Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 4, 2018

Gentle Birth

Bismillahirrahmanirrahim

sebab sebelum ni dah janji nak sembang pasal gentle birth time cerita dah pergi kelas tu kan, dan janji nak cerita lepas dah selamat bersalin.so, gentle ke idok?hahaha..

ALHAMDULILLAH.
itu je perkataan yang paling sesuai nak digambarkan.
alhamdlillah atas segala nikmat rezeki ilmu bermanfaat yang Allah rezekikan.sungguh, segala doa yang di submit untuk dapatkan kelahiran terindah diangkat Allah.

bila post kat FB ada yang rasa macam hebat sangat boleh bersalin sendiri kat rumah.wallahi,bukan lah saya dan suami yang hebat,tapi Allah yang maha hebat.ciptakan tubuh wanita sangat sempurna untuk menanggung beban nikmat "kesakitan" untuk melahirkan.

sungguh ajaib proses kelahiran kali ni,takde sekali pun saya sebut perkataan "sakit" sepanjang melayan ombak (contraction). ye saya lebih selesa panggil sebagai ombak.kerana sifatnya yang datang dan pergi.lain dengan contraction paksaan manusia(induced) yang saya rasa waktu Imran.yang itu selayaknya dipanggil "azab" huhu.

haa..apa je belajar kat kelas gentle birth haritu?cikgu suruh beranak kat rumah ke?huhu..jawapannya sepanjang kelas langsung tiada perkataan yang keluar dari  mulut cikgu "silalah beranak di rumah" TIADA.hehe

"niat" untuk homebirth dah lama ada kat sudut hati paling dalam.selama ni bila baca kisah kelahiran dirumah,saya sungguh teruja.tumpang gembira.tapi sejujurnya saya sendiri "tak berani". hingga habis kelas pun kami masih teruskan niat untuk bersalin di Rampai Puteri Medical Center dengan Doktor Zana atau orang panggil Dr Linda.saya dah biasa panggil Dr Zana sejak di GMC,bila masuk RPMC,dekat sana dah ada Dr Zana (Zanariah) jadi mereka panggil Dr Linda (Zana Zalinda).

hingga ke checkup terakhir kami jumpa Dr Zana dan dia maklumkan akan bercuti..haha

ok berbalik apa yang diajar "cikgu", kami dikenalkan dengan SPIE, 3S dan R&R.perkataan oxytocin  pun antara perkataan yang banyak kali kak yat sebut dalam kelas. hehe

secara ringkas kak yat terangkan SPIE yang merupakan 4 Aspek penting dalam nak menjayakan Gentle Birth.

S- Spiritual - Hubungan dengan Allah (DOA-apa dalam fikiran+apa yang kita sebut+lintasan hati)
P- Physical Potential - terbahagi 2 input ( pemakanan)  dan output (aktiviti harian/senaman)
I- Intellectual Capacity (Ilmu/Pengalaman)
E- Emotional Stability



3S pula adalah
SELAMAT
SELESA
SERONOK

3S ni SANGAT penting ketika dalam proses kelahiran. sebab dengan 3S ni la dapat bantu untuk proses penghasilan oxytocin,yang mana hormon semulajadi yang Allah cipta untuk kurangkan kesakitan ketika melayan contraction tu..bila kita boleh dapat 3S tu,in shaa Allah bukaan serviks pun lancar nak sampai ke full dilated (bukaan penuh)



ok Manakala R&R pula lebih kurang cikgu nak cakap, proses kelahiran tu macam kita lalu highway la..ada R&R.bila sampai R&R apa kita buat?kalau mengantuk tidur,kalau lapar makan,kalau haus minum.lebih kurang begitu la maksudnya.jadi sepanjang contraction tu,kita kena layan keperluan tubuh kita. saya rasa nak menangis ada kawan cerita dia tak dapat minum walau setitik air pun dalam dewan bersalin selama 8 JAM.. Allahuakbar..T____T bagi saya itu sangat azab.kawan yang tempuh pun menangis sampai kesudah.trauma dalam pantang.dan memang kawan tu caesar lah sudahnya..sebab takde progress bukaan..stuck di 4cm..T_T inilah yang dikatakan unnecessary caesar.benda yang sepatutnya boleh dielakkan kalau ada ilmu in shaa Allah. T_T alhamdulillah anak kedua dia dapat normal lepas dah lalui R&R ketika melayan contraction.. subhanallah..



saya sendiri pun tidur time contraction sebab mengantuk sangat.tidur 2 pagi,5 pagi dah bangun dengan kehadiran ombak rinduuu (contraction) haha..jadi dalam 10.30 pagi saya tidur sekejap.dapatlah sejam..saya tak lapar sebab pagi tu dah sarapan baikkk punya mee mamak sebungkus makan sorang.. ;'p jadi sambil melayan ombak tu cuma minum air zam-zam dan makan kurma je..

haaa..ni lah antara ilmu baru yang saya dapat lepas menghadiri kelas gentle birth.banyakkkkkk lagi lah ilmu yang disampaikan pastinya.

dan nak ditegaskan gentle birth jugak tak beri maksud wajib kelahiran normal, ada juga ibu yang lahirkan anak secara gentle birth caesarian. hehe..yang penting ibu ada ilmu,tau hak yang wajar diterima.



saya doakan semua ibu yang impikan kelahiran gentle birth akan melalui detik terindah ini dalam hidup.

alhamdulillah Allah rezekikan saya melalui pengalaman ini. Nak jugak tegaskan lagi, Gentle Birth BUKAN Homebirth. homebirth adalah pilihan saya dan suami tanpa hasutan/paksaan dari orang lain.. pilihan kami yang in shaa Allah, Allah aturkan yang terbaik buat kami in shaa Allah..selepas kami istikharah,doa dalam tahjud,ini yang Allah aturkan. jadi saya juga takkan pernah galakkan atau ajak sesiapa untuk homebirth,sebab situasi kita tak sama. SPIE kita mungkin jauh berbeza. 3S kita pun mungkin tak sama. memang Allah atur setiap manusia berbeza rasa.

setelah menghadiri dan merasai pengalaman ini,saya sangatlah menggalakkan semua ibu-ibu untuk mendapatkan ilmu ini tak kira lah dengan siapa yang anda selesa.secara peribadi saya sangat bersyukur atas nikmat ilmu yang bermanfaat.walau pengalaman 2 kali melahirkan sebelum ni,tetap tak sama dengan ilmu yang saya dapat dari kelas gentle birth. ;') terima kasih Kak Yat atas ilmu yang disampaikan.moga makin ramai yang dapat merasa bersalin gembira.hehe..

mohon maaf andai ada tersilap taip.moga ada manfaat yang dapat dikongsi bersama..;')