Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 13, 2020

Brunei 2019

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah trip permulaan untuk tahun ni. Allah izinkan kami sampai di Brunei Darussalam. Negara yang aman sangat. ;')

flight bertolak jam 6.30 pagi. jadi dapatlah rezeki menikmati pemandangan matahari terbit dari atas udara.subhanallah.




sampai airport sana,kami dah siap tempah kereta sewa.sebab kat sana susah nak dapatkan public transport.sebab kat sana hampir semua rakyat ada kenderaan sendiri.;') motorsikal pun sepanjang 3hari 2 malam di sana ada la nampak 2,3 biji je kot di atas jalanraya..

kereta sewa sepanjang kami disana. 55bnd untuk sehari.

sampai sana kami terus singgah dhuha di masjid Omar Ali Saifuddin.


gambar edit sikit.haha

lepastu rancang nak singgah Regalia ada muzeum.tapi sebab parking penuh,kami pun cari la muzium lain.jumpa muzium maritim.

dah selesai pusing muzium, lapar lah pulak.entah kenapa tuju ke sini dulu.jollibie.ala-ala kfc la.kat semenanjung Malaysia belum ada rasanya.


ok la ada set nasi dan ayam..hehe.beli aiskrim sekali, orang kata sedap.

lepas makan kami menuju ke masjid jamek asr Hassanil Bolkiah.lepas solat tu rezeki bapa mertua ada pesta buku disana.singgah la dulu dah kebetulan lalu.


lepas selesai pusing di pesta buku Brunei, baru kami menuju ke homestay. disana saya booked hombre estates. 2 malam untuk rumah ada 2 bilik dapat harga 120BND. rumah sangat selesa.siap sediakan wifi.



malam tu cuma makan di kedai berhampiran homestay.lepas makan kami menikmati pemandangan masjid pada waktu malam.

memang cantik subhanallah.

esok paginya kami teruskan misi masuk ke muzium regalia.sebelum tu kami singgah sarapan roti kacang kawin di Chop Jing chew.antara tempat wajib pergi jika di Brunei.tiba-tiba lapar teringat roti kawin..😋

lepas dah sarapan baru kami menuju muzium Regalia.disini banyak ditempatkan barang-barang/hadiah yang diberikan kepada sultan Brunei.hadiah dari rakyat kebanyakan pun ada disimpan di muzium ni.;')

selain tu belah bawah tu diletakkan alat-alat yang digunakan sewaktu majlis pertabalan sultan dulu..hehe



selesai pusing di Regalia,kami pun keluar dan menuju ke masjid ash shaliheen.


ala-ala morocco.teringat ada satu masjid yang kami pernah singgah ketika umrah.saling tak tumpah reka bentuknya..

selesai solat, kami menuju ke restoran Aminah Arif.
antara tempat wajib katanya..😏



sambil tunggu makanan sampai


manja-manja dengan atok dulu.😆


haa..ni lah katanya hidangan wajib cuba di Brunei. Ambuyat!tapi suami soleh sorang yang makan..😆


kami makan tomyam jeeee..hahahaha...dengan set dia.ayam masak kicap ke masak halia katanya..hehe

selesai makan kami menuju ke Istana.hehe





selesai melawat istana dari luar, kami pun balik berehat sekejap di homestay.

malam tu maghrib kami solat di masjid seberang je dengan homestay.lepas dari tu terus menuju ke pasar malam gadong. seronoknya makan kat situ kebanyakan harga 1 BND je...kami cuba nasi katok.
dia ada 2 jenis tahap kepedasan.suami mintak yang paling pedas.berasap jugaklah makan sambal dia.haha!mujur ada ice blanded yang berharga 1 BND juga..hehe.. beli kuih muih, pak mertua makan nasi ayam.hehe..perut sensitif tak boleh makan pedas-pedas. 😄




selesai makan, kami singgah taman rekreasi bertempat dibelakang masjid omar ali.view masjid dari situ sangat cantik subhanallah.kami sewa basikal untuk bersiar-siar disekitar kawasan. 15BND untuk 1 jam.




paginya kami ke airport untuk pulangkan kereta sewa.kereta ni lah yang kami gunakan sepanjang 3 hari 2 malam di Brunei.

Alhamdulillah untuk pengalaman ini.ada rezeki boleh repeat. 😍

































Kidzoona Aeon Shah alam

bismillahirrahmanirrahim.

saja nak share pengalaman bawa anak ke Kidzoona Aeon Shah Alam

sebelum ni pernah bawa ke beberapa kidzoona di Aeon selain Shah Alam, biasa masa diterhadkan untuk 20minit/30minit dan perlu tambah untuk minit-minit seterusnya. mainan pun tak sebanyak dalam kidzoona di Aeon Shah Alam.

pernah pergi waktu weekdays dan weekend. kelebihan pergi waktu weekday pastilah kurang sesak. barang permainan pun hampir penuh disetiap section. kedai burger,cukup lah barang nak buat burger, kedai aiskrim nampak lah aiskrimnya, supermarket penuh la dengan sayur dan buah-buahan. 

rajin staff dia kutip mainan dan letak balik di tempatnya balik. tapi waktu weekend memang tak terkutip la.. 😅
  


kedai takoyaki.


macam dalam cerita toy story pula. 😆











kegemaran Hana.tapi bila orang lain masuk je dia keluar.. 😂



kedai sushi.

ibu abi.taknak kalah.


Rate : Weekdays RM12
Weekend dan Public Holiday RM18
Unlimited untuk sehari penuh

Wednesday, July 10, 2019

Family Trip 2018 Ke Jakarta


20 April 2018, seperti biasa,tiket beli awal setahun.macam-macam perancangan.asal ada niat nak ke Bandung melalui Jakarta,tapi bila check balik tiket,pergi jumaat dan balik isnin.memanglah waktu yang  macettttt dari Jakarta nak ke Bandung.perjalan yang sepatutnya cuma 3-4 Jam,kalau hari Jumaat boleh jadi 5 ke 7 jam.atau silap-silap lebih dari tu.

jadi ya ngak apa-apa,kita muter-muter sekitar Jakarta aja yukk..;'p

ye sebenarnya Jakarta bukanlah destinasi yang menarik sangat,tapi bagi saya,setiap tempat itu menarik dan ada ilmu baru disitu.yang penting kita bersama siapa,ayuh cipta memori indah bersama.;')

 macam biasa,mertua yang tolong hantar ke KLIA2.. ;'p

 sampai-sampai Hana nak menyusu.alhamdulillah nursing room yang selesa di airport.;')

 4 cinta hati.

 ibu duduk dengan Zakwan dan Hana

 Imran biar abi uruskan..;'p

 sesampai di Airport, agak berdrama disana.haha.
kami rancang nak naik grab.tapi internet tak dapat.ingat nak tumpang wifi airport.tak dapat.nak beli sim card di airport punya lah mahal yakmat.

kesana-sini nak cari wifi.last-last lepas banyak masa dah habis, masing-maing dah kepenatan,kami pun menuju tempat tunggu teksi.kat sana bersistem.ambil no,dan tunggu.kami pilih untuk tunggu teksi dari syarikat blue bird.

Malamnya tu kami keluar dari hotel, menuju ke Monas dengan Grab. pakai wifi hotel. hehe.
naik Grab minta dia singgah kedai nak beli sim kad.

Monas ni singkatan Monumen Nasional. hehe. naik atas malam tu ok la. tak panas. kalau siang dengan beratur panjangggg dengan panas, sangat tak sesuai untuk anak kecil.

yang lama beratur tu sebab nak naik atas tu kena naik lif.jadi beratur sangattt panjang sebab lifnya ada satu je..hehe


eh sebelum naik monas singgah makan dulu..hehe..ni tepi-tepi monas je.banyak buka gerai-gerai makan dan barang-barang souvenir.


ni la kat atas tu. hehe.. berlima. malas sejuk la sikit.sedap angin sepoi-sepoi bahasa.kihkih

malam tu pulang dengan Grab. rehat. esoknya sambung jalan lagi.hehe




sambil rehat malam tu sempat order bakso dengan set nugget+kentang tu dari cafe hotel. 



Hari kedua hari berpenat-penat.

konon hari ibu la,hari shoppingg yeayy..hahaha..sekali jadi hari yang paling letih..haha
hari kedua kami decide nak shopping di tanah abang.

tanah abang sangatlah besar ye.ada banyak block juga..hehe.
sebenarnya pernah je pergi dulu berdua dengan umi.tapi tak seletih ke tanah abang dengan anak 3.haha. sungguh lah tak sesuai bawa anak ke sini. laluan sempit. walau bawa stroller duk berebut Zakwan dengan Imran.. Hana paling baik.duduk je dalam carrier tu..nangis nak susu je.lepas susu masuk carrier balik..hehe..;'p

dapat la beli telekung sikit,baju budak-budak sikit.amazing sangat,baju Hana tak beli pun..;'p

nak balik tu drama sikit.berjam tunggu Grab yang tak kunjung tiba..sebab macetttt yakmat.hehe

sambil-sambil tunggu tu.Zakwan lari dia takut.. ;'p

muka berlengas tunggu grab.kahkah last-last balik naik bajaj je.settle.

malam tu turun makan kat cafe hotel.malas nak keluar dah.





Hari ke 3 hari anak-anak!yeay!
Kami pergi ke Ancol . ancol ni besar. kami naik grab ke ancol. dalam tu ada disediakan bas. spesifik yang kami masuk ialah sea world ancol.suka lah budak-budak ni tengok hidupan laut.puas hati jugak lah.ikan besar-besar.penyu pun ada..





puas hati la masuk dalam sea world ni..

dengan anak dara.

ini bas yang disediakan dalam kawasan ancol tu. percuma untuk pengunjung. masuk dalam tempat spesifik tu bayar ikut tempat tu. 





 pusing-pusing konon nak tengok pantai.

last-last kepenatan balik la naik teksi.nak tunggu bas untuk keluar dari ancol kemain lama..last-last naik je teksi sampai hotel.

 segar la dia.abi yang penat dukung dia..;'p

melayan along nak belajar tangkapkan gambar..



 sebab penat sangat, malam tu order dari cafe hotel lagi minta hantar ke bilik.. 😋


 udah tiba hari kepulangan.

kami naik grab je dari hotel ke airport. yang lucunya,kali pertama guna grab kat negara orang.waktu kat Malaysia tak pernah guna.ilmu baru sungguh.hehe.best juga sepanjang kat sana macam-macam jenis kereta kami naik.hehe

apa je Imran tu. aunty seat depan bagi.dah sampai nasi lemak udah taknak dah..hehe

 mereka yang banyak tenaga.ibu dah pengsan.. 😛😛

 ni balik tu atok nenek ambil kami,singgah solat kat masjid..hehe..

begitulah tamat percutian kami sekeluarga.moga dalam redha Allah selalu.