langsung tiada perkataan yang keluar dari  mulut cikgu "silalah beranak di rumah" TIADA.hehe

"niat" untuk homebirth dah lama ada kat sudut hati paling dalam.selama ni bila baca kisah kelahiran dirumah,saya sungguh teruja.tumpang gembira.tapi sejujurnya saya sendiri "tak berani". hingga habis kelas pun kami masih teruskan niat untuk bersalin di Rampai Puteri Medical Center dengan Doktor Zana atau orang panggil Dr Linda.saya dah biasa panggil Dr Zana sejak di GMC,bila masuk RPMC,dekat sana dah ada Dr Zana (Zanariah) jadi mereka panggil Dr Linda (Zana Zalinda).

hingga ke checkup terakhir kami jumpa Dr Zana dan dia maklumkan akan bercuti..haha

ok berbalik apa yang diajar "cikgu", kami dikenalkan dengan SPIE, 3S dan R&R.perkataan oxytocin  pun antara perkataan yang banyak kali kak yat sebut dalam kelas. hehe

secara ringkas kak yat terangkan SPIE yang merupakan 4 Aspek penting dalam nak menjayakan Gentle Birth.

S- Spiritual - Hubungan dengan Allah (DOA-apa dalam fikiran+apa yang kita sebut+lintasan hati)
P- Physical Potential - terbahagi 2 input ( pemakanan)  dan output (aktiviti harian/senaman)
I- Intellectual Capacity (Ilmu/Pengalaman)
E- Emotional Stability



3S pula adalah
SELAMAT
SELESA
SERONOK

3S ni SANGAT penting ketika dalam proses kelahiran. sebab dengan 3S ni la dapat bantu untuk proses penghasilan oxytocin,yang mana hormon semulajadi yang Allah cipta untuk kurangkan kesakitan ketika melayan contraction tu..bila kita boleh dapat 3S tu,in shaa Allah bukaan serviks pun lancar nak sampai ke full dilated (bukaan penuh)



ok Manakala R&R pula lebih kurang cikgu nak cakap, proses kelahiran tu macam kita lalu highway la..ada R&R.bila sampai R&R apa kita buat?kalau mengantuk tidur,kalau lapar makan,kalau haus minum.lebih kurang begitu la maksudnya.jadi sepanjang contraction tu,kita kena layan keperluan tubuh kita. saya rasa nak menangis ada kawan cerita dia tak dapat minum walau setitik air pun dalam dewan bersalin selama 8 JAM.. Allahuakbar..T____T bagi saya itu sangat azab.kawan yang tempuh pun menangis sampai kesudah.trauma dalam pantang.dan memang kawan tu caesar lah sudahnya..sebab takde progress bukaan..stuck di 4cm..T_T inilah yang dikatakan unnecessary caesar.benda yang sepatutnya boleh dielakkan kalau ada ilmu in shaa Allah. T_T alhamdulillah anak kedua dia dapat normal lepas dah lalui R&R ketika melayan contraction.. subhanallah..



saya sendiri pun tidur time contraction sebab mengantuk sangat.tidur 2 pagi,5 pagi dah bangun dengan kehadiran ombak rinduuu (contraction) haha..jadi dalam 10.30 pagi saya tidur sekejap.dapatlah sejam..saya tak lapar sebab pagi tu dah sarapan baikkk punya mee mamak sebungkus makan sorang.. ;'p jadi sambil melayan ombak tu cuma minum air zam-zam dan makan kurma je..

haaa..ni lah antara ilmu baru yang saya dapat lepas menghadiri kelas gentle birth.banyakkkkkk lagi lah ilmu yang disampaikan pastinya.

dan nak ditegaskan gentle birth jugak tak beri maksud wajib kelahiran normal, ada juga ibu yang lahirkan anak secara gentle birth caesarian. hehe..yang penting ibu ada ilmu,tau hak yang wajar diterima.



saya doakan semua ibu yang impikan kelahiran gentle birth akan melalui detik terindah ini dalam hidup.

alhamdulillah Allah rezekikan saya melalui pengalaman ini. Nak jugak tegaskan lagi, Gentle Birth BUKAN Homebirth. homebirth adalah pilihan saya dan suami tanpa hasutan/paksaan dari orang lain.. pilihan kami yang in shaa Allah, Allah aturkan yang terbaik buat kami in shaa Allah..selepas kami istikharah,doa dalam tahjud,ini yang Allah aturkan. jadi saya juga takkan pernah galakkan atau ajak sesiapa untuk homebirth,sebab situasi kita tak sama. SPIE kita mungkin jauh berbeza. 3S kita pun mungkin tak sama. memang Allah atur setiap manusia berbeza rasa.

setelah menghadiri dan merasai pengalaman ini,saya sangatlah menggalakkan semua ibu-ibu untuk mendapatkan ilmu ini tak kira lah dengan siapa yang anda selesa.secara peribadi saya sangat bersyukur atas nikmat ilmu yang bermanfaat.walau pengalaman 2 kali melahirkan sebelum ni,tetap tak sama dengan ilmu yang saya dapat dari kelas gentle birth. ;') terima kasih Kak Yat atas ilmu yang disampaikan.moga makin ramai yang dapat merasa bersalin gembira.hehe..

mohon maaf andai ada tersilap taip.moga ada manfaat yang dapat dikongsi bersama..;')









Wednesday, March 7, 2018

Birth Story Hana Sofiya Binti Mohamad Naim ๐Ÿ˜

Bismilliahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..entry ni lama dah taip.tapi lama peramnya.. ;'p

Terima Kasih Allah,atas segala nikmat yang direzekikan atas kelahiran 
 yang terindah.itu lah yang masuk didalam doa disetiap tadah tangan bila berkesempatan.baik lepas solat fardhu mahupun solat sunat.moga Allah rezekikan kelahiran terindah.

bukan maksud kelahiran yang sebelum ni tak indah.-__-" hahaha..indah jugak..tapi alhamdulillah la..ini yang terindah setakat ni.. ;'p


Alhamdulillah selamat melahirkan zuriat ke3 kami pada 24 Disember 2017 homebirth dan waterbirth.๐Ÿ˜

2 kelahiran yang sebelum ni secara "normal" tapi bercita² nak rasa keindahan gentle birth.

Muhammad Haris Zakwan
SVD tapi vacuum dan dah tentu pakej dengan episiotomy.

Muhammad Arif Imran
SVD tapi induced due to GDM

Jd untuk kehamilan ke3 kami nekad nak tambah ilmu dan bertemu lah dengan cikgu Kak Hayati Muzaffar..๐Ÿ˜„

Alhamdulillah Allah rezekikan kami hadir ke kelas gentle birth essential dengan Kak Yat pada bulan 8.sungguh terpaksa diakui banyak ilmu yang saya tak tahu tentang kelahiran walau dah bersalin 2kali sebelumnya.Sepanjang kelas berjalan 2 hari,takde satu pun ayat Kak Yat yang ajak kami homebirth.๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ Kak Yat cuma sampaikan ilmu tentang kelahiran.tentang penjagaan diri yang optimum dari sebelum kehamilan lagi,macam mana hebat kuasa Allah cipta tubuh wanita dengan sempurna.

Sungguh dari dulu saya rasa kelahiran ni suatu fitrah yang perlu dilalui dengan gembira dan bahagia.atas sebab tu lah saya tekad nak ke kelas gentle birth sebab nak alami "gentle birth" tu sendiri.sebelum-sebelum ni memang selalu baca birth story kat group gentle birth, tengok video tenangnya mereka melahirkan..๐Ÿ˜„tapi dah anak dua baru sedar tak cukup sekadar baca dan tengok video.sebab tu kena cari cikgu.selalu doa moga Allah rezekikan segala ilmu yang bermanfaat.Yang paling pasti,saya yakin Allah cipta tubuh wanita terlalu sempurna untuk melahirkan.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Haa tu baru kata-kata pembuka..๐Ÿ˜… jadi ini lah kisah kelahiran Hana Sofiya.

Sebenarnya rancangan asal memang nak bersalin di Rampai Puteri.checkup bulanan dengan Dr Zana Zalinda.Dr yang sambut kelahiran Imran 2 tahun lepas.Kali terakhir checkup waktu kandungan 38w4d,Dr describe kandungan saya unstable lie.selain tu Dr buat kejutan,Dr akan bercuti bermula 23Dec-4Jan.๐Ÿ˜…Due saya 24Dec 2017.Jadi lepas je keluar dr bilik Dr,terus pandang suami,suami pandang saya.kita homebirth je la kalau time tu Dr cuti..๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป

Jadi time tu Plan kami, kalau bersalin sebelum Dr cuti,bersalin kat hospital,kalau Dr dah cuti homebirth jelahhh..

Usaha saya dengan kandungan yang unstable lie.Dr pun dah siap buat surat refer Hospital Selayang untuk scer.tapi saya masih sangat bersangka baik dengan Allah akan tiba waktunya baby akan berada pada posisi yang terbaik untuk dilahirkan.sambil-sambil tu tengok video baby yang lahir breech.eh elok laju je meluncur keluar..๐Ÿ˜†

Jadi minggu 39 keatas,saya usaha banyak berjalan,ajak suami pusing taman layang-layang.pusing ikea.banyakkan sujud,merangkak,jalan itik,golek atas gymball.

39w6d Jumaat 22/12
Masih tak ada tanda nak melahirkan.dah mula nak kena get ready untuk homebirth.doktor pun dah selamat bercuti.(rupanya 22/12 tengahari tu doktor dah start cuti.pagi tu pukul8 sempat sambut baby salah sorang dari group calmbirth buddies kami.) Malam tu pi farmasi cari underpad.haha.pastu terus pi dating berdua dengan suami tengok cerita Jumanji..๐Ÿคฃ

39w7d  Sabtu 23/12
Ajak suami bawa anak-anak ke kolam renang.sempat la berenang beberapa round dan yang paling penting rasanya jalan itik kat kolam budak.seronok sangat subhanallah.tak penat jalan itik dalam air berbanding jalan itik luar air.sekejap je dah penat.

Malam tu siap keluar ke NSK beli barang dapur sikit.malam tu dekat 2pagi baru tidur.yang best sebelum tidur siap buat review dengan suami dari notes yang kak yat pernah bagi.duk ingatkan balik fasa-fasa nak melahirkan.apa peranan beliau nanti.apa nak kena buat.bila yang waktu bahaya kot nak kena call ambulance.tumpah darah tu macam mana.simptom yang nampak bahaya macam mana.

24Disember (Due Date) terjaga dalam 5 pagi, bangun pergi toilet, terus gerak suami solat tahjud.dah mula rasa ombak-ombak manja..(contraction) lepas subuh,sambil mengaji golek atas gymball..cakap kat suami dah rasa ombak ni..๐Ÿ˜eksited suami tanya dah nak pasang kolam ke..ingat pagi tu berangan nak ajak suami breakfast kat mamak berdua.๐Ÿ˜†tapi dah start contraction yang erghhh..suami kata tak payah la..kang menjerit kat mamak tu..๐Ÿ˜jadi suami pi beli bungkus..ya Allah subhanallah sedap sangat mee goreng mamak pagi tu..๐Ÿ˜…agaknya Allah bg makan paling sedap sebelum nak mula pantang.๐Ÿ˜ habis makan kami solat dhuha.lepas selesai solat baru cakap kat suami boleh dah la nak pasang kolam.dalam 8.30 pagi dah start masuk kolam.

Sampai 10.30pagi contraction dah 5minit sekali.tapi rasa mengantuk sangat sambil tengok jari dah kecut duk dalam air lama sangat..๐Ÿ˜†

Sambung layan ombak atas katil..dapat la lelap-lelap kejap.dengan doula(suami) pun ngantuk..yelah tidur pukul 2, pukul5 pagi dah bangun..๐Ÿ˜†dedua lelap.tapi kejap² bila ombak datang pegang lembut doula suh dia buat apa yang patut..(beri oxytocin) sampai 11.30pagi rasa nak masuk air balik.

Suami dah sibuk-sibuk nak masak untuk orang nak pantang..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†bila dengar isteri dia erghhhh arghh dia mai jenguk..๐Ÿ˜†

Umi ada kat rumah, sibuk berkebun kat belakang rumah.yang sebenarnya umi pun tak tau nak bersalin kat rumah.masuk pukul12 lebih dari berkebun tanya suami,dah sakit kenapa tak pergi hospital lagi?suami pun jawab nak bersalin kat rumah.doktor cuti..๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ปhahaha..terkejut la umi.tapi umi relaks je.cuma umi kata apasal tak bagitau.boleh la dia tolong apa patut.pastu umi tolong settlekan masak.dapat la doula sambung teman.tu pun kejap-kejap keluar uruskan anak-anak,masak air panas nak tambah dalam kolam.

sekitar 12tengahari.;')

Yang best bila Imran bangun nampak ibu dalam kolam.dah tentu lah dia nak join masuk..layan lah ombak bersama-sama.zakwan pun bangun tak lama tu join sama.bila datang ombak,suami ajar anak siramkan belakang ibu dengan air suam.sambil suami urut-urut belakang.

Azan zohor,ingat nak jemaah dengan suami.tapi nak keluar toilet je ombak mengganas.haha.last² suruh suami solat dulu.ada la 3,4 kali ambil wudhuk.baru lepas nak masuk bilik pakai telekung,dapat la join suami rakaat terakhir.menggigil-gigil solat.sepanjang mengandungkan Hana,ini la satu waktu yang solat atas kerusi.alhamdulillah yang sebelumnya Allah rezekikan solat sempurna sujud dan ruku'nya.

Habis je solat zohor terus masuk kolam.dan tak lama tu datang ombak ganasss..try nak control nafas tapi dah kelaut..dari posisi all four lepastu rasa "ring of fire" eksited raba lepastu lega bila rasa kepala dan rambut..terus ubah ke posisi squat.๐Ÿ˜†datang je ombak lagi terus push keluar kepala.tak bagitau suami pun fokus kan..dia duk sibuk tengok air berubah warna.haha..lepastu terus erghhh arghh gedebush keluar badan baby meluncur laju.angkat-angkat terus dakap, suami terkejut tetiba baby dah keluar..๐Ÿ˜†menjerit suami panggil umi cakap baby dah keluar..๐Ÿ˜alhamdulillah..tak sampai 10minit diikuti uri lahir sempurna alhamdulillah.



Dcc tak lama pun.dalam setengah jam lebih sikit je.sebab rasa macam payah nak pegang baby melekat dengan uri.tanya suami dah putih kan cord, boleh la potong.tapi azan dan iqamatkan baby sebelum potong cord.

Dah potong sambung skin to skin dengan baby..subhanallah.inilah nikmat kelahiran yang Allah rezekikan.kelahiran yang penuh kasih sayang dan cinta.beza dengan kelahiran yang sebelum ni,kali ni saya lebih alert setiap detik yang dilalui.kalau sebelum ni saya tak tau bila waktu yang patut sy push dan sebagainya.betul-betul harap doktor yang arahkan apa yang nak kena buat.walhal tubuh badan kita,kita yang patut lebih tau apa yang berlaku.sangat berbeza kelahiran yang kali ni dan sebelumnya..

Terima kasih Allah atas nikmat rezeki ilmu yang bermanfaat.terima kasih suami untuk segalanya.umi.moga Allah beri kesihatan yang berpanjangan.terima kasih kak Yat.sahabat calmbirth buddies yg banyak share ilmu.moga Allah rezekikan segala yg terbaik buat semua.tak lupa terima kasih buat Dr Zana,terima kasih sebab bercuti..๐Ÿ˜‚kalau tak,tak merasa homebirth waterbirth..

Hana Sofiya On the way ke klinik untuk checkup. ;') umur less than 48Hrs..sebab dia lahir time nak public holiday.klinik tutup oii...;'p

Alhamdulillah,melalui fasa pantang yang penuh ketenangan.baby takde kuning yang sampai tahap perlu nak berulang hari-hari nak ambil darah..jadi tenang-tenang je menyusu dirumah dan alhamdulillah Hana sihat walafiat hingga kehari ini.;')

moga Allah lindung anak-anak ibu dari sebarang bahaya.moga direzekikan kesihatan tubuh badan.membesar jadi anak soleh-solehah.;')